Read more...
Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM
Friday, December 31, 2010
Friendship
Read more...
Monday, December 27, 2010
??True Love??
semua orang masih tekun menyiapkan graf masing-masing. Hari ni kelas anggerik belajar topik linear law dalam subjek matematik tambahan.
"Semalam ada seorang student ni datang kat cikgu. Dia tanya apakah maksud cinta sejati."
shuuu~
Apahal cikgu ni, mabuk cinta ka?
Semua orang terdiam. Cikgu, kami masih budak-budak. Hal cintan cintun ni kami tak faham...
"Kalau orang yang kita cinta tu tidak cinta kepada kita namun sebaliknya mencintai orang lain, maka kita akan merelakan si dia bersama dengan orang yang dia cintai asalkan si dia happy. Kau happy, aku turut happy."
" Habis tu kita yang tak dapat cinta yang diidamkan tu macam mana? Tak ke frust menonggeng?"
"Kau yang kena reject tu, terima je la. Sape suruh muka macam mangkuk.hahaha"
Hampeh punya cikgu. Nasib baik kau cikgu, kalau tak aku dah sumpah jadi tahi gajah kering dah...
"Kalau dia tak balas cinta kau, terima je la. Kau buat lah keputusan yang menggembirakan dia. Contohnya kau lepaskan dia dan biar dia bersama orang yang tersayang. Kalau kau kacau dia, mesti dia rasa tak selesa dan tak happy. Kau biarkan dia hidup dengan happy. Kalau betol kau cinta dia, dengan kau nampak dia happy, kau pun akan turut sama happy."
"Itu namanya kau mangkuk simen yang tamak."
"Ni kaum lelaki dengar sini, cikgu nak bagi pesanan sikit."
"Kalau kita nak tau isteri kita betol-betol sayang kita macam mana?"
Soalan tu memang menarik perhatian semua orang. Ada yang cakap isteri tu akan patuh segala arahan yang kita bagi. Isteri tu akan selalu masak untuk kita. Ada jugak yang cakap isteri tu akan tunggu disisi kita sepanjang waktu kita sakit. Siap urut urut badan lagi.
"Semua tu betol tapi ada satu jawapan yang paling tepat iaitu..."
Perghh..semua ternganga..Ape kejadah cikgu aku mengarut tengah hari macam ni..
"Kalau betul isteri kita tu sayang betul kat kita, bila kita nak kahwin dua mesti dorang bagi. Sebab bagi dorang, selagi suami bahagia,mereka pon akan turut merasa kebahagian tu."
"Tapi cikgu, kalau dorang tak nak bagi kita kahwin dua?"
"Haaa..itu masalah mangkuk tamak jugak la. Nak semua benda milik dia sorang je susah la kan?"
"Tapi korang kena ingatlah..Kalau isteri kita bagi kita kahwin dua, itu bermaksud dia sayang gila-gila kat kita so, kalau dah ada bini yang dah sayang tahap macam tu, buat apa nak cari lagi sorang kan?haha.."
Semua orang angguk. Memang betul juga apa yang cikgu aku cakap ni..
Read more...
Thursday, December 23, 2010
UPSR,PMR Memang Tak Boleh Dimansuhkan
Read more...
Tuesday, December 21, 2010
SPM Diceraikan Dengan Cerai Talak TIga
Read more...
Monday, December 20, 2010
Pak JOhn Ngorat Pak Karim
Dila jalan melilau sekitar persisiran pantai itu. Matanya liar beralih arah. Kiri, kanan dan ke kiri semula. Dari geraknya seperti sedang mencari sesuatu. Dia singgah ke sebuah kedai makan yang berada di tepi jalan.
"Pakcik, kat kawasan ni ada kedai yang jual topup tak?" Dila bertanya kepada seorang pakcik yang berumur lingkungan 40-an. Pakcik itu merupakan tauke kedai yang sederhana besarnya itu.
"Adik cuba jalan sikit lagi, kat depan sana ada satu kedai jual surat khabar. Mungkin kat sana ada jual topup."
"Terima kasih pakcik." Dila ucapkan terima kasih dan dia berlalu pergi...
Dalam 5 minit kemudian dia ternampak sebuah kedai berwarna hijau muda yang berada di persimpangan jalan. Dalam hati Dila amat berharap kat kedai itu ada jual topup. Harap-harap ada...huhu..
"Abang, kat sini ada jual topup tak?" bersinar-sinar mata Dila bertanya. Abang kacak, katakanlah "ada". Kacak jugak brader ni.lalala~
"Ala dik,tak ada la kat sini, baru habis tadi" aduhhh...frust tak hingat.."tapi ada satu kedai ni dorang jual, nak abang tunjuk kan tak kat mana kedai tu?" Lawa la, masih ada harapan ni. Kenal tak kenal brader ni redah je la. Asalkan ada topup. Nasib baik brader ni hensem jugak..hehehe..
Sambil dalam perjalan ke kedai yang brader tu cakap ada topup, Dila dengan brader tu ada la sembang sikit-sikit. Larhh..rupanya tak adalah brader sangat rupanya sama umur dengan aku jugak. Ish, Dila oo Dila, kau nak cari topup ni sebab ape? Sebab nak telefon dia kan? so kau jangan nak menggatal dengan brader ni..Dila tersedar..huhu..
Dah lama berjalan..
" Jauh lagi ke bang kedai tu?" Dila dah sedikit resah. Brader ni nak tunjuk jalan ke nak bawak aku jalan-jalan makan angin..
"Hehe..sebenarnya tak ada pon kedai yang ada jual topup kat area ni. Abang saje je nak jalan-jalan dengan awak. Tapi kalau awak nak topup, abang boleh topupkan. Bak sini number awak, nanti abang topup kan then boleh la kita sms."
Perghh....asap stim terus keluar berbondong-bondong dari telinga, hidung dan ada sedikit api dari mulut Dila. Hampeh punya mamat. Tak ada cara lain ke nak ngorat aku? SHTI sungguh...
Kisah 2
Pop sound produced.. Haziq melihat di skrin PC dia ada keluar messange dari tetingkap IMnya.
"Hai, nama awak Kamarul Haziq kan?" si Dia membuka topik perbualan.
"Ye saya, kau ni siapa?" Haziq lebih selesa membahasakan Aku Kau kerana si Dia ni lelaki. Barulah brutal kan..
Setelah berAwak Saya seketika waktu, Haziq berasa kurang selesa dengan si Dia ni.
"Kau ni nak apa ha sebenarnya?"
"Saya nak berkenalan dengan awak la. saya nak jadi kawan rapat awak. Sudikah awak jadi teman saya? Saya kesepian ni. IM MR LONELY. Boleh kan? Plzzz..."
Sentap!! Apa mamat ni nak? Nak ngorat pergilah cari pompuan Hot mana-mana, ni cari laki....Tahi gajah sungguh!!
Read more...
Sunday, December 19, 2010
Bila Anak Menembak Ibunya Menggunakan M-16
Dia tidak bersyukur dengan anugerah tuhan yang dia perolehi ini....
"Kau pekak ke ha? dah berapa kali aku cakap jangan kejut aku pagi-pagi buta macam ni. nanti aku solat la. tut laaa..."
"Kau ketepi lah..aku boleh buat benda ni sendiri.." ibu dia yang datang untuk menolong dia yang sedang cedera teruk di bahagian kaki terus dia tolak dengan kasar. Terduduk ibu bila diperlakukan sebegitu.
"Aku nak bagi last warning kat kau, kau jangan nak masuk campur hal aku, aku nak keluar malam balik pagi ke, aku nak bawak perempuan balik rumah ke, suka hatilah..kalau kau nak rasa benda ni lagi cuba lah ya halang aku lagi ..." Paangg!! satu penampar dari tangan yang cukup kasar dan besar melayang ke pipi si ibu. Menangis teresak-esak si ibu. Apa nak jadi dengan anak aku ni...
Dia bukan tidak tahu yang si tua itulah yang membesarkan dia dalam pelukan penuh kasih sayang.
Bukan dia tidak tahu bahawa si perempuan yang rambutnya kian memutih itu lah yang memberi dia makan dari sekecil-kecil tapak tangan sehingga dia sebesar bapa orang sekarang..
Bukan dia tidak tahu saat dia terlantar sakit, wanita itu lah yang berjaga malam demi memantau perkembangan kesihatan dia..
Dan bukan dia tidak tahu yang si ibu itulah yang melahirkan dia kedunia ini. setelah sembilan bulan sepuluh hari mengusung dia kesana kemari..
kenapa si ibu memberi kasih dan sayang tetapi dia balas dengan memberikan benci dan nestapa??
Kenapa si ibu memberi madu tetapi dia balas dengan racun tikus??
Kenapa si ibu memberi bunga tetapi dia mengangkat M-16 lantas terus melepaskan tembakan yang tidak berperikemanusiaan kepada si ibu itu??
Apakah manusia seperti ini masih lagi layak untuk digelar manusia? Anak jenis apakah ini? Tidak reti menghargai kurniaan tuhan apabila dianugerahi seorang ibu yang baik bahkan sebuah keluarga yang bahagia....
Dunia terus berputar mengikut paksinya. kali ini pandangan corong teropong jatuh pula kepada seorang remaja di sebuah daerah yang bernama XY...
" Apa masalah kau ni ha? jangan kacau hidup aku lagi boleh tak?"
"Jangan nak bajet caring kat sini ok, aku tak perlukan kau.."
Setelah beberapa kali dia didatangi oleh seorang perempuan yang dia sendiri tidak tahu dari mana asal usul, yang seringkali menawarkan pertolongan kepada dia, dia sudah mula rasa resah. Dia tidak suka hidupnya diganggu oleh wanita itu..
"Aku dah bagi berjuta-juta kali amaran kepada kau. apahal kau masih nak ganggu hidup aku ha?" perempuan itu diterajang. dia sudah tidak tahan. maaflah makcik, saya tidak suka makcik nak campur hal kehidupan saya macam ini.
Walaupun ketika dia sakit, perempuan itulah yang cuba mendekati dia dan cuba untuk memberi rawatan kepada dia tetapi dia tetap tidak mengiktiraf kehadiran perempuan itu.
Mungkin kerana dia menganggap perempuan itu asing. Dia tidak kenal siapa perempuan itu. Mungkin kerana itulah dia berasa kurang selesa dengan kehadiran perempuan itu.
Namun satu hakikat disebalik peristiwa-peristiwa itu masih belum dia ketahui. Dia tidak tahu bahawa wanita itu merupakan ibu kandung dia...
Assalamualaikum semua pembaca sekalian...
Aku nak tanya korang semua, budak yang pertama atau yang kedua lebih jahat?
Si A tahu bahawa yang perempuan itu ialah ibu dia. dia tahu siapa perempuan itu tetapi dia tidak mahu menerima dan menghargai perempuan itu.
Manakala Si B pula tidak tahu siapa perempuan yang tiba-tiba datang kat dia dan bajet caring pasal hal ehwal kehidupan dia. Maka atas ketidak selesaan itu, dia pun kurang ajar dengan minah tu..
aku nak tulis pasal kisah ni pun sebenarnya sayu je aku rasa. Ada ke anak-anak yang jenis macam ni? aku harap sangat-sangat kita semua tidak jadi manusia yang berperangai seperti binatang macam ni. Binatang pun reti sayang mak oiii...
sebenarnya aku nak cakap pasal menghargai kurniaan tuhan je. ini sebagai peringatan kepada mereka-mereka yang beragama islam termasuk jugak diri aku. kita semua ada agama dalam diri. Kita semua kenal dengan agama kita iaitu islam. Agama kita itu indah, umpama seorang ibu yang ingin memberi perlindungan kepada anaknya..
Kalau kita kenal agama kita dan kita sedar kita ni beragama tapi masih bertindak seperti orang yang tidak beragama maka kita dah seperti Si A yang kenal dan tahu itu ibu dia tetapi dia kurang ajar dengan ibu dia.KEJAM!!
sekian~
Read more...
Friday, December 17, 2010
AFF SUZUKI CUP 2010 Malaysia 2-0 Vietnam
"Malaysia main macam tahi.."
"fuhh..nasib baik menang, kalau kita tak datang sokong ni, kalah dah malaysia aku rasa.hahaha.."
setelah berpuluh-puluh ribu rajagopal yang bagi arahan dari seat penyokong maka menanglah skuad Malaysia.
maka tamatlah perlawanan antara skuad Malaysia dan Vietnam dengan kemenangan berpihak kepada skuad Malaysia, 2-0.
kesinambungan dari itu terhasillah gambar-gambar yang gila-gila seperti dibawah...
pemain vietnam yang kontroversi.sakit konon.haha
penyokong-penyokong yang rock.haha
macam dah kat Old TRafford...(smart gak stadium kita)haha..
yang terakhir,siapakah ini.mana satu zaquan?
dah lama aku tak pergi stadium untuk tengok bola. match kali ni puas...haha
cuma satu perkara aku nak kongsi kat sini. mungkin sebagai peringatan buat diri aku. itu yang penting. masa perlawanan malaysia dan vietnam ini, aku tengok sikit sangat yang dirikan solat. memang aku tak nafikan yang surau sesak tapi berapa lah sangat kapasiti surau-surau yang ada disekitar stadium ni. aku anggarkan ada lah dua tiga puluh ribu manusia yang tak solat maghrib hari tu. huhu..
aku solat malam tu tengah-tengah jalan. memang terbaiklah sebab bila solat kat tempat macam tu dalam keadaan tu, memang terasa penangan dia. Izzah gila bhai, rasa macam perghh...tah la.tak tau nak cakap macam mana.hehe..
Umar al khattab pernah mengatakan bila lebih ramai manusia yang buat maksiat dalam satu kaum berbanding orang yang berbuat baik maka bala boleh diturunkan pada kaum itu.
sepanjang aku duduk kat dalam stadium tu asyik terbayang je. mana lah tau tiba-tiba stadium runtuh ke, kebakaran ke. atau mana lah tau tiba-tiba hujan turun kat kawasan stadium je lepas tu banjir kat dalam stadium je. tak mustahilkan? semua mati lemas kat dalam stadium tu, yang baik mahupun yang jahat.huuu..
sekian~
Read more...
Tuesday, December 14, 2010
ADDMATH 100%
Assalamualikum semua..
Semoga korang semua sentiasa dibawah rahmat dan lindungan-Nya. Hari ni aku nak tulis sikit lagi pasal ISTIDRAJ. Post kali ini ada sedikit kesinambungan dengan post semalam. Sebelum tu,Untuk pengatahuan korang semua, post semalam adalah post aku yang paling banyak komen. Apa masalah korang semua ni ha? Aku dah cakap aku tak mengharapkan komen yang banyak tapi kenapa korang semua komen banyak-banyak?hahaha.. by the way, terima kasih banyak-banyak lah sebab bagi sokongan kat aku untuk terus menulis. Nah ambil satu senyuman dari aku. Ni je hadiah aku dapat bagi.=)
Sebelum aku mula, aku harap korang semua dapat baca post ni hingga ke akhir sebab aku nak Tanya pandangan korang semua pasal satu benda ni. Haaa..post kali ni aku harapkan komen yang banyak. Lagi banyak lagi bagus ya. Korang tak komen, sedih la aku tau.hahaha…
Tadi aku buat aktiviti biasa yang aku biasa buat. Setiap hari kalau tak lepak dengan kawan-kawan aku sambil sembang perkembangan semasa maka tidak lengkap hari aku. Hari ni aku dengar satu lagi cerita yang aku nak kongsikan dengan korang. Semua kisah ni berkisar tentang ISTIDRAJ.
“Cikgu Fauzi, aku cakap memang terbaiklah. Siapa yang belajar dengan dia kalau tak pernah dapat 100% dalam exam memang ada masalah la. Bukan masalah cikgu Fauzi tapi masalah budak yang belajar dengan dia. Apa lah ke bengap sangat sampai Addmath yang senang tu tak boleh dapat seratus…”
Kawan aku yang aku lepak sekali semalam bukak cerita. Semalam dia cerita pasal budak yang kaki segala kaki yang bangang+ bengong dapat skor dalam spm. Hari ni aku tunggu pulak pasal budak jenis apa pulak dia nak cerita. Suspen ni..hehehe…
“ si A ni student kat SMK (*^$^& dan aku rasa dialah budak paling bodoh dan bangang kat batch dia. Kalau exam addmath tu, kalau dapat 5 pon dah kira rahmat gila *abi. Biasanya dapat kosong je. Dah jadi macam nobita la pulak.haha.. Yang paling teruk dia gaduh dengan cikgu, apa masalah dia pun aku tak tau. Dengan cikgu pun boleh gaduh ke?”
Aku tetap maintain. Aku ni cool. Btol tak? Dengan penuh ketenangan dan releks aku dengar cerita dia tu. Tak ada nya aku terkejut sebab aku tak terkejut pun kalau aku dengar pelajar pukul cikgu sebab kes anak pukul mak pun ada maka tak hairan lah kan. Kalau aku dengar cicit yang pukul moyang dia yang tua Bangka nak tunggu mati pun aku tak terkejut. Haha..
Kawan aku tu pun teruskan cerita dia. Dia cakap yang suatu hari si A ni jumpa pusat tusyen yang kitaorang tengah belajar sekarang. Maka bermulalah sesi pembelajaran dia dengan cikgu Fauzi ni. Nak dijadikan cerita, pada exam pertengahan tahun. Satu perkara ynag memeranjatkan telah berlaku. Memang terkejut gila khinzir la cikgu-cikgu kat sekolah tu.
Lepas cikgu kelas tanda, cikgu kelas sebelah pulak yang periksa betul ke markah dia ni.. tak puas hati jugak? Bagi kat cikgu kelas sebelah punya sebelah. Sama jugak? Senang-senang kita bagi ketua panitia yang periksa. Apa yang dah jadi? Perghh…ternganga semua cikgu kat sekolah dia. Memang sah si mamat ni dapat 100% untuk addmath dia.
Gempak kan cikgu Fauzi? Hahaha..terpromot cikgu addmath aku pulak kat sini. Sorry la ye.hehehe…
Aku memang tak nafikan kehebatan si cikgu dan aku jugak menghargai usaha yang hebat dari si mamat tu. Tapi korang tak terfikir ke, apa kenikmatan kalau kita dapat seratus dalam addmath tapi kita sakiti cikgu addmath kita kat sekolah. Kita sumpah seranah cikgu kita. Kita tumbuk cikgu kita. Rasa-rasa ada keberkatan ke? Kalau tak berkat apa guna ilmu kita ni?
Aku nak Tanya korang semua, kalau si mamat ni dah buat semua perangai yang aku dah sebutkan kat atas tadi, dengan kejayaan dia dapat tu rasa-rasa ISTIDRAJ tak?
Dengan kejayaan dia tu semakin hari semakin dia tidak hormat kepada cikgu-cikgu di sekolah dia. Sombong. Bongkak.”aku hebat,aku tak perlukan semua cikgu di sekolah ni”….
Mintak jauh la sifat-sifat di atas ye..pengajaran kali ni, sayangilah guru-guru anda. Peace.=)
*aku nak tanya pendapat korang. Korang rasa kalau aku nak tulis novel bersiri ok ke tak? Boleh ke aku menulis?Korang nak baca ke?hahaha… aku sebenarnya ada lah sikit-sikit idea untuk nak tulis cerita-cerita ni tapi aku tak ada kekuatan. Sokongan korang aku perlukan. Korang komenlah pendapat korang ye. Kalau macam tak memberansangkan, aku tulis sorang-sorang lepas tu aku simpan sendiri. Kalau nak baca pon aku baca sorok-sorok.hahaha..kalau aku tulis tapi korang tak baca buat apa kan? Buat semak je blog aku ni.hahaha..*
p/s: maaf kalau aku terguna bahasa yang kasar sehingga membuatkan korang terasa. Komen jangan tak komen ye. Peace.=)
sekian~
Read more...
Monday, December 13, 2010
Bila Cicit menyalahkan Moyang...
Assalamualaikum…
Entry hari ni aku tak nak bagi apa-apa tips atau apa-apa je lah..aku nak bercerita sahaja. Dah kata cerita fahmi so suka hati aku nak bercerita apa la kan?haha.. entry hari ni aku katogerikan sebagai catatan peribadi dan lebih menjurus kepada peringatan buat diri aku.ok? dalam aku ingatkan diri aku,aku harap korang semua pon dapat ambil pengajaran ok. Tak kesah la korang nak baca atau tidak post ini,terpulang..aku tak mengharapkan pageviews yang beratus-ratus atau komen berpuluh-puluh. Hanya sekadar aku sedar dan korang semua sedar..ok? dah sedia nak baca? Jom baca….=)
Tengah hari tadi waktu lunch aku duduk lepak-lepak dengan kawan-kawan aku kat satu port ni. Pelbagai topic kami sembang. Dari hal pelajaran sehinga ke hal yang merapu kerapu. Sembang punya sembang tiba-tiba aku dengar ada seorang member aku ni cakap..
“semalam aku main skate dengan member-member skate aku kat &$%$! Park..sbelum aku main aku tonggak satu tin Carlsberg..perghh…aku cakap kat kau la,tenaga je nak main,jatuh pon tak rasa sangat sakit dia. Semangat membara je aku maen….”
Kawan aku yang kat sebelah ni pulak sambung. Aku kat sebelah dengar je. Tak tahu nak cakap apa..
“kau penah minum jedi tak?”
“tak pernah,aku minum liquor je. Aku lg minat liquor la.”
“ aku penah minum jedi,sedap lah sialll..tapi mahal la, 1 botol 250 ringgit. Tapi kalau kau nak rasa la kan, cuba kau pergi karaoke kat ampang,diorang ada buat offer satu botol 230 je. Sedap dohh…”
Aku masih duduk kat sebelah diorang. Aku tak terkejut kalau diorang sembang benda-benda macam ni sebab dah ramai sangat kawan aku yang kaki mabuk dengan kaki clubbing ni. So,aku just duduk diam dan berfikir serta mengamati perbualan diorang. Kadang-kadang rasa sayu je aku tengok kawan-kawan aku ni..huuu..
Masuk je dalam kelas aku terus duduk kat tempat aku. Tengah-tengah belajar tiba-tiba aku dengar bunyi bising dari tempat duduk dihadapan aku. Memang mengganggu konsentrasi aku untuk focus kat kerja yang aku tengah buat.
“ketuk..ketuk..ketukk…”
Apa kena lah dengan kawan aku seorang ni. Dia ambil kalkulator pergi hentak-hentak kat kepala dia. Sekejap lepas tu hentak kepala kat dinding pulak. Aku pelik.
“kau ni pahal ketuk-ketuk kepala kau ni?”
“pening dohh..aku tak boleh belajar.push-push tak nak masuk jugak.”
“Kau rasa macam mana?”
“Entah la, aku rasa macam tak ada otak kat dalam tempurung kepala aku ni. Ni sebab aku minum banyak semalam la ni. Nak main skate pastu nak layan, so aku minum la 2-3 tin Carlsberg.” Dia sengih kerang masam kat aku. Hampeh punya budak. Padan muka dengan kau.
“Padan muka dengan kau lah. Sape suruh kau minum. Kepala biol,study terus hancur. Last-last jadi bodoh dan bangang dalam hidup. Sebab tu la islam tak bagi minum arak.” Aku straight je sembur. Memang patut pun aku cakap macam tu. Hukum minum arak yang terang dan jelas tu dia dah tau tapi apa pasal la masih gatal tekak nak minum air setan tu..ishhh…
Sekarang ni aku mohon banyak-banyak aku jadi kuat untuk nak tolak semua benda-benda bangang bengong ni. Tak mustahil lepas aku tulis entry ni tiba-tiba ada gadis comel lote datang ajak aku pergi clubbing dan aku cair. Maka aku terus pergi minum dan buat aktiviti haram yang sewaktu dengannya di pub. Sampai dah puas anak tekak dengan kerongkong aku merasa air setan tu dan puas kemaluan aku melayan gadis itu. Tak mustahil kan? Jom doa sama-sama mintak benda-benda ni jauuhhh…amin~
Lagi satu, aku ada member-member yang jenis bengong macam ni jugak. Clubbing, minum arak dan aktiviti-aktiviti yang spiesis dengannya. Dan mereka amat Berjaya dalam pelajaran mereka. Ada seorang ni, perangai macam setan la tapi result spm power!! Straight A’s biasa lah kan tapi ni siap ++++ lagi tu.
Ini memang menjadi kerisau aku. Bukan aku je lah,sepatutnya korang semua jugak. Kes budak ni adalah kes yang bernama ISTIDRAJ..
Apa maksud ISTIDRAJ ni ha? Maksud dia ialah Allah bagi kita nikmat yang banyak dan kita lupa kepada Allah. Nikmat itu bertambah dan bertambah lagi atas sebab untuk menyesatkan kita lagi. Seram kan dengar?
Macam kes budak ni la, dia langgar semua perintah Allah tapi dalam masa yang sama Allah bagi nikmat yang pelbagai kepada dia. Result SPM gempak. Makin sesatlah dia. Tenggelam dalam kenikmatan hidup yang dia tak sedari yang sebenarnya semakin hari semakin menyesatkan dan menjauhkan hidup dia dari jalan Allah.. semoga beliau mendapat hidayah.Amin~
Kalau kita payah sangat nak ikut islam betul-betul, aku bagi satu prinsip mudah la untuk kita sama-sama pegang. Tapi ni basic sangat-sangat dan tidaklah cukup ataupun memadai untuk kita masuk syurga. Kalau nak Berjaya hidup, buatlah lebih. Prinsip ni mungkin sebagai garis panduan supaya kita tidak tergelincir jatuh ke lembah kegelapan…
“enjoy tetap enjoy tapi perintah Allah janganlah sesekali tinggal.”
Kawan aku pernah cakap kat aku yang dia respect dengan life aku. Aku bukan nak bermaksud nak riak ke ape ye..
“aku respect doh kau,kau buat ini dan itu dengan kitaorang tapi bila sampai waktu solat je,mesti kau hilang. Kalau kitaorang ni, solat? Tinggal harapan dan kenangan~”
Aku pun senyum dan cakaplah kat dia..kau nak enjoy-enjoy la tapi solat janganlah kau buat main. Benda wajib do!!haha..=)
Aku harap pembaca aku semua jauh dari benda-benda ni ye. Kamu semua baik-baik belaka kan?=) cuba korang bayangkan darah daging korang yang hasil dari air setan tu hidup dalam diri korang. Zat-zat besi yang ada kat dalam arak tu serap kat sperm atau ovum kalian semua. Bila proses persenyawaan berlaku dan lahir seorang baby, tak ke rasa baby tu ada darah haram? Kesian keturunan kita, moyang minum arak,cicit dapat tempias daging haram dari moyang dia. Tak pasal-pasal kat akhirat nanti,
“ bongok la moyang aku ni, dia yang minum arak,darah daging aku pulak yang ada saham haram dia. Siall~”
Setakat sini sahaja aku nak kongsi. Aku harap dikalangan pembaca aku ni tak ada yang kaki clubbing dan kaki botol. Tak ada kan? Kalau ada, sudah-sudah la nak bermaksiat besar tu ye..hehe..
Jom kita sama-sama doa supaya kita dijauhkan dari ISTIDRAJ ni..takutnye bila kita disesatkan tapi kita tak sedar yang kita sesat..huhu..korang takut tak?
(p/s:tak rasa macam anjing kat atas ke kalau minum arak?hehe~)
Sekian~
Read more...
Saturday, December 11, 2010
Mental Power
assalamualikum semua...
hari ni aku nak kongsi tips pulak dengan pembaca sekalian. aku jamin la tips ni berkesan dan memang memberi manfaat kat korang..
"Most people think that imagining a food increases their desire for it and whets their appetite. Our findings show that it is not so simple," she said.
Sebenarnya ni aku copy paste je artikal ni. Sebab ape aku copy je?sebab aku nak kongsi dengan kurang semua…
Researchers report that they may have hit on a new trick for weight loss: To eat less of a certain food, they suggest you envision yourself gobbling it up beforehand.
Repeatedly imagining the consumption of a food reduces one's appetite for it at that moment, said lead researcher Carey Morewedge, an assistant professor of social and decision sciences at Carnegie Mellon University in Pittsburgh.
Thinking of a food -- how it tastes, smells or looks -- does increase our appetite. But performing the mental imagery of actually eating that food decreases our desire for it, Morewedge added.
For the study, published in the Dec. 10 issue of Science, Morewedge's team conducted five experiments. In one, 51 individuals were asked to imagine doing 33 repetitive actions, one at a time. A control group imagined putting 33 coins into a washing machine. Another group imagined putting 30 quarters into the washer and eating three M&Ms. A third group imagined feeding three quarters into the washer and eating 30 M&Ms.
The individuals were then invited to eat freely from a bowl of M&Ms. Those who had imagined eating 30 candies actually ate fewer candies than the others, the researchers found.
To be sure the results were related to imagination, the researchers then mixed up the experiment by changing the number of coins and M&Ms. Again, those who imagined eating the most candies ate the fewest.
Tips1
Kalau korang nak kurus atau mengurangkan berat badan maka dengan Segala hormatnya dipersilakan guna tips ni. Sebelum korang makan,contohnya korang dah boleh bau ikan masak sweetsour dari dapur. Maka jangan terus lesap pergi dapur. Ambil masa beberapa minit. Bertafakur jap….fikir korang lahap makanan tu siap telan tulang sekali. Bayangkan ikan tu masih berenang-renang kat dalam mulut. Bila dah puas khayal, baru pergi serbu dapur. INSYAALLAH..esok kucing belakang rumah kau tidur kekenyangan. Sebab apa? Malam tadi kau tak habis Bahagian kau. Biasanya mak kau masak dua ekor untuk kau tapi semalam kau makan sekor je maka lagi sekor tu rezeki kucing tu..haha..
Tips2
Ini tips untuk mereka yang masih degil. Aku dah cakap bujang sentiasa senang tapi tak percaya. Maka golongan ni masih nak ada awek. Aku tak tahu nak cakap apa. Tapi aku kesian kalau poket korang kering waktu belanja awek nanti. Maka atas dasar belas kasihan aku ni,aku nak share tips ni dengan korang..
Sebelum korang nak bawak awek korang pergi makan kat mana-mana restoran,singgah jap kat port-port tersembunyi. Jangan salah faham dol!! Aku bukan nak suruh korang buat apa-apa projek ok. Buat dialog macam ni..
“awak,lepas ni kita pergi makan kat Nando’s eh.” Sambil belai pipi awek tersayang…
“tapi sebelum kita pergi,saya nak awak bayangkan apa yang bakal kita makan nanti.”
Kalau awek korang Tanya kenapa. Cakap la ini terapi supaya dapat makan dengan lebih selera. Senang hadam, senang Buang.hahaha..
“cuba awak bayangkan..ayam yang dipanggang dengan pelbagai rempah….
“ayam berlari berkejaran didalam usus….
“isi Bahagian bontot terlekat sikit kat gigi…
“memang sedap apa yang kita bakal makan ni…
Lepas dah rasa-rasa terapi ni berkesan baru korang bawak awek korang pegi makan..
INSYAALLAH..kadar peratusan awek korang yang pada awalnya berniat nak makan seekor ayam menjunam terus. Maka dari situ dapatlah korang save duit.
Bila dah save duit,duit dah banyak so korang bolehlah kahwin awal.kan kan?hahaha(sempat lagi berkempen)
Maka setakat ini sahaja aku punya perkongsian. Amal jangan tak amal ye. Aku harap lepas korang baca ni, korang amalkan dan bagi feedback kat aku. Aku nak tau betol ke benda ni berkesan. Sama-sama kita amalkan ya..hahaha(aku pon nak kurus jugak)
Read more...
Wednesday, December 8, 2010
Kahwin awal Bagus untuk Kita.....
By Reuters
NEW YORK - Men tend to behave better when they're married -- both because marriage likely helps improve their behaviour, and nicer men are more likely to be married in the first place, according to a U.S. study.
S. Alexandra Burt and colleagues at Michigan State University also found that men with fewer nasty qualities were more likely to eventually end up married.
Among men who did marry, some showed signs that bad behaviour -- specifically traits associated with antisocial personality disorder such as criminal behaviour, lying, aggression and lack of remorse -- decreased after they tied the knot.
Burt said that married men "are just not as antisocial to begin with. And when they get married, they get even less antisocial."
In the study, presented in the December Archives of General Psychiatry, Burt and her colleagues followed 289 pairs of male twins for 12 years, from age 17 to age 29. More than half of the twins were identical.
Men who married during the study period, about 60 percent of them, showed less antisocial behaviour at ages 17 and 20, suggesting that men with more of these traits are less likely to get married in the first place.
By the age of 29, unmarried men had an average of 1.3 antisocial behaviours, compared with 0.8 among marrie men.
However, among identical twins in which one was married and one wasn't, the married twin had fewer antisocial behaviours after the union than the unmarried twin.
Given that identical twins, with similar genetics and childhood environments are likely to have the same antisocial tendencies, this indicates that marriage helped weed out those bad behaviours.
It's not clear why men's behaviour might improve after marriage, said Ryan King at the University of Albany, State University of New York, who was not involved in the study.
Married men may spend more time with their spouses than their friends, and bad behaviour such as delinquency and binge drinking tend to be group activities, he noted.
In addition, married men "have more to lose" if they're caught doing illegal activities, and may care what their spouses think.
"Not everyone is equally likely to enter the institution of marriage, but those that do enter into it get some benefit from it," King said.
The results help explain consistent findings from other studies that men who are married commit fewer crimes. One recent study, for example, showed marriage was associated with a 35 percent reduction in crime.
Studies have also found that married people as a group tend to be healthier than singles, though recent research suggests the health advantage of marriage may be fading. But married people tend to live longer, be less depressed and suffer less from heart disease and stroke.
Apa lagi? ada yang masih tak bersetuju dengan artikal ni ke?hahaha
JOM KAHWIN!!
Read more...
Sunday, December 5, 2010
Tips berjaya Di dunia.....
Amaran keras: kepada yang ingin membaca artikal ini,sila baca hingga ke huruf terakhir kerana sekiranya anda membaca separuh, mudharat yang besar akan menimpa anda. ianya umpama anda makan nasi lauk asam pedas campur gulai nangka tetapi anda tidak makan apa-apa jenis buah yang mengandungi serat. maka anda akan mengalami masalah membuang air besar yang amat serius. ini semua berpunca dari pemakanan anda yang tidak lengkap. sama juga dengan post ini,jika tidak lengkap, anda akan mengalami sembelit dalam mengamalkan inti pati artikal ini. Terima kasih...
Cerita Dongeng 1
“Awak…jom kahwin nak?” pujuk Hydrogen kepada Oxygen yang tengah kelihatan resah gelisah.
“Saya tengok awak dengan si Copper tu macam tak bahagia je. Asyik-asyik ada masalah kewangan. Nak bayar sewa rumah pon nak kena pinjam duit kawan. Kesian saya tengok korang.” Oxygen masih lagi tertunduk sedang memikirkan sesuatu.
“Mungkin kalau awak kahwin dengan saya awak akan lebih senang dan bahagia. Saya insyaallah boleh beri kebahagian kepada awak..” Hydrogen masih tidak putus asa untuk memujuk buah hatinya untuk menerima dirinya. Sudah lama dia menunggu peluang ini.
Nak dijadikan cerita maka berkahwinlah mereka berdua dimana berlangsungnya perkahwinan mereka didalam dewan cylinder…….kesian si Copper. Siapa suruh tak banyak duit,kan dah kena tinggal dengan awek..hahaha..
Cerita Dongeng 2
“Awak..jom kahwin dengan saya nak?” Soal Hydrogen kepada Oxygen.
“Kenapa saya perlu kahwin dengan awak? Apa yang awak ada dan apa yang awak boleh beri kepada saya?” Bertalu-talu soalan dilontarkan semula kepada Hydrogen. Riak muka Hydrogen kelihatan berubah. Mungkin sedang memikirkan jawapan yang meyakinkan.
“Saya akan cuba yang terbaik untuk bahagiakan awak.” Dengan muka penuh keyakinan Hydrogen jawab.
“awak ada apa? Awak pakai kereta apa eh?” perghh..soalan yang agak berbaur kematerialistikan..
“Saya ada kereta wira aeroback warna hitam yang memang kelihatan sporty.” Jawab Hydrogen dengan sepenuh hati. Biarlah agak kelihatan materialistik asalkan aku dapat Oxygen.
“Apaaaa? Wira hitam???” Soal Oxygen dengan riak muka yang sukar nak ditafsirkan. Hydrogen pula kelihatan agak suka kerana dia sangka yang Hydrogen tertarik.sekali…
“Sorry la awak, saya takut nanti saya naik wira tulang belakang saya sakit sebab seat dia murah. Lepas tu saya takut aircond dia boleh menjejaskan PH kulit saya memandangkan wira pakai compressor yang local. Tambahan pula bau didalam wira tidaklah sesedap bau yang dikeluarkan oleh material Porche. So kalau awak nak kahwin dengan saya,beli la kereta yang lagi mahal dari porche ye. Beli la Lambourgini ke. Baru la best. Ni wira je. Apa kelas bro…” Ternganga Hydrogen mendengar kata-kata Oxygen.
Tak terkata sehingga terduduk. Memang tidak dinafikan yang si balak Oxygen memang kaya. Mana tidaknya, si Magnessium tu ada dua bijik kete siap dengan sebuah banglo. Kalau aku ni apa je yang ada. Wira dengan satu unit flat….huuuuu….
Kisah benar…(tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka)
“Mak bukan apalah kan tapi mak tak berapa suka dengan kerja kamu sekarang ni. Tak ada masa depan. Stabil pun tak berapa pasti lagi Din. Apalah sangat yang kamu dapat dengan kerja sebagai cikgu. Kalau cikgu sekolah mak tak kesah sangat tapi ni cikgu tuisyen. Berapalah sangat yang kamu dapat dengan kerja ni.?” Mak limah berleter panjang kepada anaknya. Bukanlah leter benci tetapi leteran sayang dan mengambil berat terhadap masa hadapan anaknya.
Yang si Din ni dari tadi hanya membisu. Apa yang ada dalam kepala otak dia, Mak limah tidak dapat membaca.
“Mak kesian tengok kamu tiap-tiap hari naik motor buruk tu je. Itu aje lah harta yang paling berharga yang kamu ada.” Makin pedas tikaman Mak limah ni. Berasap semua lubang kepunyaan Din. Tunggu la mak ye, satu hari nanti saya akan buktikan yang saya stabil bahkan lagi stabil dari ayah.hehehe…
Dia melabuhkan punggungnya keatas sofa merah mewah itu. Nikmat dan selesa sungguh dapat duduk atas sofa ini. Dia melepaskan nafas panjang..ahhhh…
“Pakcik bukan apa tapi pakcik tidak berapa selesa dengan kerja yang kamu buat sekarang ni. Apa-apa yang berlaku nanti anak pakcik jugak yang susah. Jangan sampai satu tahap kamu nak bayar duit sewa kamu kena pinjam duit kawan. Tak nak pakcik biar anak pakcik dapat suami macam kau.” Tersentak Din mendengar kenyataan tersebut.
Merah padam muka Din memang tak dapat nak disembunyikan lagi…
Aduhhh..apalah nasib aku ni. Kene leter dengan mak tu okay la lagi, ni kena reject dengan bakal bapak mertua sendiri. Sedih betul hidup aku kalau macam ni. Hampeh betul semua orang.takpe-takpe, silap la korang pandang aku sbelah mata je. Satu hari nanti taulah sebenarnya langit tu tujuh lapis. Bukan satu!!!
Satu tahun berlalu…
Din pulang ke kampungnya dengan wajah berseri-seri. Ada sesuatu yang besar dia nak lakukan hari ni…
“ mak,nah ambil duit ni. Saya niat nak belanja mak hari ni. Dah lama saya tak belanja mak. Dulu-dulu saya belanja sirih dengan pinang je saya mampu. Tapi hari ni ambil la duit ni eh. Bulan depan saya bagi lagi.” Din menghulurkan not-not kertas berwarna biru yang berjumlah dua ribu ringgit Malaysia.
“Cukup tak mak? Kalau tak cukup saya nak up lagi seribu.hehehe..” terpaku mak limah mendapat duit sebegitu banyak daripada anaknya. Betul ke anak aku ni. Dulu naik moto buruk tahap tak ada mudguard. Sekali hari ni datang hulur dua ribu kat aku macam tu je.
“kau biar betul din, jangan sebab kau nak bagi mak duit ni setahun kamu simpan duit tiap-tiap hari makan maggi je?” mak limah masih tidak dapat mempercayai. Tah-tah anak aku ni pergi rompak bank ke ape ni.
“mak ambil je duit tu, ni saya ada lagi satu hadiah.” Din menghulurkan satu kotak segi empat kepada mak limah.
“ NI la namanya iPhone 4. Saya tau mak tak reti pakai tapi saya beli jugak sebab dia yang paling mahal dan canggih di pasaran sekarang.hehehe..” dengan muka bangganya Din menyusun satu demi satu perkataan itu..
“Jap, tak cukup dengan itu. Saya sebenarnya ada beli satu benda ni. Tapi untuk saya je la. Saya bawak benda tu ari ni tapi bukan mak. Saja nak bagi mak usha-usha. Usha je tau mak. Tapi kalau mak nak boleh jugak. Saya beli baru lah.hehehe..” Ini memang dah gaya riak tahap gajah. Jalan tak ingat orang. Main pijak je masa jalan tu. Sama lah macam si Din ni.
Ni la gambar si Din dengan kekasih baru dia. CIk Civic-ah. Ada ta marbuthah kat belakang tu sebab betina. maka bercintalah mereka berdua...tamat cerita...
post kali ni aku nak citer pasal dua benda...
1) Adat dunia sekarang ni, manusia lebih memandang kepada harta benda. memang tak boleh nak elak. tapi bukan semua orang lah kan. adalah beberapa spesies yang jenis macam ni tapi tak boleh nak salahkan diorang seratus peratus sebab persekitaran membesar jugak memainkan peranan.setuju?
2)Yang kedua ni yang utama sebenarnya..yang petama tu panas jari je nak menulis. so, yang kedua aku nak cakap pasal lubang-lubang rezeki. Dunia hari ini,tertumpu kepada golongan veteran la. kebanyakan diorang ni lebih mempercayai mereka yang bekerja dengan kerjaan. sebab apa? sebab dorang rasa anak dorang akan lebih terjamin dan stabil masa hadapan. Bagus sebenarnya niat dorang ni...hargailah ye para pembaca sekalian yang kalau2 ada parent jenis macam ni..hehe
TAPI, akak-akak, abang-abang, pakcik makcik sekalian jangan lupa yang 9/10 rezeki datang dari hasil perniagaan. benda ni bukan teori beb. ni nabi kita sendiri cakap. Tak kan la dia nak kelentong kita ummat kesayangan dia ni. Jadi, kalau korang kerja kerajaan dok makan gaji je..itu sebenarnya korang dapat 1/10 je. rugi la weyh,ada lubang yang lagi menarik dan mencabar, korang nak terhegeh2 pergi cari lubang yang bosan dan tak mencabar. tak rasa lah kenikmatan dia..hahaha...
Berbalik kepada si Din, kalau korang nak tau berapa gaji dia sebagai cikgu tusyen, aku boleh bagi tau. nak tau tak? kalau nak tau la..dia pernah bagitau kat aku yang gaji dia setiap bulan 5 angka. ulangan..5 ANGKA...bapak dia yang pencen kerajaan pon xhebat macam dia.haha..
SEbab tu la dia leh belanja mak dia iPhone 4. rileks je dia bagi padahal orang tua tu nak membaca pon tak lepas. tapi dia saje nak beli sebab dia nak buktikan kat mak dia yang dia stabil dan hidup senang. maka hilanglah kerisauan yang melanda mak dia selama ini...(sebelum dia nak balik rumah, mak dia bagi balik iPhone tu sebab mak dia cakap tak reti guna,selamaaattt duit din.hahaha)
Ok lah. aku bagi satu cadangan lah bagi nak memenuhi hadis nabi kesayangan kita ni....
lepas keluar U korang buat bisnes dulu. lingkup? buat lagi..kalau lingkup lagi? buat lah sampai sembilan kali tapi kalaulah yang kali kesembilan tu lingkup jugak,cari lah kerja kerajaan sebab korang dah memang jenis melingkupkan je. buat kerja semua tak jadi. bisnes pon lingkup so baik keje kerajaan je la eh...hahaha...
Kepada pembaca yang ada idea yang lagi best, boelh la kongsi-kongsi ye..sebelum mengundur diri aku nak mintak maaf la kalau tersalah kata. terlucah sini sana. maaf nohh...hehehe
asslamualaikum...
Read more...
Tuesday, November 30, 2010
Bujang Memang Senang
“ You tak tahu,topi macam ni la style. You boleh buat topi dalam masa yang sama bukak-bukak jadi kain pelikat. Terus boleh pegi surau sembahyang. Lepas sembahyang lipat la balik buat topi. Tengok, tak ke jimat duit. 2 in 1.hehehe..” aku buat lawak yang tak berapa jadi kononnya nak menghiburkan hati buah jantung intan payung aku. Topi tu aku sarungkan semula ke kepala aku.
“eeiii..asal pakai topi senget? Tak cantik la.”
“macam-macam la you ni. Ni la fashion terkini.” Ada-ada aje aku punya hujah..
“ You, tgk ni, kalau topi ni tak ada bahagian depan ni boleh jadi kopiah kain pelikat pulak.hehehe..”
“Bajet alim la tu nak berkopiah ni?” erkk..aku tersentak..
“Sape pulak nak bajet alim, I rock la..” aku bukak topi dan senyum manja kat dia..
Baru je tadi selesai ambil wudhu’ sebab kejap lagi nak solat. Tiba-tiba minah sorang ni panggil pulak dahh..ish..
“youuu..belikan I kinder bueno kat 7E.” dia buat muka comel pulak dah. Sapa tak cair pakcik makcik oii..
“ok, you tunggu eh.” Aku pergi meninggalkan dia
Hajat nak sembahyang zohor aku tangguh jap la. Demi dia yang tersayang aku pergilah beli apa yang dia ngidamkan tu. Dia ni kalau sampai masa dating dengan bulan je ada-ada je benda pelik-pelik yang mintak aku belikan.
“Sayang, nah ni pakcik kinder kamu.” Aku hulurkan satu plastic yang penuh dengan kinder bueno. Makan lah kau puas-puan benda tu. Asalkan kau bahagia. Aku tengok kau bahagia aku pon bahagia..
“Thanks darling…” dia senyum puas hati..aku pun turut puas hati.
“You,teman I makan skali. Jangan la pergi mana-mana.” Aku baru nak bangun pergi sembayang tiba-tiba dia tarik tangan aku. Sejuknya tangan dia. Lembut pun macam kapas. Awak pakai losyen ape ni? Ni mesti Johnson kan? Lembut macam bayi..aku senyum sendiri..hehe
“Nah ambil duit ni. Bape ringgit eh semua ni. Lima pek you beli so 20 ringgit la.” Dia hulurkan dua keping not merah kearah ku.
“Tak payah la duit tu. You simpan duit tu buat belanja beli keperluan bulan you.” Sambil buat muka caring habis sempat aku selit jenaka yang kurang manis. Tak kan la nak cakap dengan awek sopan tahap ustaz. Bosan gle kot..
“Ish, you ni sempat lagi nak buat lawak kotor. Ambil la duit ni. I tak nak asyik you je belanja I” tepekk..satu das aku kena. Dia tampar belakang aku. Tapi kalau dah bercinta ni, dia pukul tu rasa macam kena belai la pulak..seronok…haha
Aku perasan si Muhammad budak yang duduk kat barisan belakang sekali sedang perhatikan kelakuan romantika kami. Pahal budak sorang ni. Pandang-pandang pastu geleng-geleng kepala. Lepas tu senyum pulak. Gila ke apa ha?
Aku bangun dari kerusi dan terus belah dari situ. Dia buat muka sebab aku tak nak ambil duit tu. C’mon la bro,aku laki so aku kena la belanja awek aku. Baru la namanya lelaki sejati..
Dalam perjalanan pulang…
“apalah nasib aku hari ni…” sambil kesat peluh di dahi tangan kanan aku memegang handle motor aku. Kaki dah rasa penat. Baju dah masuk katogeri lawan antara mamak-mamak sedunia. Siapa yang paling basah dan berbau. Kalau aku masuk boleh menang kot..huhu..
Dekat satu kilometer jugak aku sorong motor aku tu. Meter minyak dah tunjuk minyak dah habis tapi nak berhenti isi minyak dompet dah kosong so tawakal habis la moga-moga sempat la sampai rumah. Sekali sikit lagi nak sampai,abis minyak daa…nasib-nasib…
Muhammad bingkas bangun dari katil queen sizenya lantas terus menuju kearah meja study.
“hello, asal bob?”
“lepak sunway?shisha?”
“tak da hal la bro,aku amek ko kat rumah.aku bawak ko so ko kena payung ak okay.”
“Roger”
Kereta wira hitam laju keluar dari porch rumah Muhammad. Dalam beberapa saat hilang kelibat kereta hitam itu ditelan kegelapan malam…
Pengajaran:
1. kalau kau bujang kau tak payah semak perut fikir pasal makan minum sakit pompuan yang bukan dari keluarga kau. Duit tak habis beli barang untuk awek. Cuba korang tengok Muhammad tu,rileks je ada kete siap minyak full tank bhai. Tak ada punya nak tolak kete tu baru nak sampai kat sunway. Dah masyuk tak ada la nak kena tolak menolak kete beb.hahaha..
2. Korang tak rasa kesian ke kat ‘aku’ tu? Dah nak solat, tetiba awek panggil last-last tak solat sampai kiamat. Nak pakai kopiah pulak takut awek cakap alim. Memang takut la kalau awek cakap alim sebab nanti susah la nak ehem3..hahaha
3. Dengan ada awek korang susah sikit la nak buat kebaikan sebab dok sibuk fikir pasal dia je. Kalau Muhammad si bujang senang tu, nak solat ambil kunci kete terus zuuppp…sampai masjid terus. Tak ada yang nak abang sayang darling meh duduk denagan I dah. Tenang je buat amal ibadat.haha
P/s: kisah di atas tiada kaitan dengan penulis. Jangan nak menggatal nak cakap ada kaitan dengan penulis.hahaha..dan satu lagi,maaf sebab gambar topi tak mcam topi kain pelikat sebab aku tak ada topi tu so aku tak tau topi tu macam mana.asal kan belang-belang cukup la kan.haha
(BUJANG=XKAPEL )
Read more...
Monday, November 29, 2010
Bujang Sentiasa Senang...
“kamu tak ada awek ke?”
“Tak ada la,akak”
“HA? Tipu la muka macam kamu ni tak ada awek. Kamu jangan nak kencing saya”
“ Betol la kakak. Kenapa dengan muka saya ni? Ada cop apa-apa ke? Hehehe..”
“ Sumpah kamu tak ada?” Dia tak puas hati lagi..
“Ye la akak, tak kan la saya nak tipu akak kot.”
Muhammad terus pergi meninggalkan akak kerani tersebut . Akak itu masih terkedip-kedip mata dengan muka separuh tak percaya dengan dialog yang baru berlaku tadi..Dia jalan sambil tersenyum..Apa la akak ni, aku cakap tak ada awek dia tak percaya. Muka aku ni tak ada la macam Rain sampai nak pelik aku tak ada awek..haishh..
Dua jam kemudian…
“Akak, saya tak nak masuk kelas boleh tak.saya nak duduk sini lepak dengan akak. Hehe..” Tersengih dia macam kerang busuk..
“Aih, asal muka dah macam garam belacan ni? Masam-masam manis je? Pagi tadi ceria je..”
“Ni saya nak cerita dengan akak ni. Saya ada masalah la. Akak sudi dengar tak? Kalau akak tak sudi, saya tak kesah. Saya nak cerita gak. Nak dengar atau tak nak terpaksa la akak dengar jugak.hehehe”
“Ye la, ape kebendanya kamu ni?”
“Macam ni kak,saya selalunya kat dalam kelas happy je. Riuh rendah kelas tu saya buat sampai nak runtuh siling. Tapi bukan saya seorang. Saya ada gang.hehehe..”
“Saya selalu riang-riang ria ngan seorang awek ni, tapi dia bukan awek saya la. Punya la berseronok bersama memeriahkan kelas tetiba saya tahu dia dah ada BF so kawan-kawan saya nasihatkan la supaya saya control sikit. So tak ape la,saya dah control la sikit. Tapi tiba-tiba saya datang kelas hari ni…”
“hai budak..”aku sapa riang..
Shhuuu…~ aircond Panasonic berderum garang…
“kaaaakkk..dia tak cakap dengan saya hari ni. MUka kerek nak mampos. Saya pon Tanya la kawan sebelah dia,kenapa minah ni angin semacam je. Dating dengan bulan ke?haha” Muhammad masih mampu tersenyum. Untuk mengurangkan stress keadaan dia terpaksa buat lawak. Lawak bangang.haha
Minah ni bengang dengan aku rupanya. Pasal apa? Ta payah cakap la kat sini sebab bagi aku memang masalah bodoh gler untuk diberatkan.
“kamu ada perasaan kat dia eh sampai kusut macam ni..” sempat lagi akak kerani ni nak sakat aku.hishh..
“kak,saya tolak tepi dulu bab perasaan ni sebab bagi saya yang penting kawan. C’mon la nak palau kawan macam ni. Dengan kawan-kawan saya yang lain dia nak cakap pulak. Saya pon nak masuk kelas hilang mood la. Tak kan nak belajar sambil dengar bunyi aircond buruk tu kot. MAti la saya macam ni.”
Memang kusut la perompuan macam ni…
“kakak, sebab tu la saya single mingle je dari dulu sampai sekarang. Perompuan ni leceh.hahaha..”
Balik rumah…
“Maakkk…nanti saya nak kahwin mak carikan bakal isteri saya eh.” Muka manja + gedik +nakal jugak yang pertama menyapa ibu bila bukak pintu rumah warna coklat tu..
Ibu dah lain macam muka. Gatal sungguh anak teruna aku sorang ni. Balik kelas terus cakap pasal kahwin. Memang hilang akal..ish3
“ini ciri-ciri isteri saya yang perlu mak penuhi..:”
1.Cantik. kalau boleh bagi la muka ala-ala korea sebab saya minat korea. Tapi kalau muka gadis melayu pon boleh la…
2.Kaya. biar masa kahwin tu dia dah ada dua bijik BMW 5 dengan Honda Civic. Saya tak kesah ibu, sebab masa tu saya dah pakai Ferari .
3.Pandai. kalau boleh ibu cari yang multi-tasking la. Seorang pakar sakit puan Ok jugak. Kalau sakit tuan lagi bagus sebab senang sikit saya. Saya tak kisah dia kerja hebat macam tu sebab masa tu saya dah jadi pakar cardiology.
4.Beragama. saya nak yang hafizah la ibu. Sebab nanti malam-malam.”yang..check bacaan abang setengah juzu’ nanti abang bagi hadiah..lalala~”
Kalaulah ibu memenuhi semua criteria diatas, tanpa ragu-ragu saya nikah wanita tersebut. Ibu nak bagi yang fashion ninja yang tutup tinggal mata pon saya ambil ibu. Sekarang ni saya tak nak fikir pasal perempuan dah.buat semak perut je..hahaha..
Mak Muhammad geleng kepala. Macam-macam anak laki aku sorang ni….
Keesokan harinya…
Turun sahaja dari kereta wira hitam dia dah mula menyanyi sendiri. “Tittot” bunyi alarm kereta. Setiap langkah dia sentiasa diiringi dengan nyanyian. Tidak berapa jelas apa yang dia nyanyi tapi lebih kurang rentak macam nasyid. Alhamdulillah…hehehe..
“kakak..saya datang kembali dengan dendang..hehehe” Muhammad hadiahkan akak kerani tu senyuman yang penuh makna.
“senang hati kamu muhammada hari ni..”
“biasa la akak..bujang mana yang tak senang…”
tengok sibujang kat atas ni pon,senang je kan hidup dia.telan manusia rileks ikot suka hati dia je. tak payah fikir apa. nak kena mintak izin kat awek dulu ke. kena marah dengan awek sebab baham manusia ke. semua tu tak ada sebab dia bujang. bujang senang...hahaha
(cerita diatas tiada kaitan dengan penulis)
sekian terima kasih...
Read more...
Sunday, November 28, 2010
Kotak Pertanyaan Aku
rasa macam dah lama sangat tak post kat blog ni. Walau ape pon,memang lama dah tak post. Bukan cakap tak ada benda yang nak post tapi macam malas tahap gaban nak menekan nekan keyboard ni. Rasa macam landing atas katil, golek kanan golek kiri lagi best.hshs..
Sebenarnya aku tengah menulis satu cerpen sekarang ni. Tapi nak menghabiskan memang malas. Jalan cerita dah ada dah walaupun aku sendiri rasa macam bosan dengan cerita tu tapi aku tetap kuatkan diri untuk habiskan menulis. Jangan main2 la dengan cerpen aku yang bakal "pecah blog" ni. Baik korong baca sebab ceritanya penuh dengan pengajaran. APa yang penting? PENGAJARAN....haha
Maka nantikan je la cerpen ak ya. Aku cakap awal2 aku xreti tulis cerpen. Baru nak mula belajar. So,aku cuba tulis yang terbaiklah..kalau bosan jangan tuntut balik masa dan letrik yang korang bazirkan untuk baca cerpen aku sebab aku dah bagi warning awal2.hehe
Jadi aku nak umumlah satu benda.aku dah upgrade sikit blog aku ni. Kat tepi ni ada satu kotak. NAmanya kotak formspring.hehe..korang tanyalah apa-apa soalan kat aku dan aku akan cuba jawab. kalau nak tanya pasal diri aku silakan dan kalau ada yang nak tanya pendapat atau pandangan tentang isu semasa lagilah dialu-alukan. Boleh aku lontarkan pendapat dan sama-sama kita kongsi dan kembangkan minda kita bersama. Boleh aku buat post khas untuk menjawab soalan korang. Kalau ada yang tanya lah.ahaha
Tanya jangan tak tanya yaw...JAngan kecewakan aku ye.penat2 aku buat kotak tu untuk korang tanya tapi kalau korang tak tanya memang kecewa aku.hahaha
bye.Salam
Read more...
Saturday, November 6, 2010
Banjir Kedah-Perlis 2010
Fuhh..Tadi setelah dekat 4 jam dalam kereta akhirnya sampai jugak kat perlis ni. Memang gila sebab biasanya dari kedah ke perlis tak samapai sejam pon tapi hari ni dah dekat 4 kali ganda..Sebab apa? sudah semestinya sebab banjir.hahaha
Memang ikut hati taknak dah post malam ni sebab letih sangat tapi dah janji la katakan.terpaksa la tunaikan.huhu..sebelum tu untuk pengetahuan la, esok kat rumah ayah aku kat perlis ni ada kenduri. Tak besar sangat pon just 5 buah khemah. Ini kenduri sambut menantu punya pasal la..haha
So, masih jadi persoalan berapa ramai yang akan datang esok sebab mungkin ada tetamu yang dijemput tapi dah terperangkap banjir pulak. macam mana nak datang? nasib baik la keadaan banjir kat perlis ni semakin ok so doa2 la esok jalan kat kangar ni semakin ok.aminn...
okay2, berbalik kepada kisah banjir ni...
seorang warga emas yang bernama aisyah,78 tahun telah mengatakan bahawa selama hayat beliau, belaiu tidak pernah lalui banjir sehebat tahun ini. Beliau mengatakan sebelum ini banjir seringkali berlaku tetapi tidak sehingga menenggelamkan alor star yang merupakan ibu negeri kedah darul aman. pada tahun ini Alor star telah dinaiki air pada kawasan yang tidak dijangka. begitu juga keadaan airport dan juga sebahagian highway yang terpaksa ditutup kerana aras air yang tidak dapat dilalui oleh kereta.
haha..hari ni aku dah temu ramah tok aku sendiri dan dia cakap seperti yang kat atas la..
Yang peliknya ialah perlis juga ditenggelami air. tapikan, dulu ada seorang cikgu ni cakap negeri yang paling last kena banjir ialah perlis. sebab apa? sebab kalau tengok peta malaysia perlis duduk kat atas sekali so yang pertama akan masuk air ialah johor dan yang terakhir ialah perlis. Benar bukan? haha..
Dah tengok peta kan? tp kenapa perlis masih banjir sedangkan johor tak banjir lagi?fikirkanlah...haha
yang best banjir kali ni sebab aku berpeluang tengok orang kampung bekerjasama bantu membantu.Jalan ke perlis dari kedah sebenarnya dah kena tutup sebab banjir tp mase tu ada satu jalan je yang ok untuk kete2 ni lalu tapi memang mencabar la jalan dia.
yang kat atas ni jalan yang kitaorang terpaksa lalui.kiri kanan sawah..
Dan yang paling aku tertarik ialah kat tengah2 sawah ni ada signboard mcm kat highway..cool gler la orang2 kampung ni.kreatif dan baik.
Yang kat atas ni semua gambar Signboard cowboy style.menarik gila..hahaha
Yang bawah ni korg tengok je la pemandangan ya.aku malas nak tulis da.kalau ada pape nak tanye,tanye la ye.insyaallah aku jawab.haha
so sorry la sikit je gambar.special thanks to my abang ipar bagi pinjam xperia dia untuk aku snap gambar2 ni.hehe..
Cukup sampai sini sahaja,kalau nak lagi gmbar boleh request.haha
salam...
Read more...
Nantikan..
aku kini kembali setelah dah hampir tah berapa bulan xupdate ini blog tp jangan risau..aku masih disini.ceh..
aku sekarang kat perlis dan sekarang ni tengah banjir besar. semalam aku balik dari kedah ke perlis dan perjalanan dia memang..pergh..best gler la..
So,post kali ni just sebagai propaganda je. nak bagi korang baca post terbaru untuk malam ni. Sebab aku xsempat nak transfer gambar2 banjir yang aku dah ambil so tunggu je la malam ni ya.
Rugi tak tengok gambar2 tu sebab wartawan pon tak dapat gambar macam ni. So,kalau taknak rugi follow la blog ni.hahaha
(ayat kat atas poyo tahap tak hingat, tapi jangan risau,kalau tak seperti yang dijangka,korang boleh claim balik masa korang.lagi poyo.ahahaha
teruskan bersama saya di edisi Banjir 2010..daa~
Read more...
Thursday, October 14, 2010
Hikayat Sang Rambut
"My hair is my dignity"
"My hair is my pride"
Akhir sekali ada yang cakap..
"My hair is my life".....
Menarik bukan? Tapi inilah antara kata-kata yang pernah keluar dari mulut2 mereka yang amat sayangkan rambut mereka termasuk aku jugak la.Tapi aku tak cakap la benda2 kat atas ni. Walaupun rambut aku tak cantik tapi aku tetap sayang dengan rambut aku.hahaha...
Cuba tengok rambut aku kat gambar atas.. Sekarang semua tu tinggal kenangan je. Punyalah susah nak simpan rambut panjang macam tu time zaman2 sekolah ni sekali Zaappp... Keluar arahan untuk tarah itu rambut..
Post kali ni aku tak nak mengutuk atau berkata kepada mana-mana pihak kerana pasti akan ada yang terasa hati. Aku tahu akan ada yang terasa hati sebab antara pembaca setia blog aku ni adalah cikgu aku sendiri jadi kalau aku luahkan perasaan lebih2 pasal sekolah aku kat sini, kang ada jugak yang kena sound kat sekolah.lalala~
So aku nak cerita sikit kenapa rambut kami pelajar2 tingkatan empat kesemuanya kena tarah. Supaya para pembaca sekalian memahami situasi aku sekarang. Minggu lepas kami telah melalui satu perkhemahan tahunan jadi pihak sekolah telah mengeluarkan arahan kepada semua pelajar tingkatan empat untuk menggondolkan kepala. Memang tak bagi can langsung sebab diorang suruh potong pakai No.2. kejam tak kejam memang kena gondol jugak..Sedih2...
Antara yang menarik jugak adalah mereka yang mengatakan..
"Kena botak ni rasa macam kena bogel dikhalayak ramai"(18sg)
Memang sesetengah orang yang tidak biasa botak akan rasa macam tu. Cubalah bayangkan selama ni rambut panjang smart2 sekali kena gondol terus. sama macam selama ni pakai baju smart2 sekali kena bogel tak ada baju. Macam itulah perasaan mereka yang merupakan pencinta rambut.
Ada jugak yang keras kepala sikit. Tak nak botak terus pakai No.2 so mereka mengambil keputusan untuk potong ikut No.8. Memang jauh berbeza la tapi kata-kata menarik yang keluar untuk menggambarkan situasi tetap akan keluar. Mungkin agak kotor sedikit jadi saya mintak maaf..
"Potong pakai No.8 ni tak ada la rasa macam dibogelkan tapi still macam pakai b*a dengan sp*nd*r masih agak bermaruah jugak la tapi memang tetap malu"
Aku ni memang keras kepala sikit. Kalau kepala ni hentuk kat batu memang tak pecah. nak lawan kepala ni kena bawak sini kepala diamond baru aku nak tunduk sedikit. Tapi macam kauselor aku cakap batu lawan dengan air so kalau nak lawan kepala aku ni bawak sini air baru aku cool...Ni bagi tips ni..hahaha
So, kerana kekerasan kepala aku maka aku pon turut potong rambut ni pakai No.8. Masih ada rambut tapi tetap rasa botak.ish3...
Bagi aku, Rambut ni adalah identiti. style rambut yang kita buat melambangkan siapa diri kita. Kalau punk dia buat rambut punk, kalau goth dia buat rambut gothic dan kalau ada gaya ala-ala jambu dia buatla rambut belah tengah. Ada seorang ni pernah berkata kalau kita nak tengok seseorang tu berubah kearah mana kita tengok rambut dia berubah kearah mana. Kalau dulu rambut dia sikat kemas je tapi tiba-tiba dah start cacak sana cacak sini maksudnya dalam diri dia tu dah start ada problem la tu.
Lagi satu pendirian aku ialah rambut ini ialah sumber keyakinan diri. secara jujurnya dengan rambut aku panjang dan aku puas hati tengok rambut aku, tahap keyakinan diri aku untuk berhadapan dengan orang amatlah tinggi. Benda ni memang terbukti dalam kehidupan seharian aku.
Aku ingat lagi tahun lepas aku berpidato kat sekolah dengan keadaan botak(baru balik dari kursus KRS) then aku dapat No.2 tapi tahun ni aku berpidato dengan rambut yang panjang dan kemas maka aku pun dapat No.1.hahahaha..Fakta ni...Maka aku punya teori keyakinan diri bersangkut paut dengan rambut memang terbukti dan tak dapat nak ditolak lagi...
Mungkin setakat ini je aku nak cakap pasal rambut. Kalau nak cakap lagi boleh je berjela-jela sampai tak habis tapi takut korang tak larat nak melayan aku membebel la.. Semua yang aku tulis kat atas ni adalah pendapat dan prinsip aku sendiri. kalau ada sesiapa yang tak puas hati atau tak bersetuju maka korang ikutlah prinsip dan pendapat korang sendiri. Jangan kacau prinsip rambut aku...hahaha..
p/s: tengok brader kat bawah ni, botak pon masih macho walaupun muka dia kat dalam gambar ni pelik sikit. tak make up kot. So, kepada insan2 terutamanya kawan2 aku yang dah kena gondol jangan la bersedih. Nak rambut cepat panjang pergi la cari bond sapu kat kepala tu..Sekian
Read more...
Wednesday, October 13, 2010
Perginya Dikau Pasti Berhikmah...
Marah yang dah tak tertahan lagi…
(aku speechless!!!)
Dialah yang paling berharga dalam hidup aku. Aku tidak pernah terbayang akan kehilangan Dia. Aku pernanh mengungkapkan yang Dialah teman dalam hidup aku buat masa ini. Kami amat rapat. Amat susah sekali untuk berpisah. Akan pergi kemana sahaja bersama. Aku dengan dia memang ideal. Dia memenuhi minat serta citarasa aku. Tapi kini dia sudah tiada……..Aaaaaaaaa…!!!!!!!
Tapi masa inilah untuk belajar merelakan serta meredhai pemergian benda2 yang bernilai dalam hidup..
Belajar2!!!!
(sumpah sedih gler...kena kumpul beli baru ni..iPod 4g la kalau mcm ni punya pasal)
Read more...