Read more...
Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM
Sunday, March 27, 2011
Orang Cakap Aku Femes??Cisss....
Read more...
Sunday, March 20, 2011
Aku dah tak ada....
Read more...
Saturday, March 19, 2011
Lagi Tips Dari Fahmi???
"Ya Allah, kau kurniakanlah kepada aku akal yang bijak. Cerdas dan kreatif. Biar aku bisa berfikir laksana seorang cendikiawan yang bisa menggegar dunia dengan pemikirannya. Berilah aku otak yang hebat agar bisa gunakannya untuk menyampaikan mesej dakwah dengan penuh berkesan. Berikanlah aku idea-idea yang aku bisa kongsikan bersama dengan pembaca aku. Biar mereka merasa apa yang aku tuliskan itu. Biar mereka dapat manfaat dari penulisan aku itu. Janganlah dengan penulisan aku itu mereka semakin jauh dengan Engkau. Penuhilah permintaan aku ni ya Allah..."
Pelik kan aku? Sampai tahap macam tu...Sebenarnya aku bukan ghairah dalam dunia blog, tapi dalam dunia penulisan. Aku puas bila mesej yang aku nak sampaikan dibaca oleh orang. Aku puas bila aku boleh menulis sesuatu yang orang boleh mengambil manfaat dari penulisan aku. Tapi adakah tulisan aku selama ni memberi manfaat kat korang??
Aku juga takut dengan aku blogging ni aku semakin jauh dengan Dia..Aku tinggal solat sebab aku tak nak berinjak dari tempat duduk aku. Mengadap laptop 24 jam. Ohhhh...takutnya aku..Namun setakat ini ok lagi sebab banyak penulisan aku sebenarnya teguran buat aku sendiri. Jadi bila aku nak buat benda pelik-pelik maka..
"Ehh..aku dah penah tegur diri aku di khalayak ramai(dalam blog)..tak nak lah aku buat benda ni lagi..."
Semoga kita mendapat redha-Nya~
Mood: pukul 5 pagi ni nak pergi airport. Tapi aku tak tido lagi??Ahhhh..
Read more...
Macam mana aku dapat Idea???
Ada orang mintak mintak aku buat segmen lagi? Ohhh..aku terharu..Insyaallah aku akan buat lagi segmen tapi bukan dalam masa terdekat ni la sebab aku nak balik sekolah dah esok. Bila aku balik sekolah, matilah blog aku ni kan? Korang dah tak baca dah. Aku sedih...Aku harap bila aku balik semula untuk aktif dalam blog ni,korang akan kembali baca blog aku. Ok?Hehe..
Ada orang tanya aku, mana aku dapat idea nak buat tajuk segmen. Aku tak tahu nak jawab apa. Sebab aku pun tak tahu mana aku dapat idea tu. Aku rasa dengan aku pandang sekeliling,aku dapat idea la kot. Pandang je apa yang ada kat sekeliling mesti dapat idea punya. Tapi jangan ambil semua la,ambil yang kreatif sahaja!!
Yang segmen pasal kecantikan tu aku rasa aku dapat idea bila aku jumpa seorang blogger ni. Dia tanya aku nak buat segmen apa pulak lepas ni. Aku jawab la tak tahu lagi. Masa tengah sembang-sembang tu tiba-tiba aku dapat idea. "eh, cantik pulak dia ni.." (jangan perasan ye!!). Maka dari perkataan "cantik" tu aku kembangkan sehingga menjadi satu segmen yang hampir 50 orang join. Sebab apa ramai join?(tak ramai pun)..Sebab bagi aku semua orang nak kelihatan cantik so idea tu boleh dipakai untuk segmen aku...
Senang kan nak dapat idea? Aku ada banyak lagi idea untuk nak buat segmen tapi aku terpaksa tangguhkan sebab aku ni budak sekolah lagi. Lepas SPM nanti aku insyaallah nak jadi fulltime blogger jap. Haha..
So,bila aku balik cuti nanti agak-agak apa segmen aku nak buat eh? Sekolah aku kat tengah-tengah ladang getah. Takkan la aku dapat idea pasal getah pulak kan? Macam mana ni?? Ohhh..harap-harap idea yang best datang menerpa minda aku ni...
Mood: Kalau aku nak ambil SPM minggu depan boleh tak? Boleh aku jadi full time blogger cepat sikit.Hehe..
Read more...
Tanda-tanda itu semakin jelas...
"Macam mana rate dewan ni sekarang eh? Not bad dewan ni..Kalau nak buat kenduri kat sini ok jugak..."
"Erm...tak mahal pun dewan ni dalam area rm**** je.. Tu lah, aircond dia pon boleh tahan sejuk..Aku nak buat kenduri anak aku minggu depan kat sinilah.."
Aku pun dengar je lah apa yang dorang sembang tu. Tapi aku terfikir kenapa ayah aku tanya macam tu? Sapa yang nak kahwin dalam family aku? Kakak aku? Ohhhh..mereka semua sudah berkahwin. Tinggal aku sorang je yang belum kahwin!!!
Yeahhh..tanda itu buat aku tersenyum sendiri. Adakah detik itu semakin dekat?Dengan siapakah? Ohhh..penat aku berfikir(poyo jap)..hahaha..
Ayuh kita renungi sekeliling kita. Ada tanda-tanda itu. Tanda apa aku tak tahu tapi kalau tanda-tanda untuk aku, aku tahu. Namun yang paling penting ialah kita renungi sekeliling dan hayati ciptaan-Nya. Bukti kekuasaan Dia. Kita tengok cermin pun dah kira kita menghayati ciptaan tuhan dah..
"Ohhh..hensemnya aku..Thanks Allah!! sungguh indah ciptaan kau ni."
Mood:Aku nak balik sekolah dah..berangan nak kahwin dulu supaya semangat nak belajar. Kalau malas, nak bagi bini makan apa nanti?hahaha
Read more...
SI manis di petang hari.......
So sape yang bakal aku nobatkan sebagai ratu cantik ni....Sabar....Aku pun tak tahu lagi..ramai sangat join segmen ni. Aku ingat sikit je rupa-rupanya dah dekat 50 orang dah yang jaoin.Terkejut aku..Huhu..
Ni senarai terakhir..jom ramai-ramai kita terjah waktu petang-petang macam ni. Mana tau dapat tips kecantikan dan motivasi diri dari entry diorang. Jom!!!
31)http://intan-nurashid.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
32)http://herstoriie.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
33)http://dearmiszlips.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
34)http://nasuha-nordin.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-nie-cantik-ke.html
35)http://coffeeprincess93.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
36)http://pendambarahmat.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
37)http://lilgirlybloggy.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
38)http://surayaartis.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
39)http://fatinlokman.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
40)http://norathirahismail.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
41)http://fafyz93.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
42)http://letopkeypad.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
43)http://syuesyada.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
44)http://lineputihlinehitam.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantikhensem-ke.html
45)http://www.sembil9n.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
46)http://potrait-mniature.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
47)http://stalknebengz.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
48)http://mynamealia.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-nie-tak-cantik-ke.html
Mood: Ada orang tanya aku, "ni sape?asyraf muslim ke?" Ohhh..adakah aku.......hahaha
Read more...
Tips dari Fahmi di kala tengah hari....
aku tengok balik diri aku ni..Wahhh!! aku ni agak energetic. Semangat sentiasa. Orang cakap aku happy-go-lucky. Bab happy tu aku setuju tapi lucky tu aku tak pasti. Haha..Korang punya life macam mana? Happy??
Ada seorang kawan blogger aku ni, nama aku rahsiakan. Dia mengadu kat aku yang dia rasa diri dia membosankan. Kenapa? Dia cakap blog dia membosankan. Orang tak nak baca blog dia ke?Ohhh..tidak sama sekali sebab dia otai. Aku ni newbie yang selalu mintak tips dari dia so aku tak rasa dia membosan kan!!
Aku sebagai seorang blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blog ni dengan ini nak kongsi satu tips untuk anda. Aku malu sebenarnya bila nak cakap pasal tips ni sebab aku pun tak hebat mana. Tapi aku tetap rasa tergerak untuk kongsikan. Tips agar anda merasa hebat dan seronok untuk berbloging. tidak merasa bosan untuk blogging..Macam mana ya???
Pertama sekali ayuh kita bersyukur atas nikmat kehidupan ni. Aku tidak percaya ada orang cakap kehidupan dia membosan kan sebab hidup ini sentiasa best jika...Kita menghayatinya. Botol tak? Cuba korang hayati, mesti korang rasa best...best kan?
Bila korang dah merasai keseronokan itu, apa yang nak ditunggu lagi? Curahkan keseronokan itu kedalam blog korang. Biar orang lain dapat merasa kesoronakan itu bersama. Perkongsian yang boleh menggembirakan orang dan sudah tentu diri kita juga pasti gembira bila orang gembira. setuju ke apa aku cakap ni??
Yang menjadi masalah ialah kita rasa hidup kita bosan. Itu bosan. itu salah,ini salah. Ahhhh..frustnya hidup aku. Kenapa aku hidup macam ni? kenapa orang lain best je hidup diorang? Bila korang rasa macam ni, dan menulis dalam blog maka dunia blog akan merasa kebosanan anda. akan merasa ke-frust-an anda. Maka anda akan merasa diri anda bosan kerana memang anda membosankan. Teruss... anda putus semangat untuk berblogging.
Kesimpulannya...Hidup dengan pandangan yang positif. Lalui hidup anda dengan penuh keghairahan. Pasti anda menjumpai keseronokan itu. Luahkan dan kongsikan keseronokan itu dalam blog kita. Biar pembaca dan orang sekeliling kita merasai bersama. Baru kita rasa seronok dan tidak membosankan.Yeahhh...Ayuh bawa semua orang kearah hidup yang lebih bermakna..To a better world.Peace~
Mood:blog aku ni macam bosan je..Eh eh..think positif, aku kena tingkatkan suasana keseronokan blog aku ni. Thinks positive always!!=)
Read more...
Ohhhh...aku masih lagi mencari Si dia....
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
Dipetik dari sahabat kita INI
16)http://el-ghaith.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
17)http://talkithulky.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
18)http://hatisamronkin.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke/
19)http://nurheartz.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
20)http://wwwbucklemyshoes.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
21)http://rogyhsuparman.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
22)http://lynnd88.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
23)http://aida-mawi.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
24)http://invincibleyouth93.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
25)http://sichumelpinky.blogspot.com/2011/03/segmen-tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
26)http://erleena268.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
27)http://wafa-alwayshappy.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
28)http://snasatieka.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
29)http://mystory-fikriyyah.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
30)http://gadishlollipopinwonderland.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
Masih mencari~
Read more...
Mereka ini sebenarnya bakal ratu Cantik.....
Jom kita terjah satu-satu blog kat bawah ni. Banyak tips kecantikan yang boleh kita dapat. Mulakan hidup anda dengan sihat. Pastikan diri anda sentiasa hebat!Yeahhh...
1)http://ikutsukeakue.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
2)http://shinagee.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
3)http://chuckhanafibass.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
4)http://akuzealous.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
5)http://sayasukanyanyi.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
6)http://cintanabella.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
7)http://amyazuha.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
8)http://mayangdany.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
9)http://colourdeheart.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
10)http://beautifulmonstaa.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
11)http://piahbecok.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
12)http://nizatullianastory.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
13)http://hanya-yang-cool-belaka.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
14)http://adan-akudandiriku.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
15)http://magentalabel.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-aku-ni-tak-cantik-ke.html
Banyak lagi yang tunggu nak masuk list ni,ada lagi yang nak join ke? Kalau yang tengah menulis pasal segmen ni, aku terima lagi. Tapi kalau baru nak mula menulis, kita tunggu next segmen fahmi la ye..=)
Read more...
Blog Kesayangan Fahmi!!!
Maka dengan ini aku dengan penuh rasa rendah diri dan bersyukur mengumumkan blog aku telah mempunyai lebih dari 800 follower..Dan aku buat entry ini untuk menghargai follower aku yang ke 800..Aku kenal dia ni...Kat SB je la..hehe...
So aku harap sapa yang baca entry ini pergi serbu blog dia ramai-ramai. Ini je hadiah aku mampu bagi. Tapi kalau nak lebih, jom lepak dengan aku kat bangi.Ada berannn?Hehehe..
Kenapa ada dua? Sebab dua itu unik...Aku tak nak letak satu. Biarlah mereka berdua.Cehh..tak ada pape gossip panas antara mereka berdua ya..Hehe..
JOM TERJAH BLOG MEREKA!!
Mood:Aku budak sekolah lagi ke rupanya..tak sedar diri..haha
Read more...
Friday, March 18, 2011
Aku Tak Nak masuk Neraka Kerana Itu....
"Pakcik ni belajar dah sampai ke seluruh ceruk dunia. Cakap je negara apa, semua pakcik pernah pergi. Macam-macam buku dah pakcik baca. Bahasa inggeris yang tebal beribu-ribu muka surat pakcik dah khatam. Pakcik boleh tulis buku beribu-ribu muka surat jugak. Semua la senang cite. Pakcik berjaya dalam hidup pakcik. Tapi satu benda....."
"Apa dia pakcik? Kenapa muka pakcik sedih je? Tak kan dah berjaya macam ni pun nak sedih-sedih?"
"Pakcik tak reti baca Al-Quran. Semua kejayaan ni dah tak bermakna bagi pakcik. Benda paling basic dalam hidup sebagai seorang muslim pakcik tak lepas. Kalau dah baca pun tak reti macam mana pakcik nak amal kan??"
Ohhhhh!!! Aku sedih. Aku kesian tengok pakcik tu. Pangkat tinggi, duit banyak tapi tak reti baca Al-Quran. Macam mana ni?? Aku tak mampu nak buat apa-apa.Kalau dia kanak-kanak dah lama aku ajar dia mengaji Quran. Tapi dia sudah boleh digelar datuk....
Wahai blogger-blogger sekalian, ayuh kita muhasabah kembali tahap kemampuan kita baca Quran.. Kalau tak reti baca baik kita belajar cepat-cepat supaya tak menyesal di hari kemudian. Kalau dah boleh baca biar kita mantapkan lagi pembacaan kita sambil kita ajar orang lain.
Sebagai bakal ibu ataupun ayah mahupun mereka yang sudah pun bergelar ayah ataupun ibu, WAJIB kita beri pendidikan Quran kepada anak-anak kita. Kalau mereka tidak mendapat hak itu, PASTI mereka akan tuntut di akhirat.."KENAPA MAK AYAH AKU TIDAK AJAR AKU MENGAJI DI DUNIA DULU??"
Sambil-sambil berblogging ni eloklah kita muhasabah diri.....
P/s: Segmen aku masih lagi berjalan....Klik sini
Mood:Takut. Anak aku nanti boleh baca Quran tak? Cucu aku? Cicit aku??
Read more...
Ada Apa Dengan Segmen Aku??
Si dia cakap, buat apa nak join SEGMEN FAHMI?? Apa aku dapat? Sapa dia tu? Tak pernah dengar nama pun. Buang masa aku je nak join segmen dia. Kalau dia femes dan traffik tinggi tahap dewa tak apa la aku nak join. Ada la jugak benefit aku dapat. Ni baru setahun jagung je kat dalam dunia blog dah poyo nak buat segmen bajet femes....Fuhhhh..Aku tenang setenang kolam di belakang rumah aku...
Maka hari aku pun nak jawablah apa yang korang dapat bila join segmen aku. Walau tak hebat mana pun segmen aku tapi aku rasa masih ada manfaat yang kita boleh dapat dari segmen ni. Betul tak? Hehe..
Apa korang dapat atau pun kita dapat??
1) Kita dapat berkongsi pendapat. Kau cakap macam tu, aku cakap macam ni, dia cakap macam tu. Sama-sama bertukar pendapat dan mungkin selama ini pandangan kita terhadap sesuatu perkara tu salah tapi bila kita buat segmen macam ni baru kita sedar selama ini apa yang kita fikir tu salah. Betul tak?Hehe..
2) Boleh memupuk keyakinan diri. Bila kita sedar yang diri kita ini ada kecantikan. Lagi-lagi bila kita baca entry orang lain yang cakap kecantikan itu milik semua orang maka kita pon termotivasi la. Tak ada la lepas ni nak buat pembedahan plastik. Kita belajar untuk menerima dan bersyukur apa yang kita ada.
3) Bila aku suruh tag kawan lain, maka bila korang buat itu menunjukkan korang tidak ego. Korang berani untuk mengatakan orang lain cantik. Tak merasa jeles kat orang tu. Tak merasa diri kita sahaja yang cantik. So, korang sudah berjaya menolak tepi perasaan takut untuk mengatakan orang lain lebih baik dari anda. Bukan untuk melemahkan semangat diri tapi untuk kita tidak lupa diri.
4) Bila korang tag kawan, maka secara tidak langsung hubungan antara korang semakin rapat. Takkan bila ada kawan kita cakap kita cantik, kita marah. Kita tak suka dengan kenyataan dia tu. Mesti kita cakap "terima kasih,awak pun cantik la..". So hubungan antara blogger makin intim,.Intim?haha..
5) yang terakhir ialah kita boleh bertukar-tukar tips kecantikan,.setakat ni dah macam-macam tips dah yang aku baca dari korang. Nanti aku buat koleksi ok. So bila kita ada tips dan kita amalkan maka itu menunjukkan kita menyayangi diri kita.Kita jaga penampilan kita.Kita jaga muka kita. Sebab apa nak kena jaga? Sebab itu semua milik Allah yang kita pinjam maka perlulah kita pulangkan dalam keadaan yang baik.
Inilah antara manfaat yang kita boleh dapat dari segmen aku. Lepas ni sapa nak cakap belakang lagi aku malas nak layan dah. Sebab bagi aku segmen ni membawa kepada kebaikan dan bukan keburukan. Dunia dan akhirat. Bab benefit untuk dunia blogging, aku akan cuba untuk mempromosikan entry korang yang kreatif belaka tentang segmen ini. Ok la kan? Walaupun traffik aku biasa-biasa je.hehe..
Ada permintaan untuk panjangkan lagi tempoh segmen ni. Jadi demi memenuhi dan menghormati sesetengah pihak,aku mengumumkan tempoh segmen ini akan dilanjutkan sehingga esok pagi.Esok pagi aku tutup sebab aku dah nak buat penilaian. Jadi aku harap lebih ramai yang akan join malam ni. Ajak ramai-ramai join. Baru la meriah. Nanti siap boleh buat buku tips kecantikan.haha...
Mood:Nak kumpul tips-tips kecantikan..Buat buku "Rahsia kenapa Blogger-blogger Malaysia cantik dan hensem-hensem belaka".Macam best!!haha..
Read more...
Thursday, March 17, 2011
Ahmad, Kau Bukan Tuhan!!
"Alahh..Jangan risau, aku kan ada.." Ahmad menyampuk dari seat tempat duduk belakang.
15 minit kemudian...."Hahahaha" aku gelak sendiri. Amek kau!! Aku dah sesat..tah jalan mana aku dah redah. Kawan aku yang kononnya tahu jalan senyap. eh, tadi cakap dia ada. Ni masa dah sesat diam pulak??
Maka dari kesesatan aku tu aku sedar satu perkara..Ahmad bukan lah tuhan. Ahmad bukanlah tuhan highway. Dia bukan tuhan yang boleh menentukan sesat atau tidak. Kalau Allah cakap sesat maka sesatlah kau. Kau ada ke atau tidak, kau bukanlah tuhan yang boleh menentukan. Betul tak??
Sebab tu Allah pernah tegur Rasulullah bila nak buat apa-apa urusan atau nak bercakap tentang masa hadapan maka ucaplah INSYAALLAH..Sebab kita tak tahu masa hadapan. Jika kita nak berjanji ucaplah insyaallah. Sebab tidak pasti kita boleh penuhi kerana kita bukan tuhan nak tentukan sesuatu perkara tu nak berlaku atau tidak. Hanya Allah yang boleh menentukannya..sekali lagi aku tanya, Betul kan apa aku cakap ni??Hehe
Kadang-kadang dalam kehidupan seharian kita ni, kita meletakkan sesuatu ketentuan di tangan manusia. Tak boleh kan buat macam tu sebab manusia tu tak ada kuasa. Kita sudah syirik kecil bila mana meletakkan kepercayaan itu kepada manusia. Menduakan Allah. Hanya Allah yang berkuasa. Manusia tidak berkuasa!!
Maaf kalau aku tersalah tulis. Kalau salah sila betul kan ya. Aku ni jahil, tak ada ilmu agama yang banyak. Sama-sama kita betulkan..
Mood: Tak best bawak kereta nak jalan-jalan tapi tak tahu jalan..huhu.
Read more...
Bila Ajal Sudah Tiba....
Seorang kawan aku masa sekolah rendah baru meninggal dunia tengah hari tadi. Aku dimaklumkan dia terjatuh semasa dia tengah mandi di Sungai Gabai. Memang dah sampai ajal dia so pergilah dia...
Aku ingat lagi masa sekolah rendah,antara pergaduhan yang paling best dalam hidup aku adalah antara aku dengan arwah ni. Aku ingat lagi aku tumbuk dia sampai pecah bibir dan pipi kiri dan kanan lebam. Aku ingat lagi aku pergi kem cuti sekolah dengan dia.
Walaupun aku tak berapa rapat dengan dia dan lepas sekolah menengah terus tak berhubung lagi tapi dia tetap kawan aku. Seorang yang ada pengalaman dan memori bersama. Walaupun sedikit pasti ada kesan kan? Sedih ooo...
Hari ni aku fikir pasal satu benda je..Bila pulak giliran aku pulak nak mati. Bila masa Allah nak tarik nyawa aku. Janganlah masa aku tengah buat maksiat. Janganlah ketika aku sedang lalai mengingati Dia. Peristiwa tayar aku pecah semalam sudah cukup memberi peringatan kepada aku....
Mood:Bila ajal aku? Dimana aku akan mati? Dan bagaimana keadaan aku menemui Dia??
Read more...
Kilang Tayar Bukanlah Tuhan...
Read more...
Tuesday, March 15, 2011
Aku sudah berkedutt........
Malam ni aku nak cakap pasal umur. Sejak aku form 3 aku ni selalu dipandang macam orang tua. Perkara yang sering berlaku yang menyebabkan aku terasa macam tu ialah bila aku pergi kenduri. Maka berlakulah dialog kat bawah ni..
"Kamu Belajar kat mana universiti mana sekarang?"
Dan baru-baru ni...
"Kamu ni balik masa Ops Piramid hari tu ke?"
"Lahhhh..kamu nak daftar diri kamu sendiri ke? Ingat kamu nak daftar anak kamu masuk tusyen intensif ni..."
Pergghhh...Muka aku ni muka bapak orang ke? Sampai kerani tu ingat aku nak daftar untuk anak aku. Haha..Lawak pun ada jugak. Awet muda sangat bapak kalau anak dah nak amek SPM tapi muka macam aku. Gila kan kerani tu?Haha..
Aku rasa sebab aku nampak tua atau matang adalah sebab pemakaian aku. Fashion aku. Style aku. Sebenarnya sejak aku form 1 ayah aku dah suruh aku pakai baju berkolar. Kurangkan baju tanpa kolar sebab tak kemas..Aku selalu pakai baju macam ni la..
Ini kalau aku kuar biasa-biasa. Tapi kalau aku keluar pergi kenduri aku akan pakai baju kemeja ataupun baju batik. Style kan?? Ayah aku sangat pentingkan penampilan aku. Tak boleh selekeh-selekeh. Mungkin sebab tu aku nampak tak macam remaja lain kot. Aku berpakaian macam orang dah besar.Huuuu..
Aku pun tak tahu apa perasaan bila orang pandang aku lebih tua berbanding umur sebenar aku..Rasa-rasa bila umur aku 35 orang akan cakap apa pulak??
"Kamu pencen ambil EPF ke pencen?"
Tak mustahil kan? Hahaha...Terima apa yang kita ada. Cuba guna sebaiknya apa yang kita ada. Betul tak?? Hehe..Esok aku nak buat segmen lagi. Bagi aku tajuk dia agak menarik. Jadi siapa yang nak join, boleh la datang usha-usha blog aku esok eh..
Mood:Domino in the House..Lahap pizza jap.Hahaha..
Read more...
Melahirkan Generasi Berkaki Besi
Sambil korang berbasikal korang boleh menghirup udara segar. Boleh tengok pemandangan indah. Jangan mengorat awek kat tepi jalan sudah. Sebab apa? Sebab korang tak akan dilayan. Kenapa tak dilayan? Haaaa...fikirlah sendiri..Haha..
Mood:Lepas ni aku tak nak bawak kete dah, nak bawak basikal je boleh tak?Haha..
Read more...
Seorang blogger Mulia kerana.....
Dia cakap, aku dengar....
"Perghh...kuat gila budak tu sepak. Malam tadi mesti tembak kuat!!"
Kawan dia jawab...
"Nak tembak macam mana, sekolah diorang mana ada perempuan."
Dialog terus...
"Bosan gila tak ada perempuan, tak boleh la nak test power. Kesian dorang ni. Tengok kita, anytime boleh nak tembak menembak.Hahaha.."
Aku terfikir, gila ke apa diorang ni. Apa kaitan sepak kuat dengan tembak menembak diorang tu?? Itu apa yang aku fikir awal-awal la. Tapi lepas beberapa perkara lagi berlaku maka apa yang aku fikir ialah "ini kena masuk blog ni!!" Haha...
Dorang perasan aku tengah tengok dorang. Aku pun senyum la tapi dorang buat muka blur. Memang kerek nak mampos!!Haha..Tiba-tiba dengan bangganya diorang bawak keluar rokok dan hisap. Muka bangga beb!! Aku kat dalam hati...
"Bodoh!! Jangan nak buat muka kerek sebab korang hisap rokok. Dah la rokok murah. Rokok seludup korang hisap lepas tu korang nak bangga? Rokok tu satu katen 12 ringgit je la kat Langkawi. Kalau korang hisap rokok yang tembakau dia daun zitun yang bernilai sebatang RM1000 tak pe la jugak nak buat muka macam tu. Hebat la tu hisap rokok? Kitaorang tak hisap rokok so tak hebat?? Bahhalal!!"
Tiba-tiba datang pulak satu kumpulan yang naik moto yang aku boleh katogerikan sebagai "Besi Buruk". Jahat kan? Suka hati aku la..Haha..Dorang pun buat muka yang menggambar kan "Aku hebat aku ada moto, korang tak ada." Maka mesej yang dorang nak sampaikan pun sampai kat pemikiran aku lantas otak aku berputar lagi...
"Naik besi buruk pun nak bangga?? Kalau korang datang bawak Kawasaki Ninja 750cc boleh la aku tunduk hormat sikit sebab aku ada Ninja 250cc je(berangan jap). Ni bawak besi buruk pun nak bangga? Rasa hebat? Sorry bro...Aku tak pandang."
Aku senyum pada diorang yang bangga dengan "kehebatan-kehebatan" serta kemulian yang diorang ada....
"Awek aku punya, Ummmphhh...!!! Tapi aku tengok awek kau, sekeping. Tauke kilang papan la kau ni. tak best langsung. Tengok aku, barulah best bila buat!!Hahaha"
Itu yang dibanggakan??Ohhh...Bangga dengan maksiat? Mereka merasa mulia dengan kemaksiatan yang mereka buat. Jom kita lihat diri kita balik, ada tak sifat ni kat dalam diri kita. Bahaya beb!! Umar al-khattab pernah cakap...
"Kita ini kaum yang dimuliakan dengan islam"
Jangan pulak ada statement yang keluar nanti, "Aku dimuliakan dengan kehebatan aku minum satu botol arak sekali jalan". huuuu..Maka jangan fikir aku hebat sebab follower aku dah 700++ (padahal sikit je tu), jangan fikir hebat sebab buat segmen dan 22 orang masuk. Jangan fikir aku hebat sebab aku hebat.Haha..
Faham tak apa perkongsian yang aku nak sampai kan ni? Aku rasa ayat aku belit-belit. Sorry ya kalau tak faham.Hehe..
Teka teki untuk anda (kalau sudi jawab la): Cuba teka peristiwa ini berlaku di mana??
Mood:Rindu adranalin rush bila naik Ninja di highway!!Yeahhh...
Read more...
Aku menangis terharu.....
Aku dengan rasa penuh rendah diri berterima kasih kepada semua pembaca aku terutamanya yang join segmen pertama aku. Aku pada mulanya takut gila untuk nak buat segmen ni sebab aku rasa mesti tak akan ada orang nak join. Dah la aku ni baru dalam dunia blogging ni tiba-tiba nak buat segmen, berangan apa kan orang nak join?Kalau traffik aku masuk menggila tahap dewa macam berbaloi la korang nak join segmen aku ni kan?Huhu
Korang tau, aku fikir 2 hari 1 malam pasal segmen ni. Nak buat ke tak nak? Ada orang nak join ke? Aku punya idea ni dapat tarik orang ke? Kalau aku buat lepas tu tak ada orang nak nak join apa perasaan aku? Mana la tau frust menonggeng sampai terus tutup blog pastu bakar laptop kan? Bahaya tu..hahaha...
Maka aku pun mintak khidmat nasihat dari seorang ni. Boleh kata banyak la khidmat nasihat aku dapat dari dia ni. Free pulak tu. Dah la pemurah bagi aku header free.Haha..Dia ialah Aesya. Thx ya sis.(aku muda lagi) haha...Panjang pulak aku bercerita kan?Sorry2...
Maka dari pagi semalam sampai tengah malam tadi seramai 22 orang telah join segmen aku. Banyak weyh!! Banyak bagi aku yang baru dalam dunia blog ni la kan?Huhu..Maka aku tertarik dengan sorang ni punya entry. Sebab apa? Mungkin sebab style dia sama dengan style aku kot. Macam mana style aku? Haaa...Jom baca entry dia ni...
Kat bawah ni aku letak sekali lagi link untuk semua peserta segmen aku. Siapa yang baca blog aku(ada orang baca ke?) tapi tak join segmen ni ataupun yang join, aku jemput buat berapa kali tah untuk melawat blog diorang ni. Lagi-lagi yang tengah bertunang atau mengandung. Boleh la korang dapat nama-nama yang sedap. Boleh juga menjadi garis panduan untuk korang nak buat pemilihan nama anak nanti..Baca jomm...
http://piahbecok.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://pearloftheeyes.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://hanya-yang-cool-belaka.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://beautifulmonstaa.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-anak-kita.html
http://putrimalupage.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://chuckhanafibass.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://sayasukanyanyi.blogspot.com/2011/03/segmen-tanya-fahmi-siapakah-nama-anak.html
http://kamikazesakurahehe.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://indahnyatakdirmu.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://aleen26.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://mayangdany.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://ikutsukeakue.blogspot.com
http://talkithulky.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://coretanakukahini.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://cintanabella.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://schawutt.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://suhaiza-qasehorked.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://colourdeheart.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://akuzealous.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://fairyofmylove.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://mierayizz.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://khadijahmohamedmusa.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
Selesai~
Terharu lagi sebab ada orang join.Haha..exited!!Lepas ni kalau aku buat segmen ada orang nak join tak? Dalam kepala aku ni penuh dengan idea ni..huhu..
Mood: Aku nak anak seramai 14 orang boleh tak?Boleh buat satu pasukan bola.Haha
Read more...
Monday, March 14, 2011
Kenapa Orang sekarang Pandai tapi Bodoh??
ketua kelas yang aku nak cerita ini ialah orang yang aku kenal. Nama dia Prof. Datuk Dr. Bla Bla Bla...Kenapa dia jadi ketua kelas weyhh?? Haaa...ini lah yang menjadi bahan kupasan aku malam ni. Untuk pengetahuan sebenarnya Prof ni ialah ketua kelas bagi kursus bahasa arab yang dia ikuti. Cukup pengenalan sampai sini....
Aku nak kongsi isi hati aku. Aku sebenarnya sangat minat kepada bahasa arab sebelum ini namun lama kelamaan aku hilang minat. Kenapa? Mungkin kerana cikgu di sekolah aku sangat cool sehingga minat aku terbeku..Sorry cikgu..hehe..Namun semangat itu kembali merasuk diri aku sehingga aku naik gila untuk nak belajar bahasa arab apabila Prof ni yang dah tua pun masuk kelas nak belajar bahasa arab. Teruja kan? Jangan teruja sebab itu perkara biasa..haha..
Mak aku pernah cakap(sebenarnya hampir setiap hari)....
"Fahmi, nak tak nak kamu kena belajar bahasa arab sekarang sebab kalau kamu tak belajar bahasa arab masa kamu muda mesti nanti bila tua nanti kamu akan "terpaksa" belajar jugak. ramai orang tua-tua sekarang dah menyesal kenapa dulu dia tak belajar bahasa arab. Bila dah tua nak mati baru nak pergi belajar."
So tak perlulah aku nak cakap apa kelebihan bahasa arab ni kan? Korang pun dah tau..Kalau tak tau tu mesti tak baca Quran. Kompem!Haha..Aku nak bagi satu je kelebihan dia. Kalau korang tau bahasa arab maka korang tak payah bukak kamus nak cari maksud nama korang sendiri. Jap, korang tau ke apa maksud nama korang? Haaa..Aku tau, aku fahmi. Seorang yang sangat memahami..Lalala~
Maka ayuh kita pelajari bahasa arab......
Kat bawah ni lagi senarai nama mereka yang join segmen aku. Aku harap sapa yang baca entry ni, terjah blog diorang sebab nama-nama yang dorang bagi best dan dorang ni mampu menjawab soalan dengan baik. Haha..JOM TERJAH!!!
http://beautifulmonstaa.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-anak-kita.html
http://putrimalupage.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://chuckhanafibass.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://sayasukanyanyi.blogspot.com/2011/03/segmen-tanya-fahmi-siapakah-nama-anak.html
http://kamikazesakurahehe.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://indahnyatakdirmu.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://aleen26.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://mayangdany.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://ikutsukeakue.blogspot.com
http://talkithulky.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://coretanakukahini.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://cintanabella.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://schawutt.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://suhaiza-qasehorked.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://colourdeheart.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
Korang rasa nak sambung ke tempoh segmen ni? Ada orang nak masuk lagi ke?Huhu
Mood:Terharu..ada orang nak join segmen ni.Masih tak percaya.Haha
Read more...
Muhammad Ali AKu semakin Mengganasss....
Kembali kepada cerita tadi maka aku pun terlintas nak bagi nama anak aku Muhd Ali. Sebab apa? Sebab nanti suatu hari nanti bila dia bergaduh maka dia akan menang. Sapa boleh lawan Muhd Ali bin Fahmi? Nama pun dah macam peninju lagenda Muhammad Ali so aku harap anak aku pun hebat macam tu la..
Maka setiap petang bila dia pulang dari rumah, mesti tidak ada kecederaan namun sebaliknya berlaku kepada anak-anak jiran aku. Balik rumah dengan mata lebam sebelah sebab Muhd Ali aku dah bagi sebijik. Haha..Jahat ke? Takkk!! Tau tak gusti tu antara sukan sunnah Rasullullah? Kalau tak tau maka itu petanda kita tak cukup pergi majlis ilmu lagi.
Tunggu apa lagi? Maghrib ni jom kita pergi surau berdekatan atau masjid. Kita pergi dengar ceramah mana tau tiba-tiba terkeluar topik Nama anak ke.Sapa tau?Hahaha...
Kat bawah ni senarai blogger yang dah join segmen aku ni. Serius menarik apa yang dorang tulis. Nama yang dorang bagi pon TIPTOP. Kalah nama shah rukh khan.Tapi tak boleh lawan nama aku la..Fahmi..hahaha..Jom Terjah!!!
http://akuzealous.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://fairyofmylove.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://mierayizz.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmisiapakah-nama-anak-kita.html
http://khadijahmohamedmusa.blogspot.com/2011/03/tanya-fahmi-siapakah-nama-anak-kita.html
Aku bagi lima dulu....Nama yang dorang bagi memang Bombastik!! Kalau sapa yang nak cari ilham boleh la usha-usha..haha...
Siapa yang tak join lagi aku jemput sertai..Tak rugi kalau join. Kita boleh berkongsi Nama. Boleh bertukar pendapat. So jom sertai..
Mood:Terharu ada orang join segmen aku.huhu
Read more...
Rahsia The Incredible Fahmi...
Read more...
Dato' Lee Chong Wei Juara All England 2011
Tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei kerana telah memenangi All england tadi..
Dengan dia memenangi set pertama 21-17 dan begitu juga set kedua 21-17 maka tersungkurlah si Lin Dan. Kemenangan kedua berturut-turut buat Lee Chong Wei ataupun buat Malaysia...
Biarlah muka tak hensem(tak hensem kan?) namun mengharumkan nama negara. Kita muka hensem(aku hensem?) tapi apa kita dah sumbang? Keje 24 jam merepek meraban je kat dalam belog. Betul tak? haha..
Aku bangga weyh jadi anak Malaysia. Korang tak rasa bangga ke? Aku sanggup tidur lambat nak tengok mamat ni beraksi. Ok lahh..Dah mengantuk. Aku nak tido dulu.
Blogging-blogging jugak. Sengkang mata sampai pagi takpe demi blog dan Badminton tapi solat subuh jangan tinggal ye..Benda wajib jangan buat main.Pesanan penaja.Hehe...
Mood:esok kena pergi tusyen la pulak..aduhhh...
Read more...
Sunday, March 13, 2011
Siapakah Anak Kita??
Read more...
Tips nak berjaya dalam Blogging
Read more...
Aku ni orang mana pun aku tak tau...
Read more...
Saturday, March 12, 2011
Si Boroi Bermain Bola baling?TIdakkkK!!!
Read more...
Aku ada Kanser Prostat????
Read more...
Tips Kesihatan Hidung Kita
Read more...
Friday, March 11, 2011
Kita Merasa Kosong Bila Mana..........
Entry kali ini aku tujukan untuk diri aku.=)
Read more...
Tsunami 2011??
Read more...
Mr. Fahmi's Holiday!!
Read more...