Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Cerpen Aku

 Ini adalah ruangan karya aku. Segala cerpen yang aku tulis akan aku letak kat sini. Memang cerpen aku tak best maka jangan mengutuk. Haha..Selamat membaca...


AKU INSAF

Kipas lama itu ligat berpusing. Berusaha gigih untuk menghasilkan angin supaya kitaran udara di kamar itu kekal segar. Cahaya sang mentari mulai menembusi ruang-ruang tingkap kamar itu lalu mengenai wajahku. Bahang panasnya buatku terjaga.Terasa berat sungguh kepala ku pagi ini.Mungkin kerana terlalu letih agaknya.Mana tidak letih kalau semalam pun pukul 11.30 baru sampai ke sekolah. Ditambah lagi dengan kena marah dengan pakcik jaga semalam,katanya ingat ni sekolah bapak aku ke nak keluar masuk sekolah sesuka hati. Aku diam tidak berkata.Itu lebih baik. Dan sekarang aku demam…Baca lagi..

CERITA PADANG PASIR

Terkelip-kelip matanya. Cuaca pada hari ini panasnya luar biasa. Tambahan pula dengan rebut pasir yang sedang melanda. Penduduk Tanta sudah tidak keluar dari rumah. Tingkap dan pintu rumah masing-masing sudah ditutup rapat-rapat supaya bahang di luar tidak dapat menyerbu masuk. Siapa yang keluar pada cuaca sebegini semestinya gila atau sememangnya ada urusan yang amat penting dan tidak dapat ditangguhkan. Namun semua ini mesti aku lawan. Ada benda yang amat penting dan tidak dapat ditangguhkan...Baca lagi..

16 MEI

Matanya terus khusyuk tertumpu pada skrin komputer berjenama Dell bersaiz 24 inci itu. Hanya sesekali matanya berkelip apabila matanya terlalu kering dan pedih kerana terlalu tumpu pada skrin tersebut. Jari jemari kasar itu terus laju berlari di atas papan kekunci. Ruang itu hanya dihiasi bunyi yang keluar hasil dari jari yang menekan butang-butang yang tertera huruf di papan kekunci itu. Dia berhenti seketika. Mungkin kerana terlalu letih dan perlukan rehat kilat supaya konsentrasi itu dapat kembali bersama..Baca lagi..

INDAHNYA UJIAN

"Bea, im already fed up with my work. baby rase nak berhijrah la. kita bina kehidupan yang lebih seronok. we start it again." aku merungut manja pada hubby kesayangan aku. Harap dia memahami keadaan aku. Stress sangat memandangkan keadaan suasana kerja aku sekarang yang memang teruk. Sudah hampir 5 tahun aku bekerja di sini namun masih tidak mendapat status tetap tapi terus menerus hidup dalam kepompong kontrak. Kontrak dan terus kontrak. Gelap masa depan dan tiada jaminan.vNak cakap aku ni tidak berkelayakan untuk mendapt jawatan tetap itu,aku sudah ada master. Mungkin inilah suratan hidupku yang sudah termaktub untuk aku terus tabah laluinya..Baca lagi...




Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...