Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Saturday, June 11, 2011

Aku Bercinta Dengan Janda


Semuanya bermula dengan tiba-tiba. Pertemuan kami memang tidak di rancang. Mungkin dah memang jodoh untuk kami berjumpa pada hari itu. Bukan berjumpa tapi terjuma.

Hari demi hari kami lalui dengan indah sekali. Kenangan manis sentiasa tercipta dari detik demi detik. Ada kenangan pahit? Ada tapi kalau nak dibandingkan dengan kemanisan gula, memang kopi yang pahit boleh menjadi manis...

Kami dah hampir berkahwin pada ketika itu. Namun ibu dan ayah aku tidak merestui. Apa salah untuk aku mendirikan rumahtangga dengan seorang janda? Adakah janda itu tidak punya maruah? Jangan sesekali memandang serong sebegitu. Jangan pernah cuba menghalang cinta kami...

Tetapi segalanya berubah dengan sebegitu pantas sekali. Hajat kami untuk bersama tidak kesampaian..

Dia telah dilaporkan hilang. Seminggu kemudian mayat dia telah dijumpai.Pihak polis telah mengesahkan ia adalah ssatu pembunuhan kejam. Sebelem dibunuh dengan kejam, dia telah dirogol bergilir-gilir oleh individu yang tidak dikenali.

Kenapa pengakhiran kami sebegini. Tiada mimpi indah lagi untuk aku? Aku sedih.kecewa.merana.rindu. dan .....

Cerita tamat...


Sedih tak cerita ni? Aku tak reti nak olah bagi sedih sampai korang nangis nangis. Memang aku tak mampu. Sebab apa aku tak mampu? Aku mampu buat ending tragik je. Tragik gila kan? Haha..Ehh..kenapa aku gelak? Untuk pengetahuan, cerita kat atas ni rekaan semata-mata. Jap, jangan marah aku buang masa korang baca entry ni.Sabar...

Ada orang cakap pembaca suka baca kisah percintaan. isu-isu cinta antara topik hot la. Betul ke macam tu? Maka aku pun buat entry ni nak tengok tahap kesahihan teori itu. kita saksikan je la eh..hahaha..

Mood:Carilah cinta sejati,hakiki dan abadi. Yang ada hanyalah pada-Nya

20 comments:

blackroses said...

kalau panjang sikit..mesti lagi best(pendapat peribadi je ni)

Myung Dae said...

Memang lah mak kau tak kasi sebab ko cakap ko nak bina tangga . Bukan rumah tangga (^_^) lalalalalala

nurul diana said...

mati matian ingt btoll , adesss

cik gege said...

cerita terlalu lajula.. kalau slow..dia punya klimaks tu lg menarik.. juz my opinion..=)

Ezzah samsudin said...

buat suspen jelaaa si En.Fahmi jer..

yad'z said...

hahahahhaa

ni love story shahir dengan rozita cek wan ke ape nih?? ahahaha

Alia Natasha said...

kasi panjangg lagi ler cerita tuu kasi tragisss sikit :P HAHA

FAHMI said...

kalau aku tulis panjang lagi nanti jadi macam novel dah.haha.agak2 ada gaya penulisan nak jadi novelis tak?hahaha

Chibiha said...

klau pjg lgi bleh jd cerpen..

bahiyahaziz ; said...

ala tulis la citer pjg skit..ni trus part klimaks :(
pjgkan story skit..kasi romantik skit..hehe :)

FAHMI said...

nanti aku tulis cerpen,korang baca eh?Haha..

schaze zainn said...

lorh. ingatkan cerita betul..dushdush..
haha sengal betui..

btw, kalau di panjangkan mesti lagi best. konon-konon nanti kau lah suspek pembunuhan tu ke..kuikui takpun nnt janda tu jdik hantu kak limah balik umah ke kan..hihi

Nurul Amira said...

part2 romantik xde . ,klu ade jadi byk cket moments nyee :P

munira sajuti said...

kot ye pun eksaited nak nulis pasal cinta, make sure that there are no typing error maa. HAHA okayybye.

Muaz Faris said...

dah berangan n syok sendiri ke nak jadi novelis..hehe.

AesyaZealous said...

study weh, spm. haha

Piah Becok said...

ni aku nak marah ni.

apesal pendek????? ce buat panjang2. kompem aku lalak.

takde orang nak bace cite yang sad ending. tapi kene ingat, kadang2 sad ending itu yang memberi pengajaran. kasi sentap itu hati. macam the eleventh hour. okey?

kipidap dik. siap cerpen, cerjang, cervel ko gitau ek. mak singgah bace nanti

Moh bace ni:
1. LENGAN SAMA BESAR DENGAN PERGELANGAN TANGAN
2. WORD OF THE DAY #1
3. AI HETCHU' subang!!

ainaa.syafiqah27 said...

erm sedih jugak ek..

Anonymous said...

hahaha lebat la arep...mr.pres

Anonymous said...

try tgk muazfaris.com..kan ada blog archive..klo anda mungkin meminati..tu tak sume post ada kt situ..hanya certain..tp klo blog archive..sume yg awk pernah post blh dibaca...it's a list actually..blh gi dekat add widget..yg basic punya..ok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...