Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Tuesday, June 28, 2011

Blogger Fahmi Ditahan ISA


Pada suatu hari aku...


Aku masuk ke dalam sebuah masjid. Niat pada awalnya aku ingin menunaikan solat fardhu asar. Namun tiba-tiba hajat aku itu terbantut seketika. Aku terpandang sesuatu saat aku ingin melangkah masuk ke ruang solat masjid tersebut. Aku nampak satu gambar...

Ada seorang lelaki berdiri. Rambut mengerbang dan pakai seluar pendek. Lutut dia yang ber'Tatoo' parut yang huduh lagi menjijikkan itu tersergam indah. Langkah aku terhenti. Memang menarik sungguh gambar itu. Frame dia indah berukir. Siap ada tulis 'Moga panjang umur" lagi tu...

Aku tanya ahli jamaah masjid yang ada dalam ruang solat siapakah mamat yang tayang muka dan aurat yang tak menarik kat depan tu. Setelah disoal siasat rupa-rupanya gambar yang berframe itu ialah gambar tok imam....

Tamat Cerita.

Ini bukan entry kempen pilihan raya umum 13 (PRU-13)ataupun entry hasutan untuk menyertai perhimpunan Bersi 2.0 ye wahai tuan-tuan dan puan-puan sekalian..Haha.

Dunia sekarang cukup 'Unik'..Bukti dia apa? Bukti dia macam cerita yang kat atas tadi. Untuk makluman itu kisah rekaan semata-mata. Tapi ilham yang datang itu menjelma dari pengamatan aku kepada realiti Malaysia hari ini.

Aku tidak berani untuk nak buat entry pasal politik. Berkempen sana sini. Hasut sana sini sebab BLOG AKU BUKAN BLOG POLITIK. Sapa setuju angkat tangan,. Haha..Blog aku blog perkongsian dan peringatan. Jadi hari ni aku terpanggil untuk kongsi satu entry yang bagi aku agak berat. Sebab aku tulis secara tersirat. Korang fikir banyak, dapat banyak. Yang malas nak fikir, Selamat jalan..haha..

Aku risau bila ada anak nanti dia akan tanya aku...

"Abi (panggilan yang dok berangan dari sekarang), kenapa dia tu tak tutup aurat? Padahal dia ketua agama islam kat tempat ni."

Hoho..Apa aku nak jawab kat anak aku? Wahai anakku, apakah jawapan yang sewajarnya aku berikan padamu? Adakah aku boleh katakan "Sebab dia ketua agamalah suka hati dia nak tutup aurat atau tidak"? Namun jawapan itu terlalu bertentangan dengan syariat. Tetapi ia selari dengan realiti masyarakat. Aku pening..Telan panadol sebijik. Haha..

Kepada yang terasa walaupun aku tau orang yang aku nak tegur ni tak akan baca blog picisan aku ni, cukuplah sekadar rakyatnya mengambil ikhtibar..

"Kalau tak nak buat benda sunnat, tolonglah benda wajib buat walaupun terpaksa. Dunia memerhati dan menilai anda. Bahkan penilaian Dia sudah pasti."

Aku tak berani untuk berbicara tentang realiti lagi. Sebab ia sungguh menyakitkan. Tetapi jangan sesekali pejam mata pekakkan telinga, tutup hati, bungkus diri macam nasi pataya duduk diam tak buat apa-apa. Bangkit dan ubahlah...

Tentang entry ni, agak-agak aku kena reman masuk lokap tak? Ataupun kena sumbat masuk ISA. Aku buat entry yang mampu menggugat kedudukan seseorang ni.(ye ke?) haha..Jangan pelik kalau aku kena ISA sebab orang yang tak bersalah pun boleh 'bersalah' kalau ada pihak yang ingin dia dipersalahkan..Huuu..Meremang bulu roma aku. Haha..

Mood: Bila budak bawah umur merapu,inilah jadinya..


6 comments:

Na'im Nikmat said...

Jawab jer,
Anakku iman itu tak dapat diwarisi, tak dapat juga dijual beli, iman tak ada ditepian pantai nak,walau apa pun caranya jua,walaupun engkau mendaki gunung yang tinggi, engkau merentas lautan api, kau takkan dapat iman wahai anakku jika kau tidak kembali kepada Allah S.W.T. Pemimpin yang engkau lihat itu hanya bernama seorng muslim tapi muslimnya hnylah pd namanya shj tak lebih dari itu.

Fahmi Mahat said...

bgi dia tafsiran surah Luqman 1-12 al Qurtubi + Syed Qutb FZQ, dan ulas sendiri. harap dia faham ~ =)


suka entri ni,
FahmiMahat

Cikya said...

bila pemimpin diangkat dari orang jahil.. ulama' ditindas. siapa yang merana, contoh tak baik rakyat jugak yang duk nampak.
haha, rasa kalau Fahmi nak kena sumbat lokap au ISA, penuh penjara.
entry macam ni tak cukup heavy nak dijadikan sebab, sebab berlambak orang macam tu kan..kena bagi contoh hentam betul-betul, ada orang report baru kena..
Nauzubillah.. :)

SoutulMujahid said...

aku tak paham apa yg cuba ko sampaikan

Aku Selamber said...

Abi..Abi..dun worry,law didik anak2dgn cara Islam,insyAllah diorang faham punye ;)

zanafahmi/PB said...

Assalammualaikum, selalu juga terfikir setiap kali menonton tv dan keluar wajah2 (ehem2 faham sendiri la ye) yg menyakitkan mata. Apa nak buat? mereka ada suami dan keluarga yg sepatutnya menegur. Jwb je kat anak nanti, nak...mana yg baik kita ambil sebagai tauladan, yg buruk kita tinggalkan. Itulah selalu jwpn akak pd anak setiap kali dia menyoal tentang kejahilan seseorang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...