Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Thursday, June 9, 2011

Menuju Puncak (The Climb)


Abah aku pernah tanya besar nanti nak jadi apa. Aku diam kejap. Aku fikir balik aku nak jadi apa ye besar nanti. Kalau aku nak jawab nak jadi blogger boleh tak? Agak-agak kena pelengkung tak dengan abah aku? Haha..Aku terus tak jadi nak bagi jawapan tu. Aku diam lagi....

"Besar nanti kami nak jadi doctor la abah."

"Kenapa nak jadi doctor?"

"Sebab minat. Jangan tanya panjang lagi. Tak reti nak jawab apa dah.Hehe.."

"Kamu jadilah apa yang kamu minat. Janji bermanfaat dan enjoy."

Aku nak jadi doctor? Fuhhh..boleh percaya ke ni? Denagn sikap aku sekarang ni, Aku takut tertinggal HP aku kat dalam perut patient je. Mati aku, mati patient aku jugak. Haha..Tak apa, kita mendaki perlahan-lahan. Itu semua bukan halangan..

Cikgu aku pernah cakap kat aku.Eh, bukan cikgu, lecturer aku.(cover sikit supaya identiti sebenar tidak terdedah) haha..Dia kat kelas suka menganjing aku. Tak paham? Suka bahan aku. Tak paham jugak? Suka kutuk dan perli-perli aku. Selalu lah....

"Arep, cikgu baca blog kau cikgu pening. Nak kata entry sedih, macam sedih lah tapi tak sedih. Nak buat lawak tak jadi. Tah hape tah entry kau tulis...."

Satu kelas gelakkan aku. Aku cool je. Control macho macam biasa. Aku tau blog aku tak sehina macam tu.Haha..Kalau nak kata bosan follower aku dah beriban dah(bukan nak riak). Aku tak pernah pulak "i follow u, u follow me tau". Sapa suka,dia follow. Jadi blog aku ni dah beribu jugak la yang suka kan? Hahaha..syok sendiri jap.

Tapi aku tau cikgu aku bergurau....

"Kita nak buat apa-apa pekerjaan, biar bersungguh-sungguh. Sekecil mana pun perkara itu, buatlah bersungguh-sungguh. Belajar bersungguh-sungguh dan main pun bersungguh-sungguh..."

"Kalau nak blogging pun bersungguh-sungguh. Walaupun buat entry yang macam sedih padahal tak sedih, buat sungguh-sungguh jugak."

Kau tengok!! Sempat lagi nak menganjing aku tu.Hahaha..Cikgu-cikgu...Nasib baik kau master sifu addmath dan fizik aku. Kalau tak aku dah...hahaha..

Pengajaran: Buatlah apa-apa pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.Tapi pastikan benda yang baik dan berfaedah la. Jangan berzina dengan bersungguh-sungguh sudah la. Haha..Ada sahabat aku ni pernah cakap, besar nanti nak jadi apa pun suka hati lah janji kerja untuk islam...Renung-renungkanlah...

Kenapa tak ada orang nak join segmen aku? Ini menjadi persoalan sepanjang aku hidup hari ni. Hahaha..Sapa nak join, Tekan SINI

11 comments:

NURUL AINI NORAZMAN said...

eh smpai hati lect ckp mcm tuh,.tpi ok la,ada jgak nasihat yg dia cuba smpaikan,.

*aini da besar nak jadi ISTERI org!!ha3

| princess SchaBieber | said...

perrggh tacik laa ayat lect tuu...
x baek tau!:)

'da besar nanti scha nak jd seceatry yg berjaya' :)

Cik Teddy said...

budak skola lgi ni kan?emm,ntah la..kalo slh malu pulak..hihi
btw,cik bnyk sngt cita2..bak kata cik,mcm2 mau!^_^

Dududu said...

haish pe nk jd jd la huihui ;p

Dududu said...

haish pe nk jd jd la huihui ;p

Ad-Dien said...

btul kata sahabat fahmi tu..x kira apa jua pkrjaan (yg baik) kelak, buatlah ssuatu yg boleh bg manfaat kpd Agama scara lgsg atau x lgsg..nice entri fahmi, tahniah

Konspirasi Dunia- Tree of Life(WADi)

teha said...

betol2... kalu kite nak buat sumtin , mesti laa sungguh2 baru laa jadi.. hehe

syrupmasin said...

buad bersungguh2 :)

Farah Hanim said...

lecturer konon ~ :P mengaku la yg kau tu tak spm pun lagi :P

Nurul Amira said...

HAHAHA , cikguu tu jeles kot . bhahaha . rileks sudah yg pnting follower suke dgn entri u kan .

Muaz Faris said...

dua soalan..
1. kenapa yang komen hanya perempuan je.
2. dalam lingkungan 10-15..

sape boleh jawab..

lepas tu, meh tengok entri aku plak
http://muazfaris.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...