Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Sunday, February 27, 2011

Blog menggilakan aku!!!



  • Aku rindu bangi...

  • Aku rindu sekolah lama aku...

  • Aku rindu Makcik kantin sekolah lama aku...

  • Aku rindu kawan-kawan aku yang kat sana...

  • aku rindu guru-guru lama aku...

  • Aku rindu semua benda...

Yang paling penting...Aku rindu blog aku ni..Aku dok kat sekolah baru tangan ni dah macam parkinson dah..terketar-ketar nak menaip. Tapi apakan daya...Budak baru tak kan nak bawak laptop pergi sekolah kot kan? Jalan nak pergi tandas pun tak tahu lagi nak buat hebat bawak barang larangan..Haha...

Ada cikgu ni cakap apa hikmah tengok tapak tangan bakal pasangan sebelum kahwin. Dia cakap kita boleh tengok kesuburan. Aku pun tanyalah macam mana nak tengok.Nak jugak ilmu macam tu tapi dia tak bagi...

Dia cakap tunggu tangan dah terketar-ketar tak tahan nak kahwin baru dia bagi tips tu..huuu..

Jadi tangan aku yang terketar-ketar tak boleh blogging ni ada apa-apa tips tak? Macam mana nak hilangkan masalah ni? MAsalah besar ni..huhu..

Blog menggilakan aku!!!!

Read more...

Tuesday, February 15, 2011

Kenapa Mereka Sedih???

Kenapa sedih2 ni?


Alahai masamnya muka dia...


Kenapa ni?Senyum la sikit...


Ni lagi sekor...


Anak Bear pun sedih..??


Kenapa semua sedih ni??

Aku keluar rumah pagi tadi, aku tengok dorang semua dah buat muka sedih dah..Aku tanya dorang tapi sekor pun tak nak jawab....

Rupa-rupanya mereka ni sedih sebab aku nak balik sekolah dah. Bila aku balik asrama maka aku tak boleh berblogging dah.. Tak boleh nak update entry dah..Maka mereka pun sedih..

Untuk mengetahuan, Blog ni aku rasa hanya diminati oleh haiwan sahaja.Aku sedar blog aku ni tak seberapa.Entry pun tah pape. Walaupun begitu,aku masih bersyukur sebab dorang ni masih sanggup layan blog bosan aku ni.Terima kasih semua...

Wahai pembaca sekalian...Tak kesah para haiwan yang setia mengikut aku atau manusia yang tersesat datang kat sini. Bila aku dah tak ada nanti,aku dah tak dapat nak update entry dah maka jangan risau..Aku akan bagi bahan bacaan kat korang jugak.

Selama aku pergi ni,aku harap korang boleh la layan hasil karya aku yang tak seberapa ni. Baca la weyhhh..aku tulis penat-penat kalau korang tak baca sedih la aku..ni kat bawah ni aku sediakan entry-entry yang korang boleh layan..Layan.....

‘ Ana merayu kat ustaz tolonglah jangan bawa perkara ini kepada pengetahuan ibu dan ayah ana. Itu sahaja yang amat ana harapkan.Yang selebihnya ana serahkan kepada ustaz.’‘ Ana merayu kat ustaz tolonglah jangan bawa perkara ini kepada pengetahuan ibu dan ayah ana. Itu sahaja yang amat ana harapkan.Yang selebihnya ana serahkan kepada ustaz.’

“ Saya ingin mengahwini anak encik. Izinkan saya.” Orang tua itu tenang. Wajahnya sekarang sedang bertentangan dengan sheikh Abdullah.” Aku akan bersetuju dengan dua syarat. Jika engkau bersetuju dengan syarat ini maka aku pun akan bersetuu untuk mengahwinkan anak aku dengan engkau.” “ Katakanlah sahaja syaratmu itu.”

“Rasakan kau cikgu, hari itu aku sakit hati dan hari ini kau sakit perut. Selamba mak bapak kau je nak libatkan mak ayah aku dalam hal aku tempoh hari.”

“Bea, I dah tak tahan sangat, telinga ni dah panas sangat. Apatah lagi dengan hati ni bea. Sakit yang amat bila makcik-makcik kat luar sana sibuk dengan hal kita ini""


Cukup la 4 cerpen kot.Aku bagi banyak-banyak ni bukan korang nak baca pun.Tak ape lah..biar aku syok sendiri je..hahaha...

Mood: Dah nak balik sekolah dah...Nak belajar buat karya yang lagi best.Mana tahu besar nanti boleh kalahkan John Grisham punya karya.hahaa

Semua gambar bersumber dari Google

Read more...

Kenapa Mereka Seksi Di Television???


Mereka tanya....

"Kenapa dah semangat-semangat buat rancangan kat TV yang islamik dok ajak orang solat,tutup aurat dan segala bagai tentang islam tapi masih tayang rancangan yang artis-artis tak menutup aurat?Baik tak payah buat rancangan agama....

Aku jawab...

Rasa-rasa kalau semua rancangan agama je ada orang nak tengok ke? Bagi can sikitlah...Ada la sikit rancangan hiburan tapi semua pelakon tutup aurat. Rasa-rasa pak peon yang main no ekor tu mau layan ke TV tu? Agak-agak mak milah yang kaki dangdut balik rumah ada nak layan TV tu? Ada kemungkinan si Mamat yang kuat layan blue nak layan Tv macam tu??

Hari ni aku nak berfikiran terbuka sikit..Aku anggap pelakon-pelakon yang dok tayang badan kat dalam Tv tu sebagai penarik kepada penonton untuk duduk dan menghadap T tu berjam-jam.

Kalau nak bagi kesedaran kat orang-orang yang tak pernah nak dengar perihal agama ni, tak boleh nak suruh dia tengok TV fully islamic programme terus.Kompem 2 minit lepas tu terus cabut lari..MAsuk bilik,bukak laptop terus layan blue..hahaha...

Maka, si pelakon yang dedah sana dedah sini lah yang nak jadi penarik dorang ni. Ada la peluang diorang nak lekat kat depan Tv. Lepas tu baru la selit sikit-sikit rancangan agama.

Sebagai contoh...Tadi aku dengar radio. Ada seorang pendengar ni bagi ucapan "Tadi pergi program kat masjid.Besssttt...dapat makan nasi minyakk..." haaa!! tengok tu..Kalau program kat masjid hanya ceramah..ceramah..tazkirah...Memang tak ada harapan orang-orang yang spisis masa zaman sperm mak bapak tak baca Doa jimak..

Paling kurang masa dorang tengah melahap makanan tu...Ada lah dorang terdengar "Solat itu wajib" "Nabi muhammad itu nabi kita"...Baru la "Oh ye ke? Solat tu wajib ke? Baru aku tau.."
.."Nabi muhammad tu nabi kita ke??" Pap,tercekik tulang terus..Hahaha..

Maka,pada hari ni aku nak berterima kasih kepada artis-artis yang seksi dalam TV kerana secara tidak langsung menolong org tengok tv dan tengok program agama(tertengok atau memang nak tengok). Semoga masa penayangan hasil lakonan korang nanti,tiba-tiba ada iklan suruh pakai tudung,mana la tau nak pakai tudung pulak kan?Hehehe...

Mood:Kenyang makan kambing dengan roti tengah hari tadi tak habis lagi..Sungguh ikut sunnah cara pemakanan aku hari ni..Haha..



Read more...

Monday, February 14, 2011

Tanya sama BEN ASHAARI - VLOG2


Aku sekali lagi masuk segmen yang brader ni buat.Best...Nak join skali? Klik sini untuk maklumat lanjut.Serius aku cakap kalau join segment brader ni memang berbaloi.Kita untung,dia pun untung..

Soalan aku untuk Brader Ben...

Saya ni budak sekolah lagi dan blog aku pun tak best macam abg. Kalau saya nak post aktif macam abg memang tak sempat la kan,tak kan nak bawak laptop masuk kelas kot.hehe..Jadi bagi la tips,macam mana nak menguruskan blog dengan baik bagi blogger2 yang masih bersekolah macam saya?...(soalan wakil bagi blogger yang masih bersekolah)

Aku harap dia jawab la soalan aku ni..wahai brader Ben,jangan tinggalkan aku dalam tertanya-tanya apakah jawapannya....hehe..

Mood:Nak SPM pun masih nak aktif berblogging ke?Yang penting urus masa kan?Hehehe

Read more...

Apakah Itu SPORT TOTO??

BUKAN SENANG NAK SENANG,BUKAN SUSAH NAK SUSAH


Mamat baru langkah kaki keluar dari pasar basah. Toleh kiri,toleh kanan dan toleh kiri lagi sekali. Tak ada kereta.Tiba-tiba mata dia tertarik pada sebuah kedai dihujung jalan. Mak aihh..ramainye orang.Kedai apa tu? Ada jumbo sale ke? Sampai beratur melimpah-limah keluar kedai...

Dia masih lagi tertanya-tanya kedai apa tu. Dia nampak kak limah(bukan hantu kak limah) dan pak peon(suami) juga turut sama beratur. Sampai kak limah yang tak pernah keluar rumah tu pun boleh pergi kedai tu, kira memang spesel la kedai tu. Mamat bermonolog dan membuat pelbagai andaian...

Ruummm..rummm...Moto mamat dihidupkan. Sekarang baru matanya dapat menangkap signboard kedai tersebut..rupa-rupanya...

SPORT TOTO MAGNUM

CIsss..bedebah punya kak limah dengan pak peon..Kau mengangkung ke???Tak pernah tengok cerita ngangkung ke ha? Tak pernah bukak kitab agama ke?Haram benda tu oiii...Masuk neraka..Mamat dapat idea apa yang dia hendak lakukan...

Superbike EX5 1000cc kepunyaan mamat semakin menghampiri kedai tersebut. Dia perlahankan motonya dan lantas dia menjerit kepada pak peon dan kak limah yang sedang beratur menunggu giliran membeli nombor...

"Pak Peon Oiiii...nak masuk neraka pun kena beratur ke...??"

HAhaha...bukan senang je ke nak masuk neraka ni? Mana senang..payah jugak sebenarnya nak masuk neraka ni tau..Macam pak Peon tu,nak masuk neraka kena beratur tunggu giliran tau. Kalau barisan panjang,lenguh jugak kaki nak berdiri tu..hahaha..

Jadi apakah itu sport toto? sport toto ialah tempat tempah tiket masuk neraka.Tapi nak dapat tiket tu payah sikit sebab kena beratur...Betul tak?Hehe..

"Solat jumaat tetap solat,sport toto tetap dihati.."

Watak dalam entry ni tak ada kena mengena dengan sesiapa.Faham? Yang penting ialah pengajaran..Janganlah jadi seperti ayah Wahi yang kuat mengangkung(ngangkung).Hehe

Mood:Macam mana aku nak kaya ni?Ben Ashaari dah kaya,aku bila lagi?Haha

Read more...

Sunday, February 13, 2011

Tips Berjimak

"Sebelum kau bernikah ni..Aku nak cuba dengar hang baca al-fatihah boleh?"

Maka bacalah si pengantin lelaki Al-fatihah dengan bacaan ala-ala syeikh Masyari Ar-Rasyid...

"Mengucap hang reti kan? Tak kan hang tak reti kott.."

Semua orang tengah tertunggu-tunggu majlis akad nak mula. Si ustaz ni banyak tanya pulak dah..Semua orang dah mula resah...

"Sebelum aku nak mula ni,soalan akhir untuk anda..cepumas punya ni.."

Isshhh..panjang cerita betul ustaz ni...

"Hang try baca Doa berjimak sat.Ustaz nak dengar..."

Semua terdiam...Sekali dengan saksi para wali semua diam. Memang cepu mas.Dalam hati,bukan pengantin je tak tau ustaz,saya yang dah beranak 14 ni pun tak hafal lagi..huuuu...

Haaa...Hari ni aku nak jadi pakar rumah tangga pulak. Siapa sudi dengar aku bercerita,silakan terus bertapa dan ternganga dengar aku cerita..Jadilah pendengar(pembaca) yang baik..hehe..

Antara punca berlakunya keruntuhan moral zaman kini ialah apabila sepasang suami isteri berjimak dengan bersungguh-sungguh tanpa membaca doa terlebih dahulu.(Ada orang tak bersungguh-sungguh ke?)

Aku bukan main cakap ni brader sister sekalian...Ada ustaz tu bagi ceramah. Aku pun dengar lah.Ada satu bahagian ni, dia bagi hadis ke ape tah. Aku tak ingat dah atau masa dia cakap aku dok layan sms kat hp tapi lebih kurang macam ni lah...

"Bila dua orang berjimak tanpa membaca doa maka syaitan akan berdiri di atas zakar lelaki(yang sedang berdiri) dan turut sama bersetubuh bersama dengan si isteri."

Hasilnya,lahirlah generasi insan-insan rabbani?Bukann!!lahirlah generasi insan-insan syaitoonnn...Sebab apa? Sebab si iblis dok tumpang sekaki dengan kita la. Sebab tu kalau anak besar jadi macam hantu raya. Muhasabah balik...

"Ohhh..10 tahun lepas aku bersetubuh dengan isteri aku, tapi aku lupa baca doa..."

Paling kurang, pakcik,makcik, kakak,abang dan adik-adik sekalian kalau tak tahu atau tak hafal,bacalah bismillah. Bacalah doa apa-apa pun. Ayat qursi pun boleh pakailah...Aku malas nak bagi doa tu kat sini. Kalau kita tak nak anak kita jadi anak-anak syaitan, jom kita usaha sikit. Bukan apa pun,pergi google dan search. kompem dapat..haha

Semoga ilmu yang sikit ni kita dapat amal bersama...Aku lambat lagi kot..hehehe=p

Selamat Maju jaya!!

Mood:Kenapakah aku sudah mula berbicara tentang perkara sebegini?Adakah ini suatu petanda?Haha..

Read more...

Kenapa Aku Tak Nak Pakai Tudung


(18SG)

PERHATIAN: Aku yakin dan percaya bahawa entry kali ini akan ditentang hebat oleh sesetengah pihak. Mungkin mereka akan mengatakan isu ini isu sensatif dan hak peribadi. Tapi bagi aku isu ni lebih kurang macam isu rokok. Maka aku ingin memohon maaf awal-awal kepada yang nak marah kepada aku. Aku tetap akan buat entry ini. Bagi mengurangkan darjah serta tahap kemarahan orang kepada aku, aku katogerikan entry ini sebagai nasihat kepada diri aku sendiri,nota agama. Wahai fahmi(gadis comel dari kampung hulu perlis)....Dengarlah nasihat untuk dirimu ini. Ada baiknya engkau baca dan hayati entry ini.terimalah....

Aku betul-betul terpanggil untuk buat entry ini memandangkan aku juga merupakan seorang gadis yang tidak lekat tudung di kepala. Ramai yang sudah memberi nasihat kepada aku. Mahu secara berhemah mahupun secara kasar. Tapi aku tidak boleh terima. Aku ada pandangan dan prinsip aku sendiri..Kenapa aku tak nak pakai tudung? Meh sini aku bagi tau....

1.Wahyu tak sampai lagi...
Ramai orang tanya kenapa aku tak pakai tudung. Aku jawab "tak sampai seru lagi" atau "wahyu tak turun lagi". Memang betul apa aku cakap ni. Aku tak pernah lagi jumpa ayat dalam quran yang mengatakan wajib pakai tudung(sebab aku tak pernah baca quran).Aku juga tak pernah dengar ustaz atau ustazah yang bagi ceramah pasal tudung(sebab tak pernah dengar ceramah atau kuliah agama). Maka alasan untuk aku tak pakai tudung ni boleh diterima kan??

2.Panas...
Aku tak pakai tudung sebab panas. Jadi aku tak pakai tudung supaya angin sepoi-sepoi bahasa boleh sapa rambut aku yang cantik ni. Aku tak nak rasa panas kat dunia ni sebab aku nak rasa panasnya kat akhirat nanti. Aku dengar cerita tudung kat neraka lagi best. Fesyen dia hebat-hebat jadi aku nak la merasa tudung tu. Kalau bertudung kat dunia tak kekal tapi kalau bertudung kat akhirat kekal. Sebab akhirat kekal selama-lamanya...

3.Rimas...
Kalau aku pakai tudung, rimaslah. Nak bergerak susah. Rambut rasa terperap je kat dalam tudung tu. Aku tak pakai tudung supaya kat dunia aku tak rimas dan kat akhirat pun aku tak rimas.Kat akhirat aku boleh freehair lagi kat dalam neraka. Tapi kalau aku pakai tudung kat dunia,aku dah tak boleh freehair kat neraka dah. Rugi la...

4.Tayang Dada...
Kalau aku pakai tudung aku tak boleh dah la nak tayang-tayang dada aku ni. Dada aku ni aset penting aku. Sekali lelaki tengok, cair beb...

5.Rambut aku cantik..
Kalau aku pakai tudung, aku tak boleh nak tayang rambut aku yang cantik ni dah. Kat akhirat walaupun boleh tayang tapi tak puaslah hanya boleh tayang kat akhirat je. Kalau aku tak pakai tudung,aku boleh tayang kat dunia dan aku boleh juga tayang kat akhirat,neraka.Untung bukan?

6.Stim..
Bila aku tak pakai tudung maka boyfriend aku boleh belai-belai rambut aku. Dengan rambut yang cantik ditambah pula dada yang terdedah maka sudah pasti boyfriend aku lebih sayang kepada aku. Dia pun boleh stim...Kalau dia mintak,aku akan bagi. Nanti kita orang zina dan masuk neraka sama-sama. Inilah cinta sejati. Hidup kat dunia bersama,hidup di neraka pun bersama. Kebetulan esok hari Valentine maka aku pasti akan serahkan...

7.Hati yang penting..
Pakai tudung atau tidak..Yang penting adalah hati. Kalau pakai tudung tapi hati busuk buat apa? Kalau aku tak pakai tudung tapi hati baik, hati aku tak masuk neraka. Badan dan aku punya rambut je masuk neraka. Janji hati selamat.HAha..

Aku rasa cukup la hujah aku untuk korang semua baca. Memang bernas dan masuk akal kan hujah aku? Maka lepas ni jangan nak pertikaikan lagi kenapa aku tak nak pakai tudung. Kalau korang tanya,aku bagi link entry ni kat korang dan bacalah sendiri..Hahaha..

Yang benar,
Fahmi(gadis sunti hujung kampung)

Mood: Teringat ex aku yang freehair. Dia dah dapat hidayah nak pakai tudung belum?Harap Allah beri hidayah kepada dia. Semoga keturunan aku semua soleh dan solehah. Lepas ni aku nak bukak bisnes tudung,agak-agak laku tak?Hehehe..

Hai,saya dah bertudung,anda bila lagi?


Peace no Gaduh-gaduh~

Read more...

Blog Pilihan Fahmi Pulak?

Hai,nama saya "kawan fahmi"

Bila rasa-rasa iman ni dah lemah...Nak bukti kekuasaan Dia dari sudut fizik...Dahagakan petunjuk...Nak kuatkan aqidah...Yakin kepada kekuasaan-Nya...

Jom baca blog ini

Blog ini ialah blog kawan baik aku. Dia ni kepala tak betul sikit. Ada orang cakap dia ni genius tapi aku rasa aku lagi genius dari dia..Haha..

Belog ni pasal kaitan fizik dengan aqidah,Insyaallah baca blog ni boleh bertambah iman..Memang menarik. Cara penulisan dia mudah difahami. Pada asalnya dia hanya tulis sekadar untuk peringatan buat diri dia tapi dah macam menarik maka aku pun promosikan kat sini...

Aku sarankan sekali lagi, jom baca blog ni.Serius best. Kalau best follow la blog dia tapi kalau tak best,follow la blog aku.Ok?Hahaha..

Kepada AZ:Kau amek fizik kan?Meh baca ni..Buat pengesahan betul ke apa kawan aku tulis ni.Tah-tah dia merapu meraban je.Haha

Mood: Nak belajar fizik lah..SPM dah dekat..huuu..(asyik pi usha blog pilihan Ben Ashaari je..Usha blog pilihan fahmi pulak jom)..Hahaha..

Read more...

Saturday, February 12, 2011

Hosni Mubarak Stepped Down

Kau dah tua pakcik oiiii....eh,atok oiiii
Entry ringkas...

  • Hari ni pemimpin zalim Hosni Mubarak dah turun...Alhamdulillah..
  • Tarikh turunnya Si Mubarak ni ialah 12 Februari 2011. Pada tarikh yang sama Assyahid Imam Hassan Al-Banna dibunuh.
  • Siapa yang tak kenal Mujaddid ni? Haaaa..Wajib kenal maka aku seru pergilah ke encik google dan google lah nama dia..(mustahil ada yang tak kenal)
  • Ada apa-apa disebalik tarikh ini? Ada yang menganggap tarikh ini ialah hadiah bagi ummat islam. Ganti balik atas pembunuhan Hassan Al-Banna...
  • Semoga peristiwa ini menjadi sumber pemangkin kebangkitan islam.Amin~
  • Tadi aku dengar ceramah. Ustaz tu cakap hidup zaman ni ada dua pilihan je. Yang pertama hidup dengan berjuang bermatia-matian. Juang untuk islam ok. Dan yang kedua hidup macam zaman batu. Duduk kat bukit-bukit atau gua. Tanam dan ternaklah makanan sendiri..
  • Kenapa? Sebab kalau pilih selain dua pilihan ni, kita akan hanyut dengan arus moden yang melalaikan dan menjauhkan diri kita dari tuhan...Maka marilah kita renung-renungkan bersama..=)
Mood: Macam biasa,blog aku yang bosan dengan entry yang bosan. Kalau macam ni la kan..sapa nak baca?Huuhu

Read more...

Friday, February 11, 2011

Perempuan Suka Bulu? Betul ke??


"Adakah perempuan lebih tertarik kepada lelaki yang berbulu lebat atau sebaliknya"

Apa kata surveyyy??Aku buat survey ni kat SB dan pelbagai jawapan aku dapat. Aku buat survey ni sebab aku dah selalu sangat dengar orang cakap pasal benda ni. Betul ke permpuan suka lelaki berbulu lebat?Betul ke perempuan tak suka laki berbulu lebat..Maka..aku buatlah survey ini...

"Bulu lebat semak je..Nyamuk sesat dalam bulu kaki..."

"Geli la weyh!!sumpah geli..."

"Bulu lebat la seksi..."

"Nak bulu lebat bahagian mana?"

"Smart la banyak bulu,macam hero holywood ngn bolywood.."

Haaa...macam-macam jawapan dan reaksi aku dapat. Majoriti mengatakan perempuan tak suka laki berbulu lebat. Betul ke ni makcik-makcik, akak-akak, adik adik sekalian? Ke anda semua malu nak bersuara?Hehehe...

Robert pattinson pon berbulu. Kat atas tu baru muka dia, belum bahagian lain..Haha..katakanlah dia masuk islam dan nak kahwin dengan gadis melayu..Cik akak sekalian yang minat dia sanggup tolak lamaran dia sebab dia berbulu lebat? Haha..

Maaf la kalau topik ni agak geli tapi ini ialah realiti. Jadi aku masih tak puas ati dengan survey aku ni..Maka aku akan teruskan survey aku untuk keputusan dan konklusi yang lebih memuaskan..ada sapa nak tolong?Hahaha...

Mood:Teringat rancangan "Apa kata survey, family ceria".Hehe..



Read more...

Kenapa Header Aku tak Ada Muka Aku??

Jom bertapa kat blog aku, dengan Header baru.

Setelah bertahun-tahun aku berbloging ni akhirnya buatkali pertamanya aku ada header..Jap, aku baru berjinak dalam dunia blog ni ya. Bukan bertahun-tahun. Pembetulan fakta..hehe..

Entry kali ni aku dedikasi kepada Aisyah atau lebih dikenali sebagai Aesya Zealous. Dia ni adalah seorang insan yang pemurah. Pemilik sebuah blog yang cantik. Oleh kerana sifat dia yang pemurah tu...Maka dia menghadiahkan aku satu header kepada aku. Terima kasih ya..Aku bab-bab ni tak reti sebab aku ni buta IT.hahaha...

Dia tanya aku nak buat header macam mana. Aku jawab buat sesuka hati dia la. Aku cakap la kalau letak gambar aku besar-besar laku tak?Perasan jap eh..haha

Tiba-tiba aku teringat satu entry ni. Aku tak ingat kat blog mana tapi tajuk dia lebih kurang macam ni la.."Blog ramai follower sebab tuan blog hensem atau cun". Jadi aku pergi kat depan cermin dan cermin diri..Huuuu..

"Sedar diri wahai fahmi, Muka macam tempayan pecah. Jangan nak tayang muka kat Blog. Nanti orang menyampah lantas terus muntah"

Cett..aku rasa macam tu la cermin tu cakap kat aku. Maka aku pun cakap kat si budak pemalas ni,aesya supaya tak payah letak gambar aku kat header tu..Maka lihatlah hasilnya..credit tu aesya zealous.hehee..

Berbalik kepada topik kita. Aku harap dengan muka aku yang tak hensem mencem ni, masih ada yang sudi baca blog aku. Bak kata abang ben kita,isi dan penyampaian lebih penting. Buatlah blog ada firework 3D pon tapi entry macam apa tah, still orang tak nak datang.Betul tak?Haha..

Jadi, oleh kerana muka aku yang tak laku kalau nak buat daya penarik, aku perlulah buat entry menarik yang korang sanggup baca. setakat ni aku rasa macam aku dok syok sorang je menulis tapi tak ada orang baca.Betul ke?Sedih gler weyyhh..haha..Semoga entry aku tak seburuk muka aku yang....yang macam ni lah..hehehe..

Kepada mereka yang mempunyai rupa yang ala-ala ratu cantik dunia. Ratu apa-apa dunia atau pun model majalah Maskulin, teruskan berkarya dengan karya yang macho dan segak seperti muka atau badan anda. Jangan badan cantik,muka cantik, hidung mancung tapi entry kosong.(Pesanan penaja)

Kalau yang baca ni hensem atau cantik, dan mempunyai blog yang menarik serta infomasi yang best, kompem aku follow deh..Maka marilah kita sama-sama tingkatkan prestasi blog kita...

Kenapa entry kali ni aku rasa macam aku tengah bagi pesanan penaja eh? Ada gaya-gaya nasihat pulak. Aku dah la blogger newbie yang tak tahu ape..Ape kes nak nasihat orang kan?Hahaha..

Saling nasihat-menasihati itu budaya yang bagus..betol tak?Hehe..

Mood:Rasa blog ni teruk dan bosan.Ada sapa nak bantu aku?Nasihat aku?huhu



Read more...

Thursday, February 10, 2011

Kau dah Romeo sangat Dah ke???


Bila dah duduk kat negeri yang itu bidaah dan ini bidaah...


"Ustaz, kenapa nak buat sambutan maulud nabi? Bukan ke zaman sahabat pun tak ada buat. Bidaah semua tu.."


Ustaz diamm..Dalam hati, aku bagi kau peluang nak tarik balik soalan kau tu...


"Sedangkan sahabat yang sayangkan nabi tahap gaban pun tak beriya-iya buat sambutan,kenapa kita terhegenh-hegeh nak buat. Bidaah tu ustazz.."


"Saya nak tanya kamu soalan..." Sebelum aku bagi pelempang kat hang...


"Kamu punya kecintaan dah tinggi tahap dewa ke sampai boleh kalahkan para sahabat?"


Terdiam mamat yang tanya soalan tadi. Kenapa kita buat sambutan maulud nabi ye? Sebab kita nak lahirkan rasa cinta kepada nabi. Bila buat majlis selawat ke, ada la sikit rasa insaf nak sayang kat nabi kita tu. Ni asyik sayang awek, bini, harta je...Betul tak?


Sempena maulidur rasul ni, jom kita muhasabah balik tahap kecintaan kita kepada nabi. Berapa banyak dah sunnah dia kita ikut. Kalau rasa-rasa perasaan sayang tu dah masuk dalam tanah, tenggelam kat lautan pasifik jom kita buat operasi..OPS SAYANG!! Ok tak?Haha..


entry ni berkesinambungan dengan entry aku yang sebelum ini. Boleh la baca sambil berkongsi dengan orang lain..Tambah pahala aku..hehe..


Mood: Takut sayang aku kat blog aku ni kalah sayang aku kat nabi. Memandangkan Ben Ashaari dah jadi follower aku yang ke-515(no cun) maka kena la buat entry yang tak bosan. Malu la dengan dia nanti.hehe..



Read more...

Wednesday, February 9, 2011

Nak Jadi Macam Ben Ashaari


Baru nak keluar tiba-tiba ada orang panggil..


"Hai budak pendek..."


Adeyhhh..Terasa tau tak terasa. Sebab tu aku pandang dan cari punca suara tu..Haha..


Katanya dia nak beramal dengan ilmu baru yang dia dapat. Bergurau cara Rasulullah..


Rasulullah pernah panggil anas bin malik, "Wahai engkau yang mempunyai dua telinga.."


Baginda juga pernah cakap kat seorang makcik tua ni, "Orang tua macam engkau tak akan masuk syurga" Maka lari lah makcik itu bila mendengar pengkhabaran itu. Hancur luluh hati. Rupa-rupanya memang orang tua tak masuk syurga sebab yang masuk syurga mesti dah jadi muda.Faham?


Agak ekstrem gurauan itu tapi betul bukan? Haha..


Jadi lepas ni kalau nak bergurau, berguraulah dengan perkara yang betul. Sebagai contoh, kalau ada kawan tu gemuk, berguraulah dengan memanggilnya "Wahai hamba Allah yang gemuk" jangan panggil dia "Wahai sahabatku yang kurus". Itu satu pembohongan yang nyata!!!Hahaha..


Kawan aku pernah panggil aku ..


"Woi gemok, perut bertingkat kalah mangkuk tingkat!!"


Memang berasap telinga dengar tapi apakan daya. Itulah hakikat diri. Dia nak bergurau dengan aku tu jadi aku ambil dari sudut positif. Aku bertekad untuk kuruskan badan dan akhirnya...


"Kau pergi gym ke?"


"Tak adalah..Kenapa"


"Badan kau macam pergi gym la..."


"Ye ke? Hahaha"


Tengok, aku ambil dari sudut positif dan lihat hasilnya? Janganlah bila orang panggil kita gemuk terus tacing dengan dia. Cuba berusaha jadi kurus. Ada la manfaat gurauan kawan kita tu. Betol tak?Haha..


Mood:Nak pergi gym supaya badan ketul-ketul macam Ben Ashaari.Sape nak ikot?hahaha..

Read more...

Hitamnya Aku...


Balik-balik rumah mak terus cakap,

"Kenapa muka hitam sangat tu? Tak ada sinar dah mak tengok"

"Biasa la mak, kat sekolah tu panas dah macam kat dalam oven. Ni kira ok lagi. Ada kawan dah rentung.Tinggal mata dengan gigi je yang masih putih.."

"Banyak lah kamu macam oven. Muka kamu ni muka hitam sebab tak baca quran. Hilang dah sinar kat muka tu. Nasib baik ada iman lagi, kalau tak hitam dah sama macam orang kafir dah..."

GUlpp..!!!

"Saya baca quran la mak..."

"Kamu tak payah kencing mak lah..mak dapat rasa. Kalau orang yang selalu berdamping dengan quran, muka dia ada sinar tersendiri. Jernih je muka dia. Bagi la muka hitam macam arang pun, muka dia tetap kelihatan bersinar.."

Tertunduk dengar ceramah mak. Terus pergi tandas ambil wudhu'. Capai naskah quran dan kedengaran suara orang mengaji ala-ala Syeikh Syuraim..

Pesanan kepada diri dan pembaca: Jom lah baca quran ramai-ramai..Peace~

Read more...

Tuesday, February 8, 2011

Aku tak sesat tapi kau?


Entry kali ini mungkin akan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Maka ambillah sebagai gurauan ringan yang berisi.Hehehe..


"Cikgu, saya nak mintak maaf mintak halal selama saya belajar dengan cikgu ya.."


"Kamu nak pindah pergi mana ni?"


"Saya pindah perlis cikgu."


"Wahhh..senang la kamu lepas ni ye."


"Kenapa cikgu?"


"Lepas ni kamu tak payah doa qunut dah. Tak payah solat sunnat sebelum solat jumaat, tak payah doa lepas solat, tak payah wirid lepas solat dan senang cerita semua tak payah dah la..haha"


"Dengar cerita baca yassin buat tahlil pun tak boleh cikgu. Katanya bidaah. Semua bidaah sesat. Apa yang rasulullah tak buat,tak boleh buat."


"Haha..kalau macam tu lepas ni cikgu nak datang sekolah naik unta lah..Rasulullah tak bawak kereta. Takut pulak ustaz dihukum sesat.hehehe"

"Hai!!nama saya unta."


Read more...

Bau Ape ni? Kau punya eh?

Amaran: entry kali ini mungkin agak kasar bahasanya. Boleh menyebabkan trauma kepada pembaca sekalian maka persediaan awal amatlah diharapkan. Jika tidak bersedia, JANGAN BACA!!!

Bila duduk sorang-sorang mesti aku akan berangan atau mengimbas memori lalu(ceh). Tak kesah la berangan nak kahwin ke, nak belajar kat negara orang ke atau pun berangan apa-apa sahaja lah. Jadi tadi aku terkenang satu peristiwa yang pernah aku lalui...

"Bau ape ni oiiiii!!! Orang dalam tengah buat ape lama-lama tu, sikit-sikit sudah la.."

"Aku baru masuk la jebon, kau tak reti nak sabar ke?"

"Asal kau berak busuk sangat ni ha?"

"Aku tak berak pun la...."

Aku pelik. Kalau bukan dia yang meghasilkan bau itu, siapa lagi? Tak kan aku dah bocor sendiri kat dlam seluar ni. Mana la tau tak tahan punya pasal. Huuu...

Aku pun jalan-jalan sekitar tandas sekolah aku tu. Aku buka setiap pintu bilik mandi. Buat spotcheck ala-ala warden sekolah dah. Ini kes berat ni. Bau kuat tapi sumber masih misteri. Dan akhirnya aku tendang pintu bilik mandi yang terakhir maka........



"Hai!! Nama saya Coco."

Maka segala persoalan serta misteri telah terungkai. Mr COCo di atas ni lah yang menghuru-harakan keadaan asrama aku.

Ada ke patut budak junior ni tak tahan nak melepas terus dengan senang hati bukak seluar dan Qada hajat di bilik mandi(shower) tanpa sebarang rasa bersalah. Selesai melabur, hasil keuntungan diagihkan sama rata di setiap pelosok dinding bilik mandi. Indah mata memandang, indah lagi rasa nak pelempang. Aku dapat makhluk ni, siap aku kerjakan. Hishhh..

Nasib baik aku tak jumpa pesalah berkenaan. Kalau tak dah aku jahit-jahit pintu pelaburan itu. Hahaha...

Nak dijadikan cerita, aku ada seorang kawan yang sangat baik hati. Dengan sukarela dia pun membersihkan benda itu tanpa rasa geram pada si pesalah. Tahi junior dibersihkan oleh seorang senior??Hebat!!!!

Maaf, aku bukan jenis baik hati maka aku tak ada nak tolong bersihkan benda tu. Maaf lagi sekali ye..hahaha

Mood: Teringat pengalaman sekolah lama...Senior yang sangat baik kepada Juniornya..huuuuu
Read more...

Monday, February 7, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI



Jom join segmen bersama Ben Ashaari. Senang je, hanya tulis ayat kat bawah ni je. Maklumat lanjut? KLIK SINI

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??
Done.=)

Read more...

The Richest Man, Hosni Mubarak


Siapa yang nak kahwin angkat tangan? Hehe.. Kalau nak kahwin aku ada cadangan kat korang lah. Ini sekadar cadangan calon untuk mereka yang mahu berkahwin. Gambar kat bawah ni adalah orang pertama yang korang perlu ngorat supaya dia jatuh hati...

Hai, nama saya Hosni mubarak. Saya nampak segak bukan?

Dah Dapat tackle pakcik kat atas ni belum? Kalau dah baru korang masuk line anak atau cucu si Hosni mubarak ni. Kenapa nak pilih pakcik ni? Haaaaa...

Harta dia sekarang dianggarkan sebanyak 70 billion USD. Kalau buat makan sampai kiamat tak habis ni. Hahaha..

Jadi kalau korang kahwin dengan anak dia atau cucu dia, dapatlah korang merasa sikit harta haram yang dia kaut selama dia hidup ni. Haha..

Entry aku kali ni hanya nak kongsi pasal anggaran harta si Hosni Mubarak ni je. Dah kalahkan Bill Gates dan Carlos Slim Helu tau. Hebat tak hebat Mubarak ni?

Cuba bayangkan apa yang dia dah buat kepada Mesir. Betapa kejam dan jahatnya pemimpin Mesir ni. Memang layak dibunuh je. Aku tak nak cerita panjang-panjang kat sini sebab aku tau pembaca sekalian lebih tahu banyak berbanding apa yang aku tau tentang Hosni Mubarak ni. Betul tak?

Semoga kemenangan berpihak kepada Ummat islam.Amin~

Mood: Kalau Mesir bawah kerajaan Islam, ia merupakan sinar baru bagi bumi Palestin. Mengharap..



Read more...

Sunday, February 6, 2011

Saya Ingin Menjadi Blogger Pilihan Di Sahabat Blogger


Ini ialah entry terakhir aku untuk minggu ni. Kejap lagi aku nak balik sekolah(kau budak sekolah lagi rupanya). Entry ni merupakan salah satu contest yang dianjurkan oleh Sahabat Blogger . Jadi siapa yang nak masuk boleh Klik Sini.

Kat bawah ini ialah soalan-soalan yang aku perlu jawab. Jom terjah.hehe

Tangan aku ada gaya Karam Singh Walia tak?

Nama blogger?

Fahmi. Nama aku sendiri. Haha

kenapa pilih nama url blog yang anda pakai?

Aku pilih http://storyoffahmi.blogspot.com/ sebab kat blog ni hampir kesemuanya entry tentang kisah hidup aku(storyoffahmi). Mungkin ada la sikit-sikit perkongsian dari sumber luar.

sudah berapa lama berkecimpung dalam arena blog dan kenapa?

Dah buka akaun blog ni hampir setengah tahun. Pada december 2010 baru aktif berblog ni. Kenapa? Pada awalnya hanya buat entry hasil penulisan aku iaitu cerpen. Hanya sebagai perkongsian hasil karya aku tapi mula December lepas aku luaskan skop perkongsian aku kepada pengalaman hidup aku pula.

apa yang anda aspect dari dunia blog anda?

Aku hanya mengharapkan kepuasan diri sendiri apabila dapat berkarya walaupun orang tidak membaca. Walaupun begitu, aku masih mengharapkan kritikan dari pembaca kerana insyaallah aku boleh terbina dari kritikan bernas dari pembaca=pembaca aku.

sahabat blogger itu apa pada diri anda & juga blog anda?

Sahabat blogger ialah Group KESAYANGAN aku. Aku kenal ramai insan-insan yang famous amous tetapi berhati mulia dan sentiasa rendah diri di sana. Dari sahabat blogger aku boleh meminta pendapat serta pandangan berkaitan blog aku agar aku dapat tingkatkan kualiti penulisan dan blog aku.

Mood: Kenapa entry ni macam skema semacam je? Adakah kerana kat dalam gambar tu aku pakai tie?hahaha..Balik sekolah jom.huhu


Read more...

Blog Pilihan? Terima Kasih Ben Ashaari

Tengah dok kerek-korek gigi lepas makan sarapan tadi terus aku pegi bukak laptop. Nak usha jap aku punya blog kesayangan. Dia sehat ke tak hari ni, dah makan ke belum. Sayang aku kat blog aku ni..huuu..

Tiba-tiba....

Dush!! aku tengok pahal la ramai komen kat entry aku. Bukak pulak stats traffik naik tinggi. Padahal aku off semalam pukul 2 pagi ciput je orang datang blog aku. Tapi pagi ni macam dah tambah sikit orang yg jenguk blog buruk aku ni.

Tengok traffic source rupa-rupanya blog aku dah transform jadi...

Blog pilihan Ben Ashaari


Aku terkesima. Kejang leher. Kaki kebas. Air liur suci merembes. Tangan terketar-ketar macam parkinson. Mata terkedip-kedip. Terus terduduk(memang dah duduk pun).

Uwaaaa...terharunye bila blog buruk macam ni,otai blogger macam Ben Ashaari jenguk
. Aku nak nanges bila dapat tahu pasal ni tapi AZ cakap muka aku akan jadi huduh gila bila aku nanges so aku terus tak jadi nanges.Haha..

Yang penting aku syukur sangat terpilih. Terima kasih Ben Ashaari. Saya follower setia Bro Ben. HAhahaha(gila sebentar)

Mood:Kena tulis best2 ni . Buat malu je dah jadi blog pilihan tapi entry busuk macam loji kumbahan. Orang nak baca pon loya.Hehe..Apa-apa komen membina aku harapkan. Siapalah aku tanpa anda semua..
Read more...

Saturday, February 5, 2011

Sekitar Krisis Mesir



  • Ada orang pertikaikan kenapa ibu bapa yang anak mereka di Mesir ketakutan dan berharap anak mereka balik dengan segera. Apa yang nak ditakutkan?

  • Kalau benar anak itu pergi ke Mesir untuk menuntut ilmu agama dan dadanya sudah terisi dengan ilmu itu, apakah percaturan yang sewajarnya pada saat seperti ini?

  • Ada pihak yang mempertikaikan kenapa ibu bapa menyuruh anak balik sedangkan kalau benar anak itu faham tentang jihad, maka diorang mengutamakan jihad.

  • Kalaulah situasi di Mesir boleh diangkat sebagai jihad maka jika terkorban disana sudahlah pasti gugur sebagai syuhada.

  • Mungkin jika tidak dipanggil balik oleh ibu dan bapa, mereka akan sahut seruan jihad di sana. Sudah jelas ganjaran syuhada di sisi tuhan.

  • Jadilah ibu bapa yang cemerlang, gemilang dan tidak terbilang-bilang apabila melepaskan anak untuk turun berjihad di sana.

Ps:Ini ada orang cakap. Ada kebenarannya dan mungkin ada khilafnya. Hanya sekadar perkongsian dan percambahan idea bersama blogger-blogger sekalian.peace~


Mood: Kalau aku mati syahid, sebelum aku mati tu aku dah boleh tengok bidadari yang tengah menari ballet untuk aku. Nak Pole dance pun aku leh demand. Best2..(berangan seorang diri)


Read more...

Antara Maher Zain Dan Lady GAga


Diminati seantero dunia
"I praise Allah for sending me you my love"

"For the rest of my life
I`ll be with you "

"Lalala..."
  • Tadi aku pergi kenduri kahwin dan semestinya lagu maher zain dipasang. Memang dah macam jadi lagu wajib dipasang.
  • Tengah dok layan angau sorang-sorang sambil dengar lagu for the rest of my life, aku terfikir satu benda. Hasil perbincangan antara aku dan kawan baik aku.
  • Mungkin hasil perbincangan ini agak pelik tapi ada kebenarannya. Ianya hanya sebuah gurauan realiti.
  • Maka lahirlah equation dibawah ni.hehehe

Maher Zain= LaDy Gaga dunia Islam

Lady Gaga= Maher Zain dunia kapir

  • Kenapa aku cakap macam tu eh? Lady Gaga penah jadi artis yang dipujai ramai dengan lagu-lagu dia yang mengkhayalkan. Bab fashion tak payah cerita lah. Pelik-pelik. KAdang-kadang boleh buat aku lari sendiri ke sudut masjid dan berzikir sendirian. HAhaha..
  • Maher Zain pulak artis yang diminati ramai. Memang tak boleh dinafikan. Jadi bagi aku kedua-dua artis ni ada persamaan iaitu telah mencipta fenomena dalam dunia hiburan.
  • Maka sesuailah kan aku cakap Maher Zain tu Lady Gaga dunia islam sebab dia dah bawak fenomena kat dunia islam dan begitu juga sebaliknya dengan Lady Gaga.hehe..

yang putih tu tudung dia eh.hehe

Mood: Teringat salah satu wish masa ikut satu program kat IKIM. Aku harap suatu hari nanti Khadijah Gaga bakal menggegar dunia hiburan islam.Haha=p


Read more...

Senyum=)

Dia tak perasan dia tak ada gigi
  • Abah aku cakap senyum ni anugerah tuhan. Tak semua orang dapat nikmat senyum dan gelak ni.
  • Ada sorang budak yang duduk dekat-dekat dengan rumah abah aku diriwayatkan tak dapat nikmat senyum ni. Kesian dia.
  • Orang buat lawak tahap dewa pun dia tak senyum dan tak gelak. Pelbagai kaedah moden mahupun tradisional juga tidak mampu buat dia senyum. Bukan sebab processor dia pentium 3 eh. Dah memang jenis tak boleh nak senyum. Kesiann...
  • Aku teringat pasal ni sebab ada sorang kawan aku ni dia suka tengok Raja lawak sampai sanggup tinggalkan kawan kat SB jap. Wahai si AZ, bersyukurlah dengan nikmat senyum dan gelakmu itu. Tak kan kau buat muka blur je kan masa tengok Raja Lawak. Haha..
  • Moral of the story, senyumlahhh...hehehe..

Mood: Rasa nak senyum sepanjang hari. Biar orang cakap aku gila senyum sorang-sorang asalkan aku bahagia. Betol tak?Haha..Jom senyumm..=)




Read more...

Aku Kahwin Lagi

" Aku nikahkan dikau dengan limah binti peon dengan mas kahwin 1111 ringgit tunai..."

Tadi aku pergi upacara akad nikah. Semangat nak teruskan kehidupan terus naik bila tengok orang kahwin(apa kaitan?). Jadi sebab semangat tu la aku tulis entry ni..hahaha..

MAjlis tadi berlangsung 2 in 1. Sekarang dah ramai dah buat style tak payah tunang ataupun tunang lima minit je lepas tu terus nikah. Bagi aku benda macam ni bagus. Benda baik tak payah nak tangguh2 dah..betol tak? hehe..

Jadi, aku sebagai yang dah berpengalaman dalam bab-bab ni nak la bagi sikit nasihat. Yang tengah bercinta tu kat luar sana, terus la kahwin. Tak payah tunggu lama-lama. Pagi esok cakap kat parent nak kahwen then minggu depan terus buat walimah. Best2..hehe..

Tak ada la nak berkepit sana-sini buat tambah dosa. Tambah anak-anak buang. Kahwin, malam tu terus buat anak halal. Tak payah fikir dosa, dapat pahala siap.hahaha..

Kepada kawan-kawan blogger aku kat SB yang baca ni, kahwin la cepat2 ehh. Jangan lupa jemput aku. itu yang penting. Haha..

Ni gambar aku kahwin, sorry kalau aku tak jemput. Lain kali aku jemput eh..Lain kali? Hahaha..

kenduri lagi satu aku jemput korang. Jangan risau. Haha


pengantin laki sempoi,pakai kopiah..haha


ps: Kebelakangan ni topik cari jodoh hangat di SB jadi aku tulis entry ni untuk korang.hehe..peace
Read more...

Thursday, February 3, 2011

Di Sebalik Shaolin 2011


Pelakon pun best
  • Oleh kerana aku duduk sorang-sorang kat rumah dan tidak ada apa-apa aktiviti yang boleh aku buat selain mengadap laptop ni maka sebelum apa-apa agenda solo lucah berlaku dihadapan laptop aku ni, aku terus lari..hahaha..

  • Tadi aku melarikan diri ke Alamanda jap untuk nak jalan-jalan je. Sekali aku lalu kat tempat wayang. Macam menarik je..hehe..
  • Aku pun terpanggil nak tengok cerita Shaolin. Sebab Apa? Sebab hari ni CNY. Jadi semangat aku masuk contest kat sini terus bawak aku masuk ke dalam wayang. haha..


  • Kesin tiket ni..xda teman..haha

    • Bagi aku filem ni boelh tahan la. Bagi aku la sebab penilaian aku bab-bab filem ni tak hebat macam korang. Yang penting Filem ni memang penuh dengan moral Value. Universal dan semua orang boleh ambil. Jangan ambil Patung Buddha tu buat sembah sudah lah(bagi muslim) Haha..
    • Sebuah filem tentang Prasangka, pengkhianatan, Tamak, Kasih sayang, Cinta, Pengorbanan, Kemaafan, Kemusnahan dan banyak lagi lah. Malas aku nak cakap semua kat sini. Penat!! Haha..
    • Filem ni ada babak sedih, lawak(Jackie Chan) dan lawan-lawan(standard cite cina)
    • Apa yang penting kat sini, aku nak kongsi sikit pengajaran yang aku dapat.

    1.Prasangka buruk mengundang kepada kemusnahan dan kejahatan

    2.Sayangnya Ayah dan ibu Kepada ana sehingga sanggup bekorban apa sahaja

    3.Belajar untuk memaafkan orang lain

    4.Pintu taubat masih terbuka selagi nyawa dikandung badan.

    • Kalau nak tau apa kaitan pengajaran dengan filem ni, tengok la dan korang boleh dapat banyak lagi dari filem ni.

    Mood: nak jadi anak yang baik berbakti kepada ayah dan ibu. Kejap lagi nak ambil parent kat Airport.lalala~








    Read more...

    Saya Blogger Ikon Mengucapkan Happy Chinesse New Year




    Buat pertama kalinya aku nak masuk contest yang di anjurkan kat alam maya ni. Sebelum ni aku tak pernah join sebab tak reti lagi.hehe..sekarang dah reti berjalan nak belajar pulak nak menyepak. Jangan sepak orang sudah..hehe..

    Aku obses sangat dengan SB jadi tak pelik aku join Contest ni. Harap2 aku menang weyh!!haha

    Haaa! Aku letak gambar masa muda-muda dulu, biar terserlah sikit kecomelan aku.Comel kan?haha..So, aku adalah budak yang kepala dia dibulatkan dengan cat merah(CNY) dan aku berbaju merah.

    Ucapan: Dengan ini, saya wakil daripada keluarga saya, ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambut CNY(aku sambut raya puasa) dan semoga anda semua panjang umur dimurahkan rezeki. Yang paling Penting ialah sentiasa di bawah Rahmat tuhan(moga dapat Hidayah). Semoga rakyat Malaysia dapat bersatu dan dapat kecapi nikmat keamanan bersama. Hormat menghormati sesama rakyat walau berlainan bangsa.1 Malaysia!!!Yang pemurah boleh bagi aku angpaw. Cepat2..hehe

    Tak cukup? Nah aku letak satu lg(exited punya pasal)


    Gambar kat atas masa aku pergi Bangkok. Aku buat Ucapan CNY kat Bangkok ni..hahaha..

    Akhir kata Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambut terutama kepad Guan Eng.Dia sambut ke?hehehe..

    Salam 1 MAlaysia

    Gong Xi Fa Chai

    ps:sempena CNY, template aku warna merah.hehe.peace=)


    Read more...

    Wednesday, February 2, 2011

    Bunuh Diri?



    Hidup tanpa ujian dan masalah umpama nasi tanpa lauk.


    Semua orang mesti pernah ada masalah kan? Tak kira lah masalah dalam pelajaran, masalah dengan awek (ni cari masalah), atau pun apa-apa jenis masalah lah yang pernah wujud kat dalam dunia ni. Tapi macam mana korang hadapi eh?


    Aku kebelakangan ni memang betul-betul banyak masalah ataupun ujian yang datang. Tapi bila muhasabah diri balik memang sebenarnya aku sendiri jugak yang cari masalah-masalah tersebut.HaHa


    Kadang-kadang bila tengok burung terbang kat langit, terasa juga hidup ni sempit. Bila tengok kucing yang comel tidur lena, terlintas juga penat hidup di dunia yang fana. Best hidup diorang,tak ada masalah. Bila dah terfikir macam tu, amik kepala terus hentuk kat dinding. "Kau ni manusia bukan haiwan! Mana boleh nak lari dari masalah mangkuk.."


    Ada pulak jenis manusia-manusia yang bengong, bila dapat masalah atau ujian pastu takleh nak hadapi terus bunuh diri. Masalah!!


    Korang pernah terlintas nak bunuh diri tak bila datang apa-apa ujian atau masalah yang memang masalah tahap dewa? Fuhhh.. Buanglah jauh-jauh lintasan minda sedemikian. Itu semua bisikan syaitan!!Nauzubillahh...


    Allah tak bagi ujian kat mereka yang tak mampu hadapi ujian tersebut. Allah itu adil dan bukan kejam. Dia tahu hamba dia mampu untuk lalui ujian yang dia beri. Kadang kala dengan ujian itulah si hamba ni nak ingat kembali kepada pencipta dia. Sayang Allah kat kita ni..


    Cerita pasal ujian ni, bolehlah korang try baca ni..Indahnya Ujian


    Tak best pun cerpen kat atas tu tapi ambillah pengajaran. setiap ujian yang datang tu pasti ada hikmahnya. Dengan ujian dan masalah, seseorang itu akan menjadi lebih kuat. Tak nak ke kita jadi kuat? Setakat superman,spiderman pun kalah lah dengan kita kalau kita dapat tempuh ujian dengan saksama.


    Yang penting, jangan jadi bodoh untuk mengambil keputusan bunuh diri bagi lari dari masalah. Aku cakap pasal bunuh diri ni sebab sekarang ni banyak sangat kes bunuh diri. Kompem masuk neraka wooo kalau bunuh diri.huuu...


    Jangan jadi macam satu watak dalam cerita Three Idiots yang bila mana projek dia tak diterima oleh Prof terus dia bunuh diri. Bodoh!!haha..
    Selamat menjalani hidup dengan Happy.peace=)


    Mood: Give me some rain, give me sunshine, give me anotehr chance to start all over again..




    Read more...

    Kau Anak Iblis

    kata-kata mampu membunuh (google image)

    "Kalau aku malas belajar, mesti sebab kau!!"

    " kalau aku malas solat, tak lain dan tak bukan mesti sebab kau!"

    "Kalau aku tak berjaya dalam hidup, Kau ada saham jugak"

    Apa jenis orang sampai kena maki sampai tahap macam ni? Sampai semua benda yang buruk berlaku, dia yang akan dilibatkan...

    Apa dia dah buat sampai jadi macam ni?

    Kadang-kadang kita sebagai manusia memang panas jugak kalau ada orang cakap macam tu kat kita. Kalau aku lah yang kena macam ni ada jugak yang kena satu das pelempang jepun. Sekali dengan selipar jepun tu aku bagi cop tepek kat muka.

    Kalau nak tegur tentang kejahatan yang orang lain buat, pakai la bahasa yang cun sikit bro..Semua orang ada perasaan..
    "Kalau ranking iblis No 10, kau ni no 9 lah aku bagi, anak iblis!! hahaha"

    DUSH!! Setepek kena kat muka. Hampeh punya statement. Aku penah buat ujian tahap kejahatan kat facebook dan hasil dia..

    "Tahap kejahatan anda adalah 100%. Manusia sudah pasti resah apabila berada bersama anda bahkan kadangkala iblis turut gentar kepada anda."

    Kebih kurang macam ni gak la ayat dia. Tapi ok lah Mr FB yang cakap kan? Kalau kawan sendiri cakap macam mana? Makan dalam beb..haha
    Tapi sebagai insan, mungkin semua ini kita boleh ambil dari sudut yang positif. Sebenarnya kalau ada kawan kita yang cakap macam tu kat kita, itu mungkin bermakna dia sayang kita tahap gila unta. Masalahnya, dia tak mampu tunjukkan atau luahkan rasa sayang dia kat kita dengan teguran yang berhemah. Maka dia akan cakap macam benda-benda kat atas tadi atas harapan kita sedar yang kita ni memang jahat tahap gaban dan kita pun ada rasa nak taubat. betul tak?

    Lagi satu kes, kepada manusia jenis macam ni memang hidup dia akan tak aman. Kenapa? Sebab sesuka hati dia nak menghukum tahap kejahatan orang lain. Tuhan je beb nak main hukum menghukum ni.huuu..

    Tapi tak ape lah..Sentiasa think positif. Belajar untuk menerima apa yang ada kat sekeliling kita ni dengan pandangan yang positif. Insyaallah semua senang..
    Jangan keluar statement ni sudah la...

    " Kau suka bawak kete laju-laju kan? Kalau kau mati eksiden, Insyaallah aku tak solatkan jenazah kau"
    Perghh....
    Entry kali ni mungkin merapu sikit. Korang tak payah baca pun tak apa..haha..

    ps:maaf kalau ada yang terasa..peace
    salam~

    Read more...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...