Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Wednesday, February 2, 2011

Bunuh Diri?



Hidup tanpa ujian dan masalah umpama nasi tanpa lauk.


Semua orang mesti pernah ada masalah kan? Tak kira lah masalah dalam pelajaran, masalah dengan awek (ni cari masalah), atau pun apa-apa jenis masalah lah yang pernah wujud kat dalam dunia ni. Tapi macam mana korang hadapi eh?


Aku kebelakangan ni memang betul-betul banyak masalah ataupun ujian yang datang. Tapi bila muhasabah diri balik memang sebenarnya aku sendiri jugak yang cari masalah-masalah tersebut.HaHa


Kadang-kadang bila tengok burung terbang kat langit, terasa juga hidup ni sempit. Bila tengok kucing yang comel tidur lena, terlintas juga penat hidup di dunia yang fana. Best hidup diorang,tak ada masalah. Bila dah terfikir macam tu, amik kepala terus hentuk kat dinding. "Kau ni manusia bukan haiwan! Mana boleh nak lari dari masalah mangkuk.."


Ada pulak jenis manusia-manusia yang bengong, bila dapat masalah atau ujian pastu takleh nak hadapi terus bunuh diri. Masalah!!


Korang pernah terlintas nak bunuh diri tak bila datang apa-apa ujian atau masalah yang memang masalah tahap dewa? Fuhhh.. Buanglah jauh-jauh lintasan minda sedemikian. Itu semua bisikan syaitan!!Nauzubillahh...


Allah tak bagi ujian kat mereka yang tak mampu hadapi ujian tersebut. Allah itu adil dan bukan kejam. Dia tahu hamba dia mampu untuk lalui ujian yang dia beri. Kadang kala dengan ujian itulah si hamba ni nak ingat kembali kepada pencipta dia. Sayang Allah kat kita ni..


Cerita pasal ujian ni, bolehlah korang try baca ni..Indahnya Ujian


Tak best pun cerpen kat atas tu tapi ambillah pengajaran. setiap ujian yang datang tu pasti ada hikmahnya. Dengan ujian dan masalah, seseorang itu akan menjadi lebih kuat. Tak nak ke kita jadi kuat? Setakat superman,spiderman pun kalah lah dengan kita kalau kita dapat tempuh ujian dengan saksama.


Yang penting, jangan jadi bodoh untuk mengambil keputusan bunuh diri bagi lari dari masalah. Aku cakap pasal bunuh diri ni sebab sekarang ni banyak sangat kes bunuh diri. Kompem masuk neraka wooo kalau bunuh diri.huuu...


Jangan jadi macam satu watak dalam cerita Three Idiots yang bila mana projek dia tak diterima oleh Prof terus dia bunuh diri. Bodoh!!haha..
Selamat menjalani hidup dengan Happy.peace=)


Mood: Give me some rain, give me sunshine, give me anotehr chance to start all over again..



8 comments:

Kalamhati said...

bila iman tiada di dada..jiwa tidak lagi tenteram..
yg terlintas hanya bunuh diri..huuh

el-Ghaith said...

kdg2 bila ade team mmber lari, rasa mcm nk bunuh diri.. tp msti ade p'ganti, meski x s'hbt team mmber yg 1st tu..

fiq. said...

haha, tgk jugak 3 idiots to,
best movie

Ai Ni.. said...

tiket free masuk neraka tu...wallahua'lam..hihi..:)

zee ong said...

auwww..three idiots sgt cool. love it!!

Epul said...

zzz.. pasal masalah gak. hidop nie mmg pnoh dgn masalah. haha. tgk post baru ana. haha

Amad said...

Bile ade team member lari, yg tinggal pun lari gak, baek bunuh diri je...haha

el-Ghaith said...

sume lari, buat team bru..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...