Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Tuesday, February 15, 2011

Kenapa Mereka Seksi Di Television???


Mereka tanya....


"Kenapa dah semangat-semangat buat rancangan kat TV yang islamik dok ajak orang solat,tutup aurat dan segala bagai tentang islam tapi masih tayang rancangan yang artis-artis tak menutup aurat?Baik tak payah buat rancangan agama....

Aku jawab...

Rasa-rasa kalau semua rancangan agama je ada orang nak tengok ke? Bagi can sikitlah...Ada la sikit rancangan hiburan tapi semua pelakon tutup aurat. Rasa-rasa pak peon yang main no ekor tu mau layan ke TV tu? Agak-agak mak milah yang kaki dangdut balik rumah ada nak layan TV tu? Ada kemungkinan si Mamat yang kuat layan blue nak layan Tv macam tu??

Hari ni aku nak berfikiran terbuka sikit..Aku anggap pelakon-pelakon yang dok tayang badan kat dalam Tv tu sebagai penarik kepada penonton untuk duduk dan menghadap T tu berjam-jam.

Kalau nak bagi kesedaran kat orang-orang yang tak pernah nak dengar perihal agama ni, tak boleh nak suruh dia tengok TV fully islamic programme terus.Kompem 2 minit lepas tu terus cabut lari..MAsuk bilik,bukak laptop terus layan blue..hahaha...

Maka, si pelakon yang dedah sana dedah sini lah yang nak jadi penarik dorang ni. Ada la peluang diorang nak lekat kat depan Tv. Lepas tu baru la selit sikit-sikit rancangan agama.

Sebagai contoh...Tadi aku dengar radio. Ada seorang pendengar ni bagi ucapan "Tadi pergi program kat masjid.Besssttt...dapat makan nasi minyakk..." haaa!! tengok tu..Kalau program kat masjid hanya ceramah..ceramah..tazkirah...Memang tak ada harapan orang-orang yang spisis masa zaman sperm mak bapak tak baca Doa jimak..

Paling kurang masa dorang tengah melahap makanan tu...Ada lah dorang terdengar "Solat itu wajib" "Nabi muhammad itu nabi kita"...Baru la "Oh ye ke? Solat tu wajib ke? Baru aku tau.."
.."Nabi muhammad tu nabi kita ke??" Pap,tercekik tulang terus..Hahaha..

Maka,pada hari ni aku nak berterima kasih kepada artis-artis yang seksi dalam TV kerana secara tidak langsung menolong org tengok tv dan tengok program agama(tertengok atau memang nak tengok). Semoga masa penayangan hasil lakonan korang nanti,tiba-tiba ada iklan suruh pakai tudung,mana la tau nak pakai tudung pulak kan?Hehehe...

Mood:Kenyang makan kambing dengan roti tengah hari tadi tak habis lagi..Sungguh ikut sunnah cara pemakanan aku hari ni..Haha..


3 comments:

Nisa Kay said...

sekarang pon dah banyak cerita yang tampilkan pelakon yg bertudung / pelakon yg melakonkan watak bertudung.. :)

FAHMI said...

Yeaahhh..itu tandanya malaysia dah semakin maju dalam sudut agama.betul ke ni?hehe

aku said...

Kalo cmtu artis tu dapat pahala ke dosa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...