Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Saturday, April 30, 2011

Kau Nak Apa Sebenarnya???



Entry untuk diri sendiri...

"Buku rujukan Chem dah beli belum"


"Eh, jap aku nak ambil buku Bio jap"


"Buku dapat diskaun, aku nak beli semua lah..."


"Sayang tunggu kat sini jap, I nak pergi ambil buku Sains jap"




Aku baru pergi bookfair tadi. Fuhh..Ramai sungguh manusia. Aku tak sanggup nak jalan dah. Macam dah tawaf dah masa jalan tu. berhimpit-himpit. Salah aku jugak yang pergi waktu cuti macam ni.Haha..Baru bookfair dah sesak macam tu, kalau kat padang mahsyar nanti macam mana eh?Huu..


Aku tengok semua orang beli buku. Memang la beli buku kan, dah kat bookfair.Haha..Kedai paling laku dan sesak sekali adalah SASBADI. Mak oiii..tak nampak buku dah, nampak orang je. Macam-macam jenis manusia ada aku tengok. Sampai satu ketika aku terfikir...




"Dorang ni beli buku banyak-banyak bukan skor exam pun. Rambut warna warni macam tu ada gaya orang straight A ke?"



Ketukk..Kepala rasa berat. Apa cakap kat orang macam tu. Aku pun terfikir balik...



"Aku beli buku ni untuk apa? Kalau aku berjaya dalam exam pun apa effect kat orang sekeliling?? Dan boleh ke dengan gaya aku macam ni, Allah nak bagi kejayaan kat aku?"




Amek kau..Kena balik kat aku. Memang kena muhasabah balik diri ni belajar untuk apa. Memang semua orang boleh berjaya kan? korang yang baca ni pun aku percaya yang korang dah berjaya. Tapi untuk apa kejayaan kita tu??Huuu..



Mood: Belajar kerana Dia..(esok join Bro Ben lepak kat putrajaya) haha..

Read more...

Awas!! Rumahtangga Kita Berisiko


Ohhhh..mana hilang jantung aku? Hati aku ? Ehh..mana hilang aku ??? Aku pusing-pusing sekeliling rumah tapi aku tetap tak jumpa juga.Hampa...

Akhirnya aku terpaksa menggunakan jantung secondhand yang lembab ni untuk meneruskan jangka hayat aku. Apa aku merepek ni? Fikir sendiri,aku malas nak jawab.. Haha.. sebenarnya kat rumah aku dah tak ada internet. Ini semua salah jiran aku!! Kenapa dia pindah rumah? Kalau dia tak pindah, aku dengan bahagia dapat tumpang Wifi dia..Namun sekarang semuanya hanya tinggal kenangan..huuu..

4 jam lepas...


Makcik aku kuarantin laptop sepupu aku masuk dalam stor terus. Tak bagi peluang nak sentuh dah. Mandatori, hukuman dijatuhkan. Kenapa? Kerana dia amat sayangkan anak-anak dia. Dia sudah kehilangan anak-anak dia...Mereka sudah hanyut dalam dunia yang lain...


Lepas dia 'jail' laptop anak dia..Suasana kembali harmoni. Anak urut ayah. Abang main bola dengan adik kat depan rumah. Tengok William and Kate kahwin kat Tv sama-sama..Semuanya kembali kepada normal..Aku pun merasailah detik kebahagian itu..Haha..


Takut sungguh bila aku fikir balik. Apa perasaan mak ayah aku bila tengok aku mengadap laptop je keje. Apa perasaan isteri aku bila tengok aku mengadap blog sepanjang hari. Apa perasaan aku bila tengok anak-anak aku dah tak nak layan aku sebaliknya melayan encik Facebook yang Hot...


Ohhh...Zaman siber. Benda ini memang tak boleh nak lari. Jangan lari, tapi kita kawal. Kalau kita lari, memang tak selesai masalah tapi kalau kita kawal, semuanya pasti terkawal. Hehe..


Macam aku cakap mana aku hilang tadi, memang aku frust menonggeng bila tau jiran kesayangan aku ni pindah. Macam aku hilang sebahgian dari diri aku. Bukan aku sayang dorang tapi aku sayang wifi free dorang. Tengok!! Hilang sudah nilai kejiranan yang patut lahir dari keikhlasan. Bahaya sungguh....Bahaya kan??


Internet ni macam-macam boleh jadi....


Mood: Merana pakai broadband tahap kelajuan yang amat arghhhh..tak terluah melalui perkataan...

Read more...

Saturday, April 23, 2011

Aku Pakar Perunding Rumah Tangga


Hari ni aku nak jadi perunding rumahtangga boleh? Sapa nak dengar seorang perunding rumah tangga bawah umur berbicara? Mesti tak ada yang nak dengar kan? Haha..aku tau korang tak nak dengar sebab aku ni budak bawah umur lagi so tak ada pengalaman..huuu...Walaubagaimanapun, sudah jadi hobi aku untuk berkongsi maka terimalah perkongsian dari Dr Fahmi..Haha..

Aku nak bagi satu lagi tips macam mana nak cari bakal pasangan kita. Mungkin entry ini agak berat kepada kaum adam tapi kaum hawa pun boleh baca. silalah memberi komen. Sekadar angguk kepala pun dah cukup ok?Haha..

Cikgu aku pernah bagi tips macam mana nak pergi jumpa awek pada dating pertama. Ambil yang baik je la apa yang aku nak sampaikan ni ye..Dia pernah cakap kat aku yang setiap kali first dating dengan awek dia, mesti dia datang 2 jam lambat. Kenapa? Kejam gila cikgu aku ni!!Haha..

Dia bukan bangun lambat pada hari dating tu. Bukan juga tayar pancit ataupun traffic jam. Semua alasan dia bukan alasan seperti yang selalu orang guna macam dalam drama-drama melayu..Haha..Dia datang lambat sebab dia memang saja nak datang lambat..Dia memang nak biar bakal isteri dia tu tunggu dia selama 2 jam. Nampak kejam kan? Hehe..Tapi ni bukan yang aku nak sampaikan sebenarnya...

Tujuan dia buat macam tu adalah untuk nak menguji tahap kesabaran awek dia ataupun bakal isteri dia tu. So bila dah datang lambat, dia nak tengok awek dia cakap apa. Adakah dia kena marah ataupun awek dia cool je..Dari situ dia buat penilaian..Nak kahwin dengan perempuan tu atau tak..

Seorang isteri dan juga seorang ibu mestilah seorang yang sangat penyabar. Tanggung jawab ni bukan main-main. Berat sangat. Nak didik anak, nak jaga hak suami, nak bahagiakan suami. Karenah suami yang kadang-kadang macam budak-budak. Suka buat sepah sampai rumah macam tongkang pecah. Siapa yang boleh sabar dengan semua ni??

Kalau awek dia marah-marah maka dia fikir, Ohhh..inikah bakal isteri dan juga emak kepada anak-anak aku? Seorang yang pemarah dan tidak sabar? Macam mana dia nak didik anak-anak aku dengan penuh berhemah?? Reject...Haha..

Jangan cakap laki ni kejam.Aku nak kongsi pasal cikgu aku ni je. Ambil yang baik yang tak baik buang jauh-jauh. Moral yang kita nak kongsi hari ni ialah, kau lelaki perlulah mencari isteri yang tepat untuk membina rumah tangga bersama dia..Pilihan yang tepat insyaallah menjamin kebahagian rumahtangga.(ada gaya pakar motivasi tak?) Kepada kaum hawa pula, jaga sikap dan cubalah didik diri menjadi insan yang paling sabar sekali di dunia....

'Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia"

Asal tiba-tiba aku rasa entry ni macam ditujukan kepada wanita pulak ye?Pening2..haha

Mood:Aku sedar diri aku budak bawah umur..Mohon maaf kepada yang lebih tua..huhu




Read more...

Friday, April 22, 2011

Macam mana nak pilih Bini??


"Blog sampah!! kuat merapu!!! Dan keje nak hentam perempuan je...."

Apa salah aku?? Apa aku dah buat? Aku ada salah tulis ke kat dalam blog aku ni? aku tak ada la selalu hentam kaum hawa.Kalau ada, cakap tau..aku nak tau jugak bahagian mana yang korang cakap 'hentam' tu..hehe...Namun, komen kat atas tu langsung aku tak hiraukan sebab aku tak reti nak respon macam mana. Aku buat bodo je..Sorry eh kepada yang kecam aku tu sebab aku tak tau nak respon macam mana..haha...

Malam ni aku nak cakap pasal perempuan jugak. Siapa yang nak attack, siap sedia asah parang ya..pakai tombak pun aku terima..haha...Maka aku nak kategorikan perempuan ni kepada dua kategori. Yang pertama ialah golongan pertama dan yang kedua golongan kedua. Aku tak reti nak bagi nama golongan apa so aku bagi nama macam tu je la eh..Haha..

Golongan pertama ialah perempuan yang membawa orang kepada syurga. Terutamanya kepada golongan lelaki. Perempuan yang solehah ialah sebaik perhiasan dunia. Akhlak yang terjaga. Aurat mereka sangat mahal. Hanya untuk suami. Mulut dijaga dari mengumpat. Didik anak jadi manusia berguna. Memang kalau tengok perempuan macam ni rasa sejuk hati la...

Tengok perempuan ni terus rasa nak ingat kat Allah. Rasa nak pergi masjid terus solat hajat nak dapat bini macam ni. haha..Aku cakap berdasarkan kepada pengalaman aku. Aku bila tengok perempuan seksi memang terliur jugak (ish3) tapi kalau tiba-tiba datang perempuan yang pakai tudung labuh terus aku rasa lain macam. Ada aura hebat disitu. Lagi-lagi kalau yang pakai purdah..Perghhh... Sejuk je rasa kan? Aku pun pelik ,kenapa ya? Ohhh...

Golongan kedua ni pula memang golongan yang ajak kepada neraka lah..Perangai buruk, mulut tak jaga. Kalau yang dah kahwin, suka buka aib suami. Mengumpat kalah CNN sampaikan berita. Laju sungguhh..Haha..Yang tak kahwin, ajak laki berzina. Sapa tak nak kalau dah ada orang ajak kan? Aku pun belum tentu boleh tolak kalau ada orang emput masuk..haha..inilah jenis perempuan yang bawa orang masuk neraka...

Aku tak reti nak olah panjang-panjang sifat golongan-golongan di atas. Cukup la aku bagi gambaran je la kan? Korang pun lagi hebat dari aku..lagi banyak ilmu dari aku..Dapat kan gambaran? Bila dah dapat gambaran maka buatlah pilihan dengan bijak..yeahhh...

Kepada laki...Jangan ingat entry ni pasal perempuan korang terlepas..Haha..Jangan nak jahanamkan anak gadis orang. Jangan ajar perkara yang tak elok. Jangan ajak buat benda tu..Rosak anak orang oiii...Bila perempuan tu dah rosak, korang tinggal...Tak guna!!

Naluri laki aku faham sebab aku laki. Perangai teruk macam mana pun mesti nak bini yang baik-baik belaka. Betul tak? Haaa...betul kan? Tapi korang jangan mimpi nak dapat bini golongan pertama kalau korang pun perangai macam apa. Mat rempit nak dapat isteri yang solehah?? Katak kawin dengan gajah la jawabnya...Melainkan kalau mat rempit tu dah insaf la..haha..

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.."

Ayat quran dari surah An-nur..ayat berapa? Cari sendiri..Haha...

Cukuplah untuk malam ni..penat aku membebel... Semoga kawan aku ni tergolong dalam golongan yang pertama. jom doa untuk Munira Jawa..opsss..haha..

Mood:aku nak jadi lelaki yang baik sebab aku nak isteri yang baik..Lalala~

Read more...

Krisis Dunia Blog


Entry ini panjang dan bosan..Yeahhh...

Shuuu~

Blog aku dah tak ada orang nak baca. Sapa suruh tinggal lama-lama kan? Habis semua orang lari tinggalkan. Bila kita tak perbaharui(update) maka sesuatu tu jadi lapuk. Dah tak laku maka akan ditinggalkan..orang tinggalkan blog aku sebab blog aku dah 'mati'. Traffik aku menjunam. Anak itik je lalu lintas kat dalam blog ni tapi bapak dinasour tak nak masuk..Analogy merepek bukan? Haha..faham-faham sendiri suda..

Aku rasa entry ni agak berbaur islamik. Jadi aku nak bagi warning awal-awallah kepada pencinta hiburan semata yang entry ni tak memberi manfaat kepada golongan sebegini. Dapat amaran ini?? Bagus..kalau masih rasa berminta boleh terus membaca....

Aku dan dua orang sahabat aku pernah buat blog islamik pada tahun 2008 (bukan aku nak cakap aku dah lama berblogging). Memang blog ni hanya mengupas isu-isu islam semata-mata. Tapi tak ada lah pasal solat je kan. Ada yang faham Islam ni solat je so aku cakap awal-awal yang blog ni bukan hanya bincang pasal solat semata. Sebab islam itu bukan solat..Ada weyh orang jenis fahaman macam ni..kita tergolong ke??huuu...

Setelah hampir 3 tahun berkarya demi mengubah mentaliti masyarat terutamanya blogger maka ternyata blog ni tak dapat sambutan hangat. Follower hanya 400++ sahaja. Aku buat konklusi blog islamik ni tak ramai berminat. Kenapa eh? Mungkin masyarakat blogger atau pun umumnya masyarakat malaysia sekarang hanya menagih entry ataupun bahan bacaan yang beunsur hiburan semata. Perihal shopping, konsert, artis, muzik dan pelbahgai lagi..Ohhh..apa dah jadi ni? Aku takut..korang tak takut??

Ni blog yang aku maksudkan..Tekan Sini

Blog aku ni hanya setahun jagung. Dengan entry-entry yang merepek tah pape tapi dah hampir 1000 follower aku? Apa ke tut ni? Ini tidak adil...Kenapa blog islamik tak dapat tempat di hati pembaca sekalian?? Blog yang sembang pasal kehidupan harian..

"aku pergi wayang tadi terjumpa brad pitt..hensemmmmm.."

"Aku baru beli handbag Bonia.."

"Aku baru pergi konsert Just Just.."

Dan entry sebegini mendapat 'like' beribu raban...Mengapakahhh???

Maka aku pun buat andaian la berdasarkan analisis menggunakan kepala otak aku yang tak berapa betul ni..Haha..

Blog islamik memang tak best. Sebab penulis tak pandai tarik pembaca. Ayat skematik robotik. Kaku...Ada isi tapi tak ada roh..Ini blog islamik yang kebanyakan la..Ditulis oleh orang biasa-biasa macam aku dan kau(kalau kau punya blog jenis islamik la)..Ilmu tak banyak maka orang tak thiqah(percaya) dengan kita. Lainlah kalau blog ulama besar memang aku tak nafikanlah penangan serta kehebatan dia...

Ini pendapat aku je ok. Aku tak cakap aku tak suka blog islamik sebab aku sendiri pernah buat blog genre macam tu. Aku nak berkongsi apa yang dah lama terpahat kat dalam kepala otak aku ni tentang dunia blog. Aku ajak kepada semua penulis blog yang ala-ala perkongsian islamik ni untuk sama-sama kita tingkatkan kreativiti penulisan kita. Jangan mereka yang pergi masjid je yang teringin nak baca blog kita tapi mereka yang selalu isap ganja kat belakang rumah aku pun teringin nak baca blog macam ni.Haha..

Aku respect Bro Hamka ni..Blog yang punya roh serta aura sendiri..Perkongsian yang cukup berkesan. Mat rempit pun aku rasa baca blog dia ni. Aku rasa la..HAha..Tipu la kalau korang tak kenal blog kereta mayat kan? Hehe..Blog dia ada kat bloglist aku..Jom serbu ramai-ramai..Haha

Kenapa orang suka membaca blog-blog merapu macam aku ni?(blog aku ni orang suka baca ke?) haha..Memang aku tak nafikan memang blog-blog jenis macam ni hebat dalam menarik hati pembaca. Dengan ada unsur humor dan lucah sikit-sikit sapa tak suka kan? Haha..Tapi itu dari satu sudut..Dari aspek mentaliti pembaca pula macam mana? Memang terserlah kecenderungan masyarakat hari ini yang mencari hiburan semata...

Buang masa baca bahan-bahan yang tah pape. Tak membina minda..Bukan semua blog maksud aku. Blog aku pun tah pape je. Merapu je kerja.Haha..Tapi yang paling penting ialah tak membina iman..Kan aku dah cakap entry ni islamik sikit. Pasal iman weyhh..tak apa ke aku nak cakap pasal iman wahai pencinta-pencinta hiburan sekalian? Haha..

Aku nak cakap banyak benda lagi tapi dah panjang sangat.Aku takut tak ada orang baca maka aku tulis sia-sia je. Ehh..tak sia-sia sebab kalau aku tulis ikhlas untuk nak peringati diri aku, aku dapat pahal serta aku boleh perbaharui iman aku..Kan berbaloi..Iman oh Iman...

Kepada penulis blog yang merapu macam aku mahupun islamik bahkan semua blogger la senang cerita, jom kita muhasabah diri..Kita ni nak buat apa dengan blog kita ni? Blog kita ni dapat bagi impak ke kepada diri kita mahupun orang lain? Atau pun menyesatkan serta melalaikan lagi orang yang membaca?? Biar blog best dalam masa yang sama membawa orang kepada Iman...

Aku nak buat entry pasal blog dan iman nanti.....

Mood:Rindu 'anak-anak' aku..Aku ada anak bernama iman..haha

Read more...

Thursday, April 21, 2011

Pemergian ditangisi...


"Fahmi, ble kau nak update niii...."

"Mana kau menghilang fahmi oiii..."

"Lamanya tak updateee....."

Ada orang tunggu entry aku ke? Ataupun tunggu tuan blog ni nak ajak date? Haaa..biar aku perasan sorang-sorang yang rupa-rupanya aku ni ada peminat jugak. Selama ni aku ingat blog aku ni tak ada pembaca..Shuu~ angin lalu, angin je lalu sebab tak ada orang lalu..Rupa-rupanya ada pembaca juga..Alhamdulillah..Terima kasih siapa yang baca blog buruk aku ni..haha..

Kenapa lama aku menghilang? dah hampir tiga minggu aku tak update blog aku ni..Tadi aku tanya kat SB,apa faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah blog tak terupdate...Ada yang jawab EXAM, MASA, Tak ada Idea...Tapi semua yang mereka sebut tak termasuk dalam checklist aku...Aku tak update sebab aku SAKIT..(Bukan menagih simpati ok!!)

Aku bukan dapat apa-apa cancer. bahkan bukan juga masalah prostate..Haha..tapi ada la satu sakit ni yang menyebabkan aku kena pergi hospital.Masa yang sepatutnya aku guna untuk update terpaksa aku guna untuk pergi hospital..sadis sungguh..huuu..

Semua benda yang berlaku ada hikmahnya.....

Mungkin aku sakit ni sebab Dia nak suruh aku duduk diam-diam baca buku. Ready untuk SPM. Kalau sihat, ada la nak main itu, main ini semua benda nak main. Maka aku duduk diam-diam buat buku jadi kawan. Hikmahnya...Lahirlah seorang insan yang pandai dan cerdik bernama Fahmi...Tadaa...(perasan jap)

Memang semua benda ada hikmahnya...

Mungkin kalau aku tak sakit dan aku mengadap laptop..benda-benda yang tak sepatutnya berlaku..Tengok blue ke..Hahaha...Ataupun nak lagi ekstrem, mungkin laptop meletup dan aku mati hangus. Tak sempat aku nak kumpul amal banyak-banyak. Kesian kan? Haha..

Percayalah semua benda ada hikmahnya....

Bagi yang telah berusaha sungguh-sungguh untuk SPM tapi tak dapat result seperti yang diinginkan maka bersabarlah..Ada hikmahnya tu..Mungkin Dia tak nak bagi kita dapat scholarship dan pergi belajar jauh-jauh kat UK ke, US ke...Sebab apa? Mana tahu kalau korang pergi sana terus hanyut...Balik2 rambut dah macam serai (tajam keatas yang mampu membunuh) dan warna macam bunga api Tahun Baru..Dara entah melayang kemana..teruna entah menusuk dalam apa...Haha..Betul kan apa aku cakap ni?

Cukup sekadar ini...Sentiasa optimis, sentiasa positif..Teruskan hidup walau ada apa kat depan. Sebab semua yang bakal kita lalui adalah manis-manis belaka..Kadang-kadang yang pahit boleh jadi manis kan??

Mood: Bahana bola baling yang menimpa...huuuu..



Read more...

Sunday, April 3, 2011

Ke Mana Hilangnya Sperm-Man??


Entry ini khusus untuk tatapan golongan adam dan umumnya kepada semua pembaca...

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Sekali aku memerhati dunia,
aku sedar semakin ramai golongan kita yang sudah lupa kepada fitrah sperm itu sendiri. Ciptaan tuhan yang punya tenaga luar biasa. Halus namun penuh tenaga. Berlumba-lumba untuk terus berjaya...

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Kemunduran golongan sperm telah menyebabkan tercicirnya golongan ini.. Hilang sudah semangat berlumba-lumba dalam diri. Hanya duduk berpangku tangan melihat yang lain terus berlari...Tidak akan lahir kita jika sperm punya sifat ini...

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Ayuh kita lihat, universiti kini kian dimonopoli oleh golongan hawa. Kemana hilangnya golongan kita? Terus lalai ditepi jalan memetik gitar kapok, asyik dengan aksi berani mati di atas motor dan sebagainya...

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Kerja kita pada hari ini hanya berlandaskan nafsu serakah. Pergi kesana sini merosakkan apa yang ada. Jumpa si hawa, terus rosak bunga itu. Hilang maruah hawa kerana kita...Sperm itu kita salurkan kepada jalan yang salah..

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Kita dilahirkan sebagai pemimpin. Namun kemana kepimpinan kita pada hari ini? Dayus, membiarkan si wanita tanpa bimbingan. Tidak mampu menjadi pelindung kepada mereka. Ohhh...Tugas lindungi anak dan bini dari neraka pasti tidak mampu kita penuhi jika terus begini...

"Dan seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya dan dia bertanggung jawab.."(HR Bukhari dan Muslim)

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Sperm berlumba-lumba untuk mendapatkan Ovum, maka wujudlah kita. Namun, jika sperm meniru perilaku kita yang cenderung kepada jantina sejenis maka tiadalah kita. Bodoh, tidak melihat kepada fitrah kejadian diri...

Pembaca sekalian...

Merasa jijik dengan entry ini??

"Dan sesungguhnya dialah yang menciptakan pasangan laki-laki dan perempuan dari mani, apabila dipancarkan.."(Al-Qamar:45-46)

Memang jijik tapi inilah hakikat kejadian kita. Dari asal yang jijik dan hina. Tapi masih merasa besar? Hebat? Gagah? sampai merasa orang lain tidak hebat dan kitalah yang paling dan paling...

P/s: Aku tak tau mood apa datang serang aku hari ni sampai buat entry spesies ni. Bosan kan? Haha..kalau bosan terus katakan "entry ini bosan" supaya aku termaklum. Haha..Entry ini ialah entry muhasabah diri. Asyik merepek je keje so hari ni apa salahnya kita ketuk kepala masing-masing kan? Haha..

Mood: Ingin menjadi lelaki sejati..Yeahhh...




Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...