Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Saturday, April 23, 2011

Aku Pakar Perunding Rumah Tangga


Hari ni aku nak jadi perunding rumahtangga boleh? Sapa nak dengar seorang perunding rumah tangga bawah umur berbicara? Mesti tak ada yang nak dengar kan? Haha..aku tau korang tak nak dengar sebab aku ni budak bawah umur lagi so tak ada pengalaman..huuu...Walaubagaimanapun, sudah jadi hobi aku untuk berkongsi maka terimalah perkongsian dari Dr Fahmi..Haha..


Aku nak bagi satu lagi tips macam mana nak cari bakal pasangan kita. Mungkin entry ini agak berat kepada kaum adam tapi kaum hawa pun boleh baca. silalah memberi komen. Sekadar angguk kepala pun dah cukup ok?Haha..

Cikgu aku pernah bagi tips macam mana nak pergi jumpa awek pada dating pertama. Ambil yang baik je la apa yang aku nak sampaikan ni ye..Dia pernah cakap kat aku yang setiap kali first dating dengan awek dia, mesti dia datang 2 jam lambat. Kenapa? Kejam gila cikgu aku ni!!Haha..

Dia bukan bangun lambat pada hari dating tu. Bukan juga tayar pancit ataupun traffic jam. Semua alasan dia bukan alasan seperti yang selalu orang guna macam dalam drama-drama melayu..Haha..Dia datang lambat sebab dia memang saja nak datang lambat..Dia memang nak biar bakal isteri dia tu tunggu dia selama 2 jam. Nampak kejam kan? Hehe..Tapi ni bukan yang aku nak sampaikan sebenarnya...

Tujuan dia buat macam tu adalah untuk nak menguji tahap kesabaran awek dia ataupun bakal isteri dia tu. So bila dah datang lambat, dia nak tengok awek dia cakap apa. Adakah dia kena marah ataupun awek dia cool je..Dari situ dia buat penilaian..Nak kahwin dengan perempuan tu atau tak..

Seorang isteri dan juga seorang ibu mestilah seorang yang sangat penyabar. Tanggung jawab ni bukan main-main. Berat sangat. Nak didik anak, nak jaga hak suami, nak bahagiakan suami. Karenah suami yang kadang-kadang macam budak-budak. Suka buat sepah sampai rumah macam tongkang pecah. Siapa yang boleh sabar dengan semua ni??

Kalau awek dia marah-marah maka dia fikir, Ohhh..inikah bakal isteri dan juga emak kepada anak-anak aku? Seorang yang pemarah dan tidak sabar? Macam mana dia nak didik anak-anak aku dengan penuh berhemah?? Reject...Haha..

Jangan cakap laki ni kejam.Aku nak kongsi pasal cikgu aku ni je. Ambil yang baik yang tak baik buang jauh-jauh. Moral yang kita nak kongsi hari ni ialah, kau lelaki perlulah mencari isteri yang tepat untuk membina rumah tangga bersama dia..Pilihan yang tepat insyaallah menjamin kebahagian rumahtangga.(ada gaya pakar motivasi tak?) Kepada kaum hawa pula, jaga sikap dan cubalah didik diri menjadi insan yang paling sabar sekali di dunia....

'Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia"

Asal tiba-tiba aku rasa entry ni macam ditujukan kepada wanita pulak ye?Pening2..haha

Mood:Aku sedar diri aku budak bawah umur..Mohon maaf kepada yang lebih tua..huhu



27 comments:

masterfaiz.com said...

2 jam tu lama sangat tuh.. huhu

FAHMI said...

yang tak boleh blah..Awek cikgu aku tunggu..Sekarang selamat dah ada 4 orang anak.Hahaha..

Wanzi said...

oooo tak boleh bro... dah kahwin dah... tapi nak tlg cari pelangan leh juga

panther said...

hahaha..
aku ase bukan setakat perunding rumah tngga,,
perunding imej pown boley kowt..
hahahaha...

MYVI said...

hehhee...dtg sepantas kilat..entri yang bagus....macam lebih kurang je entri kita nikan....keep it up..sy suka entri ni...

qilanisa said...

menarik,,haha

Cik Aish said...

taknak kawin..hehe

FAHMI said...

rugi tak kawen woo..sapa nak kahwin dtg jumpa aku,aku bagi khidmat nasihat free..haha(bajet pro)

jaya jr said...

macam johan tiru suara dr fadzilah kamsah pastu letak name dr kam-to-me..haha

FAHMI said...

Jaya:aku Dr Fahmi..tak main tiru2..yang penting gaya.hahaha

Izamir Ridzwan said...

tapi IR tak berumah tangga lagi nk baca jugak boleh tak?

sweet stalker said...

sangat tak setuju bila lelaki buat perempuan menunggu lama.

FAHMI said...

IR:nanti nak kahwin cari aku ye..aku bagi nasihat(macam pakar ni)haha..

SW:mungkin itu cara dia kot..huu

AesyaZealous said...

aku tak setuju!! setengah jam pun lmbt apetah lagi 2 jam!! kalau depan2 boleh lah cool tp dalam hati? maki hamun agaknyee..hhahaha

FAHMI said...

Aku tak nak kawen ngn kau la cah!!hahahaha

Azlina ishAk said...

so,kaum hawa..byk2 byk bersabar yee..;)

Azlina ishAk said...

bwk*

:: Azizah Alwi:: said...

wah..budak bawah umur bagi tips la weiyh..mengada je Fahmi pergi tanya aku nak kahwen ke tak dekat cbkan?? :)

AZRUL AZMI said...

tak patut la buat macam tu... tak patut... bukan cara saya kot nak test kesabaran awek saya macam tu... hehehehe....

cik dokter said...

hoho lama tu 2 jam..bgusnyaa awek cikgu tu,sggup dia tggu...nice entry btw

Azyan said...

amboii. sampai dua jam. haha! kalau aku la kan, balik umah tido dah. ;)

FAHMI said...

bagi aku pun..memang kejam dua jam tu.tak guna punya cikgu!!hahaha(cikgu aku baik wooo)

アヌム ちゃん~~ said...

Salam.bw here^^ nice blog :)
Feel free to visit me @ frommetoyou~
Ada entri baru^^ TQ

roses said...

kalau laki tgu 2 jam pulak.
boleh x?:p

FAHMI said...

Laki?erm..kalau aku tak boleh kot..hahaha

Qaseh chenta said...

kalu laki leh buat kt pompuan,pompuan pun rasenye kena buat kt laki la,biar die tunggu 2 jam,ape akan berlaku....laki kan pebimbing/ketua keluarga...so kena bersikap penyabar jugak la...hihihihi

Azmie said...

cikgu sy ckp pulak dia bg syarat klo sape2 nk kawen ngn dia setiap kali hari raya pertama kena balik umah mak dia.. pastu raya ke2 or bila2 nk balik umah sebelah pom puan pon x kisah.. janji 1st raya ada kat umah mak dia.. ganas x cikgu saya?? saye pon nk wat camtu.. dan nmpknye xde sape2 lg yg sanggup.. huhu~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...