Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Friday, April 22, 2011

Krisis Dunia Blog


Entry ini panjang dan bosan..Yeahhh...

Shuuu~

Blog aku dah tak ada orang nak baca. Sapa suruh tinggal lama-lama kan? Habis semua orang lari tinggalkan. Bila kita tak perbaharui(update) maka sesuatu tu jadi lapuk. Dah tak laku maka akan ditinggalkan..orang tinggalkan blog aku sebab blog aku dah 'mati'. Traffik aku menjunam. Anak itik je lalu lintas kat dalam blog ni tapi bapak dinasour tak nak masuk..Analogy merepek bukan? Haha..faham-faham sendiri suda..

Aku rasa entry ni agak berbaur islamik. Jadi aku nak bagi warning awal-awallah kepada pencinta hiburan semata yang entry ni tak memberi manfaat kepada golongan sebegini. Dapat amaran ini?? Bagus..kalau masih rasa berminta boleh terus membaca....

Aku dan dua orang sahabat aku pernah buat blog islamik pada tahun 2008 (bukan aku nak cakap aku dah lama berblogging). Memang blog ni hanya mengupas isu-isu islam semata-mata. Tapi tak ada lah pasal solat je kan. Ada yang faham Islam ni solat je so aku cakap awal-awal yang blog ni bukan hanya bincang pasal solat semata. Sebab islam itu bukan solat..Ada weyh orang jenis fahaman macam ni..kita tergolong ke??huuu...

Setelah hampir 3 tahun berkarya demi mengubah mentaliti masyarat terutamanya blogger maka ternyata blog ni tak dapat sambutan hangat. Follower hanya 400++ sahaja. Aku buat konklusi blog islamik ni tak ramai berminat. Kenapa eh? Mungkin masyarakat blogger atau pun umumnya masyarakat malaysia sekarang hanya menagih entry ataupun bahan bacaan yang beunsur hiburan semata. Perihal shopping, konsert, artis, muzik dan pelbahgai lagi..Ohhh..apa dah jadi ni? Aku takut..korang tak takut??

Ni blog yang aku maksudkan..Tekan Sini

Blog aku ni hanya setahun jagung. Dengan entry-entry yang merepek tah pape tapi dah hampir 1000 follower aku? Apa ke tut ni? Ini tidak adil...Kenapa blog islamik tak dapat tempat di hati pembaca sekalian?? Blog yang sembang pasal kehidupan harian..

"aku pergi wayang tadi terjumpa brad pitt..hensemmmmm.."

"Aku baru beli handbag Bonia.."

"Aku baru pergi konsert Just Just.."

Dan entry sebegini mendapat 'like' beribu raban...Mengapakahhh???

Maka aku pun buat andaian la berdasarkan analisis menggunakan kepala otak aku yang tak berapa betul ni..Haha..

Blog islamik memang tak best. Sebab penulis tak pandai tarik pembaca. Ayat skematik robotik. Kaku...Ada isi tapi tak ada roh..Ini blog islamik yang kebanyakan la..Ditulis oleh orang biasa-biasa macam aku dan kau(kalau kau punya blog jenis islamik la)..Ilmu tak banyak maka orang tak thiqah(percaya) dengan kita. Lainlah kalau blog ulama besar memang aku tak nafikanlah penangan serta kehebatan dia...

Ini pendapat aku je ok. Aku tak cakap aku tak suka blog islamik sebab aku sendiri pernah buat blog genre macam tu. Aku nak berkongsi apa yang dah lama terpahat kat dalam kepala otak aku ni tentang dunia blog. Aku ajak kepada semua penulis blog yang ala-ala perkongsian islamik ni untuk sama-sama kita tingkatkan kreativiti penulisan kita. Jangan mereka yang pergi masjid je yang teringin nak baca blog kita tapi mereka yang selalu isap ganja kat belakang rumah aku pun teringin nak baca blog macam ni.Haha..

Aku respect Bro Hamka ni..Blog yang punya roh serta aura sendiri..Perkongsian yang cukup berkesan. Mat rempit pun aku rasa baca blog dia ni. Aku rasa la..HAha..Tipu la kalau korang tak kenal blog kereta mayat kan? Hehe..Blog dia ada kat bloglist aku..Jom serbu ramai-ramai..Haha

Kenapa orang suka membaca blog-blog merapu macam aku ni?(blog aku ni orang suka baca ke?) haha..Memang aku tak nafikan memang blog-blog jenis macam ni hebat dalam menarik hati pembaca. Dengan ada unsur humor dan lucah sikit-sikit sapa tak suka kan? Haha..Tapi itu dari satu sudut..Dari aspek mentaliti pembaca pula macam mana? Memang terserlah kecenderungan masyarakat hari ini yang mencari hiburan semata...

Buang masa baca bahan-bahan yang tah pape. Tak membina minda..Bukan semua blog maksud aku. Blog aku pun tah pape je. Merapu je kerja.Haha..Tapi yang paling penting ialah tak membina iman..Kan aku dah cakap entry ni islamik sikit. Pasal iman weyhh..tak apa ke aku nak cakap pasal iman wahai pencinta-pencinta hiburan sekalian? Haha..

Aku nak cakap banyak benda lagi tapi dah panjang sangat.Aku takut tak ada orang baca maka aku tulis sia-sia je. Ehh..tak sia-sia sebab kalau aku tulis ikhlas untuk nak peringati diri aku, aku dapat pahal serta aku boleh perbaharui iman aku..Kan berbaloi..Iman oh Iman...

Kepada penulis blog yang merapu macam aku mahupun islamik bahkan semua blogger la senang cerita, jom kita muhasabah diri..Kita ni nak buat apa dengan blog kita ni? Blog kita ni dapat bagi impak ke kepada diri kita mahupun orang lain? Atau pun menyesatkan serta melalaikan lagi orang yang membaca?? Biar blog best dalam masa yang sama membawa orang kepada Iman...

Aku nak buat entry pasal blog dan iman nanti.....

Mood:Rindu 'anak-anak' aku..Aku ada anak bernama iman..haha

13 comments:

AesyaZealous said...

blog gua lagi la xde islamic langsung..ish3 ape nak jadi dgn gua ni..

RIDZWAN MOHAMED HUSSIN said...

memang macam ni la kehidupan kat dunia sekarang ni.kalau konsert ramai,tapi kalau ceramah kosong

FAHMI said...

islamik tak penting..yang penting mengajak kepada mengingati Dia..hehe

nadira shahid said...

hm, im newbie..masih lagi belajar.. ade jugak cube selitkan entry yg bagi nasihat, kot2 boleh share same2 ke.. sebenarnye blog unsur agama ni yang kite cari ;)

FAHMI said...

Asal nasihat sudah cukup..'Jangan membazir,itu amalan syaitan' itu pun dah cukup..yang penting entry jangan skematik robotik la..bosan nak baca!!haha

Jemari MonteL said...

org nih pelbagai dikk.... ade yg suke cenggitu ade yg suke cenggini... kite xleh nak pakse minat org... yg penting, niat kite tuh camane... blogging sbb ape... kalo kamoo punyhe blog berunsurkan islamik, x semestinye xde org suke... mesti ade punye, org x plow x semestinye dorg x bace, sbb x sume ade blog dikkk.... macam blog akak sediri, campor2... erkss sbb akak nih jenis org yg pelbagai genre... macehh... :p

ps : akak polow kamoo ekk...

beaty said...

pasal agama saya tidak berani komen

Farah Hanim said...

asal entry ni best sgt ah ? -__-"
pape pun, stuju sgtsgt yg blog islamik kurg tiptop sbb ayt tu skema gile. -__-"

Azlina ishAk said...

kebebasan bersuara hak setiap rakyat,
sama jugak blog,kebebasan berblog hak setiap blogger..=)
maybe ade yg jdikan blog sbgi dairi dorg..kte xleh nk hlg kot an....sgt bgus klu blog tu islamik sbb aku sndiri suke follow blog islamik(tp blm ckup ilmu nk tulis about islamic)
so,conclusion nye...mane yg baek kite ikut mane yg x,xyah follow...
simple...
-tu ats kesedaran individu msing2-

FAHMI said...

AI:btol2..saya setuju..memang ada yang buat blog untuk peribadi macam diari je..=) tapi kalau peribadi saya rasa tak payah mintak orang follow kan?lari topik sikit..hehe

Cikya said...

read through,

pasal blog islamik tu, masalah selalu tang,
1. susun ayat tak cukup dramatis dan skema
2. suka letak ayat panjang-panjang dalam satu perenggan
3. quotation yang agak berterabur.

kelemahan boleh baiki,
blog macam ni senang nak baca

http://pemudaiman.blogspot.com
http://abubasyer.blogspot.com

thanks anyway,
kreativiti masing-masing

jalan dakwah itu luas...

AZRUL AZMI said...

hahahaha... nice article... lucu lah...

Sylangster Pressure said...

cadangan aku..selitkan sedikit sebanyak keislaman dalam setiap entri ko bro..mencarut macam mn pun mesti ada juga sedikit sebanyak diselitkan dan di kaitkan dengan keislaman..mcm? ok x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...