Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Friday, April 22, 2011

Macam mana nak pilih Bini??


"Blog sampah!! kuat merapu!!! Dan keje nak hentam perempuan je...."

Apa salah aku?? Apa aku dah buat? Aku ada salah tulis ke kat dalam blog aku ni? aku tak ada la selalu hentam kaum hawa.Kalau ada, cakap tau..aku nak tau jugak bahagian mana yang korang cakap 'hentam' tu..hehe...Namun, komen kat atas tu langsung aku tak hiraukan sebab aku tak reti nak respon macam mana. Aku buat bodo je..Sorry eh kepada yang kecam aku tu sebab aku tak tau nak respon macam mana..haha...

Malam ni aku nak cakap pasal perempuan jugak. Siapa yang nak attack, siap sedia asah parang ya..pakai tombak pun aku terima..haha...Maka aku nak kategorikan perempuan ni kepada dua kategori. Yang pertama ialah golongan pertama dan yang kedua golongan kedua. Aku tak reti nak bagi nama golongan apa so aku bagi nama macam tu je la eh..Haha..

Golongan pertama ialah perempuan yang membawa orang kepada syurga. Terutamanya kepada golongan lelaki. Perempuan yang solehah ialah sebaik perhiasan dunia. Akhlak yang terjaga. Aurat mereka sangat mahal. Hanya untuk suami. Mulut dijaga dari mengumpat. Didik anak jadi manusia berguna. Memang kalau tengok perempuan macam ni rasa sejuk hati la...

Tengok perempuan ni terus rasa nak ingat kat Allah. Rasa nak pergi masjid terus solat hajat nak dapat bini macam ni. haha..Aku cakap berdasarkan kepada pengalaman aku. Aku bila tengok perempuan seksi memang terliur jugak (ish3) tapi kalau tiba-tiba datang perempuan yang pakai tudung labuh terus aku rasa lain macam. Ada aura hebat disitu. Lagi-lagi kalau yang pakai purdah..Perghhh... Sejuk je rasa kan? Aku pun pelik ,kenapa ya? Ohhh...

Golongan kedua ni pula memang golongan yang ajak kepada neraka lah..Perangai buruk, mulut tak jaga. Kalau yang dah kahwin, suka buka aib suami. Mengumpat kalah CNN sampaikan berita. Laju sungguhh..Haha..Yang tak kahwin, ajak laki berzina. Sapa tak nak kalau dah ada orang ajak kan? Aku pun belum tentu boleh tolak kalau ada orang emput masuk..haha..inilah jenis perempuan yang bawa orang masuk neraka...

Aku tak reti nak olah panjang-panjang sifat golongan-golongan di atas. Cukup la aku bagi gambaran je la kan? Korang pun lagi hebat dari aku..lagi banyak ilmu dari aku..Dapat kan gambaran? Bila dah dapat gambaran maka buatlah pilihan dengan bijak..yeahhh...

Kepada laki...Jangan ingat entry ni pasal perempuan korang terlepas..Haha..Jangan nak jahanamkan anak gadis orang. Jangan ajar perkara yang tak elok. Jangan ajak buat benda tu..Rosak anak orang oiii...Bila perempuan tu dah rosak, korang tinggal...Tak guna!!

Naluri laki aku faham sebab aku laki. Perangai teruk macam mana pun mesti nak bini yang baik-baik belaka. Betul tak? Haaa...betul kan? Tapi korang jangan mimpi nak dapat bini golongan pertama kalau korang pun perangai macam apa. Mat rempit nak dapat isteri yang solehah?? Katak kawin dengan gajah la jawabnya...Melainkan kalau mat rempit tu dah insaf la..haha..

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.."

Ayat quran dari surah An-nur..ayat berapa? Cari sendiri..Haha...

Cukuplah untuk malam ni..penat aku membebel... Semoga kawan aku ni tergolong dalam golongan yang pertama. jom doa untuk Munira Jawa..opsss..haha..

Mood:aku nak jadi lelaki yang baik sebab aku nak isteri yang baik..Lalala~

14 comments:

munira sajuti said...

ai dah bace sebelum u post kat SB pun,, hehe, thanx fer da backlink. and thanx fer doa. ameen . HAHAHAHA

:: Azizah Alwi:: said...

tak adalah bosan sangat kau punya entry ni.terharu bila baca..maceh byk2 sebab sudi tolong buatkan entry untuk kaum hawa ni erk..haha

coretan cerita hati said...

wow...setuju2 !
ermmm , tapi skang susah nak cari pompan yang membawa ke syurga .....

FAHMI said...

AA:tak bosan sangat? Cakap jela bosan..aku terima..haha..

Farah Hanim said...

agakagak ibu kpd iman tu cane eh ? XD
- still remember ur Iman :P

FAHMI said...

FH:harap-harap isteri yang solehah..amin..terharu masih ingan iman..hehe

Anonymous said...

bosan gila. capap.

FAHMI said...

Hahaha..anon,komen macam ni la aku tunggu2..akhirnya muncul..thx=)

Anonymous said...

Tak cermin diri!!!

~$AKURA M!AKA~ said...

wah,ade entry untuk kaum hawa..kite setuju pe yg fahmi tlis/ckp.. =) sejahat2 laki die tetap nk bini yg solehah.. ^^V

cik dokter said...

anon yg cakap kau mncacap tuh msti x dpt hidayah..haha
btw aku suka je n3 kau..it touched me inside..cehh ayat

Anonymous said...

sbb nak cermin dirila kena wat n3 gini.2 in 1.ingtkn diri,ingakn org:)

FAHMI said...

anon2:btol2..aku nak ingatkan diri sendiri je sebenarnya..tapi alang2 kongsi la..sapa suruh ada yang terasa kan?hahaha

s.doublefly said...

haaaa..stuju part nk cari pompuan baek, tp dia sndiri pon tak baek. cmne tu ?, jdlah cerminlah diri dulu sblom kata nak isteri yg solehah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...