Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Monday, May 30, 2011

Bapak Haram, Anak Makruh...

Kronologi Peristiwa...

-Dia conteng gambar lucah di pintu locker

-Senior panggil sebab kantoi gambar tersebut

-Senior denda untuk pengajaran

-Nak pukul takut patah jadi denda pumping dalam bilangan yang besar

-Dia balik rumah dan mengadu kepada mak dan ayah

-Ayah datang bawak geng 3 orang ke sekolah

-Cari si Senior nak bantai

Sampai sini je kot kronologi dia berhenti.

Aku telah tanya pendapat dari seorang professor yang merupakan timbalan majlis Prof di salah sebuah universiti tempatan.....Dan ini adalah komen dia. Aku petik satu je ayat yang dia bagi.


"Anak tak cerdik, bapak pun tak cerdik"



Aku menggunakan perkataan tak cerdik la kan. Sopan sikit. Kang aku main lepas takut nampak kasar sangat. Haha..So ini jela satu kisah yang aku nak kongsi. Ini kisah benar. Cuma tak masuk surat khabar je. Haha..




Kenapa tak ada orang nak join segmen aku? Ni rasa nak nanges ni..huu~


Ni nama-nama mereka yang sudi join segmen aku. Jom tengok paa pendapat mereka tentang BULI...


http://cikteddycorner.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://eyfaaliasstory.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://takutake.blogspot.com/2011/05/buli-buli-dan-buli.html


http://kheeyutohid.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://bellalunana.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmibulibuli-dan-buli.html


http://browniebeelicious.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://duniasoldier.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://menikochiego.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://epulsblog.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://sitinurafifahazizan.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://aziluzdanhidupnya.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html


Aku masih membuka segmen ini..AKu harap ada yang nak join lagi. Kalau tak nak join cakap tak nak join. Senang.Haha..Nak join??? Boleh2...sila tekan SINI kalau nak join.hehe

Read more...

Sunday, May 29, 2011

Aku Ceraikan Kau Blogger!!!



Aku bukak satu group FB ni pukul 3 pagi...Mak aih..Riuh rendah macam kat pasar malam. Semua masih segar membincangkan isu2. Isu apa aku tak tahu lah. Tapi memang dahsyat sebab walaupun dah pukul 3 pagi masih hot. Haha


Aku bukak group yang sama pada pukul 10 pagi...Shhhuuuu~ angin je aku dengar. Mana semua orang. Rasa macam tengah lalu kat bandar yang baru kena bom. Tak ada penduduk. Mati atau dah lari pergi tempat lain. Aku menjerit.."mana semua orang???" tapi masih sama..Shuuuu~


Apa kesimpulan yang boleh kita buat?? Korang kaitkan dengan gambar kat atas la. Aku malas nak ulas la. Haha..Tapi satu je nak cakap. Blogging berpada-pada (pesanan khusus untuk aku) .Aku cakap ni sebab aku ada pengalaman. Orang tersayang dah pernah tersentuh sebab tak ada masa bersama. Asyik mengadap laptop je..Huuu~


Aku nak kongsi satu benda untuk korang. Kalau korang rasa korang ni blogger, baca INI


Yang terakhir..KENAPA TAK ADA ORANG NAK JOIN SEGMEN AKU?????


Aku mohon maaf kalau segmen aku kali ni terlalu banyak soalan. Aku tak nak buat banyak soalan tapi kalau aku tak tanya soalan-solan berkenaan, tak sampai la mesej yang aku nak kongsi kan. Betul tak? Tulis simple-simple suda..Aku tak suruh tulis karangan 500 patah perkataan pon. Haha..


Sape nak join boleh klik SINI


Mood: Baru sembang-sembang dengan Broframestone pasal nak beli domain. Tapi lepas bincang-bincang, dia suruh tangguhkan dulu atas beberapa alasan..

Read more...

Saturday, May 28, 2011

Lu Tak Langsi, Lu Tak Mati!!!

"Dr, ada seorang patient budak umur 9 tahun tercekik tulang. Dr tolong datang sekarang..."

"Kamu buat sendiri, saya ada hal ni.."

Si Dr senior ni beri arahan kepada Dr junior . Bla bla bla...Hal apa yang ada pun tak tahu lah apa. Tapi pada hakikatnya dia tidak ada apa-apa. Malas la rasanya. Atau ini adalah case biasa-biasa. Hanya Allah tahu isi hati Dr senior ni...

Seminggu kemudian...

"Dr, ada patient budak 8 tahun tercekik duit syiling. Dr tolong datang sekarang."

"Kejap, saya ada hal ni.."

Dr senior masih berlenggang...

Ring..ring..ring...

"Dr, tolong datang sekarang. Saya tak tahu nak buat apa dah ni..."

Maka Dr senior ni pun datang..Namun terlambat kerana budak umur 8 tahun tu sudah mati. Namun si Dr junior ni pelik sebab apa hal tiba-tiba Dr senior ni menangis. Rupa-rupanya budak umur 8 tahun tu ialah anak dia sendiri. Sikap ambil lewa atas tanggung jawabnya akhirnya meragut nyawa anak dia sendiri....


TAMAT

Nak kena aku bagi pengajaran ke? Korang malas nak fikir sendiri? Apa punya manja la pembaca-pembaca aku ni. Haha..Cuba korang hayati betul-betul cerita kat atas ni.Pengajarannya ialah...



Apa yang kita beri kepada masyarakat, kita akan terima kembali apa yang kita berikan.


Kau buatlah apa-apa pun kat dalam dunia ni, mesti kau akan terima balik apa yang kau pernah buat. Kau pernah berzina? Insyaallah suatu hari nanti anak kau akan berzina. Tak anak kau? Cucu kau. Tak cucu kau? Anak cucu kau..Begitulah seterusnya...



Dr senior buat nak tak nak je selamatkan patient dia. Pastu buat rileks je bila budak yang pertama tu mati. Bila anak dia mati baru nak tersedar. Namun segalanya sudah terlambat.huu~



Sebenarnya aku nak cakap satu benda je kat dalam entry ni...



TERIMA KASIH KEPADA AESYA ZEALOUS









Dia bagi hadiah birthday kat aku. Dia tolong design blog aku. Aku suka sebab simple. So aku kira ni hadiah birthday dari dia la. Boleh tak cik akak?Haha..Korang tak suka? Haaa..meh tolong design sampai korang puas hati. Ni kan blog korang.Haha..

Semoga dia buat baik hari ni, akan ada orang buat baik kat dia suatu hari nanti. Tak kat dia, mungkin kat anak dia. Satu hari nanti ada orang offer nak design blog ana dia. Sapa tahu kan? Betul tak??

sebelum melabuh tirai entry ini, aku nak tanya satu soalan...



Adakah ayah kita boroi sebab mak kita terer masak?


Mood: Perut sudah membesar.Adakah kerana Ayam Nando's sedap?Haha..







Read more...

Friday, May 27, 2011

Blogger Taik Kucing!!!!


"Nanti kau dah berjaya jangan lupa aku eh fahmi.."

"Ajar aku macam mana nak mula..Aku berminat la..."

Setelah aku cerita berapi-api. Aku bubuh racun sikit maka ramai yang dah kena racun dengan aku. Semua dah terpengaruh. Padan muka korang.Hahaha..Terpengaruh apa eh?? Tak lain dan tak bukan ialah terpengaruh untuk berBlOGGING....

Dialog kat atas terjadi bila aku suap diorang dengan mimpi-mimpi indah pasal blogging ni. Apa lagi kalau bukan pasal income yang datang dari blog. "Ermmm..tak ada la banyak sangat aku dapat.." Aku cakap sambil buat muka yang tidak meyakinkan. Menggambarkan situasi yang sebaliknya(income berzillion)..Haha..Maka mereka terpengaruh...

Namun satu soalan timbul....

"Kalau buat blog, aku tak tau la nak cerita pasal apa. Kalau nak cerita pasal kisah peribadi,aku ni bukanlah artis ataupun nak bajet artis. Konfem-konfem orang taknak baca cerita aku. Aku nak tulis apa eh dalam blog aku nanti??"

Maka aku pun dengan penuh "tawadhu'" memberi pendapat.Haha....

Ada dua jenis cara penulisan....

Pada suatu hari aku berjalan-jalan di taman permainan. Aku ternampak awek cun. Aku pun usha sampai tak ingat dunia. Tiba-tiba..(bajet suspen jap) Arghhhhh....aku terpijak TAHI KUCING!!! Busuk sungguh tahi kucing itu..aku geli...

Cara penulisan kat atas ni memang macam tuttt..aku "suka" cara penulisan ni. Diri bajet artis, macam semua orang nak tahu kehidupan seharian dia. Tapi ada je golongan macam ni maka aku tak cakap diorang yang tulis ni salah. Tidak salah langsung..Blog korang, suka hati korang nak tulis apa kan? Haha...

Aku pun memberi pendapat untuk tulis macam ni...

Masakan terpijak tahi kucing tidak geli dengan kaki sendiri...

Bila buat maksiat macam kita tepek tahi kucing kat kepala kita. Geli kan? Perghhh...dah la kat kepala, memang geli tahap dewa lah. Kita akan malu dengan diri sendiri bahkan malu dengan orang yang nampak peristiwa ni berlaku. Tapi...Kalau iman masih segar di dada. Kalau iman dah kuyu tunggu ajal, memang berzina depan mak bapak pun tak rasa apa. Betul tak??

Nak pulak terpijak tahi kucing tu lepas usha awek seksi..Hmmm..memang Allah nak bagi balasan cash la..Tak tangguh kat akhirat, kat dunia dia bagi tahi kucing sekati. Maka cepat-cepatlah bersihkan tahi kucing di kaki dan juga tahi kucing di hati...

Buatlah perumpamaan ke ataupun benda yang best2 pasal kejadian yang menimpa diri kita. Cerita sebagai satu peristiwa umum yang kita tak spesifikkan kejadian tu menimpa kat diri kita. Semua orang boleh baca. Tak ada pihak yang bajettt artis. Betol tak?haha..

Cukup dah kot perkongsian? Nak lagi ke? ADuhhh..nasib baik aku dah mula cuti. So, entry dari aku akan keluar setiap hari. Yang dok gatal mintak update selalu tu kalau kau tak baca entry2 aku siap!!haha..

Mood: Nak buat apa cuti ni? Ehh..cuti dah penuh dengan date la..haha

Read more...

Sunday, May 22, 2011

Fahmi:The legend Is Born


Aku dah besar...

Kalau aku buat kes jenayah aku bukan lagi bawah kategori juvana...

Kalau aku bunuh orang, aku akan di gantung..

Kalau aku buat jenayah..Aku tak akan masuk sekolah henry gurney dah..

Kalau aku nak masuk wayang tengok cerita Fast and Furious, aku tak payah takut-takut macam sebelum ni dah...

Aku boleh keluar lewat malam, kalau kena tahan polis, tunjuk ic, lepas...

Aku dah boleh ada sijil menikah...

Aku dah boleh buat semua benda lah...

Sebab Aku dah umur 18 tahun..Hahaha...(maaf kerana agak exited)


Yang paaaliiinggg penting...Aku dah tua, aku dah nak mati, umur aku makin pendek. kubur makin dekat.....Tanggung jawab makin berat,banyak luas... Ujian dan cubaan hidup pasti semakin mencabar yang memerlukan iman yang tinggi. Semoga pertambahan umur aku selari dengan bertambahnya amal aku. (aku doa utnuk diri sendiri sebab korang tak doakan.) ..hahaha..

Tahun ni aku sambut brthday sambil jawab paper addmath. Best kan? Nasib baik boleh jawab, kalau tak boleh jawab? Memang hari paling indah dalam hidup.haha..Tapi, kepada pelajar diluar sana, percayalah, Addmath bukan satu mata pelajaran yang susah seperti yang biasa di hantu-hantu kan.Haha..(iklan dari menteri pelajaran jap)

Aku nak ucap terima kasih kepada semua insan yang telah wish aku semalam,hari ini ataupun sapa yang nak wish setiap hari pun boleh.Sila2.haha..aku rasa ada lagi insan yang sepatut wish tapi dia tak wish lagi.Memang nak kena..

Tapi tahun ni aku rasa ramai yang wish aku..Kat Fb memang ramai la..Kat Hp pon ramai jugak. Memang la tak seramai manusia yang wish birthday waktu birthday korang tapi ni aku tengah cerita record peribadi aku.Haha..Apa petanda ni eh???

Jadi aku nak list sikit blogger-blogger yang telah wish birthday aku.(penghargaan ni)

http://www.benashaari.com/ (antara yang terawal)


http://zikeryhassan.blogspot.com/ (membe aku..aku kenal mamat ni..)


http://www.cikwaniecazandra.blogspot.com/ (ini debater,musuh aku..haha)

http://melinmelin.blogspot.com/ (kawan Blogger...=) )


http://www.aktivismuaz.blogspot.com/ (ni sifu aku gak..dulu dia yang banyak ajar aku pasal dunia blog)

Blogger yang wish tapi tak terlist kat atas ni harap maklumkan kat aku.takut terlepas pandang.hehe

P/s: Tak ada yang nak wish lagi ke? Bagi la hadiah best2 sikit. Korang blogger2 buat party untuk aku ke..Tak sudi tak pe la..haha..


Read more...

Wednesday, May 18, 2011

Alergic Perkataan Cinta


"Abg, tak bosan ke tengok muka saya tiap-tiap hari?" Soal seorang isteri untuk menduga suaminya.

"Kenapa nak bosan pulak sayang oiii..."

"Ye la..dah 10 tahun kita kahwin asyik tengok muka saya je."

"Kalau dah sayang tu, tak akan bosan la..Lainlah kalau dah ada 'ter'sayang orang lain pulak.hehe"


Tak bosan ke? Masuk rumah nampak muka dia. Masuk dapur nampak muka dia. Keluar tandas punn nampak muka dia. Kalau masuk tandas nampak muka dia tak?Haha..ok jangan merapu!! Wahai pembaca sekalian, sebenarnya entry ni tak ada kaitan sangat pun dengan dialog kat atas tu. tapi aku ada satu mesej nak sampai kan. Apa dia??


Tips rumah tangga


Korang tak akan bosan dengan benda yang korang suka,minat dan sayang. Sebagai contoh, "kamu minta drama korea tak? penah bosan tengok drama korea?" Mesti jawapan dia tak bosan kan? Ini sebagai contoh la. Jadi, nak sayang bini korang sampai mati,masuk kubur lepas tu masuk syurga sama-sama. Dia hadir kat dalam syurga sebagai ketua bidadari-bidadari syurga yang dalam keadaan lawa cun muda bergetah. Nak sayang sampai tahap macam ni kan? Tanpa perlu rasa bosan. Maka cintailah dia kerana Allah. Sebab kalau kita cinta kerana benda yang kekal maka cinta itu akan kekal. Betul ke apa aku cakap ni? Kalau ada yang tak sudi....


Tips Belajar


Aku kadang-kadang rasa bosan nak menuntut ilmu ni. Sebab tu aku malas bab-bab belajar ni. Semua orang pernah rasa macam ni kan? Kalau tak pernah rasa, meh sini nak tanya, "Anda malaikat?" haha...Jadi untuk motivasi belajar kita pada hari ini.. Jom kita belajar sebab kita suka,sayang, minat ilmu yang bakal kita dapat kalau kita belajar. Kita belajar kerana Allah. Maka mesti kita tak bosan untuk nak tambah ilmu. Setuju? Tak setuju sudah..Aku kesah apa..haha..


Entry kali ini memang merapu. Kalau nak tips rumahtangga jangan tanya aku sebab aku belum bermahtangga lagi. Kalau nak tips belajar? Haaa..jangan tanya aku jugak sebab aku tak pernah berjaya lagi. Tunggu result SPM aku Straight A+++ nanti, aku buat sesi perkongsian. Nak aku bersyarah pasal tips belajar dari pagi sampai petang pun aku tak kesah tapi buat masa ni...Aku bukan orang yang layak.Haha..


”Kita tak akan bosan dengan perkara yang kita suka,minat, cinta dan sayang. Maka, biarlah suka,minat cinta dan sayang terhadap sesuatu perkara itu berasaskan kepada perkara yang kekal abadi, Dia yang Kekal.”


Kat atas ni kata-kata dari seorang ilmuan dan ahli falsafah agung iaitu Fahmi. Bukan fahmi penulis blog ni..haha..Nak guna sebagai pedoman hidup? Jangan malu-malu,jangan segan-segan. Kerna malu dan segan bukan pada tempatnya bukan sifat orang beriman...


Mood:Penangan Exam..Siang malam cakap pasal pelajaran. Merapu pun dalam jargon yang pelik-pelik. Semua pasal pelajaran. Esok Paper Chemistry..Senang je kan?Haha...


Read more...

Sunday, May 8, 2011

Jangan Berkira Dengan Ilmu!!!


"Bapak kau kerja apa?"

"Ermm..Kontraktor."

"Kelas apa?"

"Kelas A."

Ohhh...Baiklah...

"Bapak kau kerja apa?"

"Doktor."

"Mak kau pulak."

"Mak aku dentist."

Ohhh...Baiklah jugak...

Aku ingat mereka tak ada duit. Berapa sen la sangat nak bayar yuran tusyen tu. Kalau nak banding dengan ilmu yang boleh dapat. Aku ingat tak ada duit. Sekali tanya, mak aihhh...mak bapak keje hebat-hebat. Tapi kenapa tak nak masuk tusyen?

Dah pandai?? Hoho..memang pandai pun. Tapi macam markah exam aku lagi tinggi je. Mungkin bagi mereka dah cukup tinggi kot markah diorang tu. kan? Haha..Aku markah tinggi pun sebab tusyen de.. Ada faedah tusyen tu. Aku masih mencari sebab apa korang tak nak masuk tusyen tu. Aku cuba bersangka baik sebaik mungkin. mari berusaha..Haha..

Aku beranggapan mungkin ada masalah keluarga kut. Awek tak bagi masuk tusyen. makcik tak bagi join tusyen sebab takut jatuh imej. Tusyen untuk budak-budak lemah macam aku je. Tak ke gitu? Maka mereka pun tak joinlah tusyen...

Tapi aku masih dengar cakap-cakap belakang yang yuran mahal. MAhal?? C'mon la sheikh...Kau nak yuran murah mana? Sebulan seringgit?? Aku rasa yuran tu dah terlalu murah kalau nak dibandingkan dengan kepakaran cikgu tusyen tu..

Sorry membebel kat sini. Suka hati aku lah nak cakap apa kan? Blog aku, bukan blog korang. Kan?haha..Maaf kepada yang terasa....Memang aku nak bagi yang berkenaan terasa. Terasa tak?Hahaha...

Pengajaran yang aku nak sampai kan... Tuntutlah ilmu semaksima mungkin. Guna segala kelebihan yang Allah bagi pada kita untuk menimba ilmu Dia. KAlau Dia bagi duit, haaa...gunakan duit tu untuk cari ilmu . Jangan nak berkira!!! HAha..

Sekian~

Mood: dah nak mula exam~

Read more...

Sunday, May 1, 2011

Gejala Kentut


"errr..Bro, sini kosong tak?" Terketar-ketar suara aku..


"Haa..duduk-duduk. Tak ada orang kerusi tu.." Satu suara macho menjawab. Tapi dari penilaian aku, suara aku lagi macho..Haha..


Maka duduklah aku semeja dengan Bro Ben Ashaari. Aku diam je sebab aku tak tau nak cakap apa dengan dia. Haha..Aku banyak sembang dengan abg Wacana. Korang kenal tak? Mesti kenal kan? Haha..Maka berkenalanlah aku dengan beberapa orang blogger hari ini. Nak tau sapa, pergi tengok kat blog Ben Ashaari siapa yang lepak-lepak tadi, aku malas nak tulis. Haha..


Kembali kepada Perbincangan kita hari ini......


Apa pendapat korang tentang kentut? Haha..Aku sebenarnya fikir seratusduapuluhlapan kali nak buat entry ni ke atau tidak tapi memandangkan gejala ini semakin menular ganas di tempat aku, jadi aku memerlukan pendapat serta pandangan. Ini kes serius ooo..

Di suatu perkampungan...


Aku dihantui oleh manusia-manusia yang kuat kentut. Dah la kuat kentut lepas tu tak cover pulak tu. Tanpa segan silu "Aku kentut, kenapa?" Perghhh...C'mon la sheikh...Kalau kentut bau sunsilk ke perisa pudina ke tak apa la nak bangga tapi ni bau tah hape tah. Tak mampu nak ungkap di sini..Korang faham kan perasaan ni?


Nak lagi seronok pulak, aku ni dianugerahkan deria bau yang agak sensatif maka kesan bau itu telah melonjak kepada 3 kali ganda. Ohh tuhannn...Anda mampu bayangkan penangan itu? Kenangan terindah...


Dengan anugerah kurniaan tuhan ni, setiap kali ada pencemaran bau, dengan selambanya aku cakap "Joe, kau kentut kan? Makan nasi lemak eh pagi tadi?" Hebat kan? AKu dah boleh hafal bau kentut kawan-kawan aku. Haha..ini kurniaan atau dugaan??


Korang baca entry ni rasa nak termuntah tak? Aku serius rasa nak muntah biru je. Memang geli la bab-bab kentut ni. Mungkin sebab family aku memang amat pantang dengan hal ni. Nak buat projek, cari port baik-baik. Jangan kacau orang. Ini pesanan dari aku sekeluarga..Haha..


Mungkin ada orang yang jenis tak kesah pasal kentut merata ni tapi aku kesah. Siapa yang kesah angkat tanga cepat!! HAha..Jadi aku buat kesimpulan,


Kalau nak kentut, cover2 dan Kalau nak ketut merata jugak, pastikan bau kentut anda semerbak Kasturi. Ada faham? Haha..

Mood: Rasa macam nak berhenti berblogging...







Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...