Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Sunday, May 29, 2011

Aku Ceraikan Kau Blogger!!!



Aku bukak satu group FB ni pukul 3 pagi...Mak aih..Riuh rendah macam kat pasar malam. Semua masih segar membincangkan isu2. Isu apa aku tak tahu lah. Tapi memang dahsyat sebab walaupun dah pukul 3 pagi masih hot. Haha


Aku bukak group yang sama pada pukul 10 pagi...Shhhuuuu~ angin je aku dengar. Mana semua orang. Rasa macam tengah lalu kat bandar yang baru kena bom. Tak ada penduduk. Mati atau dah lari pergi tempat lain. Aku menjerit.."mana semua orang???" tapi masih sama..Shuuuu~


Apa kesimpulan yang boleh kita buat?? Korang kaitkan dengan gambar kat atas la. Aku malas nak ulas la. Haha..Tapi satu je nak cakap. Blogging berpada-pada (pesanan khusus untuk aku) .Aku cakap ni sebab aku ada pengalaman. Orang tersayang dah pernah tersentuh sebab tak ada masa bersama. Asyik mengadap laptop je..Huuu~


Aku nak kongsi satu benda untuk korang. Kalau korang rasa korang ni blogger, baca INI


Yang terakhir..KENAPA TAK ADA ORANG NAK JOIN SEGMEN AKU?????


Aku mohon maaf kalau segmen aku kali ni terlalu banyak soalan. Aku tak nak buat banyak soalan tapi kalau aku tak tanya soalan-solan berkenaan, tak sampai la mesej yang aku nak kongsi kan. Betul tak? Tulis simple-simple suda..Aku tak suruh tulis karangan 500 patah perkataan pon. Haha..


Sape nak join boleh klik SINI


Mood: Baru sembang-sembang dengan Broframestone pasal nak beli domain. Tapi lepas bincang-bincang, dia suruh tangguhkan dulu atas beberapa alasan..

4 comments:

Epul said...

Orang tersayang dah pernah tersentuh sebab tak ada masa bersama. Asyik mengadap laptop je.

AesyaZealous said...

oii..kalau aku sakit jumpa engkau?? kau nak buat ape kat aku haa?? hahaha.. wehh tak larat la nak buat segmen ko..aku bukan kaki buli or mangsa buli..haha (alasan)

NURUL AINI NORAZMAN said...

isu tacink2 sbb asik ngadap lappy dah selalu berlaku dah kat aini nih,.hahahah

FAHMI said...

AZ:kalau tak sudi sapa lah kita nak paksa.(gedik jap)..kalau kau sakit,aku rawat la.hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...