Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Saturday, May 28, 2011

Lu Tak Langsi, Lu Tak Mati!!!

"Dr, ada seorang patient budak umur 9 tahun tercekik tulang. Dr tolong datang sekarang..."

"Kamu buat sendiri, saya ada hal ni.."

Si Dr senior ni beri arahan kepada Dr junior . Bla bla bla...Hal apa yang ada pun tak tahu lah apa. Tapi pada hakikatnya dia tidak ada apa-apa. Malas la rasanya. Atau ini adalah case biasa-biasa. Hanya Allah tahu isi hati Dr senior ni...

Seminggu kemudian...

"Dr, ada patient budak 8 tahun tercekik duit syiling. Dr tolong datang sekarang."

"Kejap, saya ada hal ni.."

Dr senior masih berlenggang...

Ring..ring..ring...

"Dr, tolong datang sekarang. Saya tak tahu nak buat apa dah ni..."

Maka Dr senior ni pun datang..Namun terlambat kerana budak umur 8 tahun tu sudah mati. Namun si Dr junior ni pelik sebab apa hal tiba-tiba Dr senior ni menangis. Rupa-rupanya budak umur 8 tahun tu ialah anak dia sendiri. Sikap ambil lewa atas tanggung jawabnya akhirnya meragut nyawa anak dia sendiri....


TAMAT

Nak kena aku bagi pengajaran ke? Korang malas nak fikir sendiri? Apa punya manja la pembaca-pembaca aku ni. Haha..Cuba korang hayati betul-betul cerita kat atas ni.Pengajarannya ialah...



Apa yang kita beri kepada masyarakat, kita akan terima kembali apa yang kita berikan.


Kau buatlah apa-apa pun kat dalam dunia ni, mesti kau akan terima balik apa yang kau pernah buat. Kau pernah berzina? Insyaallah suatu hari nanti anak kau akan berzina. Tak anak kau? Cucu kau. Tak cucu kau? Anak cucu kau..Begitulah seterusnya...



Dr senior buat nak tak nak je selamatkan patient dia. Pastu buat rileks je bila budak yang pertama tu mati. Bila anak dia mati baru nak tersedar. Namun segalanya sudah terlambat.huu~



Sebenarnya aku nak cakap satu benda je kat dalam entry ni...



TERIMA KASIH KEPADA AESYA ZEALOUS









Dia bagi hadiah birthday kat aku. Dia tolong design blog aku. Aku suka sebab simple. So aku kira ni hadiah birthday dari dia la. Boleh tak cik akak?Haha..Korang tak suka? Haaa..meh tolong design sampai korang puas hati. Ni kan blog korang.Haha..

Semoga dia buat baik hari ni, akan ada orang buat baik kat dia suatu hari nanti. Tak kat dia, mungkin kat anak dia. Satu hari nanti ada orang offer nak design blog ana dia. Sapa tahu kan? Betul tak??

sebelum melabuh tirai entry ini, aku nak tanya satu soalan...



Adakah ayah kita boroi sebab mak kita terer masak?


Mood: Perut sudah membesar.Adakah kerana Ayam Nando's sedap?Haha..






6 comments:

alif haris said...

hehe betul2 .. bende tu mst kite terima balik balasannya .. klu tak kt dunia ,, akhirat la jawapannya

AesyaZealous said...

hadiah birthday..haha lupe lak besday ko baru lepas

FAHMI said...

Aesya..aku memang sentiasa dilupai.hahaha

cik azeya said...

haha. betul2. dah terhantuk, baru nak tergadah. apekan daya. nasi sudah menjadi bubur lambuk.

Cik Teddy said...

boroi?hmm..jap eh..nak pi tnye ayah jap!haha

JR Online said...

Ayah boroi kerana mak pandai masak, mak pula boroi kerana ayah buat apa? Huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...