Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Friday, May 27, 2011

Blogger Taik Kucing!!!!


"Nanti kau dah berjaya jangan lupa aku eh fahmi.."


"Ajar aku macam mana nak mula..Aku berminat la..."

Setelah aku cerita berapi-api. Aku bubuh racun sikit maka ramai yang dah kena racun dengan aku. Semua dah terpengaruh. Padan muka korang.Hahaha..Terpengaruh apa eh?? Tak lain dan tak bukan ialah terpengaruh untuk berBlOGGING....

Dialog kat atas terjadi bila aku suap diorang dengan mimpi-mimpi indah pasal blogging ni. Apa lagi kalau bukan pasal income yang datang dari blog. "Ermmm..tak ada la banyak sangat aku dapat.." Aku cakap sambil buat muka yang tidak meyakinkan. Menggambarkan situasi yang sebaliknya(income berzillion)..Haha..Maka mereka terpengaruh...

Namun satu soalan timbul....

"Kalau buat blog, aku tak tau la nak cerita pasal apa. Kalau nak cerita pasal kisah peribadi,aku ni bukanlah artis ataupun nak bajet artis. Konfem-konfem orang taknak baca cerita aku. Aku nak tulis apa eh dalam blog aku nanti??"

Maka aku pun dengan penuh "tawadhu'" memberi pendapat.Haha....

Ada dua jenis cara penulisan....

Pada suatu hari aku berjalan-jalan di taman permainan. Aku ternampak awek cun. Aku pun usha sampai tak ingat dunia. Tiba-tiba..(bajet suspen jap) Arghhhhh....aku terpijak TAHI KUCING!!! Busuk sungguh tahi kucing itu..aku geli...

Cara penulisan kat atas ni memang macam tuttt..aku "suka" cara penulisan ni. Diri bajet artis, macam semua orang nak tahu kehidupan seharian dia. Tapi ada je golongan macam ni maka aku tak cakap diorang yang tulis ni salah. Tidak salah langsung..Blog korang, suka hati korang nak tulis apa kan? Haha...

Aku pun memberi pendapat untuk tulis macam ni...

Masakan terpijak tahi kucing tidak geli dengan kaki sendiri...

Bila buat maksiat macam kita tepek tahi kucing kat kepala kita. Geli kan? Perghhh...dah la kat kepala, memang geli tahap dewa lah. Kita akan malu dengan diri sendiri bahkan malu dengan orang yang nampak peristiwa ni berlaku. Tapi...Kalau iman masih segar di dada. Kalau iman dah kuyu tunggu ajal, memang berzina depan mak bapak pun tak rasa apa. Betul tak??

Nak pulak terpijak tahi kucing tu lepas usha awek seksi..Hmmm..memang Allah nak bagi balasan cash la..Tak tangguh kat akhirat, kat dunia dia bagi tahi kucing sekati. Maka cepat-cepatlah bersihkan tahi kucing di kaki dan juga tahi kucing di hati...

Buatlah perumpamaan ke ataupun benda yang best2 pasal kejadian yang menimpa diri kita. Cerita sebagai satu peristiwa umum yang kita tak spesifikkan kejadian tu menimpa kat diri kita. Semua orang boleh baca. Tak ada pihak yang bajettt artis. Betol tak?haha..

Cukup dah kot perkongsian? Nak lagi ke? ADuhhh..nasib baik aku dah mula cuti. So, entry dari aku akan keluar setiap hari. Yang dok gatal mintak update selalu tu kalau kau tak baca entry2 aku siap!!haha..

Mood: Nak buat apa cuti ni? Ehh..cuti dah penuh dengan date la..haha

13 comments:

Epul said...

Aisy, penuh dengan date? hahahaha

Qutiq Ishanee said...

tk pham?

zikeryhassan said...

ahaha. terbaik kau punya analogi tahi kucing

saya bukan tomato said...

terbaek punya tahi kucing .. haha

Muaz Faris said...

thanks for the idea, cam dapat suatu idea..

ni ke yang ko kata susah sangat nak cerita tu kan..

it im right?

amin:))) said...

taik kucing??
hey,,aku nk buad blog la..hahaha

Cik Aish said...

eeei tekejut aish..ingtkan tuju kat aish td. hahaha

Dian Dahlia said...

nasib kucing DD tak berak merata..

japilla said...

haha dalam lawak ada pengajaran! bagus bagus :D

AesyaZealous said...

weh, tukat teplate blog erh? nnt ade mase aku design kan header lain. mau x?

ieka.H said...

oh.sy mmg kne amik pngajaran ni..x pndai mnulis..haha

Cik NuRuN said...

the good lesson ! teehehee ^^,

CikPuan Fara said...

hahahah bagus idea tu.. tapi kawasan rumah aku kg.. byk lembu.. kalu aku, tukar pada taik lembu lar kot ekekeke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...