Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Wednesday, February 2, 2011

Kau Anak Iblis

kata-kata mampu membunuh (google image)

"Kalau aku malas belajar, mesti sebab kau!!"

" kalau aku malas solat, tak lain dan tak bukan mesti sebab kau!"

"Kalau aku tak berjaya dalam hidup, Kau ada saham jugak"

Apa jenis orang sampai kena maki sampai tahap macam ni? Sampai semua benda yang buruk berlaku, dia yang akan dilibatkan...

Apa dia dah buat sampai jadi macam ni?

Kadang-kadang kita sebagai manusia memang panas jugak kalau ada orang cakap macam tu kat kita. Kalau aku lah yang kena macam ni ada jugak yang kena satu das pelempang jepun. Sekali dengan selipar jepun tu aku bagi cop tepek kat muka.

Kalau nak tegur tentang kejahatan yang orang lain buat, pakai la bahasa yang cun sikit bro..Semua orang ada perasaan..
"Kalau ranking iblis No 10, kau ni no 9 lah aku bagi, anak iblis!! hahaha"

DUSH!! Setepek kena kat muka. Hampeh punya statement. Aku penah buat ujian tahap kejahatan kat facebook dan hasil dia..

"Tahap kejahatan anda adalah 100%. Manusia sudah pasti resah apabila berada bersama anda bahkan kadangkala iblis turut gentar kepada anda."

Kebih kurang macam ni gak la ayat dia. Tapi ok lah Mr FB yang cakap kan? Kalau kawan sendiri cakap macam mana? Makan dalam beb..haha
Tapi sebagai insan, mungkin semua ini kita boleh ambil dari sudut yang positif. Sebenarnya kalau ada kawan kita yang cakap macam tu kat kita, itu mungkin bermakna dia sayang kita tahap gila unta. Masalahnya, dia tak mampu tunjukkan atau luahkan rasa sayang dia kat kita dengan teguran yang berhemah. Maka dia akan cakap macam benda-benda kat atas tadi atas harapan kita sedar yang kita ni memang jahat tahap gaban dan kita pun ada rasa nak taubat. betul tak?

Lagi satu kes, kepada manusia jenis macam ni memang hidup dia akan tak aman. Kenapa? Sebab sesuka hati dia nak menghukum tahap kejahatan orang lain. Tuhan je beb nak main hukum menghukum ni.huuu..

Tapi tak ape lah..Sentiasa think positif. Belajar untuk menerima apa yang ada kat sekeliling kita ni dengan pandangan yang positif. Insyaallah semua senang..
Jangan keluar statement ni sudah la...

" Kau suka bawak kete laju-laju kan? Kalau kau mati eksiden, Insyaallah aku tak solatkan jenazah kau"
Perghh....
Entry kali ni mungkin merapu sikit. Korang tak payah baca pun tak apa..haha..

ps:maaf kalau ada yang terasa..peace
salam~

2 comments:

CikBulat said...

ahaks.. betol2... muhasabah diri kita dulu sptotnya :)

Epul said...

bwahahahha.. now, this is something. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...