Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Friday, February 11, 2011

Kenapa Header Aku tak Ada Muka Aku??

Jom bertapa kat blog aku, dengan Header baru.

Setelah bertahun-tahun aku berbloging ni akhirnya buatkali pertamanya aku ada header..Jap, aku baru berjinak dalam dunia blog ni ya. Bukan bertahun-tahun. Pembetulan fakta..hehe..

Entry kali ni aku dedikasi kepada Aisyah atau lebih dikenali sebagai Aesya Zealous. Dia ni adalah seorang insan yang pemurah. Pemilik sebuah blog yang cantik. Oleh kerana sifat dia yang pemurah tu...Maka dia menghadiahkan aku satu header kepada aku. Terima kasih ya..Aku bab-bab ni tak reti sebab aku ni buta IT.hahaha...

Dia tanya aku nak buat header macam mana. Aku jawab buat sesuka hati dia la. Aku cakap la kalau letak gambar aku besar-besar laku tak?Perasan jap eh..haha

Tiba-tiba aku teringat satu entry ni. Aku tak ingat kat blog mana tapi tajuk dia lebih kurang macam ni la.."Blog ramai follower sebab tuan blog hensem atau cun". Jadi aku pergi kat depan cermin dan cermin diri..Huuuu..

"Sedar diri wahai fahmi, Muka macam tempayan pecah. Jangan nak tayang muka kat Blog. Nanti orang menyampah lantas terus muntah"

Cett..aku rasa macam tu la cermin tu cakap kat aku. Maka aku pun cakap kat si budak pemalas ni,aesya supaya tak payah letak gambar aku kat header tu..Maka lihatlah hasilnya..credit tu aesya zealous.hehee..

Berbalik kepada topik kita. Aku harap dengan muka aku yang tak hensem mencem ni, masih ada yang sudi baca blog aku. Bak kata abang ben kita,isi dan penyampaian lebih penting. Buatlah blog ada firework 3D pon tapi entry macam apa tah, still orang tak nak datang.Betul tak?Haha..

Jadi, oleh kerana muka aku yang tak laku kalau nak buat daya penarik, aku perlulah buat entry menarik yang korang sanggup baca. setakat ni aku rasa macam aku dok syok sorang je menulis tapi tak ada orang baca.Betul ke?Sedih gler weyyhh..haha..Semoga entry aku tak seburuk muka aku yang....yang macam ni lah..hehehe..

Kepada mereka yang mempunyai rupa yang ala-ala ratu cantik dunia. Ratu apa-apa dunia atau pun model majalah Maskulin, teruskan berkarya dengan karya yang macho dan segak seperti muka atau badan anda. Jangan badan cantik,muka cantik, hidung mancung tapi entry kosong.(Pesanan penaja)

Kalau yang baca ni hensem atau cantik, dan mempunyai blog yang menarik serta infomasi yang best, kompem aku follow deh..Maka marilah kita sama-sama tingkatkan prestasi blog kita...

Kenapa entry kali ni aku rasa macam aku tengah bagi pesanan penaja eh? Ada gaya-gaya nasihat pulak. Aku dah la blogger newbie yang tak tahu ape..Ape kes nak nasihat orang kan?Hahaha..

Saling nasihat-menasihati itu budaya yang bagus..betol tak?Hehe..

Mood:Rasa blog ni teruk dan bosan.Ada sapa nak bantu aku?Nasihat aku?huhu


15 comments:

Nurul Faezah said...

Hee~ header saya pon xda muka sbb pelangi lg cantek! ^^,

loving_you said...

header blog sye pun sama...
tak de muka saya...
bunga rose yang ada tue boleh ler buat amndi bunga.wangi wooo....

AesyaZealous said...

apesal header aku xde muka aku?? hahahha!!! adekah sbb sy xcantek??tidakkkkk

Bos said...

header blog bos ada muka bos..huahuahua..yakin boleh !!

FAHMI said...

Yang tak letak muka sebab mahal muka tu..betol ke?hehehe

FAHMI said...

Hahaha..itu sebab bost dah ada gaya ala-ala model maskulin.hahaha

Ratu Sulaman said...

ala... belogku ada pic..... T.T... adaka aku perasan cantekk!?

Adibah Ishak said...

rupa paras hot xkan kekal selama-lamanya 1 hari kedut gak..

syafeika edora said...

haha..yg penting entry..bkn paras rupe..

new entry..: cantikkan kotak komen

aNnE said...

hehe header ada muka tak kira cantik , hensem atau tak . tapi macam identiti blog yg ada seorang owner . hehe

ish entah apa aku ngarot ni . hahaha ;p

♥cik cahya♥ said...

wow cntik header baru. simple n kemas. suka ;) blog sy tak muka sy. muka cartoon adalah. hehe ;D

nelly said...

header tetap lawa !
=)

FAHMI said...

Terima kasih kepada yang puji header aku..credit to Aesya zealous..hehe

::nuRuLaDHar:: said...

simple but mletopss! =)

AesyaZealous said...

terima kasih kpd sesiapa yg puji header fahmi ni erh..hahahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...