Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Wednesday, February 9, 2011

Nak Jadi Macam Ben Ashaari


Baru nak keluar tiba-tiba ada orang panggil..


"Hai budak pendek..."


Adeyhhh..Terasa tau tak terasa. Sebab tu aku pandang dan cari punca suara tu..Haha..


Katanya dia nak beramal dengan ilmu baru yang dia dapat. Bergurau cara Rasulullah..


Rasulullah pernah panggil anas bin malik, "Wahai engkau yang mempunyai dua telinga.."


Baginda juga pernah cakap kat seorang makcik tua ni, "Orang tua macam engkau tak akan masuk syurga" Maka lari lah makcik itu bila mendengar pengkhabaran itu. Hancur luluh hati. Rupa-rupanya memang orang tua tak masuk syurga sebab yang masuk syurga mesti dah jadi muda.Faham?


Agak ekstrem gurauan itu tapi betul bukan? Haha..


Jadi lepas ni kalau nak bergurau, berguraulah dengan perkara yang betul. Sebagai contoh, kalau ada kawan tu gemuk, berguraulah dengan memanggilnya "Wahai hamba Allah yang gemuk" jangan panggil dia "Wahai sahabatku yang kurus". Itu satu pembohongan yang nyata!!!Hahaha..


Kawan aku pernah panggil aku ..


"Woi gemok, perut bertingkat kalah mangkuk tingkat!!"


Memang berasap telinga dengar tapi apakan daya. Itulah hakikat diri. Dia nak bergurau dengan aku tu jadi aku ambil dari sudut positif. Aku bertekad untuk kuruskan badan dan akhirnya...


"Kau pergi gym ke?"


"Tak adalah..Kenapa"


"Badan kau macam pergi gym la..."


"Ye ke? Hahaha"


Tengok, aku ambil dari sudut positif dan lihat hasilnya? Janganlah bila orang panggil kita gemuk terus tacing dengan dia. Cuba berusaha jadi kurus. Ada la manfaat gurauan kawan kita tu. Betol tak?Haha..


Mood:Nak pergi gym supaya badan ketul-ketul macam Ben Ashaari.Sape nak ikot?hahaha..

3 comments:

LADYHEART said...

hehe..kekadang perit jgk nak cube pk yg positif ni..:)

AesyaZealous said...

alaaaaaaaa..org pun nak bdn ketul2 gak!! hahahaha

Eryati said...

naaaak...nak buang lemak d perut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...