Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Friday, June 10, 2011

Mr Universe Bersama Spek Mata Iman


"998....999...1000...1001........Dah habis ke??"

Ahmad baru habis pumping sebanyak..Bapa banyak eh? Haaa..1001 dalam masa satu minit. Nampak macam penipuan berlaku di sini kan? Tapi percayalah ini suatu realiti..hahaha..Seperti yang dijanjikan oleh cikgunya, dia akan diberi hadiah..

Jap,untuk makluman si cikgu kepada ahmad ni telah menganjurkan pertandingan pumping antara student-student dia. Maka setelah berjaya pumping sebanyak 1001 ahmad telah dinobat sebagai juara..Maka terimalah dia hadiah yang bernilai..tuttt..terpaksa dirahsiakan.Haha..

Kringgg....

Kelas berakhir pada pukul 5. Tiba-tiba seruan sekali lagi memanggil ahmad untuk beradu tenaga. Kali ini bukan untuk lawan pumping tapi lawan tangan pulak. Tau kan lawan tangan macam mana??


"Pushhhh..Teran...Kuat lagi...Sikit lagi..."

Arggghhhh....Ahmad menjerit. Kenapa? Rupa-rupanya dia telah tewas dengan sahabatnya yang..ermm..nak kata badan macam bodybuilder tak la. Macam ikan bilis la badan dia. Opsss..tu kejam sangat, macam ikan tuna la. hahaha...

Cerita Tamat...

Apa motif aku cerita benda ni? Apa pengajaran? Ada pengajaran ke? Ke aku merepek je?

Setiap perkara yang berlaku ada pengajaran yang kita boleh ambil. Kalau hati kita tak buta la kan....Ada ayat quran ni lebih kurang macam ni la bunyi dia.."Dan bertebaranlah di muka bumi dan lihatlah...." Maka lihatlah apa yang berlaku disekliling kita dengan mata kepala dan mata hati...

Pengajaran: Apa perasaan bila menang dalam sesuatu perkara?? Apa perasaan bila kalah dalam sesuatu perkara?? Nobody perfect. Kita hanya insan lemah yang tidak punya apa-apa. Jangan lupa diri bila mendapat nikmat. Jangan sombong dan pandang rendah kepada orang lain. Ada masa kita di atas, ada masa kita dibawah. Pada hakikatnya,kita sentiasa di bawah. Di bawah kekuasaan Dia Yang Esa....

Mood: Bila hati kotor, dia akan semakin rabun dan lama kelamaan terus buta. Jom check Power iman kita kat SINI. Masih celik atau tidak....

3 comments:

syrupmasin said...

betol2..nobody perfect..

cik gege said...

hidup ni mcm botol.tak kan selamanya dipenuhi air.adakala berisi ada kalanya kosong.=)

http://gegeriuhgegeombak.blogspot.com/

M Fizan said...

kita kena ingat Allah sepanjang masa supaya tak riak bila di atas dan tak menyesali takdir bila di bawah..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...