Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Thursday, October 14, 2010

Hikayat Sang Rambut


"My hair is my dignity"

"My hair is my pride"

Akhir sekali ada yang cakap..

"My hair is my life".....

Menarik bukan? Tapi inilah antara kata-kata yang pernah keluar dari mulut2 mereka yang amat sayangkan rambut mereka termasuk aku jugak la.Tapi aku tak cakap la benda2 kat atas ni. Walaupun rambut aku tak cantik tapi aku tetap sayang dengan rambut aku.hahaha...

Cuba tengok rambut aku kat gambar atas.. Sekarang semua tu tinggal kenangan je. Punyalah susah nak simpan rambut panjang macam tu time zaman2 sekolah ni sekali Zaappp... Keluar arahan untuk tarah itu rambut..

Post kali ni aku tak nak mengutuk atau berkata kepada mana-mana pihak kerana pasti akan ada yang terasa hati. Aku tahu akan ada yang terasa hati sebab antara pembaca setia blog aku ni adalah cikgu aku sendiri jadi kalau aku luahkan perasaan lebih2 pasal sekolah aku kat sini, kang ada jugak yang kena sound kat sekolah.lalala~

So aku nak cerita sikit kenapa rambut kami pelajar2 tingkatan empat kesemuanya kena tarah. Supaya para pembaca sekalian memahami situasi aku sekarang. Minggu lepas kami telah melalui satu perkhemahan tahunan jadi pihak sekolah telah mengeluarkan arahan kepada semua pelajar tingkatan empat untuk menggondolkan kepala. Memang tak bagi can langsung sebab diorang suruh potong pakai No.2. kejam tak kejam memang kena gondol jugak..Sedih2...

Antara yang menarik jugak adalah mereka yang mengatakan..

"Kena botak ni rasa macam kena bogel dikhalayak ramai"(18sg)

Memang sesetengah orang yang tidak biasa botak akan rasa macam tu. Cubalah bayangkan selama ni rambut panjang smart2 sekali kena gondol terus. sama macam selama ni pakai baju smart2 sekali kena bogel tak ada baju. Macam itulah perasaan mereka yang merupakan pencinta rambut.

Ada jugak yang keras kepala sikit. Tak nak botak terus pakai No.2 so mereka mengambil keputusan untuk potong ikut No.8. Memang jauh berbeza la tapi kata-kata menarik yang keluar untuk menggambarkan situasi tetap akan keluar. Mungkin agak kotor sedikit jadi saya mintak maaf..

"Potong pakai No.8 ni tak ada la rasa macam dibogelkan tapi still macam pakai b*a dengan sp*nd*r masih agak bermaruah jugak la tapi memang tetap malu"

Aku ni memang keras kepala sikit. Kalau kepala ni hentuk kat batu memang tak pecah. nak lawan kepala ni kena bawak sini kepala diamond baru aku nak tunduk sedikit. Tapi macam kauselor aku cakap batu lawan dengan air so kalau nak lawan kepala aku ni bawak sini air baru aku cool...Ni bagi tips ni..hahaha

So, kerana kekerasan kepala aku maka aku pon turut potong rambut ni pakai No.8. Masih ada rambut tapi tetap rasa botak.ish3...

Bagi aku, Rambut ni adalah identiti. style rambut yang kita buat melambangkan siapa diri kita. Kalau punk dia buat rambut punk, kalau goth dia buat rambut gothic dan kalau ada gaya ala-ala jambu dia buatla rambut belah tengah. Ada seorang ni pernah berkata kalau kita nak tengok seseorang tu berubah kearah mana kita tengok rambut dia berubah kearah mana. Kalau dulu rambut dia sikat kemas je tapi tiba-tiba dah start cacak sana cacak sini maksudnya dalam diri dia tu dah start ada problem la tu.

Lagi satu pendirian aku ialah rambut ini ialah sumber keyakinan diri. secara jujurnya dengan rambut aku panjang dan aku puas hati tengok rambut aku, tahap keyakinan diri aku untuk berhadapan dengan orang amatlah tinggi. Benda ni memang terbukti dalam kehidupan seharian aku.

Aku ingat lagi tahun lepas aku berpidato kat sekolah dengan keadaan botak(baru balik dari kursus KRS) then aku dapat No.2 tapi tahun ni aku berpidato dengan rambut yang panjang dan kemas maka aku pun dapat No.1.hahahaha..Fakta ni...Maka aku punya teori keyakinan diri bersangkut paut dengan rambut memang terbukti dan tak dapat nak ditolak lagi...

Mungkin setakat ini je aku nak cakap pasal rambut. Kalau nak cakap lagi boleh je berjela-jela sampai tak habis tapi takut korang tak larat nak melayan aku membebel la.. Semua yang aku tulis kat atas ni adalah pendapat dan prinsip aku sendiri. kalau ada sesiapa yang tak puas hati atau tak bersetuju maka korang ikutlah prinsip dan pendapat korang sendiri. Jangan kacau prinsip rambut aku...hahaha..

p/s: tengok brader kat bawah ni, botak pon masih macho walaupun muka dia kat dalam gambar ni pelik sikit. tak make up kot. So, kepada insan2 terutamanya kawan2 aku yang dah kena gondol jangan la bersedih. Nak rambut cepat panjang pergi la cari bond sapu kat kepala tu..Sekian


Read more...

Wednesday, October 13, 2010

Perginya Dikau Pasti Berhikmah...

Sedih yang tak terkata..

Marah yang dah tak tertahan lagi…

(aku speechless!!!)

Dialah yang paling berharga dalam hidup aku. Aku tidak pernah terbayang akan kehilangan Dia. Aku pernanh mengungkapkan yang Dialah teman dalam hidup aku buat masa ini. Kami amat rapat. Amat susah sekali untuk berpisah. Akan pergi kemana sahaja bersama. Aku dengan dia memang ideal. Dia memenuhi minat serta citarasa aku. Tapi kini dia sudah tiada……..Aaaaaaaaa…!!!!!!!



Tapi masa inilah untuk belajar merelakan serta meredhai pemergian benda2 yang bernilai dalam hidup..

Belajar2!!!!

(sumpah sedih gler...kena kumpul beli baru ni..iPod 4g la kalau mcm ni punya pasal)
Read more...

Saturday, October 2, 2010

JOM KAHWIN.....


Selamat sejahtera kepada semua pembaca...

Encik spiderman dan family dah boleh buat sarang dah kat blog ni.. Xda masa nak update langsung tambahan pula kemudahan internet disekolah terhenti buat sementara waktu. Tapi takpe, aku dah rancang perancngan yang smart untuk masa depan internet aku kat sekolah..hahaha(devil laugh)

Hari ni aku kat skudai...

Rasa seronok sangat dapat jalan2 sama2 dengan satu keluarga tapi sayang ada sorang lagi tercicir kat negara orang. Nun jauh kat Uk sana tu so dia tak dapat follow kitaorang. Kesian sunguh..hahaha..

Aku sekarang ni selalu jalan2 sorang diri membawa diri.eceh..dok melayan perasaan je la jawabnya. Bukan bercinta tapi berangan.hahaha..

Sekarang ni rasa macam diri ni da semakin membesar. selama ni tak sedar diri lagi.hahaha..kakak2 semua dah kawen dan sekarang dalam family aku tinggal aku seorang je yang belum kahwin. Maka soalan yang paling femes time kenduri yang lepas adalah tarikh aku akan bernikah..wahahaha..seronok2.(gatal nak mampos)

Ramai sangat yang tanya aku soklan yang sama.. maka atas dasar itu aku buatlah jawapan skema aku sendiri..

"Kamu ni bila lagi nak kahwin, dah berjanggut dah tu."

aku jawab...

"Tak lama lagi makcik/pakcik, kalau boleh lepas spm nak kahwin terus"

maka terdiam la mereka2 yang bertanya..hahahaha...

kalau aku nak jawab lama lagi nanti adalah yang suruh aku kahwin awal so merbahaya sebab menimbulkan keinginan tersebut.kah3..

Tp dalam hal ini mak aku dah pesan awal2, dia cakap biar nama tu dah ada title kat depan tu baru kahwin.mak nak kamu jadi Dr. fahmi atau ust. fahmi baru g cari anak dara orang. sekarang ni belajar rajin2 dulu..hahaha..susah2..

Kakak aku cakap pulak memang berjambang berbulu dulu la baru nak kahwin kalau macam tu. aku setuju dengan kakak aku tuh. buat ape kahwin lambat2 kan? sekarang ni kepala dah start beruban tah2 time nak kahwen tu rambut hitam dah mula pupus pe..bahaya2..haha

Jadi kesimpulannya senag je..belajar rajin2, biar dapat result gempak2 tahap tak hingat pastu dapatkan scholarship yang dahsyat2 lepas tu....jap..belajar dulu sekejap bila dah rasa selesa apa tunggu lagi. KAHWIN!!!! tunggu lama2 buat berbukit je dosa dalam hati ni..lalala~

kalau tgk gambar kat atas tu pon memang mencabar sungguh sebab pakcik dan makcik anjing pon sudah selesai di ijab kabul.tercabar bukan?? Kita bila lagi??hahahaha

mintak maaf kepada semua pembaca kerana post kali ini mungkin tersangat putus fius tp memang macam ni lah keadaan aku sekarang. kalau ada family aku baca post ni mesti bising punya la..hahaha..

aku nak sarankan kepada semua remaja kat luar sana tu, marilah bernikah cepat2 sebab nanti liang dosa banyak yang terttup..hahaha

sekian dari aku, salam..=)
Read more...

Friday, September 17, 2010

RAYA SEORANG BUJANG



Bila terkenang kembali zaman kanak-kanak dulu memang best..

Dulu aku tauke mercun. sape nak mercun datang la beli kat aku sebab semua jenis mercun ada. Nasib baik tak kena tangkap dengan polis.hehe

Dulu kalau raya memang meriah tahap tak hingat la. Full house family aku. Dari kakak pertama sampai la kepada aku anak bongsu. Riuh rendah kereta masa balik kampung sampai aku pun tak ada tempat duduk. Baring atas riba kakak2..=P

Dulu lepas sahaja sembahyang raya aku dengan sepupu aku konvoi jalan kaki ramai2 pergi ke siap rumah seluruh pelosok kampung aku. Tak ada satu rumah pun yang terlepas. Aku ingat lagi ada satu rumah tu bagi duit raya...5 sen.huhu.. Kesian jugak nak paw duit raya kat nenek tuh..hehe

Dulu hari raya kedua dah start konvoi kereta pergi ke rumah adik beradik sepeupu sepapat tak kira la yang dah tua ataupun masih muda. memang seronok habis la...

itu semua zaman kocik2 dolu...

Sekarang aku tgk mecun pon dah tak ada nafsu. Sepupu2 yang masih kecil asyik dok ajak main tapi aku pon dah malas... Tahun ni 1sen pon tidak dikeluarkan untuk mercun kalau dulu boleh sampai setengah ribu..hahaha

Sekarang nak raya semua adik beradik ada lengkap memanglah mustahil. Tahun ni dua family tak ada bersama aku. Kalau tengok family sepupu2 yang lain rasa sayu je. mereka semua full house pastu ambil gambar sama2. Tahun ni aku tak ada gambar raya family. Sedih2.huhu.. Aku dengan kakak aku yang tak kahwin lagi ajaklah ayah aku nak ambil gambar sama2 satu family(tak lengkap) tapi apa yang dia cakap." Tak payah la ambil gambar, family kita tak cukup orang. Sikit sangat ahli" aduhh...lagi la sedih.=(

Sekarang tradisi jalan2 lepas raya pergi rumah ke rumah sepanjang hampir 2 kilometer sudah tamat. Era aku dengan sepupu aku terdekat sudah tamat. Gang rapat aku konvoi ni pon sekarang dah ada kat bumi jordan. semua dah membesar. adik2 kami terus menyambung tradisi tersebut.

Masa terus berlalu dah zaman terus berubah...

Secara jujurnya raya tahun ni aku sayu sikitlah. minggu depan kakak aku yang last akan kahwin maka tinggallah aku seorang yang masih membujang. Walaupun bilangan ahli keluarga akan bertambah tetapi suasana sudah berubah dan tidak sepeti dulu lagi. RIndu....


Aku terus membesar dan orang di sekeliling aku pun terus membesar. Semua benda sentiasa berubah. Tapi 1 benda la yang aku seronok sikit buat masa ni. Dulu aku duduk kat seat belakang dan membuta sepanjang perjalanan dari kedah ke BAngi tapi sekarang dah berubah. Ayah aku yang layan tidur kat belakang dah aku focus driving dari Kedah sampai BAngi. Seronok memang seronok tapi memang letih.hahaha

Post kali ini sekadar perkongsian perasaan aku apabila meningkat usia di kala ini. pergh..ayat skema.haha.. Tapi semua benda ni memang terasa sungguh. Rasa macam nak undur masa balik.huhu..

Kakak aku pon dah cakap aku grown up. Semalam ayah aku puji aku ni seorang yang observant. Bangga2!! HAhaha.. Susah nak dapat pujian dari ayah aku.lalala~

Setiap perjalanan hidup ini hayatilah ia setiap detik. Banyak pengajaran dapat kita tiba. JAdilah seorang pemerhati dan ahli fikir... Dalam QUran ada banyak sebut tentang perhati dan fikir.. Seronok..=)

Semoga kita semua dapat pengajaran dari post bosan aku ni. Dah lama tak update blog..

KEsempatan ini aku nak minta maaf kepada semua yang membaca blog ini dan kepada semua kenalan aku di luar sana. MAAF ZAHIR DAN BATIN YA...=)

ASSALAMUALAIKUM....
Read more...

Saturday, September 4, 2010

Qiam Rock


Satu perkongsian….

Alhamdulillah malam tadi aku dapat I’tikaf kat masjid. Aku memang berhajat sangat nak join membe-membe pergi I’tikaf kat masjid UIA tapi disebebabkan ada beberapa masalah maka hajat tak kesampaian. Sedih-sedih…. Maka malam tadi aku I’tikaf kat surau sebelah rumah aku je. Cikai gila kan bila dengar surau sebelah rumah. Tapi datang la surau rumah aku dulu, kita tgk sama-sama cikai ke tak cikai surau rumah aku ni..haha

Bukan pasal surau aku nak cerita kat sini sekarang. Aku nak cerita dan kongsi bersama apa yang berlaku selama program I’tikaf yang aku reka sendiri semalam. Banyak yang aku belajar semalam. Banyak yang aku lihat semalam. Banyak juga aku berfikir semalam. Pengalaman mematangkan fikiran aku. Apa yang aku lalui selama ini membuka minda aku untuk berfikir dengan lebih luas.. seronok…

Semalam sebelum aku lepak kat surau aku keluar dengan member-member aku. Ini sesi lepak-lepak ukhwah la ni. Dah lama sangat aku tak jumpa dia orang ni so aku ambil keputusan untuk bersama dia orang. Mungkin ada di kalangan pembaca akan buat apa-apa andaian yang negative bila baca post kali ini tapi apa aku kesah kan? Yang penting aku bahagia…haha

Aktiviti malam tadi berjalan lancar. Pukul 12 aku keluar rumah dan pergi kat tempat yang kita orang dah janji nak jumpa. Sampai-sampai memang dia orang dah ada kat tempat tu. Agak ramai dan semua yang aku jumpa semalam adalah mereka yang sudah hampir setahun aku tak jumpa. Almaklumlah dah hampir setahun jugak aku tak lepak malam.

Sembang-sembang. Chit-chat… Gelak ketawa. Macam budak-budak remaja sekarang lepak la suasana dia. Aku yang dah tertarik sangat dengan ada satu benda alah ni terus tak ingat dunia. Aku layan benda tu dengan ada la dua tiga orang member aku yang lain. Wooohhh.. memang berpeluh mengalir deras la malam tadi. Habis je aku skate, baju tu dah macam boleh perah buat siram pokok. Puas-puas…haha

Lepas dah lepak tu kita orang pergi lepak kat ‘maple’ pulak. Tak kan la korang tak tau maple ni ape kan? So lepas dah minum-minum kat sana and area pukul 2.30 baru kita orang gerak ke surau. Sepanjang kat maple tu, aku lebih banyak berdiam. Banyak yang aku belajar. Terbuka luas mata aku ni. Memang dahsyat gak budak-budak ni layan brader maple kedai tu. Tapi kalau nak kata terkejut tak jugak sebab itu biasa la. Reality remaja sekarang. Nak tau ape dia orang buat? Haha.. kita sembang belakang tabir la ya..

Pukul 3.30 kita orang dah siap untuk start qiamullail kita orang. Aku dah siap berpakaian macam tok imam. Memang aku la yang kena jadi tok imam sebab siapa lagi yang nak jadi. Kalau suruh member-member aku yang lain memang lari berterabur la gamaknya. Dah siap wangi-wangian. Siap lilit serban lagi tu tapi bukan kat kepala la. Kat leher suda.. Ala- ala winter.haha..

Siap je beberapa rakaat tahajud, aku bangun untuk solat taubat pulak. Bila aku cakap nak solat taubat je,

“weyh, kau solat dulu la. Aku tiba-tiba sakit perut pulak.”

“ Teruskan, aku nak pergi ambik wudhu’ jap.”

Dan banyak lagi dialog yang berlaku. Akhirnya aku tinggal dengan seorang lagi member aku yang masih setia. Aku pelik jugak apahal la tiba-tiba semua main lesap macam tu je. Aku tak puas hati dan Tanya la member aku yang sorang ni. Dia cakap..

“ Budak-budak ni mana nak solat taubat. Asal solat taubat je mesti dia orang lesap. Mana pernah aku tengok dia orang buat solat taubat. Dia orang cakap takut nak buat solat taubat sebab takut nanti buat lagi dosa dan maksiat yang sama.”

First time jugak aku dengar kes ni. Aku terdiam…

Lepas dah main pujuk-pujuk dan aku bagi sikit penerangan, akhirnya dia orang setuju untuk solat taubat dengan aku. Penat jugak la nak fikir ayat bagi dia orang faham konsep solat taubat ni. Aku kasi ayat syahdu la waktu tu. Bagi zikir-zikir yang sikit punya mendayu. Credit to ustaz zulkarnain sebab aku layan zikir dia yang aku selalu dengar kat sekolah. Hasilnya ada la sorang dua yang layan nangis..tapi kesan dia sekejap je la tapi masih ok sebab kekesalan tu tetap akan pernah ada dalam lipatan sejarah hidup kami.

Pukul 5 semua orang balik ke rumah masing-masing. Mula-mula cadang nak sahur kat kedai je tapi semua dah malas so rumah adalah lebih seronok. Esok pulak la kita orang sahur kat luar. Siapa yang berminat nak join boleh la hubungi aku ya. Haha..
Aku hanya nak kongsi pengalaman aku. Seronok pengalaman-pengalaman macam ni. Walaupun agak merbahaya kerana mampu menggugat prinsip diri tapi itulah cabaran. Memang akan ada orang datang kat aku dan cakap aku ni tak betol. Umpama meletakkan leher ke hujung pedang. But, this is my life. Kalau aku dah terlanjur dalam mencari hakikat diri ni baru tarik balik aku ke pangkal jalan ya. Setakat ini aku masih sedar diri..

Nanti ada jugak orang yang cakap aku ni salah sebab buat benda-benda ni. Terutamanya budak-budak sekolah aku. Jangan cakap belakang ya abang-abang dan kakak-kakak sekalian. Kita berbincang jom. Aku suka bertukar pendapat ni. Hahaha..

Dan yang terakhir ialah post kali ni aku bukan bermaksud nak riak cakap aku qiam segala bagai pada tengah pagi-pagi ni. Aku hanya nak kongsi macam mana aku bergaul dengan masyarakat luar. Aku ni secara jujurnya anti sikit dengan budak-budak nerd yang tak pandai bergaul. Sorry la bro..haha.. Jom kita belajar bersosial dengan orang. Macam mana nak memimpin kalau tak pandai berkomunikasi dengan orang lain. Tak kan la nanti nak ajak masyarakat pergi masjid kena ada buku manual kat tangan. “cara-cara mengajak remaja ke masjid” susah kan?haha.. siapa nak lepak dengan aku? JOm..ahaha

Sebarang maklum balas amatlah dialu-alukan… mohon maaf jika terkasar bahasa.

Sekian wassalam…=)
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...