Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Sunday, April 25, 2010

Hidup 2

‘Bang,tunduk cepat’ bisik Dan mengejut.

Cahaya dari lampu suluh pakcik jaga tiba-tiba menghala kearah tangki.Mungkin terdengar suara dari kami sebentar tadi agaknya.

Abg Ikram terkapa-kapa.Kiranya dia belum pernah mengalami situasi sebegini.Mukanya dah menggelabah habis.macam nak kena tangkap basah gayanya!!

Kalau ditangkap ini mesti masuk kes disiplin berat ni.Almaklumlah kawasan tangki ini merupakan kawasan terlarang di sekolah ini.Siap ada papan tanda ‘siapa yang menceroboh akan ditembak’.DAhsyat sungguh.Mana lah pakcik jaga nak kutip senapang untuk tembak penceroboh itu. Kalau lastik adalah.hehe

Mereka masih dalam keadaan tunduk.Cuba sembunyikan diri dalam kegelapan malam.Sunyi.

Macam mana ni Dan?Matilah kita macam ni.Abg Ikram tetap dengan mukanya dari awal tadi.Kecut perut.Aku tengok ada nak tergelak rasa.Tapi kesian pula dengan senior aku sorang ni.Dan,tetap tenang gaya.Nothing happen..

Ah sudah,budak ni tak ada perasaan ke??Orang dah separuh mati cuak macam ini,Dia masih boleh buat muka sekupang dia kat sini.ishh..

Nampaknya Pak Samad dan Pak Karim sudah membuka langkah mereka menuju ke perkarangan tangki.Segaris senyuman pula menghiasi bibir Dan.

Kali ni lagi haru!!Dia senyum pula.

‘Abg tunggu sini sekejap,jangan pergi mana-mana tau.’ Boleh peril-perli lagi tu.

Dan bingkas bangun dan berjalan perlahan-lahan dalam keadaan tunduk menuju ke arah penjuru kanan tangki tersebut.Langkahnya penuh hati-hati.Nak kata macam ninja,gaya memang dah ada.Ninja melayu.

Tangan Dan meraba-raba mencari sesuatu di lantai tangki itu.Agak lembat lantai itu kerana petang tadi hujan.Pedulikan semua itu,ada misi lebih penting dan menyeronokkan.

Dan mencapai sesuatu.Macam kamus.Apa budak ni nak buat dengan kamus dalam keadaan suspen macam ni.Nak buat research kesusasteraan pun takkan la tak ada masa lain.Pening betul lah aku dengan budak seorang ni.ishh..

Bukk!! Dan melemparkan benda itu kedalam semak.Semak yang berada berhampiran dengan kawasan tangki tersebut.Macam ada sesuatu baru lalu di dalam semak tersebut.

‘Cepat bang!’

‘Pergi mana?’

‘Ikut jela,ana tinggal kat sini sorang-sorang baru tau.’

Mereka terus berlari-lari anak menuruni anak tangga.Tangga ni punyalah sikit curam macam ni dia boleh lagi main lari macam aci-aci kejar pula.Sekali tersilap langkah,ada juga orang kampung jeram ni kenyang dapat makan kenduri tahlil free.Seram sejuk jua Abg Ikram Masa lari turun tangga ni.

Tangga setinggi enam tingkat itu akhirnya mereka berjaya turuni dan kini mereka sudah berada di bawah.Senyap.Hanya kedengaran bunyi orang semput nafas.Tak cukup Udara ni.hehe..

‘Rileks la bro,gaya macam baru kena kejar dengan hantu raya je’.Usik Dan.Ana dah plan semuanya la.Kalau SWAT datang terjah tadi pun,Ana jamin kita tetap dapat lepas punyalah.

Riak muka bangga Dan terserlah.Kalu dah sampai SWAT ni,riak mengalahkan shin chan.Abg Ikram masih speechless.Hanya bersuara dalam hati sahaja.Bertuah punya Junior!!

Suasana gelap di perkarangan tangki itu sedikit diterangi oleh lampu-lampu kalimantang yang terpasang di kaki lima blok akademik.Aman dan damai.Perlahan-lahan keluar satu bayang-bayang dari celah-celah bangunan tersebut.Perlahan-lahan menyusun langkah.Satu getaran bunyi tidak dibenarkan terhasil.Geraknya bagaikan seorang sosok ninja handal.

Dan kini sudah berada di perkarangan kawasan tangki.Di tangan kanannya ada sebiji bata dipegang kemas.Rupanya benda itulah yang dilempar Dan sebentar tadi.Hasil dari lemparan itu,Pakcik karim dan Pakcik samad terlebih dahulu ke kawasan semak tersebut untuk memeriksa punca bunyi.Selamat mereka.

Bijak sungguh junior aku sorang ni.Sedia payung sebelum hujan.Otak geliga tahap gaban!! Tapi kalaulah geliga pasal Jenayah-jenayah di sekolah ni,huru-hara lah sekolah dibuatnya.Danish oh Danish….

1 comment:

Muaz Faris said...

teruskan usaha blogging..

banyakkan belajar untuk dapat traffic. kalo tak, ape guna tulis post tapi takde orang baca kan.. hehe.

http://muazfaris.co.cc

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...