Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Tuesday, April 27, 2010

Hidup 3

‘Dan,bangun Dan.’ Samar-samar suara itu kedengaran.Gangguan telah tiba..

‘Bangunlah,dah pukul 7.30 ni.Nanti lewat pergi kelas.’ Badannya dialihkan kearah lain.Tak mahu melayan punca suara tersebut.Selimut putih kelabunya ditarik menutupi badan.Begitu juga dengan otaknya.Sama memberi reaksi spontan lantas mula memikirkan helah.Helah untuk tidak ke kelas.

Pura-pura batuk kecil kedengaran.Makin lama makin teruk bunyinya.Kesian tengok keadaan Dan.Tangannya pula mula memicit-micit pelipis kepala.Moga-moga semakin redalah sakitnya itu.Sakit kepalalah kononya.

‘Sakit kepalalah bang.’ Perlahan Dan bersuara.

Mukanya kelihatan merah.Dahi sedikit berkerut menggambarkan keperitan yang sedang dirasainya.Gayanya sudah seperti orang sedang sakit kepala yang amat umpama kepala kena hempap dengan trailer.Macam nak pecah kepala.Kesian Dan.Nasib baik itu semua hanya lakonan semata-mata.Ngee…

Tak tahulah apa sebenarnya masalah si Dan ni. Cukup liat nak attend kelas. Kalaulah dalam seminggu itu dia dapat fully attend,miracle!!Silap-silap jumaat depan kiamat.haha..

Muahammad Aiman Danish,

Quota kehadiran kelasnya tidak melebihi 3 hari dalam seminggu.Namun seluruh pelajar sekolahnya masih percaya bahawa beliau menghidapi sakit yang benar sehingga menyebabkan beliau gagal untuk ke kelas. Helahnya belum pernah terbongkar.Hebat benar dia berlakon.Kalah la pelakon Hollywood kat barat sana kalau nak dibandingkan dengan si Dan ni.

Novel cinta sufi karangan Ramli Awang Mursyid ditatap khusyuk. Selesai satu halaman,pindah kehalaman seterusnya.Mukanya penuh perasaan menghayati novel tersebut.Jika masuk scene gembira maka sinar mukanya mengalahkan cerianya mentari pagi. Jika mukanya masam mencuka,scene sedih la tu.Begitu menghayati sekali budak ni baca novel.

Tiba-tiba pintu dorm diketuk.Kelam –kabut novel disorokkan.Cepat-cepat novel itu disorokkan kebawah tialam.Kalau kantoi novel ni rugi besar. Dah la tak habis baca lagi. Ada juga yang mengigau malam-malam nak novel. Haru sungguh.

Automatik tangannya menarik selimut lantas menutupi sekujur tubuh.Hanya dibiarkan kepala sahaja yang kelihatan.Dari muka yang ceria terus jadi muram.Sakit!! Tidak lupa,batuk kecil tetap ada.haha..

Perlahan-lahan dan bangun dari pembaringan. Menyusun langkah tidak bermaya menuju ke pintu.Lantas pintu kayu itu dibukanya.

Pud berdiri dihadapannya sekarang.Kawan baiknya itu berjubah putih bersih berseri.Butang atas sekali dibiarkan terbuka agar tidak terlalu panas.Kalau dibiarkan tutup sampai ke atas dengan cuaca sekolah ini yang macam dah kat padang sahara,mandi peluh la jawabnya.Kopiah di kepala tetap ada.Cuma stylenya dibiarkan jambul hadapan terkeluar.Kawan aku sorang ni la…Kacau je!!

‘Dan,Ustaz nak jumpa anta SEKARANG.’…….

2 comments:

mz said...

menarik cang..

betul ke ada ustaz jumpa anta?

FAHMI said...

Hahaha..asal ana pulak??Dan la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...