Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Saturday, January 8, 2011

Strategi Mereka Salah Arkitek Kita?






PERINGATAN:KAlau nak tau apa kaitan tajuk dengan post ini, nak tak nak kena baca sehingga akhir. Korang jangan main tipu terus scroll ke bawah sebab tetap tak akan faham..Baca je la dari awal sampai habis..ape la susah sangat sampai nak main tipu ni..hahaha..


Angin panas menyapa pipinya. Memang panas. Musim panas di bumi Mesir cukup perit jika tidak bersedia untuk menghadapinya. Nasib baik dia sudah biasa dengan cuaca sebegini. Bukan biasa kerana dia penduduk bumi panas ini tetapi dia telah berada lama disini.



Gelagat manusia yang kelihatan kecil dari anak matanya terus dia perhati dengan daya pengamatan yang tinggi. Di hujung simpang kelihatan sebuah kedai kecil yang menjual buah-buahan. Anak matanya terus berlari memerhati satu demi satu deretan kedai disitu.



" Semuanya sepuluh Genih.Syukran ya.." Barangkali itulah yang dikatakan oleh penjual kepada pembelinya. Dia hanya mampu bermain-main dengan andaiannya sendiri. Apakan daya, dia tidak mampu untuk turun dan bersama masyarakat di bawah...



Jauh di lorong-lorong kecil pula kelihatan dua orang penduduk tempatan bertemu sapa. Mereka bersalaman dan berpeluk. Di setiap pelosok daerah itu memang begitulah apabila dua orang saudara seislam bertemu. Keakraban mereka tidak dapat dinafikan. Semuanya atas dasar ukhwah islamiah..


Dia masih ingat peristiwa dimana dua orang bergaduh dan pasti akan ada pendamai yang hadir. "Sollu'alan Nabiy.." perkataan yang menyejukkan hati mereka dan terus kembali kepada alam nyata..

Bagi penjaga kedai yang tidak hadir pelanggan maka naskah Quran jugalah yang menjadi teman mereka. Helaian demi helaian diselak dan apabila ada pelanggan yang kunjung hadir maka mereka kembali kepada tugas mereka. Masa tidak dibuang sia-sia..


Penantian akhirnya berakhir apabila sekumpulan pegawai kerajaan dari eropah hadir. Mereka datang untuk menebus raja mereka iaitu King Louis. Mereka datang menebus raja mereka yang telah bertahun-tahun dikurung didalam sebuah menara yang terletak betul-betul ditengah bandar Mesir.


Persetujuan telah tercapai dan King Louis telah ditebus dengan emas seberat berat badannya. Jika beratnya mencecah 100kg maka 100kg jualah yang perlu diberikan kepada kerajaan Islam Mesir pada ketika itu...


Pulangnya King Louis disambut dengan meriah. Setelah lama mereka hilang pemimpin kesayangan mereka akhirnya Baginda pulang bersama. Setibanya sahaja Baginda, Mesyuarat tergempar terus diadakan.


"Jikalau kita ingin memerangi Ummat Islam, kita tidak boleh kalahkan mereka melalui ketenteraan kerana apabila mereka berperang, mereka akan berperang untuk mati. Mati syahid adalah buruan mereka. Kita pasti kalah kerana tentera kita berperang untuk terus hidup."


Baginda membuka perhimpunan mereka dengan satu kata-kata yang cukup memberansangkan...


Baginda mengusulkan satu solusi bagaimana untuk menghancurkan Ummat Islam...


"Jika kita ingin menghancurkan Ummat Islam, kita perlulah menghancurkan dan membuang benda ini dari hati mereka!!" Suaranya bagai halilintar yang terus mengjutkan kesemua pembesar-pembesar kanannya. Senaskah Quran berwarna hijau dijulang tinggi. Pembesar-pembesar yang duduk mengangguk faham apa yang dimaksudkan oleh ketua mereka...


TAMAT


Kisah yang aku cerita kat atas merupakan kisah benar. Maka korang percayalah ye.hehe...

Hasil dari pemerhatian King Louis tu maka dia nampak yang orang islam ni hebat. Kita hebat sebab agama kita. KIta hebat sebab islam dan Quran yang ada kat dalam jiwa kita. Sebab tu dorang kena hancurkan jiwa kita dulu baru dorang boleh menang..


Kalau kita tengok keadaan sekarang, agak-agak dah berjaya ke belom rancangan dorang?

Hasil dari rancangan diorang maka lahirlah beberapa teori cara-cara mereka menyerang kita. mereka bukan menyerang fizikal kita tapi mereka menyerang pemikiran kita...


Teori 1 (3F)

1.Fashion

2.Fun

3.Food


Berakarkan benda-benda diatas mereka menyusun atur rancangan mereka. Maka lahirlah golongan Hedonisme yang menganggungkan keseronokan dalam hidup. Berjayalah rancangan FUN mereka.


FASHION jangan ceritalah kan. Ummat islam sekarang nak pakai kopiah kuar jalan-jalan kat Bukit Bintang pun dah malu. Katanya tak fashion la macam tu..Berjayalah mereka..

FOOD? makan punya makan sampai kenyang nak mampos pastu malas nak sembahyang. Berjaya tak mereka?HAHA..

Lagi satu teori,


TEORI 2 (3P)


1.Pornography

2.PornoMovie

3.PornoCore

Apa aku merepek ni?HAHAHA...

Tapi dengan porno-porno ni lahirlah anak-anak luar nikah. Betol tak?Sekarang kita dah kalah sebab dah tak ada Quran dalam sanubari kita..

Berkaitan dengan tajuk iaitu salah siapa, cuba korang bayangkan menara tempat raja tu kena kurung tak ada tingkap mesti dia tak boleh tengok kehidupan seharian Ummat Islam dan sudah pasti strategi mereka ni tak dapat dicetuskan. Kalau arkitek tu design menara tu tak ada tingkap, mungkin Ummat Islam tak akan jatuh. Betol tak?

JAdi salah siapa sekarang? Adakah salah arkitek yang design penjara tu yang menyebabkan Islam jatuh pada hari ini?

Okay, jangan nak salahkan orang lain, kita salahkan diri kita sendiri. Siapa suruh nak menggatal tergoda dengan goadaan-godaan yang orang kapir buat? Jom kita muhasabah diri adakah kita dah terkantoi dan kecundang dengan perancangan mereka?
Jom kembali kepada Al-Quran...


Dah nampak apa kaitan tajuk dengan entry ni?hehe..

P/s: mohon maaf kalau tersalah kata dan taip, entry ini mungkin sebagai peringatan buat aku dan perkongsian kita bersama.peace.=)

Sekian~




9 comments:

ruby zaizi said...

banyak sgt pembuangan bayi..kesian mereka tidak berdosa T_T

Unknown said...

bgus la entry nie~~~sekali skala kena ketuk gak kepala nie,,biar sedar :D

Adibah Ishak said...

sesekali aku memang tertunduk pada 3F..
moga2 tidak terus dibuai keseronokkan.. Amin~
kembali kpd Al-Quran~

iniialahaku said...

ok aku suka...dorg xleh wat scra kasar dorg wat scara hlus..cm2 gkla dgn cra org asing jajah ngara kita.xtrpk ke?puak Aztec bukn men power, antar 1 puak askr je dorg klah..tpi Tnh mlayu?4 5 askar mai twan xdpat2..lst2 wat cara hlus bru leh

FAHMI said...

iniialahaku> btol2..kadang-kadang cara halus lebih berkesan..=)

Anyss said...

salam kenal fahmi...

nice post! semoga kite umat islam sentiasa di bwh perlindungan Yg Maha Besar..

ijatnuar87 said...

btol tu....islam ni mmg unik dari agama lain....tp biler islam dibuang,maka seseorang tu akan menjadi sehina2 manusia...jadi kembalilah kepada islam...

zz.ash said...

lme x membc kt sni..nice post & sgt mengena..=D

si para para said...

kita mulia kerana islam..bangsa arab mulia kerana islama.bangsa melayu mulia kerana islam..dan bangsa yang mengamalkan islam akan di muliakan.dan kita akan hina kerana meninggalkan islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...