Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Showing posts with label Cerpen Aku. Show all posts
Showing posts with label Cerpen Aku. Show all posts

Saturday, August 28, 2010

AKU INSAF

Kipas lama itu ligat berpusing. Berusaha gigih untuk menghasilkan angin supaya kitaran udara di kamar itu kekal segar. Cahaya sang mentari mulai menembusi ruang-ruang tingkap kamar itu lalu mengenai wajahku. Bahang panasnya buatku terjaga.Terasa berat sungguh kepala ku pagi ini.Mungkin kerana terlalu letih agaknya.Mana tidak letih kalau semalam pun pukul 11.30 baru sampai ke sekolah. Ditambah lagi dengan kena marah dengan pakcik jaga semalam,katanya ingat ni sekolah bapak aku ke nak keluar masuk sekolah sesuka hati. Aku diam tidak berkata.Itu lebih baik. Dan sekarang aku demam…

Peristiwa dua hari lepas masih segar terngiang-ngiang di kotak fikiran..
‘ Nah,ambil balik barang anta ni dan abang mad kirim salam.’Satu tamparan hebat melayang. Bisa,bisa sungguh kata-kata itu. Abang Ammar datang tadi menghulurkan sekotak rokok jenama Malboro yang sudah tidak berisi kepadaku. Rupa-rupanya rokok aku yang hilang tempoh hari telah dijumpai oleh naqibku sendiri,abang Mad. Aku diam tidak terkata.

Suasana hening dan sunyi sepertiga malam tidak dapat disangkal lagi. Ketenangannya mampu membuat seorang hamba yang hina dina sujud meruntun kemaafan dari Tuhan esa. Tiada henti menitiskan air mata taubat. Aku dan abang mad baru sahaja selasai mendirikan solat tahajud dua rakaat bersama.’ Andai setiap pemuda Islam di muka bumi ini bersama mendirikan qiamullail sepertimana yang kita lakukan bersama tadi,nescaya kebangkitan ummah sudah tiba.’ Abang Mad tersenyum melihat aku sambil membuka bicara enak penuh bermaknanya. Aku amat merindui zaman itu..

Terasa amat sengal pada sendi-sendi di seluruh badanku.Nak beralih kedudukan perit rasanya.Fikiran pula makin berselirat macam jalan-jalan di bandaraya Kuala Lumpur.Kebelakangan ini aku lebih banyak berfikir.Bukan masalah ummah tapi masalah peribadi.Masalah diri pun tak lepas dah nak fikir masalah ummah haru la.

‘Ana tengok anta dah lain la Dan. Dah tak macam dulu.Dulu anta selalu qiamullail tapi sekarang dah jarang.Puasa Isnin Khamis anta tak pernah tinggal.Senang cerita anta amat jaga amal fardhi anta.Dalam soal dakwah anta merupakan orang paling terkehadapan. Tapi,sekarang semua itumacam dah jadi sejarah je. Anta ada masalah ke?’Alhamdulillah, masih ada ikhwah yang masih prihatin dengan keadaan aku.Sekurang-kurangnya ada yang mengambil berat perihal aku.

Apa sebenarnya masalah aku ni? Ya-Allah,engkaulah yang memegang hati hamba-hamba-Mu maka tetapkanlah hati hamba-Mu ini dalam agamamu,ketaatan padamu dan atas jalan dakwah-Mu. Sedalam-dalamnya aku cuba mencari punca masalah pada diriku ini. Inilah dugaan pada diriku.Diduga dengan kesenangan yang melimpah ruah.

Pintu bilik terbuka dan Ustaz Shah menapak masuk ke bilik. Aku pura-pura tidur kerana takut disoal oleh ustaz.Masakan aku tidak ke kelas untuk mengulang sedangkan sudah dibayar mahal oleh ibu bapaku. Aku sangka ustaz mahu mencari aku tetapi sangkaan aku meleset sama sekali kerana beliau terus menuju kearah almari ku dan terus menyelongkar. Aku terkedu. Ya-Allah, handphone dan kamera aku!!



‘ Danish,ana tak sangka anta sanggup lakukan semua benda ni.’ Kekecewaan jelas tergambar di wajah ustaz.Gaya seperti terkejut beruk pun ada.Sesungguhnya segala perkara-perkara buruk yang aku kerjakan dan yang orang tidak tahu terbongkar juga akhirnya pada hari ini. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Amat benarlah pepatah melayu itu.

‘ Ini dan ini anta yang punya?’ Ustaz shah menyoal sambil di tangannya terdapat dua kotak rokok.Sebelah kanan Malboro Light dan di tangan sebelah kirinya pula kotak Dunhill.’ Kaya jugak anta ni,beli rokok mahal-mahal.’ Sempat lagi tu nak main perli-perli aku.’Ya ustaz.’Itu sahaja perkataan yang mampu aku balas dengan soalan yang dikemukakan tadi.Kaki sudah seperti tiada lagi. Menggeletar ketakutan akan natijah perlakuanku selama ini.Kekeringan kata-kata.Yang tinggal hanya sebillion penyesalan yang mulai menjalar ke seluruh pelosok badan.Keinsafan mulai berbunga dan berbisik di setiap penjuru hati.Ada hikmah semua ini.

‘Yang paling ana tak sangka ialah anta sudah pandai keluar date dengan anak dara orang. Dosa besar semua tu!’ suara ustaz tiba-tiba tinggi. Aku sudah menjangka bahawa gambar date aku semalam akan ditemui oleh ustaz. Semua jangkaan itu benar belaka. Ustaz kini sedang menatap gambar yang sedang terpapar di skrin lcd kamera DSLR EOS350d aku. Aku,seorang bekas pelajar tahfiz sedang memeluk erat seorang gadis yang gayanya sebaya denganku.Dua-dua tersenyum bahagia.

‘Anta nak kahwin sangat dah ke? Nampak gaya macam dah tak tahan sangat,senang-senang kahwin ajelah. Biar ustaz bagi tahu mak ayah anta yang anta dah nak kahwin.nak?’Terkedu aku mendengar soalan ustaz tadi. Sarkastik sungguh ustaz aku seorang ni.

‘ Danish oh Danish..andai anta kira dengan 30 juzu’ al-Quran yang berjaya anta hafal itu mampu membawa anta masuk syurga maka sangkaan itu benar tetapi ianya bukanlah tiket yang membenarkan anta untuk membuat maksiat di bumi Allah ini. Salah pemahaman itu.Tercemarlah kesucian al-Quran itu dan pudarlah sinarnya.’Panjang lebar ustaz memberi nasihat padaku.Nada bicaranya tetap tenang dan sentiasa senyum tatkala berbicara.Nescaya siapa yang tidak tertawan dengan kata-katanya.Semakin subur kurasakan rasa keinsafan ini.

Dua tahun lalu aku merupakan anak murid kepada Ustaz Shah.Beliau amat terkenal dengan sifat garangnya di dalam kelas namun sebenarnya beliau mempunyai peribadi yang amat mulia dan disenangi semua orang. Setiap bait kata-katanya terkandung seribu satu nilai tarbawi yang bernilai. Buat pedoman dalam jalan kehidupan. Dialah seorang murabbi..

‘ Macam mana sekarang ni? Ana nak nombor telefon ayah anta boleh? Ana nak telefon ayah anta dan berbincang berkenaan masalah anta ni.’ Sekali lagi aku terkesima.Inilah yang paling aku mintak jauh ya Allah.’ Jangan ustaz, jangan telefon ayah ana dan ana mintak sangat-sangat supaya perkara ni mak dan ayah ana tak tahu. Kalau diorang tahu pasti ana akan dibelasah teruk dan gelaplah masa hadapan ana. Ana dah insaf dah ustaz.Ana nak taubat dan ana tak nak buat benda-benda mungkar ni lagi.’Bersungguh-sungguh aku atur kataku supaya dapat menagih simpati sekaligus meraih kepercayaan ustaz.Aku katakan itu semua dengan penuh perasaan.Percayailah aku ustaz.Berderai air mata mengalir halus di pipiku.

Aku merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik dalam keluarga ku.Kala ini aku merupakan anak harapan yang dibebani oleh harapan yang menggunung oleh keluargaku.Ini semua kerana aku anak terakhir dan akulah satu-satunya anak lelaki tunggal.Memandangkan kepada adik beradik ku yang semuanya tidak menjadi maka menjadi kewajipan aku untuk membawa sinar harapan pada keluargaku.Emak aku percaya bahawa di sekolah aku bermatian menuntut ilmu. Manakala, Ayahku percaya bahawa aku pelajar yang cemerlang bukan hanya pada akademik tetapi begitu juga pada sahsiah. Bahkan semua orang percaya bahawa sesungguhnya aku merupakan seorang pelajar yang baik dan cemerlang. Kerana itulah apa yang aku pinta pasti kan dipenuhi dan apa yang ku bicarakan pasti dihormati.

‘Ibu, tadi adik mengimamkan Jemaah solat Maghrib di masjid.’ kataku manja sambil membiarkan rambut ku dibelai-belai oleh ibuku yang tercinta.Beberapa helai rambut hadapan ku jatuh lalu menutupi sebahagian mata kanan ku.Lantas aku singkap kembali rambut itu.Rimas juga rambut panjang.

Suasana malam itu sungguh sunyi.Hanya ditemani oleh bunyi cengkerik menyanyi diluar. Bagaikan ada pesta para cengkerik sedang diadakan di luar sana. Berita tadi sungguh mengharukan ibuku.Masakan tidak terharu seorang ibu apabila mengetahui anak sendiri menjadi imam di masjid.Satu anugerah yang menyejukkan jiwa bagi setiap ibu yang memiliki anak sebegitu.

Kehangatan kasih sayang bersama ibu malam itu sungguh istimewa.Maklumlah aku yang sudah besar panjang tetapi masih tidur di riba ibuku.Mungkin kerana sudah lama aku tidak pulang ke kampung halaman.Tambahan pula berkongsi cerita dan pengalaman aku di sekolah kepada ibu.Aku masih ingat detik seketika selepas aku menjadi imam tempoh hari.

‘kamu ni anak sape ye?’ soal seorang makcik yang juga merupakan salah seorang jamaah muslimat di masjid itu. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Tidak tahu mengapa tetapi mungkin kerana ada sedikit perasaan malu.’ Saya anak Ustazah Nora,makcik.’ Aku jawab sambil tertunduk malu. Tetapi jauh di sudut hati ada merasasedikit bangga apabila mereka mengetahui bahawa aku anak Ustazah Nora. Aku juga yakin bahawa mesti ibuku akan berasa bangga juga apabila kelak dia mengetahui bahawa aku menjadi imam di masjid.

Salah seorang dari makcik tersenyum apabila dia mengetahui siapa aku.’Sedaplah kamu baca masa jadi imam tadi, sejuk hati makcik dengar.’Memang bertambah malu aku dibuatnya.Tanpa disedari pipiku sudah merah kerana malu. Aku memang jarang sekali dipuji sebegini,sekali kena puji malunya bukan kepalang.’ Kalau macam inilah,siapa yang tak nak jadikan menantu’ aku terdengar salah seorang dari pada mereka berbisik sesama mereka lalu ketawa. Aku sudah tidak keruan.’Makcik, saya pergi dulu ya.’Aku buka langkah lalu meninggalkan kumpulan makcik-makcik tersebut. Takuti bahana yang besar bakal menjelang tiba singgah di jiwa. Riya’ dan takabbur.

Ibu tersenyum bangga tempoh hari. Tampak jelas pada riak wajahnya yang aku telah membuatkan hatinya tenang dan sejuk. Anak bongsunya pada pandangannya telah menjadi insan yang diidam-idamkannya selama ini.Bukan sahaja dia yang idamkan tetapi sekalian alam juga mengimpikan.Seorang insan yang hebat pada pelajaran dan indah pada akhlak.Lagi-lagi tampan pada paras.Pakej lengkaplah bak kata makcik-makcik di surau tempoh hari.

Aku masih tertunduk.Masih mencari jalan supaya ustaz tidak membawa perkara ini kepada pengetahuan ibu bapaku.Bilik pejabat yang agak luas itu kini ku rasakan amat sempit sekali.Setitik demi setitik peluh menitik membasahi lantai pejabat.Aku tidak mahu menghancurkan harapan kedua ibu bapa ku.Yang ku pinta pada masa ini hanyalah peluang kedua.Fikiranku terus menerawang merentas perjalanan masa.

‘ Adik, akak nak adik belajar sungguh-sungguh dan berjaya. Akak tengok adik kuat main dan tak bersungguh-sungguh. Adik tahu kan perangai abah tu? Kalau adik mintak apa, semua dia bagi tapi kalau keputusan adik teruk, adik sendiri tahu akibatnya. Lagi satu, jangan buat perkara pelik-pelik yang boleh buat ibu dan abah sedih.Ingat pesanan akak ni tau.’Pesanan along berlegar-legar di ruang ingatanku.

Pelbagai memori silam, kebaikan dan pengorbanan ibu dan abahku kini bermain-main di fikiran.Terasa semakin hebat rasa kesal dan sedih menyelubungi diri.Aku tidak sanggup melihat harapan menggunung mereka berkecai sekelip mata apabila mendengar berita ini. Bagaikan berita yang membawa halilintar menggegar gunung lantas berkecai menjadi abu. Itu yang paling aku takuti.

Harapan abahku jelas apabila permintaanku untuk menuntut ilmu di syiria diperkenankan. Pada perancanganku, selesai sahaja peperiksaan SPM, aku akan ke syiria untuk mendalami bahasa arab. Sambil itu aku akan membuat talaqi bersama sheikh-sheikh disana. Niat aku ini amat disokong oleh kedua ibu bapaku.Lagi-lagi ibuku yang amat cintakan ilmu-ilmu ukhrawi.Lantas perancangan aku itu dipersetujui.
Memang benar kata-kata along yang selalu terngiang di telingaku. Memang apa sahaja yang dipinta akan cuba dipenuhi oleh abah tetapi dalam masa yang sama kita perlu juga memenuhi kehendaknya, menjadi anak yang soleh. Prinsip yang amat mudah iaitu ‘give and take’.

Sekarang aku tidak tahu macam mana nak terangkan pada ustaz apa yang aku maksudkan dengan gelap masa hadapan ku.Ustaz berlalu keluar dari pejabat.’Ustaz ada hal sebentar di bilik guru.Anta duduklah disini dan muhasabah banyak-banyak.Lepas ni kita sambung berbincang.’

Aku kaku tidak bergerak berseorangan.Igauan lama pula datang menyerang saat ini.
Diri ini terasa sedikit tercabar apabila melihat kawan-kawan aku masing-masing mempunyai pasangan sendiri. Nak kata aku ini tidak mampu memiliki pasangan sendiri mana mungkin kerana aku mempunyai paras yang baik. Harta, mampulah untuk aku membelanja kawan-kawan makan mc’d setiap kali keluar. Aku ada segalanya untuk mendapatkan teman saat ini cama ada satu perkara yang menghalang aku, iman.
Tapi satu hari,‘ Opi, aku tengok kau ada ramai kawan perempuan. Kenal-kenalkan lah kat aku seorang.’Rupanya sedikit sebanyak jiwa sudah tertarik untuk berjinak dalam kancah fana itu.’ Eh,mana boleh. Kau kan budak baik, lagi-lagi kau tu naqib. Kalau anak buah kau tau,ikhwah kau tau habislah jatuh thiqah kau.’ Opi serba salah untuk memperkenalkan padaku kawan-kawan perempuannya.’ Alah,aku bukan nak buat apa-apa pun. Sekadar nak berkenalan sambil meramaikan kawan.’Aku tersenyum sumbing.Mengharap Opi termakan dengan pujuk rayuku.

‘ Awek kau sehat,Dan?’Fiq menghampiri berjabat tangan.Sekarang soalan pertama tentang pasangan masing-masing.Aku sudah tidak berasa terasing dan ketinggalan.Kini aku sudah ada seorang teman dalam hidup pada umur 15 tahun.

Saat inilah baru aku nak mula menyelak kembali sejarah hidup lalu.Baru hendak muhasabah amal kehidupan. Mungkin selama ini sudah lupa dan alpa bahawa sudah sedikit sebanyak tergelincir dari landasan yang dituntut. Menggeletar seluruh badan bila mengenangkan kembali masa itu. Jikalau doraemon ada, akan ku pinjam mesin cahaya masanya dan undurkan masa lalumengubah segala-galanya. Tapi,semua itu mustahil. Kenangan lalu terus mengulit diri.

Cuaca malam itu sungguh indah.Walaupun indah namun diri tetap tersa kosong kerana duduk di rumah tidak berteman.Gelodak jiwa mengajak diri untuk keluar ke kedai makan berdekatan.Aku bertemu beberapa kawan aku yang juga sedang makan di kedai yang sama.tiba- tiba langit memanah halilintar lantas gerimis mulai menyapa bumi.Malam yang sejuk.

Fiq menghulur sebatang rokok pada ku. Di mulut Fiq, Fiz dan Bob sudah terhiasa dengan kepulan-kepulan asap. Mereka tidak mengetahui bahawa aku tidak menghisap rokok. Sekali lagi jiwa dan raga diuji dengan nafsu,kawan dan keadaan,sejuk. Tanpa berfikiran panjang,aku terus menyambut rokok tersebut. Kebenarannya aku sudah lama teringin untuk mencuba benda itu dan akhirnya aku tersungkur jua pada hari ini.
Apabila mengenangkan kembali titik permulaan semua ini dan membandingkan zaman sebelumnya, amat kesal.Hati terus menyumpah atas kebodohan diri sendiri lantaran mencampakkan diri ke lembah hitam ini.

Aku pernah juga terfikir, perkara-perkara seperti ini sudah menjadi adat di dalam masyarakat zaman ini.Kefasadan ini semua sudah tidak dipandang jelek oleh masyarakat sekeliling.Atas dasar itu jugalah aku ingin mencuba.Sedangkan budak yang jauh lebih muda dari ku sudah pandai mencuba.

Daun pintu ditolak.Tersentak aku lantas terjaga dari lamunan khayalan yang panjang.Ustaz shah berada di sisi.Dia mengusap bahu ku.Aku terkedu sebentar.
‘Macam mana?Apa yang anta dah fikirkan?’ soal ustaz shah sambil berjalan menuju ke kerusinya.

‘ Ana merayu kat ustaz tolonglah jangan bawa perkara ini kepada pengetahuan ibu dan ayah ana. Itu sahaja yang amat ana harapkan.Yang selebihnya ana serahkan kepada ustaz.’Sekali lagi aku merayu kepada ustaz dengan nada yang meruntun.Aku sudah memikirkan segalanya.Apa yang akan berlaku sekiranya ibu dan ayah tahu dan apa yang akan aku lakukan sekiranya ibu dan ayah tidak tahu.

‘kenapa anta buat semua benda ni Dan?’ nada ustaz sedikit turun dan digauli bersama nada kesal. sambil menunggu jawapan dariku dia mengemas beberapa helai kertas yang berselerak di atas mejanya.’ Semuanya sebab nafsu,ustaz. Itu sahaja yang mampu ana katakan.’Terdiam.

‘Dengan nafsu anta kalah? Mana anta letak al-Quran anta?mana anta letak tuhan anta?’bertubi-tubi soalan muhasabah ditujukan padaku.bukan untuk dijawab secara lisan tetapi sekadar untuk membawa kepada daerah muhasabah. ‘perjalanan dakwah dan tarbiyah anta langsung tak membatu dalam menangkis ujian-ujian sebegini ke? Ana kenal anta sebagai seorang yang sangat patuh dan teguh dalam tarbiyah.Sampaikan satu masa anta telah menjadi harapan sekolah untuk memegang tampuk kepimpinan sekolah suatu hari nanti.Ini semua kerana akhlak dan komitmen anta kepada Islam yang anta tonjolkan selama ini. Apa yang sudah terjadi sebenarnya Danish?’ setiap bait katanya bertenaga. Menyuntik ruh tajdid dalam setiap rongga diri aku.Itulah yang aku rasakan sekarang.

‘Ini semua nafsu ustaz. Ana nak cuba merasai kehidupan yang dihiasi kesenangan seperti remaja zaman sekarang. Mungkit sedikit kebosanan berbisik pada naluri tatkal menyusuri hidup sebagai seorang daie.Itu semua bisikan syaitan.’Aku tertunduk malu apabila membuat pengakuan sedemikian.Ustaz terus mendengar dengan tekun.Sesuatu bermain difikirannya.

‘Danish, nampaknya anta sedikit sebanyak sedang menuju menyembah gaya hidup hedonisnme.’Terkejut aku mendengar penyataan sedemikian lantas aku meningkah kata-kata ustaz.’ Itu semua dah lepas ustaz,ana dan insaf sepenuhnya dan ana berjanji tak akan mengulanginya lagi.’ Desak aku supaya ustaz tidak meneruskan kata-katanya yang kadang-kadang menyakitkan hati.

‘baiklah, walaupun anta sudah taubat dan insaf tapi perkara ini tetap perlu ana beritahu pada ibu dan ayah anta.’ Terkesima aku mendengar keputusan ustaz.Meremang bulu roma dan terus aku menggigil.Membayangkan natijah sekiranya perkara ini dibawa kepada pengetahuan ibu dan ayah.Aku terus menangis ketakutan.’Biar ana jelaskan dahulu mengapa ana takut yang amat apabila ustaz nak bagi tahu ibu dan ayah saya. Aku terus menceritakan secara terperinci apa yang aku lalui selama ini. Apa perancangan aku dan apa yang akan berlaku sekiranya mereka mengetahui perkara ini. Hampir dua jam masa berlalu.

‘Yang paling penting ialah mereka akan pindahkan ana dari sekolah ini. Dengan itu anadah tak dapat nak ikut tarbiyah sekolah ini.Ustaz kena mengambil kira kesan psikologi ke atas diri ana juga.Ana mungkin tidak dapat menerima kenyataan dan tidak mahu berubah bahkan mungkin menjadi lebih teruk.Semoga dengan masih ana besekolah di sini ana dapat bina semula diri ana yang sudah jatuh tersungkur sebegini.’Satu- satu perkataan aku susun dengan jelas supaya ustaz dapat menerima setiap kata-kataku dan menghadam dengan sebaiknya.

‘Baiklah, setelah ana berfikir maka ana memutuskan bahawa ana tidak akan memaklumkan perkara ini kepada ayah dan ibu anta.Namun ana tidak akan melepaskan anta begitu sahaja tetapi kita mesti ada perjanjian.’ Terpempan aku mendengar keputusan tersebut. Setiap bait kata-kata tadi bergema merdu di setiap pelosok ruang telinga. Satu suara yang indah dan satu keputusan yang penuh hikmah.

‘anta kena angkat sumpah dengan ana yang anta tidak akan mengulangi lagi apa yang telah anta lakukan ini. Angggap ketelanjuran ini sebagai satu pengajaran yang besar dalam hidup anta.’Tenang dia bertutur sambil tangan kanannya mencapai dan membuka salah sebuah laci di mejanya.Sebuah mikrofon kecil dibawa keluar dari laci tersebut lantas dipasang pada komputer riba yang sedang berada dihadapan ustaz.
‘anta ikut setiap kata-kata ana ini dan ana akan rakam untuk menjadi bukti yang anta sudah bertaubat dan insaf.’ Paparan ‘voice recorder’ sudah bersedia di skrin lcd computer. Butang rakam ditekan.

‘Dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengampun, saya Muhammad Aiman Danish bin Khairuddin dengan ini bersumpah tidak akan merokok, menjalinkan hubungan antara bukan mahram yang terlarang, dan bermacam-macam lagi kefasadan yang saya telah lakukan selama ini. Sekiranya saya melanggar sumpah ini, saya berhak untuk mendapat laknat dari Allah.wallahi, wabillahi, watallahi.’

Tersedar aku dari lena yang panjang. Telah juga aku sedar bahawa selama ini aku telah menghancurkan harapan kedua ibu bapa, keluarga, sahabat bahkan ummat islam sekalian. Aku faham bahawa aku telah memadamkan mimpi ummah kepada seorang mukmin yang benar-benar mukmin pada hidupnya. Setiap bait sumpah tadi menjadi saksi aku telah terjaga dari lena.

Saat melafazkan sumpah tadi kenangan lalu kembali terimbau lantas secara tiba- tiba hilang di celah ingatan. Segalanya hanya tinggal kenangan,kenangan hitam yang banyak mengajar erti kehidupan.

Sebelum habis lafaz sumpah kurasakan air mata ku sudah hangat bertakung.Hanya tunggu masa untuk jatuh membasahi pipi.Namun akhirnya gugur jua titisan jernih itu membasahi pipiku.Air mata yang luar biasa.Bukan jatuhnya kerana takut pada bencana tetapi jatuh mengalir atas nilai keinsafan dan ketaqwaan pada Yang Esa.Pertama kali ia mengalir atas dasar suci ini. Kubiarkan ini mengalir dan terus mengalir membasahi bumi kerana aku berharap semoga jatuhnya air ini mampu membasahi seterusnya menggilap kembali hati seorang permata ummah yang telah dinodai. TAMAT
Read more...

Saturday, July 24, 2010

Cerita Padang Pasir

Terkelip-kelip matanya. Cuaca pada hari ini panasnya luar biasa. Tambahan pula dengan rebut pasir yang sedang melanda. Penduduk Tanta sudah tidak keluar dari rumah. Tingkap dan pintu rumah masing-masing sudah ditutup rapat-rapat supaya bahang di luar tidak dapat menyerbu masuk. Siapa yang keluar pada cuaca sebegini semestinya gila atau sememangnya ada urusan yang amat penting dan tidak dapat ditangguhkan. Namun semua ini mesti aku lawan. Ada benda yang amat penting dan tidak dapat ditangguhkan.


Lantas aku menyarung baju yang ala kadar tetapi bersih dan kemas. Sesegera mungkin aku bersiap supaya aku dapat tiba pada watunya. Aku tidak mahu lewat. Aku mahu menunjukkan sikap aku yang sememangnya bersungguh-sungguh dalam mengejar ilmu. Botol air masak yang berada di atas meja ruang tamu itu aku capai dan masukkan kedalam beg galasku. Buka sahaja pintu apartmen aku terus aku menyarung cermit mata hitam. Rebut pasir sedang melanda dan siapa yang tidak memakai apa-apa pelindung mata maka itu hanya menempah pedihnya mata dimasuki pasir bumi subur ini.


Aku tiba pada masanya. Nasib baik, kalau tidak pasti aku akan dimarahi dan tidak disenangi oleh Sheikh Abdullah. Ruang solat masjid itu sudah sesak dipenuhi oleh anak-anak murid Sheikh Abdullah. Merak yang menuntut ilmu dengan sheikh Abdullah bukan calang-calang orang. Boleh kira kesemuanya ulama-ulama besar di bumi subur ini. Anak murid yang menuntut pada guru yang hebat maka hasilnya juga hebat. Aku rasakan akulah yang paling jahil di antara manusia-manusia yang sedang memenuhi Masjid Umar ini.


Hebatnya dan tingginya ilmu Sheikh Abdullah memang diakui oleh seluruh ulama seluruh dunia. Tiga generasi anak muridnya kesemuanya digelarkan Sheikh. Ini bermaksud anak murid kepada anak muridnya juga akan mendapat gelaran Sheikh oleh masyarakat sekeliling walaupun dia tidak bertalqi ilmu secara terus dari Sheikh Abdullah. Gelaran Sheikh bukanlah gelaran yang biasa tetapi ia merupakan sanjungan pada seseornag yang mempunyai banyak pengalaman dan luasnya ilmu dia. Inilah bukti kehebatan ilmunya yang turun kepada orang-orang yang menuntut darinya dengan ikhlas. Aku berasa amat beruntung kerana dapat tergolong antara anak muridnya. Alhamdulillah…


Tahun ini merupkan tahun terakhir aku di bumi subur ini. Pasti akanku rindu setiap detik di bumi ilmu ini. Sepanjang pengajian aku di bumi ini pelbagai-bagai ilmu aku dapat. Tidak kurang juga dengan warna warni pengalaman yang terus mencorak kehidupan aku. Suasana ilmu di sini tiada di Negara aku. Di sini orang berebut-rebut untuk menuntut ilmu dan membuat kebaikan. Di Negara aku remaja sebaya aku masih lagi seronok dibuai mimpi. Lalai,lalai dan terus lalai. Inilah tahun keenam yang juga merupakan tahun terakhir aku di sini. Sebak hati bila memikirkannya.


“ Adam, ana rasa sebelum ana nak pulang ke tanah air ana, ana nak pergi mengerjakan haji dan umrah dulu. Apa pendapat anta?” Aku menyatakan hajat aku kepada teman baik aku,Adam. Dia merupakan orang arab dari Madinah. Sepanjang aku berada di sini dialah teman paling rapat dengan aku. Sebenarnya sudah lama aku berhajat untuk pergi menunaikan haji dan umrah di Mekkah tapi idea aku pada kali ini agak istimewa.


"Kita buat rombongan haji kita sendiri. Kita pergi dengan Sheikh Abdullah sekali. Ana teringin nak belanja dia pergi haji memandangkan ni tahun terakhir ana. Ana rancang kita bulan depan. Lepas asar ni anta teman ana jumpa sheikh Abdullah untuk menyatakan hajat ana ni tau.” Suasana di dalam masjid sunyi. Ramai manusia di dalamnya tetapi semua sedang buat kerja masing-masing. Aku dan Adam sedang berada di penjuru belah kanan masjid. Adam setuju untuk menemani aku petang ini. Aku terus menyelak muka surat al-quran pada muka surat yang aku berhenti tadi. Ayat-ayat suci itu terus bergema di setiap pelosok Masjid Umar.


Aku amat terharu dan gembira apabila Sheikh Abdullah bersetuju dengan cadangan aku tetang rombongan haji itu. Memang rezeki kerana pada waktu itu sheikh tiada apa-apa agenda dan dia dapat menyertai kami.
Sepuluh buah kereta kelihatan konvoi bersama. Yang mengetuai konvoi ini ialah Umar iaitu senior kami. Sheikh Abdullah berada di dalam sebuah kereta Toyota model 60-an yang berada pada kedudukan yang keempat dari hadapan. Kami menganggar kami akan tiba ke tanah suci dalam masa 10 hari. Perjalanan kami ini amatlah bernilai kerana kami dapat bersama-sama musafir bersama sheikh Abdullah. Setiap kali berhenti untuk menghilangkan penat lelah dan mengisi perut pasti akan dituruti dengan pengisian rohani.


Pertama kali aku mengadap ka’abah membuatkan aku terus hilang dari alam nyata. Tiada kata yang mampu membawa erti rasa perasaan ini. Damai. Aman. Bahagia. Segala-galanya di situ.” Ya-Allah, janganlah Engkau palingkan aku dari-Mu setelah engkau memberi hidayah kepadaku. Bahagianya hidup aku berada dalam dakapan kasih sayang-Mu. Aku tidak mahu kehilangan nikmat ini buat selamanya. Berikan lah hidayah kepada orang di sekeliling aku dan mereka yang aku kasihi dan tetapkanlah iman itu dalam hati kami semua Ya-Allah.” Aku boleh katakan bahawa setiap saat aku di sana tiada henti aku menitiskan air mata. air mata taubat, air mata insaf, air mata gembira. Disinilah pelbagai jenis air mata yang pelbagai makna menitis membasahi bumi. Nikmat iman itu sungguh dirasai…


Kami menetap di tanah suci itu selama 40 hari. Pelbagai aktiviti dan amal kami telah lakukan di sana. Seperti biasa, dimana ada disitu membawa manfaat. Seperti hujan. Sheikh Abdullah tidak pernah lepas dari perhatian umat manusia di tanah suci. Walaupun hanya berkunjung sebentar namun telah mendapat jemputan untuk memenuhi majlis-majlis ilmu di sekitar tanah haram. Kami anak-anak murid dia tidak pernah melepaskan peluang untuk turut mengikuti memenuhi panggilan itu. Terus menyeluk ilmu dari gudang ilmu.


Selesai ibadah dan urusan kami di Mekkah. Kami masing-masing perlu pulang segera ke tanah subur mesir untuk urusan masing-masing. Seperti sebelumnya kami pulang bersama,konvoi. Aku terasa amat berat sebenarnya untuk menonggalkan tanah arab. Siapa yang rasa gembira meninggalkan tanah haram ini. Setiap insan yang pernah datang ke sini pasti akan merinduinya. Keyakinan pada Allah kian menebal dan terus bertekad untuk mengabdikan diri pada-Nya selamanya. Semua pulang dengan perasaan seorang hamba yang hebat. Hidup untuk Dia.


Dalam perjalan pulang itu kami telah melalui sebuah perkampungan arab kristian. Kampung itu sungguh cantik namun sayangnya hidayah Allah tidak turun di situ kerana hakikatnya cantik diluar namun isi kesemuanya kufur pada Dia.”Ya-Allah Engkau turunkanlah kasih sayang dan hidayahmu pada mereka yang tidak mengerti ini.” Hanya itu yang aku mampu lakukan. Mohon Dia perkenankan permintaanku.


Tiba-tiba kelihatan seorang tua keluar dari rumahnya dan pergi ke halaman belakang rumahnya. Di situ terdapat sebuah kandang babi. Orang tua tersebut meluru ke arah kandang itu lantas memberi makan babi-babi peliharaannya itu. Peristiwa itu telah dilihat oleh kami dan juga Sheikh Abdullah. Tiba-tiba Sheikh Abdullah bersuara,
“Ya-Allah, betapa hinanya orang tua itu. Sudahlah syirik dan kufur kepada-Mu bahkan dalam masa yang sama sedang memberi makan pada babi peliharaannya..” Sheikh Abdullah tiba-tiba bersuara. Mukanya tergambar sedikit kekesalan atas peristiwa yang sedang berlaku dihadapan kami semua itu. Lantas kami semua berdoa sendiri di dalam hati agar di jauhkan dari perkara tersebut berlaku ke atas kami.


Sesaat kami terus sambung perjalan kami tiba-tiba Sheikh Abdullah berhenti. Kelihatan seorang gadis yang amt jelita baru keluar dari rumahnya. Rupa gadis itu amat cantik dan anggun. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan tertawan dan jatuh cinta.”Demi Allah aku tidak pernah melihat ciptaan-Nya yang seindah ini.” Kata-kata itu terpacul secara spontan dari mulut sheikh Abdullah. Anak- anajk muridnya terdiam kehairanan. Kami mengajak Sheikh untuk terus menyambung perjalanan. Dia menolak.” Antum semua balklah dahulu. Saya ingin mnyelesaikan urusan saya terlebih dahulu. Kami hanya menuruti perintah Sheikh Abdullah.


Sheikh terus menuju kea rah gadis jelitawan tersebut. Tanpa berfikir panjang “ Demi Allah aku sudah terpikat dengan engkau. Sudikah engkau mengahwini aku?” Gadis itu agak terkejut.” Kalu benar niat kamu itu ayuh bertemu dengan bapaku dan kita berbincang dengannya. Sheikh Abdullah bersetuju dan terus mengikut langkah gadis di hadapannya itu. Rupa-rupanya orang tua yang sedang memberi makan kepada babi sebentar tadi merupakan bapa gadis tersebut.


“ Saya ingin mengahwini anak encik. Izinkan saya.” Orang tua itu tenang. Wajahnya sekarang sedang bertentangan dengan sheikh Abdullah.” Aku akan bersetuju dengan dua syarat. Jika engkau bersetuju dengan syarat ini maka aku pun akan bersetuu untuk mengahwinkan anak aku dengan engkau.” “ Katakanlah sahaja syaratmu itu.”


“ Yang pertama kamu harus mengetahui bahawa kami semua beragama kristian. Sekiranya engkau benar mahu mengahwini anak aku maka kamu perlu memasuki agama kami.” Tanpa berfikir Sheikh tersebut bersetuju. Maka murtadlah Sheikh Abdullah dari agama islam.


“ Yang kedua ialah selepas engkau mengahwini anakku maka engkau perlu menggantikan tempat aku untuk memberi makan kepada babi-babi peliharaan kami setiap hari.” Sedangkan keluar dari agama islam dia persetujui sudah pasti syarat kedua ini akan juga Sheikh Abdullah setuju. Maka berkahwinlah gadis tersebut dengan Sheikh Abdullah. Tersungkur seorang ulama besar di bawah kaki seorang wanita kristian.


Pemergian Sheikh Abdullah yang begitu lama amat membimbangkan anak-anak muridnya. Setela hsepurnama berlalu kami mengambil keputusan untuk pergi ke perkampungan kristian itu semula. Kami amat terkejut apabila mendapati pada pagi hari itu sheikh Abdullah keluar dan dia yang memberi babi-babi itu makan. Semua anak-murid terkesima apabila melihat peristiwa itu. Masing-masing tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku.


Kami terus berjalan menuju sheikh Abdullah. Kelihatan mukanya pada ketika itu tidak gembira dan tidak berseri seperti biasa. Hilang cahaya iman yang sebelum ini menjadi make-up hariannya. “Sheikh, apa yang sudah berlaku sebenarnya?” salah seorang dari kami bertanya kepada Sheikh Abdullah. Kami semua sudah tidak dapat menahan sebak di dada. Setiap orang sudah menitiskan air mata masing-masing. Takutkan azab Allah. Minta jauh dari malapetaka sebegini.


“ Ucapkan semula syahadat itu. Kembalilah kepada Islam. Bertaubatlah Sheikh.” Kami terus merayu dan mengajak sheikh Abdullah supaya kembali kepada pangkuan rahmat Allah. Pagi itu merupakan hari yang paling teruk dalam hidup aku. Guru aku yang juga merupakan ulama besar yang terkenal telah murtad dari islam dan memberi makan kepada babi. Peristiwa ini berlaku secara langsung di hadapan saya. Ya Allah…


“ Aku ingin kembali kepada islam tetap aku tidak boleh…” itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Sheikh Abdullah. Mukanya penuh dengan kekesalan. Para muridnya terus tertanya-tanya mengapa tidak boleh. Barangkali hidayah allah itu sudah jauh lari dari hati guru mereka. “ Ya-Allah, engkaulah yang maha penyayang. Berila hidayah kepada guru kami ini. Kami merayu pada-Mu. Ya-Fattah engkau bukakanlah kembali pintu hatinya.” Bersungguh-sungguh mereka berdoa setelah selesai mendirikan solat hajat bersama. Pedih mata memandang lagi perit hati merasa.


Setelah setahun berlalu, kami kembali kepada perkampungan itu untuk melihat keadaan sheikh Abdullah. Kami tidak dapat menangkap kelibat sheikh Abdullah pada pagi itu. Pada kebiasaannya beliau akan memberi makan kepada babi-babi di belakang rumah nya pada waktu sebegini. Dia tidak ada lagi di situ. Tiba-tiba, “ Assalamualaikum..” kedengaran salam dari arah belakang kami. Apabila kami berpaling, kelihatan sheikh Abdullah sedang berada di belakang kami. Dialah yang telah memberi salam seketika tadi. Kami berasa amat gembira kerana beritanya bahawa Sheikh Abdullah sudah kembali kepada Islam.


“Allahuakbar.. Allahuakbar..Allahuakbar…” Takbir bergema dengan kuat. Suara takbir itu tersebar ke seluruh kampung itu. Kami berpeluk-pelukan tanda syukur pada yang Esa. Lantas kami semua sujud meletakkan kepala pada tanah tanda syurur. Memang benar hidayah itu milik Dia. Tidak kira siapa Dia mampu untuk menarik nikmat terbesar itu.
“Ya-allah, engkaulah yang memegang hati-hati kami. Maka tetapkanlah hati kami padu-Mu, agama-Mu, ketaatan pada-Mu dan atas jalan dakwahmu.” Amin……

Moral of this story…
1) Jangan pandang hina kepada sesiapapun walaupun seorang kafir musyrik. Allah akan menghina dia kembali.
2) Sentiasa doakanhidayah kepada diri sendiri dan orang lain.
3) Hidayah itu memang milik Allah.
4) Allah itu maha penyayang.


p/s: cerita ini diambil dari kisah benar Cuma ditukarkan kepada versi cerpen dan watak di dalam cerpen ini tiada kaitan dengan sesiapa. Rekaa semata-mata. Pengajaran itu yang penting.=)
Read more...

Thursday, July 22, 2010

16 MEI

Matanya terus khusyuk tertumpu pada skrin komputer berjenama Dell bersaiz 24 inci itu. Hanya sesekali matanya berkelip apabila matanya terlalu kering dan pedih kerana terlalu tumpu pada skrin tersebut. Jari jemari kasar itu terus laju berlari di atas papan kekunci. Ruang itu hanya dihiasi bunyi yang keluar hasil dari jari yang menekan butang-butang yang tertera huruf di papan kekunci itu. Dia berhenti seketika. Mungkin kerana terlalu letih dan perlukan rehat kilat supaya konsentrasi itu dapat kembali bersama.

Gelas mug yang tertera tulisan ‘reunion batch 3’ cepat dicapai. Masih berasap isinya. Sebelum dia menghirup perlahan, dia menarik nafas dalam-dalam dan lepaskannya perlahan. “ahhh…” tiada yang mampu ramal isi di sebalik bunyi itu. Mengeluh? Barangkali ada sesuatu yang lebih besar sekiranya terus diamati teliti raut wajah itu. Ada perkara yang tidak kena. Danial terus menghadap skrin itu semula. Sesaat kemudian tertunduk dan terus tersandar pada kerusi yang empuk itu semula. Ada sesuatu yang mengganggu ruang fikirannya.

Empat tahun lalu….

“Bangun…” ketua kelas berdiri dan memberi arahan agar semua orang turut berdiri. Seorang lelaki berbadan agak besar dan tinggi sederhana melangkah masuk.”Assalamualaikum cikgu..” dari berpuluh-puluh kotak suara, suara berpadu dan hanya menjadi satu bunyi yang padu. Cikgu tadi terus melangkah dan berpusing-pusing seluruh kelas. Meneliti setiap susuk muridnya. Sampai sahaja di barisan belakang sekali dia terhenti seketika dan matanya terus melirik pada salah seorang muridnya yang berada di tengah-tengah antara tiga pelajar.

“ Kesian awak kan? Miskin sangat mak ayah awak sampai tak mampu beli kasut untuk awak. Pakai selipar je. Kesian-kesian.” Tanpa berlapik terus dia tegur Danial yang sedang memakai selipar. “ Cikgu, jangan salah faham. Kasut saya kena curi pagi tadi.” Terkial-kial Danial menjawab kembali teguran cikgu Fauzi tadi. Siapa yang mahu dipersalahkan sekiranya tindakan itu pada dasarnya bukan atas kesalahanya. Seisi kelas mula sedari yang muka Danial sudah mula merah kemerahan. Siapa yang tidak kenal Danial dengan sikap panas barannya. Namun balas pertahanannya sebentar tadi tidak diendahkan langsung oleh cikgunya itu.

“ Sumpah aku bengang giler dengan mamat gemuk pendek tu. Sesedap mulut dia je nak sound aku macam tu. Macam la dah berbilion kali aku tak pakai kasut pergi ke kelas. Ini adalah pertama kali aku pakai selipar pergi kelas. Aku tak puas hati dengan dia!!!” pelbagai sumpah seranah terus meluncur laju keluar dari mulut Danial. Isi hatinya itu terus diluahkan kepada kawan baiknya,Adam. Peristiwa pagi tadi memang suatu yang amat memalukan dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai. Sebelum ini hubungan antara Danial dan cikgu Fauzi tiada masalah. Kejadian 16 mei itu terus membara.

“Danial, aku rasa kau lupakan ajelah peristiwa tadi. Tak guna pon kau nak berdendam dengan cikgu sendiri. Ada jugak yang ilmu dia kat kau yang dia tak redha.” Adam kurang bersetuju dengan pendirian Danial. Dia terus menasihati kawan baiknya itu. Namun semua itu ibarat masuk telinga kanan dan keluar di telinga kiri. Syaitan terus menguasai diri Danial.

Danial masih ingat lagi peristiwa 16 mei itu. Hari dimana mengubah haluan hidupnya. Pertembungan yang mengorbankan satu ikatan yang tiada masalah pada awalnya. Mencetus bara permusuhan antara insan. Namun bukan antara dua insan yang saling benci membenci tetapi seorang insan membenci cikgunya tanpa pengetahuan cikgunya itu. Persengketaan itu terus melarat. Agaknya peristiwa 16 mei inilah yang seringkali mengganggu hidup Danial.

Hari ini hari jumaat. Ini membawa maksud bahawa subjek pertama kelas pada pagi ini ialah bahasa melayu dan ini juga membawa erti bahawa muka cikgu Fauzi ialah muka pertama yang akan melangkah masuk ke kelas 4 Anggun. “what a s**k day” getus hati Danial. Dalam diari hidupnya semenjak peristiwa 16 mei itu, hari jumaat merupakan hari yang paling malang dan membosankan. Ada pepatah arab yang mengatakan ‘ futur selepas berusaha adalah berpunca dari permulaan yang teruk” maka pada setiap hari jumaat Danial akan mengklasifikasikan subjek bahasa melayu atau lebih tepat muka cikgu Fauzi sebagi permulaan yang teruk. Hari jumaat akan terus di lalui dengan bayangan wajah cikgu Fauzi yang menjengkelkan.

“Danial, kamu sihat?” Ramah cikgu fauzi menyapa Danial pagi itu. Namun Danial terus melakukan kerja sendiri tanpa mengendahkan sapaan cikgu bahasa melayunya itu. Pada tafsiran pihak Danial, Danial menyangka yang cikgu Fauzi tidak menyukainya kerana teguran yang amat pedas yang di lemparkan oleh cikgu tempoh hari namun dalam masa yang sama cikgu Fauzi langsung tidak bermaksud sedemikian. Cikgu Fauzi juga tidak mengetahui bahawa Danial tidak menyukainya. Salah faham.

“Cikgu, saya bawakan air untuk cikgu. Saya nak minta maaf kalau cikgu ada terasa hati dengan kelakuan saya.” Danial menghulurkan segelas air kepada cikgu Fauzi. Kepalanya menghadap ke lantai kerana takut untuk bertentangan mata dengan cikgu Fauzi.

“Alahai, susah-susah kamu aje ambilkan air untuk cikgu. Cikgu tak pernah terasa hati dengan kamu pun. Kalau ada pun cikgu sudah memaafkan.” Tangan cikgu Fauzi terus menyambut gelas yang dihulurkan oleh Danial sebentar tadi.

Danial ketawa terbahak-bahak di tempat duduknya. Sedaya upaya dia menahan ketawanya agar tidak didengari seisi kelas. Merah padam mukanya kerana ketawa yang keterlaluan. Puas sungguh hatinya. Hari ini hari Danial.

Genap sepuluh minit masa berlalu untuk kelas bahasa melayu pada pagi itu, cikgu Fauzi tergopoh gapah meminta diri dan berlalu keluar dari kelas. Pada gayanya seperti ada kecemasan yang amat mencemaskan. Kecemasan itu turut dirasai oleh seisi kelas. Semua tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Tersenyum lebar hati Danial pada masa itu. Hanya dia yang mampu rasai senyuman itu. Memang mencemaskan.”HAHA….”

Tanpa pengetahuan sesiapa, sepaket julap yang telah dibeli oleh Danial di kedai berdekatan dengan rumahnya pada hari sebelumnya telah dia campurkan kedalam air yang telah dia hulurkan kepada cikgu Fauzi pagi tadi.

“Rasakan kau cikgu, hari itu aku sakit hati dan hari ini kau sakit perut. Selamba mak bapak kau je nak libatkan mak ayah aku dalam hal aku tempoh hari.” Puas hati Danial dapat kenakan cikgu Fauzi pagi itu. Dia terus bermonolog sendiri. Peristiwa 16 mei itu amat menyakitkan hatinya. Danial anak yatim. Ayahnya telah meninggal dunia semenjak dia kecil lagi dan selama itu dia dibesarkan oleh ibunya. Masakan dia tidak sakit hati apabila mak dan ayahnya dilibatkan bersama dalam dialog kata cikgu Fauzi tempoh hari. ‘Terlajak perahu dapat diundur kembali tetapi terlajak kata binasa’. Giginya digetap kemas. Geram.

Danial merupakan pelajar yang amat cemerlang di dalam batchnya. Setiap kali peperiksaan,beliau antara lima pelajar cemerlang dalam batch. Walaupun berasal dari keluarga yang agak susah namun semangat itulah yang mendorong dia untuk terus berjaya. Dia masih termenenung sendiri. Ada sesuatu yang dia rasakan tidak betul pada hari ini. Dia tidak sedap hati.

Sehingga ke hari ini cikgu Fauzi tidak mengetahui angkara siapa perbuatan aniaya tempoh hari. Justeru itu dia juga tidak mengetahui apakah yang terpendam di lubuk hati danial. Harinya berlalu seperti biasa. Pernah juga dia disuruh oleh rakan-rakan gurunya untuk menyiasat tentang perkara tersebut tetapi dia menolak dan hanya menganggap perkara tersebut bukan perkara khianat. Itu mungkin kerana dia tersalah makan pagi itu. Pelik juga cikgu Fauzi ni, dah sakit perut tak ingat masih menyangka salah makan.

Semalam sekolah gempar lagi dengan kes baru. Dah semacam ada konspirasi besar-besaran yang terlindung kat sekolah ni. Cikgu Fauzi sekali lagi dikenakan. Tetapi kali ini dengan cara yang lebih baik namun cara itu amat ganjil dan menimbulkan persoalan di kalangan pelajar dam guru-guru. Apakah motif sebenar semua perkara ini?

‘UNTUK DIJUAL.15K. SILA HUBUNGI 012-3456789’

Kertas manila yang dilipat kemas berbentuk tiga segi diletakkan di atas bumbung kereta cikgu Fauzi. Sebuah Kereta Mitsubishi Lancer berwarna merah terparkir kemas di bahu jalan. Kebetulan hari ini cikgu Fauzi meletakkan keretanya di luar kawasan sekolah kerana hari ini dia lewat tiba ke sekolah dan kawasan parkir di dalam kawasan sekolah sudah pun penuh. Peluang ini tidak disia-siakan oleh Danial.

“Maafkan saya, saya tidak berniat untuk menjual kereta saya pun.’

“Maaf, itu cuma salah faham. Ada masalah teknikal tadi. Saya tidak mahu jual kereta saya pun.”

Hari itu cikgu Fauzi menerima berpuluh-puluh panggilan telefon. Siapa yang tidak mahu membeli Mitsubishi lancer tahun 2005 pada harga 15 ribu ringgit. Berebut-rebut orang menghubungi cikgu Fauzi untuk berunding. Habis masa cikgu Fauzi. Hari itu hari dia menjadi operator telefon. Kerjanya hanya menjawab panggilan telefon. Danial puas.

Kejadian itu sedikit sebanyak menimbulkan curiga cikgu Fauzi kepada Danial. Dia masih tidak mahu bertindak kerana dia tidak mempunyai bukti yang danial yang lakukan perbuatan itu. Sebagai cikgu yang dedikasi dan berintegriti dia perlulah menyiasat terlebih dahulu. Lebih baik tersalah maaf dari tersalah hukum. Dia masih tidak dapat menghidu dendam kesumat yang sudah subur dibaja di hati danial.

Danial tersenyum seorang. Peristiwa itu sekiranya difikirkan semula sememangnya agak lucu. Apa punya cara aniaya dia guna masa itu. Tampal notis ‘untuk dijual’. Kesian juga cikgu Fauzi masa itu. Tidak cukup tangan menjawab panggilan. Itu satu hal, kesian juga kepada pembeli-pembeli yang berminat. Habis kredit mereka menelefon cikgu Fauzi. Cawan Mug itu di tarik rapat ke bibirnya. Sudah tidak berasap. Masa terus berlari.

Setelah bertungkus lumus belajar bermati-matian akhirnya danial berjaya mendapat straight A’s untuk trial SPM. Walaupun dia agak nakal dan sangat aktif dalam kolkurikulum namun dia tidak lupa untuk belajar bersungguh-sungguh. Keputusan itu amat membanggakan ibunya di kampung.

Cikgu Fauzi datang menghampiri. Danial tidak selesa dan tidak suka.

“Tahniah Danial, jadikan keputusan ini sebagai kamu punya bahan ransangan untuk terus berusaha. Jangan pula kamu rasa selesa dengan keputusan percubaan SPM kamu ni.” Tersenyum manis cikgu Fauzi kepada Danial. Danial masam.” Apahal mamat ni bajet baik dengan aku ni. Rimas giler…” Danial terus bermonolog sendiri.

Senyuman cikgu Fauzi tempoh hari terus terngiang-ngiang ruang minda Danial. Dia masih gagal menafsir maksud disebalik senyuman itu. Syaitan terus memainkan peranan. Hasutan demi hasut bertubi-tubi tiba.” Dia perli kau tu.” “Dia cabar kau tu.” “Dia senyum sebab nak buat kau sakit hati tu. Dia peril sebab kau anak miskin tapi boleh berjaya.”

“Arghhh…..” Danial sudah tidak keruan. Bertarung dengan prasangka sendiri. Ego terus menguasai diri. Syaitan mengambil peluang memecah belahkan anak-anak adam. Salah faham berterusan.

Setiap tingkah laku Cikgu Fauzi dirasakan salah. Ada sahaja yang tidak kena dan tidak serasi dengan dirinya. Memang syaitan dah kuasai diri. Ada sahaja yang dia tidak puas hati dengan cikgunya itu. Hari ini dia bertekad untuk membuat jahat yang lebih dahsyat bagi memuaskan dan mengubat hatinya yang sakit.

Hari ini sudah dua bulan cikgu Fauzi terlantar di hospital. Dia telah mengalami kecederaan yang parah pada kemalangan dua bulan lepas. Cermin hadapan Lancer kesayangan cikgu fauzi pecah secara tiba-tiba ketika dia memandu. Dia hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.BAAAMM…..

Danial meletakkan sebiji gula-gula Hacks yang sedikit basah pada bahagian hujung sebelah kanan cermin hadapan kereta cikgu Fauzi. Matahari pada tengah hari itu cukup terik. Keadaan ini secara langsung membantu operasi danial pada hari ini. Dalam masa beberapa jam lagi cermin kereta cikgu Fauzi akan pecah. Ilmu ini dia dapat dari senior dia pada tingkatan satu lagi. Hari ini dia cuba untuk mempraktikkan. Rasakan cikgu!!

Salah percaturan masa. Cermin pecah semasa cikgu dalam perjalanan pulang ke rumah. Kemalangan yang berlaku itu sebenarnya berpunca dari sebiji gula-gula Hacks itu. Hanya danial yang tahu punca sebenar. Pada awalnya dia agak kesal dan menyesal namun dendam tetap dendam. Akibatnya cikgu Fauzi terlantar di Hospital Serdang hampir dua bulan.

Keputusan SPM telah keluar. Danial melangkah dengan penuh yakin untuk mengambil keputusannya. Namun semuanya bertukar kelam. Suatu yang tidak di jangka.

” 12 A1 1E”

Hampir jatuh tersungkur danial pada ketika itu. Apa yang sudah terjadi dia tidak tahu dan yang pasti dia sudah gagal dalam mata pelajaran bahasa melayu. Segalanya sudah berlalu. Tiada apa yang mampu berputak kembali. Masa telah pergi jauh. Peperiksaan SPM sudaah lepas jauh dan yang dekat kini hanya keputusannya.”TIDAAAKKKK!!!” Danial meraung sekuat hati.

Danial tersentak. Pintu bilik di ketuk beberapa kali.”Masuk.” masuk melangkah seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an.” Encik Danial, ni ada sepucuk surat untuk encik.” Dia dating menghulurkan sepucuk surat yang berwarna putih.

Air matanya gugur berderai. Segala salah fahamnya selama ini kepada cikgu Fauzi hanya permainan syaitan sahaja. Dia tidak faham apa sebenarnya yang dia dendamkan selama ini. Apa yang cikgu Fauzi telah lakukan kepadanya selama ini sehingga dia menyimpan dendam seteruk itu. Apa maksud dendam itu pun dia tidak fahami. Yang dia tahu sakit hati dan balas dendam dengan sakiti cikgunya itu.

Kini dia sudah tahu segala-galanya. Cikgu Fauzi tidak pernah membencinya walau sedikit pun. Dia yang berprasangka buruk selama ini. Dia memang benar-benar menyesal. Kerana itulah dia gagal dalam subjek bahasa melayu. Tiada apa ilmu itu tanpa berkat guru. Semuanya sudah terlambat. Cikgu Fauzi sudah tiada.

Danial tidak tahu bahawa baru-baru ini cikgu Fauzi dikejarkan ke hospital. Dia mengalami implikasi yang teruk pada bahagian paru-parunya yang pernah tercedera pada satu kemalangan dulu yang sebenarnya direncana oleh anak muridnya sendiri. Rupa-rupanya kecederaan itu tidak sembuh sepenuhnya. Rasa menyesal it uterus menyelubungi seluruh tubuh Danial. Ini semua salah dia. Dia terus menangis teresak-esak.

Cikgu fauzi yang selama ini dia benci telah meninggal dunia kerana diri dia sendiri. Baru berumur 30-an cikgunya itu. Dendam buta menghancurkan masa depannya. Syaitan ketawa riang. Berpesta dan berparti atas kejayaan memecah belahkan cucu cicit Adam. Danial pula menyesal bukan kepalang. Itulah hakikat hidup ini. Beronak berduri. Yang baik boleh menjadi buruk di mata. Manakala yang buruk juga boleh dipandang baik. Tanpa panduan senang sangat manusia terus ditipu. Danial telah ditipu bisikan hatinya sendiri. Terjerumus dalam perangkap kebencian yang dicipta sendiri.

Sehingga ke petang pejabat itu terus dihiasi sesak nangis Danial. Penyesalan tiada guna. Hilang cikgu yang selama ini dibenci. Akibat itu gagal bahasa melayu dan tidak mendapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih jauh. Tiada guna dia terus menangis. Dia terus melakukan kerjanya sebagai kerani di syarikat DELLY holding. Petang itu dia terus ke rumah cikgu Fauzi namun semuanyahanya tinggal kenangan.


Read more...

Saturday, July 17, 2010

Indahnya Ujian

Pagi ini sungguh damai dan sedikit hangat. Mentari muncul membawa hangat yang membawa rahmat. Awan di langit tidaklah terlalu tebal tetapi hanya sekadarnya.
Angin penghujung musim sejuk terus membelai lembut pipi aku. Tidaklah terlalu sejuk jika nak dibandingkan dengan angin2 yang sudah menyapa tubuh aku sepanjang
musim sejuk tahun ini. Cuma pada hari ini nyaman angin itu sedikit istimewa dengan pancaran cahaya hangat dari sang mentari. Cahaya matahari itu menyapa sambil
membawa mesej kasih sayang dari penciptanya. Cukup selasa pagi ini. Kelihatan rahmat pagi ini turut juga dirasai oleh penduduk tempatan disini. Mereka sudah mula
menukar style pemakaian mereka. Dari elok seluruh tubuh dibalut kemas tanpa mendedahkan mana-mana bahagian terus kepada tersembul sana dan sini. Mungkin mata akan lebih selesa jika berada di musim sejuk berbanding musim lain. Apakan daya itulah kehidupan mereka yang berkulit putih berbahasa inggeris di sini.


Aku masih duduk di bangku yang bertentangan dengan kedai charity Porthwood. Mataku terus memerhati jalan yang kini mulai sibuk. Kadang-kadang melakukan rutin sebegini dinegara orang memang seronok kerana kita dapat belajar budaya orang tetapi kadang-kadang bahaya juga kerana tanpa diduga rindu pada tanah air turut akan menyerang.

"Bea, im already fed up with my work. baby rase nak berhijrah la. kita bina kehidupan yang lebih seronok. we start it again." aku merungut manja pada hubby kesayangan aku. Harap dia memahami keadaan aku. Stress sangat memandangkan keadaan suasana kerja aku sekarang yang memang teruk. Sudah hampir 5 tahun aku bekerja di sini namun masih tidak mendapat status tetap tapi terus menerus hidup dalam kepompong kontrak. Kontrak dan terus kontrak. Gelap masa depan dan tiada jaminan.vNak cakap aku ni tidak berkelayakan untuk mendapt jawatan tetap itu,aku sudah ada master. Mungkin inilah suratan hidupku yang sudah termaktub untuk aku terus tabah laluinya.

”Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to bella, happybirthday to you..” hampir hilang jantung aku luruh atas lantai porch hari tu. Mengikut penelitian aku selipar yang tersusun kemas di porch hanya ada satu iaitu bibik aku yang punya. Sekali masuk penuh satu rumah buat surprise kat aku. Memang tidak dijangka langsung. Rupa-rupanya hari ni birthday aku. Haru sungguh sampai hari lahir diri sendiri lupa. Inilah bahana kerja yang menggila kat pejabat sana. Kerja bertimbun macam apa je tapi status tetap masih tak bagi. Kejam.

”Bella, happy birthday. We always pray the best for you. Anything happen in our life ada hikmahnya. Kalau kita diuji dengan kesusahan mesti nanti ada sahaja kesenangan yang datang. He knows best. We always with you.” My abang kesayangan wish birthday kat aku dengan nasihat penguatnya. Dia menjadi salah satu sumber aspirasi dalam hidup aku. Walaupun kami pernah kehilangan kakak ipar pertama iaitu isterinya dalam satu kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu namun dia tempuhi dengan penuh tabah. Kuat sunguh abang aku ni. Aku baru diuji dengan ujian yang tidak seberapa ini pun sudah merungut macam ditimpa bala dahsyat. Bella oh bella.

Memang aku akui kehidupan aku sungguh warna warni. Aku mempunyai keluarga yang sangat bahagia. Tiada perkataan yang mampu untuk mengungkap dan mengangkat makna bahagia sebenar dalam keluarga aku. Setiap ujian yang datang terus mengikat dan merapatkan kami bersama. Wahai semua penduduk bumi, aku ada satu family yang wonderful and awesome. Selain itu aku ada seorang pendamping dan teman hidup yang sentiasa cheer up my life,my beloved hubby. Dialah yang bersama aku dalam apa-apa episode perjalanan hidup aku. My hubby comel, handsome, walaupun sedikit tembam tapi dialah yang paling hangat. Bak kata Taylor lautner kat Robet pattinson, ‘one thing u need to know is im hotter than you.” Itulah hubby aku,bukan setakat hotter tapi the hottest.haha..

Kebahagian inilah yang seringkali aku pertimbangkan. Sekiranya aku membuat penghijrahan ini,adakah aku akan hilang semua benda ini. Memang satu percaturan yang amat besar dalam perjalanan hidup aku ini.

“Bea, I dah tak tahan sangat, telinga ni dah panas sangat. Apatah lagi dengan hati ni bea. Sakit yang amat bila makcik-makcik kat luar sana sibuk dengan hal kita ini.” Aku sudah tidak tahan. Memang petang itu air mata aku mengalir laju deras menuruni pipi. Bukan buat kali pertama tetapi dah banyak kali, cuma pada hari ini amat-amatlah sakit.
Rasa macam nak lari ke ceruk-ceruk bumi ni dan bertapa. Lari dari dunia yang menyakitkan. Tengah hari tadi ada sedikit majlis di rumah aku dah ramai kawan-kawan mak aku hadir. Seperti biasa soalan yang menghantui aku adalah ‘bila kamu nak dapat anak ni ?’ Memang soalan nampaknya macam biasa tapi bagi aku ini memang satu penyiksaan jiwa dan raga. Kalau dah belum sampai masa dan rezeki nak buat macam mana. Pakailah teknologi macam mana pun memang tetap tak akan dapat anak. Faham ???!!

Ini lagi satu perkara yang menguatkan lagi tekad aku untuk berhijrah. Tiada siapa yang tahu tentang niat dan perancangan aku ini melainkan my hubby. Kami dah berbincang tentang perkara ini lama dahulu semenjak banyak masalah yang timbul ketika mengharungi kehidupan berumah tangga kami. Bukan masalah keretakan rumah tangga tapi masalah orang sekeliling yang menjadi masalah dalam hidup kami.

” Ya-Allah, engkau berilah kekuatan pada kami dan berilah petunjuk yang terbaik dalam mencari jalan keluar bagi semua masalah yang membelenggu hidup kami” Doa yang tidak pernah aku lupa bukan sahaja pada saat berteleku dalam telekung tetapi setiap masa. Kini aku sudah yakin dan bertekad untuk menyusun langkah aku ini dalam selangkah maju dalam episod kehidupan aku ni.

”Mama, kami dah bertekad akan berhijrah. Kami nak bina kehidupan baru kat sana. Mama redha kan?” My hubby dah membentangkan cadangan usul pada pagi itu dengan penuh yakin dan baik. Memang ada gaya seorang perdana menteri yang berjaya membentangkan usul di parlimen. Usul kita pada pagi ini ialah:
’KAMI PERLU BERHIJRAH KE UNITED KINGDOM’

Setelah beberapa lama berbincang dengan mama, mama hampir setuju tetapi agak keberatan untuk melepaskan kami. Maka sidang pada hari itu terus ditangguhkan dan akan dibincangkan dengan lebih serius dengan kehadiran seluruh ahli parlimen.

Aku sebenarnya amat berat untuk membuat keputusan ini memandangkan akan meninggalkan mama. Mama baru sahaja kehilangan abah dua tahun lepas dan sekarang mama bakal kehilangan kami. Bukan kehilangan abadi tetapi kehilangan sementara sahaja. Abah pergi meninggalkan kami apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya. Abang long iaitu abang ipar pertama aku turut terkorban bersama. Inilah antara perkara yang aku pertimbangkan. Emosi mama yang aku titik beratkan. Aku takuti pemergian aku ini akan memburukkan lagi keadaan mama.

” Jaga diri kamu elok-elok kat negara orang nanti.”

” Islam tetap pegangan utama dalam kehidupan.”

” Kakak selalu-selalulah telefon kami kat sini tau.”

” Baiklah semua, insyaallah bella tak akan lupa semua pesanan ni. Yang penting ialah doa dari korang semua.” Aku terus mengucup lembut dahi mama. Semoga pemergian aku ni penuh keberkatan dan diiringi keredhaan ibu tercinta.

Malam tu KLIA banjir. Kesian kat makcik yang mop lantai kena buat extra kerja. Adegan-adegan sedih pun berlaku dimana kaum hawa menangis berpeluk-pelukan manakala seperti biasa kaum adam akan senyum dan gelak-gelak perli. Yang penting malam itu merupakan antara episod paling bermakna dan tidak akan dilupakan dalam sejarah hidup aku. Satu lembaran baru sejarah tercipta. Satu langkah perubahan dicipta.

Kesilapan pertama yang kami lakukan ialah salah merancang perjalanan. Memang agak gila kerana pertama kali kami meninggalkan tanah air yang berada pada kebiasaan suhu khatulistiwa terus pergi ke negara orang putih pada kemuncak musim sejuk. Keluar sahaja pintu airport Heatrow, beku. Mana tangan dan mana kaki pun dah tak tahu kerana semuanya sudah beku. Dari suhu malaysia lingkungan 30 terus pergi ke -10. memang terkejut besar badan. Itu semua adalah pengalaman. Aku seronok kerana dari pengalaman seperti itulah aku banyak belajar dan terus membesar.

Kini sudah masuk tahun yang ketiga aku berada di negara orang putih ni. My hubby sudah hampir habis menulis tesis untuk PHD dia. Aku pula akan memulakan kelas untuk PHd aku bulan hadapan. Aku sudah serasi dengan kehidupan aku di bumi british ini. Mungkin kerana orang pertama yang menyambut kelahiran aku ke dunia ini ialah orang putih juga maka aku serasi dengan bumi mereka. Sebenarnya hijrah aku ini bukan hijrah yang biasa. Kami klasifikasikan hijrah ini sebagai kembali ke tanah kelahiran. Aku dan my hubby dilahirkan di tanah yang sama Cuma berlainan kawasan. Dia di Manchester manakala aku di London.

Kami lebih bahagia hidup di sini berbanding di malaysia. Namun perasaan rindu pada tanah air tetap tak dapat ditepis terus. Aku tetap rindukan tanah air terutama keluarga aku.

Pagi itu pagi bersejarah. Aku telah dimaklumkan bahawa aku sedang hamil 3 bulan. Gosh!! Aku sujud kesyukuran. Menitiskan air mata kegembiraan. Rupanya selama ini aku muntah-muntah loya adalah kerana aku sedang hamil. Memang rezeki datang melimpah di bumi orang ini. Aku tetap bersyukur dan tidak akan ku lupa untuk bersyukur pada-Nya.

Berita ini disambut hangat oleh keluarga aku di Malaysia. Mereka amat gembira apabila mengetahui aku sedang hamil. Salah satu impian dalam kehidupan rumah tangga aku bakal tercapai. Siapa yang tidak mahu hidup bahagia bersama keluarga. Bersantai di taman sambil anak-anak bermain gembira di halaman rumah. Oh, itu satu nikmat dunia yang indah. Gambaran itu sudah bermain-main di fikiran aku. Bahagianya aku.


Aku kini sudah berpindah rumah kerana ingin mencari rumah yang lebih besar memandangkan bilangan ahli keluarga kami akan bertambah. Satu bilik sederhana besar sudah siap terisi dengan perabut yang serba ringkas untuk menyambut ahli baru telah kami sediakan. My little angel yang dinanti-nantikan.

”Bea, kita nak bagi nama apa kat anak kita nanti?” Aku membuka bicara manja besama suami aku petang itu. Kami dimaklumkan kami bakal mendapat anak perempuan.”Bea nak bagi nama Aisya la. Sempena nama isteri rasullullah. Bea suka sangat dengan nama ni.” My hubby tersenyum sambil memberi cadangan itu. Memang my hubby happy sangat- sangat bila dapat berita ini. Kenapa? Dia gembira sebab aku gembira. Sweet hubby.

Hari ini aku kena pergi hospital untuk temu janji yang ke sekian kalinya. Minggu ini genap kandungan aku berusia enam bulan. Memang dah rasa pergerakan yang aktif dalam perut ni. Nak kata sepak terajang tidak juga sebab dia perempuan. Tak ayu lah kalau perempuan sepak terajang kan. Barangkali sedang main masak2 kot tapi masak2 versi extreme. Aku tersenyum bahagia setiap kali merasai pergerakannya walaupun kadangkala sakit.

My hubby sudah tidak terkata. Walaupun perit menerima tetapi masih maintain muka macho dia. Lelaki memang susah nak tunjuk muka sedih. Berita pagi tadi umpama musibah sebesar gunung yang jatuh menghimpap kami. Mungkin bukan gunung tapi planet zuhal dengan bulan-bulan dia sekali landing jatuh atas kami. Keadaan aku tidak perlu digambarkan lagi. Rebah pitam tatkala mendengar berita itu. Apabila sedar sahaja aku terus menangis tanpa henti. Aku hampir tidak dapat terima hakikat ini.

”Ya-Allah, sebegini sekali berat ujian engkau berikan pada kami. Kuatkanlah kami kerana kami takuti kami tidak mampu melalui ujian sebegini rupa.” Walau sebesar mana ujian dan musibah namun pertimbangan akal masih lagi tidak hilang. Yang pertama akan aku pergi mengadu ialah kepada Dia.

Aku kira cukup dengan ujian demi ujian yang aku terima di Malaysia dulu. Rupa-rupanya masih ada lagi ujian yang lebih berat yang perlu aku tempuhi. Anak dalam kandungan aku mempunyai masalah yang agak kritikal. Bukan masalah pada fizikal kerana berdasarkan pada ultra sound scan yang kami buat, nurse tu cakap anak kami lengkap fizikal dan cantik.Alhamdulillah. Masalah sekarang adalah masalah organ dalaman. Bukan masalah jantung berbentuk petak tetapi masalah susunan organ dalaman. Nama spesifiknya ialah Diaphragmatic Hernia.

Diaphragma anak aku mengalami sedikit masalah iaitu terdapat sedikit kebocoran atau terdapat lubang pada dinding diaphragma dia. Bahagian perut telah menceroboh bahagian paru-paru dan jantung maka posisi organ dalaman dia sekarang ialah jantung ke kanan dan perut menghimpit paru-paru sehingga mengganggu pekembangan normal organ dalaman anak aku. Memang kedengaran amat sukar dipercayai tetapi itulah ujian yang aku terima kala ini.

Aku lari ke negara orang ini kerana aku tidak tahan dengan mulut-mulut orang sekeliling aku yang menyoal tentang zuriat aku. Aku sudah tunggu hampir lima tahun untuk mendapat zuriat. Bella inginkan zuriat!! Jerit memberontak hati nurani ini. Kini aku hamil tetapi dengan ujian yang lebih berat. Aku terima semua ini kerana aku beriman bahawa apa yang terjadi tetap ada hikmahnya dan berkesudahan yang baik.
Anak aku perlu melalui pembedahan yang amat rumit apabila dia lahir ke dunia nanti. Susunan organ dalaman dia perlu diperbetulkan supaya organ-organ tersebut dapat berfungsi dengan normal. Maka hari yang di nanti-nantikan tiba iaitu hari aku akan bersalin.

” Bea, doakan untuk I dan baby kita, doakan apa yang terbaik untuk kita. Kalau kita tak ada rezeki maka kita tetap perlu redha dengan ketentuan-Nya. Maafkan I dan I love u hubby” Aku terus dibawa masuk ke emergency room di hospital Royal South Hampshire. Detik menunggu kelahiran terus dilalui dengan cemas.

Aku bangkit dari bangku dan terus berjalan sepanjang pekan porthwood itu. Sambil menghirup udara aku mengenang kembali kenangan-kenangan dalam kehidupan. Aku singgah sebentar di bank yang terletak bersebelahan dengan kedai bunga. Bank itu terletak di hujung simpang yang menuju ke rumah aku. Aku keluarkan sedikit wang untuk membeli bahan-bahan untuk aku masak tengah hari ini.

Kepulangan aku disambut oleh Aisya, Adam dan Sara. Aku kini sudah mempunyai tiga orang anak. Setiap kesusahan ada pengakhiran yang baik. Aku cukup yakin dengan itu. Pengalaman yang telah mengajar aku. Memang hidup ini tidak lari dari ujian dan musibah tetapi itulah hakikat kehidupan. Kita hidup untuk diuji.

Pembedahan yang dijalankan untuk menyelamatkan Aisya lima tahun lalu amatlah rumit dan memakan kos yang tinggi. Sekiranya pembedahan itu dijalankan di Malaysia, anggaran kosnya ialah sekitar 500 ribu ringgit malaysia. Percaturan tuhan itu amatlah cantik. Aku mendapat layanan istimewa malahan tiada kos yang perlu aku bayar di negara orang putih ini. Aku lahir di sini dan aku mendapat kerakyatan British. Segala kos pembedahan dan pemantauan pakar tidak perlu aku tanggung tetapi kerajaan yang tanggung.

Allah beri ujian pada aku dalam masa yang sama ada rahmat di sebalik ujian itu. Pembedahan tersebut berjalan dengan jayanya dan puteri aku selamat. Kini kehidupan aku terus berjalan seperti biasa cuma kami sekarang kalau nak makan tengah hari, kami perlukan meja yang besar kerana kami perlukan tempat duduk untuk lima orang. Aku, my hubby, Aisya, Adam dan Sara. Tamat.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...