
Aku nak jadi orang kaya. Duit aku ada berzillion zillion. Dalam tabung haji aku ada 5.4 billion. Dalam bank islam aku ada 4.5 billion. Kalau campur BSN, CIMB, Maybank dan semua bank yang ada kat dalam dunia ni, jumlah dia adalah 2.3 zillion.
Aku nak ada banyak tanah. Dekat putrajaya tu hampir separuh tanah aku. Masjid besi dengan masjid putrajaya tu sebenarnya dibina atas tanah aku. KLCC tu pun sama, tanah aku. Dekat Kedah 3/4 tanah sawah semuanya aku punya. Kelapa sawit yang luas-luas tanah tu Sime Darby beli kat aku.
Aku nak ada banyak rumah. Tak kiralah rumah apa. Rumah pangsa, rumah panjang, rumah pendek, rumah banglo, rumah semi-D sampailah kepada segala jenis rumah yang wujud kat dalam dunia ni. Ada sebijik istana kat setiap negara..Ermmm..Cukup la.
Kalau nak cerita pasal aset syarikat-syarikat aku pulak memang sampai esok pagi tak habis aku nak berhikayat kat sini. Setiap negara dah rasa tempias-tempias pengaruh syarikat aku. Sedangkan aset aku dekat Somalia pun dah dekat 10 billion apatah lagi dekat negara macam UK, US dan yang seangkatan dengannya. Malas la nak cerita kan..
Mata duitan? Mata perumahan? Mata tanahan? Mata Asetan? haaa...Mata apa lagi nak label kat dahi aku ni? Sila-sila dengan segala hormatnya. Hahahaha...
Duniawi gila la kalau fikir macam kat atas tu kan? Apa? Ingat dunia ni selama-lamanya ke? tapi dengan tenangnya aku masih tetap dengan pendirian dan angan-angan aku kat atas tu. Siapa nak ikut aku, jom teruskan membaca. Kita tengok apa disebalik angan-angan tu.
Nabi pernah cakap kemiskinan ni membawa kepada kekufuran. Macam mana boleh jadi macam tu kan?
Cuba korang bayangkan korang jadi orang miskin. Korang nak makan pun susah. Memang serba kekuranganlah. Tiba-tiba datang bantuan dari badan yang ingin membantu. Dan bila dia dah bantu kita,kita kenalah sokong dia. Tapi apa akan berlaku kalau orang yang kita terpaksa sokong tu golongan yang terpesong dari islam?? Tapi kalau kita tak sokong, dia nak bagi kita bantuan lagi ke? Pening-pening...
Sebagai contoh macam Surat khabar hari ni pasal kisah ibu tunggal yang dapat bantuan dari pihak kristian. Nasib baik dia tak terpengaruh dengan agenda gereja tu. Tapi bro, tu baru berita pasal seorang ibu tunggal. Kita tak tahu berapa ramai yang dah tergugat dan terpesong dah. Betul tak??
Kalau jadi orang yang berharta??
"Oleh kerana saya dapat projek besar kat negeri ni jadi saya rasa nak wakafkan bangunan 4 tingkat kat atas tanah ini untuk kegunaan sekolah. Boleh??"
Ini kisah benar ye. Memang ada orang yang macam ni. Aku pun terkejut. Selamba dia je nak sumbang bangunan 4 tingkat. Bukan seringgit dua beb. Mana mainn...
Kesimpulannya: Berusahalah wahai ummat islam untuk memajukan diri. Dunia adalah ladang akhirat. Kalau kita papa di dunia apa kita mahu tanam di dunia ini untuk akhirat kita? Ini untuk perbincangan skop amal jariah sahaja.
Fahmi: Mimpi besar,rumah besar,amal besar,pahala besar, syurga besar. Namun..isteri ramping dan begitu juga bidadari-bidadari yang sedang menunggu di sana..Whaahaa!!
Read more...