Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Saturday, August 6, 2011

Melayu Yang Bodoh!!!


Pada suatu pagi..


Datang seorang budak lepasan SPM. Dia ni tengah tunggu result. Bosan punya pasal dia pun jalan-jalan pusing dekat kampung dia. Tiba-tiba dia sampai kat satu bengkel kereta ni. Oleh kerana tak ada kerja maka dia pun duduk kat bengkel tu. Macam best la pulak tengok orang ketuk-ketuk, cabut sana cabut sini alat-alat kereta. Punya la khusyuk dia memerhati tiba tiba...

Pomenman: Adik tengok apa? Berminat ke?

SPMman: Tengok abang tu tengah main-main sparepart kete. Macam bestt jeee...

Pomenman: Adik kalau berminat abang boleh bagi keje kat sini. Keje senang je dik, basuh alat-alat yang abang tu tengah dok main-main. Gaji abang bayar, jangan risau. Nak?

Maka bekerjalah mamat ni. Namun tidak lama. Pada suatu hari...

AYAHspm: Apa kau buat kat sini ha??

SPMman:Keje la bah. Man boring la dok kat rumah tu.

AYAHspm: dah2, kau balik rumah sekarang. Buat apa kerja kotor-kotor macam ni. Macamlah aku tak boleh nak bagi duit kat kau...

Di tempat yang sama pada waktu yang berlainan...

ApekMan: Tauke, bagi ini budak buat kija sini boleh dak? Dia talak ada keja mau buat di lumah. Saya hanta dia sini bagi tolong kamu buat kija-kija kat bengkel ni. Aja la dia apa yang patot.

Pomenman:Boleh-boleh. Tak ada masalah. Lagi pun kitaorang tak cukup pekerja ni...

Apekman: Ni ada duit sikit untuk lu. Telima kasih manyak sudi telima anak saya kija sini. Tolong lah ajar dia apa yang patut.

Tamat~

Ini bukan entry mahu bantai mana-mana bangsa atau agama beb. Untuk pengetahuan cerita kat atas ni KISAH BENAR. Aku dengar dari sumber yang memang boleh dipercayai lah. Buka kaki samun kaki rasuah atau kaki penipu yang sampaikan cerita ni kat aku tapi seorang yang sangat boleh dipercayai.

Tapi kisah apa cerita kat atas ni betul atau tidak kan? Yang penting pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita kat atas ni. Jangan lepas baca cerita ni nak bantai aku pulak. Jangan jadi BODOH ok? Haha..

Pengajaran dia apa? Tak kan la aku asyik nak tolong suapkan nasi kat mulut korang? Nak mandikan, nak tukar pampers semua kejadah? Cuba la berdikari sikit. Fikir-fikir dan renungkanlah. Aku yakin pembaca blog aku ni pakai processor yang laju2 belaka. i-7 semua kan? Ke ada yang lembab kat sini? Haha..

Majulah Melayu untuk negara.

Jom pergi SHOPPING?

Melayu sepakat Islam Berdaulat~

23 comments:

Bella Bell said...

emm.. aku paham :)

A retarded kitty said...

Melayu.. semua nak kena suap

Muaz Faris said...

gambar apek gak dia cari, cam la takde gambar lain?

FAHMI said...

Itu bukan bermaksud apek bodo.Jangan salah faham semua orang.haha..sebab dalam dialog tu ada watak apek yang bijak maka letak la gambar dia.hehe

Kodet said...

Takkan seorang buat semua Melayu kena bodo? Dah bapak dia tak mau bagi dia kerja , mana boleh senang - senang kata orang bodoh

Cik Kamoo said...

Itu hakikat...tak berapa kerat pun Melayu yang bijak dan rajin. Mahu hidup susah payah utk berjaya.

Satu perangai Melayu ... mudah melenting bila ckp Melayu bodoh, tpi fikirlah sebaliknya kenapa orang ckp mcm tu!

Apapun ... doa sepanjang hidup moga Melayu terus berjaya! Dan tidak mudah lupa diri. Amin.

Afiq Din said...

lptop aku slow je...
tpi aku paham la citer ni...

Azlina ishAk said...

mentality org melayu,,susah nk ubah..harap kite generasi br will make it different,

FAHMI said...

Kodet: aku tak cakap semua orang melayu tu bodoh. Sebab tu aku cakap "melayu yang bodoh" aku refer kepada watak orang melayu dalam cerita kat atas ni. Aku nak ketengahkan mentaliti bapak budak tu je.nak banding dengan mentaliti bapak si cina tu. Alhamdulillah ramai yang faham maksud aku.=)

Anonymous said...

start to change from yourself first! dont give any stories but your self didnt make the first move! :)

FAHMI said...

Anon: Sambil berubah sambil berkongsi? Boleh tak macam tu?haha

zikeryhassan said...

baca sekali aku tak faham. baca berkali-kali baru aku faham. hehehe

Anonymous said...

hah,kalau dah guna celcom berukband ni mmg lah lembap oi,hahahaha :p

FAHMI said...

Zikery:Baca banyak-banyak kali lagi bagus dari yang baca sekali pastu faham macam lain atau memang tak dapat hidayah nak faham lepas tu serang orang.haha

Teha Nur Fateha said...

yeah..majulah melayu untuk melayu! :D

AesyaZealous said...

aku paham..

bese la tu..mentaliti org kite ni cm mundur sikit.wahhaa.. tp boleh diperbaiki jika berfikiran lebih terbuka dn maju ke dpan..

xpela, kawan aku sendiri, cina, cakap cina bodoh.kahkahkah..siot tol.

mOoN said...

baca sekali dah faham...rasanya ada satu cerita sal ketam,, lebih kurang jugak... :)

Razil Tahir said...

erm... may new generation of Malays makes a difference...

Nazryn Mishar said...

simple . budak melayu keje pomen , last dye upgrade moto sendiri . rempit .
dats y bapak dye xmaw anak dye keje pomen . kalo keje laen sure bapak dye kasi .

Belalang Hijau said...

ok2 paham2...
mungkin si bapak org senang kot? takut jatuh standard org tgk anak dia buat keje mcm tu...ngee

Cikya said...

bagaimana...
dia si bapa yang terlalu menjaga anaknya,
atau yang terlalu menjaga air muka,
atau sempit ruang fikir..

dari menghabiskan beras kat rumah, baik kerja kat mana-mana.
dan, apakah kerja pomen menjerumus gejala rempitan?
hurm...

farah hanim said...

mula2 xfhm
bve 5 kali bru fhm
haha :D

rai :D said...

i-5 je weh. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...