Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Friday, August 19, 2011

Kelebihan Skim Cepat Kaya

Aku nak ajak join skim cepat kaya ke siap letak gambar duit bertimbun kat atas ni? Korang nak ke join kalau aku ajak? Haha..Ini bukan entry pasal skim cepat kaya. Bukan skim cepat kaya Pak man Telo, bukan juga Skim Cepat Kaya Ustaz Harun dan bukan juga Ustaz Fahmi. Haha..Eh..untuk entry ni aku rasa macam skim cepat kaya Ustaz Fahmi kot.Hoho..

Baru-baru ni banyak peristiwa yang membuatkan aku rasa nak jadi orang kaya. Nak ada duit berjuta-juta. Masuk majalah Forbes. Bergambar sebelah Dr Rozmey. Haha..

Yang terbaru,

Sebanyak seribu naskah Al-Quran telah sampai ke sekolah aku. Dalam jangkaan aku senaskah berharga RM60. Kalau seribu darab enam puluh berapa? RM 60000 beb.. Masalahnya Quran tu bukan guna duit sekolah. Ada Pakcik mana tah yang baik hati pergi sponsor. Kaya gila beb pakcik tu!!hoho

Yang pasal bangunan 4 tingkat tu, kalau korang tak baca lagi tekan SINI.

Kalau miskin papa kedana, korang boleh ke nak main sedekah-sedekah macam tu? Komfem la tak boleh. Kan2? Haha..

Allah ada cakap dalam Quran dia BELI dari orang mukmin diri mereka dan juga HARTA mereka dengan syurga. Kalau tak ada harta macam mana? Makan asap la kita..haha..

Pakcik tu kalau dia ikhlas maka dia telah masuk skim cepat kaya. Komfem-komfem dia kaya raya kat akhirat nanti. Setiap hari orang baca quran yang dia sedekah tu, berapa zillion pahala dia dapat. Betol tak??

Memang aku termotivasi untuk menjadi jutawan. Macam mana? Itu kena pandai..haha..

Fahmi: Jangan masuk skim cepat kaya ye. Menangis tak berlagu nanti. Tapi kan, ada blogger yang dah jadi jutawan kan? Aku bila lagi? Haha..

8 comments:

Cik Teddy said...

cik slalu trima jemputan join skim mcm ni..blh prcaye ke ek?
p/s: untungnya pkcik tu..

Amad said...

sejuta ikhlas per cer? haha

Queen F said...

untungg laa pakcik moga2 kita nanti mampu lah jugak buat cenggitu :) haa fahmi, polis kata jangan :D

AesyaZealous said...

fuh seribu naskah beb.. berganda2 pahala die kalau die benar2 ikhlas..

Muaz Faris said...

ade org buat nada sedih di akhir post nye..hhaha..

BlogS of Hariyanto said...

nice post :)

wear4kids said...

nak tanya duit kat atas tue RM60k ke?

Dynda said...

baiknye pakcik tu ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...