Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Sunday, September 4, 2011

Kejahilan Ummah


Tiba-tiba aku rasa macam kembali kepada zaman sebelum datang islam. Kejahilan Ummah itu sama seperti dulu. Bahkan lebih jauh hebatnya berbanding zaman jahiliyyah dulu. Banyak benda berlaku depan mata. Antaranya Gambar artis pegang anjing. Itu baru satu. Kalau nak cerita, banyaaakk lagi. Huhu.

Ini entry ringkas. Aku cetus korang fikir. (selingan)

Bukak radio, lagu raya. Tutup radio, lagu raya jugak tapi dari rumah sebelah. Tutup pintu, lagu raya kat TV pulak. Masuk tandas, bunyi suasana Hiroshima pulak. Whoaa!!

Kenapa raya disambut begitu sekali? Ramadhan? Ibadah lain?

Fikir-fikirkanlah...

Fahmi: Bosan dengan lagu raya~

Read more...

Saturday, September 3, 2011

Keindahan Berzina



Keindahan berzina? Gila tettt tajuk entry ni. hahaha.Jangan buat penilaian yang tah pape sebelum anda membaca entry ini
Aku tahu korang suka mendengar cerita. Maka terimalah cerita ini..

Ahmad ada seorang ibu yang amat dia sayangi. Namun begitu dia seringkali bercanggah pendapat dengan ibunya. Alkisahnya pada suatu hari mereka telah berbincang berkenaan kejadian pecah rumah yang kerap berlaku di kawasan perumahan mereka.

Jiran kiri kanan dah kena rompak dua kali. Jiran kat depan rumah dah hangus separuh rumah kena bakar entah siapa punya angkara. Memang keadaan di taman itu sangat tidak selamat. Bila-bila masa sahaja rumah Ahmad boleh dicerobohi.

Masalahnya masyarakat sekeliling tidak nampak perkara tu sebagai masalah besar. Rumah kena pecah tu macam kena gigit nyamuk sahaja. Mereka tidak mengambil apa-apa langkah penyelesaian mahupun langkah pencegahan.

Oleh kerana demikian, si Ahmad bercadang untuk memasang sistem keselamatan di rumahnya. Sebagai contoh jika ada orang ingin memecah masuk rumahnya maka orang itu akan dipecahkan dahulu. Jika ada orang ingin membakar rumah dia, orang tersebut akan terbakar dahulu. Jika Ahmad memasang sistem ini maka keadaan rumahnya akan menjadi lebih selamat dan terjamin berbanding rumah-rumah lain.

Masalahnya Ibu Ahmad tidak bersetuju dengan cadangan Ahmad itu. Ibunya berpendapat terlalu awal untuk pasang sistem-sistem itu. Ahmad berasa sangat hairan dan pelik. Adakah Ibunya ingin rumah itu terbakar dahulu baru ingin pasang segala sistem itu? Ataupun Ibunya lebih selesa rumah itu terdedah kepada persekitaran yang sangat bahaya itu.

Ibunya berpendapat, kita tak payah pasang sistem itu. Kita duduk dahulu dalam rumah ini diam-diam. Insyaallah benda-benda itu tidak akan melibatkan rumah kita. Kita kena berdoa selalu. Kita kena tutup tingkap dan pintu sentiasa. Namun, kalau kena pecah ada guna tingkap dan pintu ditutup??

"Aku yakin aku akan berkahwin namun aku tidak yakin aku tidak akan berzina"

-Tamat-

Pembaca blog aku mestilah mereka yang mempunyai processor yang laju. Jika anda masih memakai pentium maka anda tidak layak untuk membaca blog ini. Jika anda masih berdegil, anda akan ditinggalkan dalam kegelapan dan bingung dalam pertanyaan. Whoaaa!

UPDATED!!!

Tiba-tiba aku rasa nak uji para pembaca blog aku ni bagaimana orangnya. Bagaimana pemikiranya. Kalau aku nak uji boleh tak? Korang boleh bagi kerjasama tak?

Aku nak ajak pembaca aku buat entry berkaitan entry Keindahan Berzina ni. Apa korang perlu buat ialah bawa keluar isi dari analogi yang aku buat kat atas ni. Luahkan apa yang anda faham. Kita tengok cara pemikiran dan pemahaman kita dalam sesuatu perkara. Lain orang lain pemaham. Kan?

Apa salahnya kita kongsikan apa yang kita faham. Ini aku bagi satu modal untuk korang update blog. Aku rasa kalau korang update pasal benda ni bukanlah satu entry sampah yang bakal wujud dalam blog korang tetapi ia umpama anda menanam satu benih pokok yang bakal membuahkan buah emas.Whoaa! (apa aku merapu ni?)

Ada beran?? Jom sahut seruan aku. Lepas dah update, post link ke ruangan komen entry ini.

Read more...

Wartawan Mati Ditembak Di Somalia

Wartawan mati ditembak di Somalia...

Wartawan negara kita, Noramfaizul Mohd Nor telah mati ditembak di Mogadishu, Somalia semasa menjalankan tugas. Dikatakan terkena peluru sesat.

Alfatihah kita sedeqahkan kepada arwah. Semoga arwah dirahmati Allah. Kita semua boleh ambil pengajaran dari peristiwa ini. Ajal tidak tahu bila akan kunjung tiba. Bersedialah..

Foto dari Ujang

Read more...

Friday, September 2, 2011

Aku Anak Malaysia Merdeka


Aku anak Malaysia merdeka? Betul ke aku anak Malaysia? Dan betul ke aku anak Malaysia yang merdeka? Entah-entah aku ni anak pendatang PATI. Ataupun aku hakikatnya belum merdeka.

Namun begitu aku kena tanamkan dalam kepala "aku anak Malaysia merdeka" sebab aku nak join contest SEO. Kalau aku tulis Aku bukan anak Malaysia merdeka kompem-kompem aku kalah.Haha

Walaupun aku rasa kita pada hakikatnya masih belum merdeka yang hakiki tapi aku tetap bersyukur atas apa yang kita kecapi. Bangga sangat jadi anak malaysia. Serius aku cakap. Cuba korang tengok video matluthfi Made by Malaysian. Memang menitis air mata kebanggaan jadi anak malaysia merdeka. Hoho

Bersyukurlah Aku anak Malaysia merdeka. Bersyukurlah anda anak malaysia merdeka. Bersyukurlah kita anak malaysia merdeka...

Yang di tag:







Nota: Kalau nak join, tekan banner kat atas tu. Atau tekan Aku anak Malaysia Merdeka.Pasal erti kemerdekaan dari pandangan aku nanti aku buat entry khas. Kita BELUM merdeka!!

Read more...

Bila Hidup Bermotivasikan Tuhan


Perjalanan blog ini baru bermula. Aku agak tertanya-tanya kemana halatuju blog ini kerana dari nama sahaja sudah bisa kita membuat pelbagai andaian.

Nama blog mencerminkan matlamat blog itu. Aku yakin blog ini sebuah blog yang bermanfaat kepada kita semua. Membawa kita ke syurga yang kekal selamanya.

Bagaimana motivasi tuhan? Itu aku tidak tahu. Yang pasti aku akan terus cuba memahami apakah itu motivasi tuhan. Adakah wahyu? Ataupun surat motivasi dari tuhan?

Jom support blog ini.

Like fan page di SINI


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...