Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Sunday, July 31, 2011

Celcom, Digi, Maxis, Tune: Defeated!!

meletak dahi pada bumi Ilahi.
20 hours ago · Privacy: · ·
  • 888 like this.
    • Teett words "sujud"kan lebih mudah :)
      17 hours ago ·
    • Muhammad Arieffahmi kalau orang tak tahu sujud tu apa mcm mana?haha
      17 hours ago ·
    • Teett mmg nak kene la kan lau tak tawu =.=
      17 hours ago ·
    • Muhammad Arieffahmi mana la tau ada yang tak tau,kita umumkan sikit biar luas coveragenya.hehehe
      17 hours ago ·
    • Teett betul gak. next tyme lau nak p makan, toksah ckp nak p "makan" but says this nak p " mengisi perut yang kosong" :)
      17 hours ago ·
    • Muhammad Arieffahmi nak cakap kat sapa tu? orang yang tak pernah makan?hehe
      17 hours ago ·
    • Teett hahaha, ckp kat org yang faham ayat hiperbola la :P
      17 hours ago ·
    • Muhammad Arieffahmi ingatkan cakap orang yang tak penah makan.hehe
      17 hours ago ·




Apa la yang aku merepek kat atas tu. Mungkin entry kali ini ramai yang akan kurang faham sebab secara ideanya pun aku kurang nak berapa faham tapi aku tetap nak kongsi kat sini. Aku kongsi, korang baca dan kalau otak korang berjalan lantas memberi respon kepada idea yang aku usulkan ni, boleh la nak kongsikan kat ruang komen. Kalau korang pembaca yang rajin la. Kalau malas... Apa aku boleh buat. Haha

Tak semua orang pernah buat apa yang orang lain pernah buat. Tak semua orang faham apa yang orang lain faham. Sebab apa? Sebab manusia ni macam-macam maka kita yang menyampaikan ni pun kena macam-macam.

Aku bawak contoh mudah la. Kita sebagai blogger mesti nak apa yang kita tulis ni orang baca dan orang memberi respon. Betul tak? Kalau jawab tak, memang penipu! Haha..Yang dok riuh sana sini "Traffic naik" "Terharu ramai orang komen entry aku" tu apa kejadah. Haha.. Tapi aku tau tak semua blogger macam ni cuma KEBANYAKAN. Oleh sebab itu kita kena hasilkan penulisan yang baik. Penulisan yang baik tu macam mana? Itu masing-masing boleh tafsir ikut kehendak masing-masing...

Bila kita bijak menyampaikan maka mesej itu akan sampai dengan penuh hikmah dan bijaksana. Macam mana nak sampaikan mesej sebegitu rupa? Itu kena belajar. Pengalaman juga membina skill itu.

"Jika mesej yang kita nak sampaikan itu luas coveragenya, kita perlu bijak"

Akhir sekali, jom kita perhati kembali perbualan aku kat FB tu...

Fahmi: Dah macam masuk kelas communication skills dah. Hoho..



Iklan Fahmi: Luaskan coverage anda dengan miliki iPad 2. Tekan SINI

Read more...

Saturday, July 30, 2011

Bersama Fahmi: SUNGHA JUNG


Bukan mudah untuk aku tunduk. Bukan senang untuk aku akur. Aku memang keras kepala. Namun kali ini aku terpaksa akur dan terima kenyataan bahawa dia memang hebat dan berbakat...

Aku layan youtube tadi dan tiba-tiba aku terjumpa mamat ni tengah main quitar untuk cover soundtrack dari YIRUMA-Kiss the rain(fevret aku). Aku ni memang jenis suka layan soundtrack. Sebab apa tu aku tak tahu. Dan yang lagi bestnya, soundtrack sedih-sedih dan jiwang-jiwang aku layan. Aduhh..Parah ni..haha..

Maka di sini aku ingin memperkanalkan kepada yang tidak kenal. Mungkin satu dunia dah kenal dan aku yang terakhir ketinggalan zaman baru nak kenal tapi aku tetap nak memperkenalkan(nada bersemangat)!!

Terimalah SUNGHA JUNG....

Sila tekan gambar untuk kenal lebih dekat.Sekian.

Seongha Jeong (정성하) (colloquially: Sungha Jung) (born 2 September 1996) is a South Korean professional acoustic finger-style guitarist who has risen to fame on YouTube and other sites, mainly through the South Korean audience. As of 2011, his channel had over 14 million views, with his videos getting a total of over 290 million views, and also over 443,000 subscribers....(READ MORE)

Fahmi: Music boleh melembutkan jiwa. Music boleh mengeraskan jiwa. Music boleh menenangkan. Music boleh menggilakan. Salurkanlah pada yang betul...

P/s: Kakak aku cakap dia dah 'stalk' mamat ni sejak mamat ni tadika lagi.Dahsyat!!haha


Iklan:SIAPA NAK iPAD 2 TEKAN SINI

Read more...

Sabarlah Sayangku...


Sayangku..

Terujinya kamu bukan dengan tujuan yang kosong. Bukan ujian itu datang untuk merobohkan nilai insani yang wujud dalam dirimu. Bukan ujian itu hadir sebagai angin yang menyapa untuk melemahkan kamu. Terbaring kelemahan tertunduk kekalahan. Tewas pada ujian.


Sayangku...

Pasti sudah mati dalam kekufuran penduduk Taif kala ini jika sabar itu tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang mukmin. Batu bukan tempatnya pada tubuh insan mulia. Darah itu mengalir hangat seluruh badan. Tetapi dia sabar dan berdoa pada tuhan. Selamat dan berbahagialah hidup mereka dalam iman berkat sabarnya insan hamba tuhan. Kagum bukan?

Sayangku...

Adakah sesuai jika aku ambil ibu kepada Ismail untuk kita belajar dari dia bersama? Aku teruja bila sampainya kisah dia pada pengetahuanku. Benarkah wujud insan setabah itu. Ujian itu langsung tidak menundukkan dia kepada perkataan putus asa. Tidak pula dia lari namun dia tempuhi. Ini semua kerna dia yakin pada kekasihnya Ilahi.

Sayangku...

Adakala perkara yang kita suka selesa itu tidak baik untuk kita. Adakalanya juga benda yang kita takuti, benci, geruni itu indah pada hakikatnya. Bukan ini aku mereka bicara. Ini bicara tuhan kita. Siapa suka hidup penuh dengan duri disepanjang jalan bukan? Namun aku berani kata jika duri itu hadir bersama sabar, alangkah indahnya perjalanan kita. Manis dan bahagia bersama menuju syurga Dia.

Sayangku...

Aku tersentak. Mana mungkin hasil kehadiran ujian-ujian itu mendidik engkau jadi sebegitu. Bukan itu matlamat ujian itu kunjung tiba. Tuhan tidak berkehendak hasilnya begitu. Dia mahu engkau hadapi dengan tabah dan kuat. Biar kamu betul-betul kuat. Perjalanan hambanya itu masih jauh. Dia tahu.


Sayangku..

Aku tidak sanggup melihat ujian itu membunuh perasaanmu. Bila mana engkau katakan sudah tidak berperasaan untuk hadapi semua ini aku agak kecewa. Mungkin itu hanya ungkapan pada lisanmu sahaja namun pada hatimu penuh tekad untuk hadapi semua ini dengan azam yang tinggi.


Sayangku...

Ungkapan 'heartless' jangan sekali engkau sematkan dalam jiwa dan perasaan. Ujian itu bukan untuk itu. Turunnya ujian itu dari tuhan agar engkau lebih berperasaan. Maka bertambah tajam nalurimu. Semakin mendalam perasaanmu. Hatimu akan lebih peka dan celik.Pengamatanmu pada kehidupan lebih matang dan saksama.


Sayangku...

Perjalan ini aku yakin sangat jauh dan panjang. Engkau pun sedia maklum. Ayuh kita terima ujian-ujian ini dengan penuh bijaksana, Biar kita membesar dengan matang. Ayuh kita menjadi insan yang punya nilai kesabaran yang tinggi dalam diri. Ini semua dalam rangka kita berubudiyyah kepada yang Esa. Boleh sayangku? Aku yakin engkau sudi menemaniku dalam perjalan ini. Engkau pun akan ku bersamamu dalam perjalanan ini.


~Hand in Hand~

Dari Hati Fahmi

12.34 am

Yiruma-Kiss the Rain


p/s: Ini pesanan untuk semua orang di luar sana. Ini bukan surat cinta. Haha..Ini pesanan buat penulis blog juga. Kita hidup untuk diuji maka bersedialah.=)

Iklan Fahmi: Siapa nak iPad tekan SINI. Mana tahu ada rezeki,cuba la...


Read more...

Sunday, July 24, 2011

Bukan Mukjizat Atau Magika


Cikgu aku cakap...

Abraham Lincoln ni budak yang tak bersekolah. Dia tak dapat pendidikan yang formal waktu kecik. Tapi dia ni banyak membaca. Dia akan berusaha untuk mendapatkan bahan bacaan. Pinjam dari orang walau kena tempuh perjalanan yang jauh untuk nak dapat buku tu. Akhirnya...Dia berjaya!!

Aku baca...

Abuya ni hebat orangnya. Aku respek dia dari beberapa aspek. Bukan semua aku respek sebab dia ada silap. Dia ni banyak tulis buku tetapi dia ada masalah dalam menalaah buku ataupun kitab. Dia tulis buku tanpa rujukan dari kitab-kitab muktabar. Aku tak tau apa masalah dia sampai malas membaca tetapi pada akhirnya kita tahu, Dia Sesat lagi menyesatkan!!!

Siapa tak kenal Abraham Lincoln dan Abuya? Tak kenal? Awass..anda ada ciri-ciri orang yang bakal sesat lagi menyesatkan. Haha..Orang yang jahil ni mudah sesat sebab dia tak ada ilmu maka apa orang buat dia ikut membabi buta. Setuju??

Hari ni aku nak cerita pasal amalan membaca je. Simple kan benda yang kita nak cerita pada hari ni? Simple tapi sangat penting..

Ada orang pernah cakap kat aku..

"weyh..Kau ni macam-macam benda tau kan? Macam mana kau tau benda-benda macam ni eh? Kitaorang tak tau pon.."

Maka dengan machonya aku menjawab..

"Ini semua bukanlah mukjizat atau pun ilmu sihir. Aku tidak ada amalan-amalan istimewa yang menyebabkan aku tahu banyak benda. Aku hanya banyak membaca.."

Cuba korang bayangkan korang tak banyak membaca. Serius bosan gila hidup korang. Apa kejadah tak tau apa pasal dunia ni. Nanti kalau nak sembang dengan orang pun tak best. Cuba bayangkan kita nak sembang dengan orang tapi kita tak tahu benda apa yang sedang dibincangkan...

"Blaa..Blaa..Blaa..."

"Bersih tu apa eh?"

Kalau ada orang macam ni nak sembang dengan aku, serius aku hilang mood. Kalau aku jadi orang macam ni, lagi la aku hilang mood. Rasa macam diri ini seekor KATAK bawah tempurung. dah la bawah tempurung,tempurung pula dalam perigi. Nak jadi cerita rupa-rupanya perigi buta maka orang kampung pun timbus letak simen kat atas. Maka Teruslah katak bawah tempurung dalam perigi yang disimen.Whoaa!!

Dalam Quran Allah dah sebut, bahkan wahyu pertama.."BACALAH!!" Kenapa generasi sekarang malas membaca? Orang dulu punyalah mencari bahan bacaan. Orang sekarang buku bersepah sikit pun tak rasa nak baca. Lepas tu tak ada ilmu tanya orang macam mana orang lain boleh ada ilmu. Masalah!! Kan dah teremosi sikit dah. Haha

Konklusinya..Banyaklah membaca...

Fahmi: Aku bukan manusia yang jenis banyak membaca. Sedang berusaha ke arah itu.

Trimas untuk Muazfaris.com sebab jadi member ketat aku. Siapa nak ngorat mamat ni, pergi la kat blog dia. Serius hensem.hahaha...

Read more...

Sunday, July 10, 2011

Baju Kuning Vs Pulut Kuning


Entry ini rentetan dari post INI ...

Dua hari lepas aku bertolak dari Perlis ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan tu aku kena tahan 3 kali. 3 roadblock...Dalam kereta ayah aku telefon mak aku...

"Mama,doa kitaorang sempat sampai airport. Takut tersangkut dengan jam sebab roadblock je. Dan doa tak ada airblock kat langit tu.."

Aku kat sebelah dah tergelak dah dengar ayah aku bergurau dengan mak aku. Tiba-tiba aku terfikir...

Alangkah indahnya kalau suasana memblock-block orang ni dilakukan atas motif yang lain. Periksa setiap orang dalam kereta. TAK BOLEH pakai baju kuning. Apa kejadah sampai macam tu??

Kenapa tak buat roadblock cari orang yang OTAK KUNING ke...HATI KUNING ke...FIKIRAN KUNING KE..BUDAYA KUNING ke..Ataupun paling teruk GIGI KUNING. Tangkap bawak pergi dentist bagi perkhidmatan percuma..haha..

Kalau tangkap golongan kuning yang aku baru sebut tadi dan hantar ke pusat pemulihan, alangkah baguuusssnya usaha tersebut. Aku jamin 100 peratus Malaysia bakal menjadi negara yang pilihan raya bersih, pemerintahan bersih, rakyat bersih dan segala-galanya bersih.Ada setuju dengan pendapat aku ni?? Haha..

Sekadar berkongsi pendapat dan renung-renung bersama....

Read more...

Friday, July 8, 2011

Bersih 2.0 'Walk Of Democracy' : Di Kaca Mata Fahmi


Entry ini bukan entry berbaur politik. Aku bukan nak cakap aku kena tahan masuk lokap apabila menyertai Bersih 2.0 Rally. Pengalaman aku pergi ke sana. Ataupun pengalaman aku kena asap pemedih mata. Namun..Entry ini adalah luahan pemikiran aku apabila setiap kali aku terfikir atau terbaca... ‘berjalan untuk demokrasi dan keadilan’ ,‘Walk for Democracy’ 'Himpunan Rakyat BERSIH 2.0' dan yang seangkatan dengannya...

Hari ini kita hidup pada dunia akhir zaman. Nabi pernah cakap dunia akhir zaman ni zaman fitnah. Pergi sana dan sini semua fitnah. Kembali kepada zaman jahiliyyah. Ramai sudah lupa dan alpa matlamat diciptakan dan diutuskan ke bumi. Kejar pangkat, harta, perempuan dan sebagainya...

Memang zaman sekarang zaman fitnah. Sapa tak setuju? Aku yakin semua setuju. Kalau ada yang tak setuju tu, ada problem la tu. Haha..Orang buat fitnah sebab nak pangkat. Orang menipu sebab nak berjaya. Orang menindas sebab nak bertakhta. Orang nak kelentong sebab nak banyak untung. Cewahh.dah macam bermadah bicara pulak..ok..kita sambung lagi..

Hari ni kalau baca surat khabar, macam-macam cerita ada. Kena tipu sana, kena tipu sini, kena fitnah sana kena fitnah sini. Itu semua realiti ummat masa kini...

Dalam Quran ada mengisahkan....

Bagaimana saudara-saudara(adik beradik) nabi Yusuf yang jeles dengan nabi Yusuf telah menganiaya nabi Yusuf. Macam mana diorang nak menganiaya? Pertama kena tipu nabi Yaakob(bapa) cakap nak bawak nabi Yusuf ni pergi bermain. Bila dah buang si adik ni, kena tipu sekali lagi bahawa si Yusuf kena makan serigala.Penipuan demi penipuan...

Zulaikha telah menfitnah Yusuf ingin mencabuli dia. Dia ingin memuaskan nafsu. Dia ingin keinginan dia dipenuhi. Namun apabila gagal, dia perlu membuat fitnah demi melepaskan diri. Perlu menfitnah untuk mengatakan dia tidak bersalah. Pihak yang benar yang bersalah.. Fitnah...

Kisah budak sekolah...

Nak fly secara 'terhormat'...Telefon pengetua dengan menyamar sebagai bapa kepada pelajar, memohon kebenaran pulang ke rumah kerana ada kematian.(tipu pengetuan) Cakap kat warden yang pengetua benarkan pulang.(tipu warden) Telefon ayah suruh datang ambil kat sekolah. Pengetua benarkan balik.(tipu ayah) dan seterusnya penipuan demi penipuan terpaksa dilakukan demi melepaskan diri....

Kadang-kadang aku rasa sesak nafas bila memerhati dunia hari ini. Korang tak sesak nafas ke? Haha..Fitnah sana sini. Liwat, zina, molotov cocktail, komunis, dan macam-macam lagi jenis fitnah ditaburkan. Kelam mata aku sebentar. Benar atau tidak apa yang aku baca atau aku dengari ini?

Aku pun mengeluarkan kata-kata ala-ala pujangga..

"Seorang penipu akan menipu untuk menyatakan dia bukan penipu"

Ada pernah baca ayat macam ni tak? Ayat ni aku tak pernah baca kat mana-mana tapi terlintas tiba-tiba kat kepala otak aku yang geliga ini. Haha..

Penipu akan terus menipu sampai kiamat jika dia tidak bertaubat. Penfitnah akan terus menfitnah sampai kiamat selagi dia tidak bertaubat...Semoga kita tidak tergolong dalam golongan penipu dan penfitnah.Aminn...

Semoga Malaysia terus maju,aman,makmur dan dirahmati...

Mood: Balik bangi....

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...