Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Showing posts with label Isu Dunia. Show all posts
Showing posts with label Isu Dunia. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

UPSR,PMR Memang Tak Boleh Dimansuhkan




PERINGATAN: Entry kali ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang materialistik. Kepada mereka yang tidak materialistik, boleh juga membacanya tetapi jika anda terpengaruh dengan idea ini, sebarang tuntutan ganti rugi tidak akan dilayan.


"Kau dapat berapa A?"


" Ayah aku bagi hp kat aku, iPhone lagi tu.hahaha.."


" Nak tau ayah aku bagi ape? Boleh ke aku dapat straight A, lepas tu dia bagi kamus kat aku..chitt.."


" Bulan depan aku nak pergi Italy jap, mak aku nak belanja aku rasa angin kat sana."


"Alhamdulillaahhh.. Bulan depan aku lak akan pergi Mekkah.."



Baru lepas dapat keputusan apa-apa peperiksaan besar mesti ada dialog-dialog macam kat atas. Tak kira lah PMR,UPSR ataupun SPM. Masing-masing akan bincang apa yang akan dorang dapat ataupun tentang idea-idea yang bernas untuk kikis mak ayah.hahaha..


Jadi aku nak kongsi satu perkara iaitu pendapat aku yang aku pegang selama ni..


PMR ataupun UPSR tidak boleh dimansuhkan sama sekali!!!


Dua sebab kenapa aku cakap macam tu...


1. Kalau tak ada peperiksaan besar ataupun dikurangkan sebagai contoh pemansuhan PMR maka lubang-lubang untuk kita nak demand benda hebat-hebat kat mak ayah kita akan tertutuplah. Ada ke mak ayah yang nak bagi kat anak dia laptop kalau hanya cemerlang dalam peperiksaan sekolah, atau akhir tahun? Kalau ayah aku jenis macam tu, setahun dua kali lah aku bertukar-tukar laptop.cehh..hahahaha.. Maka, dengan adanya peperiksaan macam ni, bila dapat result best, jangan lepaskan peluang untuk paw mak ayah korang kaw-kaw punya..hahaha..


2. Katakanlah..Kalau kita dapat result UPSR cikai-cikai cukup makan je, lepas tu tak dapat apa-apa tapi kawan yang sama-sama main snooker pulak dapat score UPSR, pulak tu dia dapat iPhone, tak ke menyangap jugak nak iPhone tu? Maka, kita akan terlintas untuk nak belajar bersungguh-sungguh untuk nak dapat result gempak untuk PMR nanti. Siap nak mintak kat ayah dua bijik iPhone sebab nak lawan kawan yang dapat iPhone tu. Dia dapat satu tapi aku dapat dua..hahahaha..


Tidakkah UPSR PMR dan SPM itu perkara yang amat menarik?HAHAHA..


haaa,kau yang tengah baca ni, kau ni materialistik kan?kantoi sudaa...hahahaha...

ps: kalau ada yang terluka,ampun maaf ku pinta...

Read more...

Tuesday, December 21, 2010

SPM Diceraikan Dengan Cerai Talak TIga


SPM 2011 baru lepas beberapa minggu lepas...


"Lepas spm ni kita nak buat ape eh.?"


"Aku nak keje la cuti ni."


"Aku nak duduk rumah je. Ganti balik waktu tidur yang terkorban sebelum ni."


"Aku nak duduk dengan mak aku selama cuti ni."


"Aku nak belajar memasaklah. Mana lah tau tiba-tiba kahwin,boleh la jugak masak makanan untuk suami, tak kan nak bagi makan ulam je setiap hari."


Semua kawan-kawan Leha kecoh sembang sesama sendiri perancangan mereka pada cuti panjang mereka selepas SPM.


Dengan muka rileks tahap dewa langit kelapan belas, Leha jalan lenggang kearah kawan-kawannya..


"aku cuti ni kahwin,jemput datang lah ye..."


shhuuuuu...~


(seekor katak pisang sesat tiba-tiba muncul dan lompat tengah-tengah bulatan geng Leha)


Aaaaaaa.....ada yang melompat,ada yang lari belakang pintu dan ada juga yang meniarap sambil mengangkat tangan tanda menyerah diri...


Sumpah masam gila katak tu, anti klimaks. Nasib baik ciptaan Allah, kalau tak aku dah maki hamun kau dah.


"kau nak kahwin?"


"Gila awal, lepas SPM terus kahwin?


"Kau jampi anak teruna sapa ni oi?"


"Ajar aku doh jampi yang kau guna tu. aku nak kahwin awal gak..hahaha"


Leha hulurkan beberapa keping kad jemputan majlis perkahwinan dia kepada kawan-kawannya..


Assalamualaikum semua...


Ini kisah benar. BUkan main-main Ok.hahaha...


Si Leha ni lepas dia bercerai talak tiga dengan SPM terus dia cari pengganti pasangan hidup dia. Siap cerai talak tiga tu. memang dah menyampah habis kat Pakcik SPM ni. Kisah ni pasal kawan aku punya kawan..


Oleh kerana kisah ini, semangat aku membara.hahaha..aku nak kahwin awal tapi duit tak ada so, korang rajin-rajikanlah click nuffnang aku eh. Kat sebelah kiri blog ni ada tabung dana perkahwinan aku. Klik jangan tak klik yaw. time kasih semua.hahaha...


"Sedeqah itu amal jariah. Rajin-rajinkanlah bersedeqah."


Peace~=)

Read more...

Saturday, November 6, 2010

Banjir Kedah-Perlis 2010

Salam 1Malaysia kepada semua...

Fuhh..Tadi setelah dekat 4 jam dalam kereta akhirnya sampai jugak kat perlis ni. Memang gila sebab biasanya dari kedah ke perlis tak samapai sejam pon tapi hari ni dah dekat 4 kali ganda..Sebab apa? sudah semestinya sebab banjir.hahaha

Memang ikut hati taknak dah post malam ni sebab letih sangat tapi dah janji la katakan.terpaksa la tunaikan.huhu..sebelum tu untuk pengetahuan la, esok kat rumah ayah aku kat perlis ni ada kenduri. Tak besar sangat pon just 5 buah khemah. Ini kenduri sambut menantu punya pasal la..haha

So, masih jadi persoalan berapa ramai yang akan datang esok sebab mungkin ada tetamu yang dijemput tapi dah terperangkap banjir pulak. macam mana nak datang? nasib baik la keadaan banjir kat perlis ni semakin ok so doa2 la esok jalan kat kangar ni semakin ok.aminn...

okay2, berbalik kepada kisah banjir ni...

seorang warga emas yang bernama aisyah,78 tahun telah mengatakan bahawa selama hayat beliau, belaiu tidak pernah lalui banjir sehebat tahun ini. Beliau mengatakan sebelum ini banjir seringkali berlaku tetapi tidak sehingga menenggelamkan alor star yang merupakan ibu negeri kedah darul aman. pada tahun ini Alor star telah dinaiki air pada kawasan yang tidak dijangka. begitu juga keadaan airport dan juga sebahagian highway yang terpaksa ditutup kerana aras air yang tidak dapat dilalui oleh kereta.

haha..hari ni aku dah temu ramah tok aku sendiri dan dia cakap seperti yang kat atas la..

Yang peliknya ialah perlis juga ditenggelami air. tapikan, dulu ada seorang cikgu ni cakap negeri yang paling last kena banjir ialah perlis. sebab apa? sebab kalau tengok peta malaysia perlis duduk kat atas sekali so yang pertama akan masuk air ialah johor dan yang terakhir ialah perlis. Benar bukan? haha..



Dah tengok peta kan? tp kenapa perlis masih banjir sedangkan johor tak banjir lagi?fikirkanlah...haha

yang best banjir kali ni sebab aku berpeluang tengok orang kampung bekerjasama bantu membantu.Jalan ke perlis dari kedah sebenarnya dah kena tutup sebab banjir tp mase tu ada satu jalan je yang ok untuk kete2 ni lalu tapi memang mencabar la jalan dia.


yang kat atas ni jalan yang kitaorang terpaksa lalui.kiri kanan sawah..

Dan yang paling aku tertarik ialah kat tengah2 sawah ni ada signboard mcm kat highway..cool gler la orang2 kampung ni.kreatif dan baik.





Yang kat atas ni semua gambar Signboard cowboy style.menarik gila..hahaha
Yang bawah ni korg tengok je la pemandangan ya.aku malas nak tulis da.kalau ada pape nak tanye,tanye la ye.insyaallah aku jawab.haha






so sorry la sikit je gambar.special thanks to my abang ipar bagi pinjam xperia dia untuk aku snap gambar2 ni.hehe..

Cukup sampai sini sahaja,kalau nak lagi gmbar boleh request.haha
salam...
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...