Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Sunday, August 7, 2011

Kearah Generasi Miskin Kufur




Aku nak jadi orang kaya. Duit aku ada berzillion zillion. Dalam tabung haji aku ada 5.4 billion. Dalam bank islam aku ada 4.5 billion. Kalau campur BSN, CIMB, Maybank dan semua bank yang ada kat dalam dunia ni, jumlah dia adalah 2.3 zillion.

Aku nak ada banyak tanah. Dekat putrajaya tu hampir separuh tanah aku. Masjid besi dengan masjid putrajaya tu sebenarnya dibina atas tanah aku. KLCC tu pun sama, tanah aku. Dekat Kedah 3/4 tanah sawah semuanya aku punya. Kelapa sawit yang luas-luas tanah tu Sime Darby beli kat aku.

Aku nak ada banyak rumah. Tak kiralah rumah apa. Rumah pangsa, rumah panjang, rumah pendek, rumah banglo, rumah semi-D sampailah kepada segala jenis rumah yang wujud kat dalam dunia ni. Ada sebijik istana kat setiap negara..Ermmm..Cukup la.

Kalau nak cerita pasal aset syarikat-syarikat aku pulak memang sampai esok pagi tak habis aku nak berhikayat kat sini. Setiap negara dah rasa tempias-tempias pengaruh syarikat aku. Sedangkan aset aku dekat Somalia pun dah dekat 10 billion apatah lagi dekat negara macam UK, US dan yang seangkatan dengannya. Malas la nak cerita kan..

Mata duitan? Mata perumahan? Mata tanahan? Mata Asetan? haaa...Mata apa lagi nak label kat dahi aku ni? Sila-sila dengan segala hormatnya. Hahahaha...

Duniawi gila la kalau fikir macam kat atas tu kan? Apa? Ingat dunia ni selama-lamanya ke? tapi dengan tenangnya aku masih tetap dengan pendirian dan angan-angan aku kat atas tu. Siapa nak ikut aku, jom teruskan membaca. Kita tengok apa disebalik angan-angan tu.

Nabi pernah cakap kemiskinan ni membawa kepada kekufuran. Macam mana boleh jadi macam tu kan?

Cuba korang bayangkan korang jadi orang miskin. Korang nak makan pun susah. Memang serba kekuranganlah. Tiba-tiba datang bantuan dari badan yang ingin membantu. Dan bila dia dah bantu kita,kita kenalah sokong dia. Tapi apa akan berlaku kalau orang yang kita terpaksa sokong tu golongan yang terpesong dari islam?? Tapi kalau kita tak sokong, dia nak bagi kita bantuan lagi ke? Pening-pening...

Sebagai contoh macam Surat khabar hari ni pasal kisah ibu tunggal yang dapat bantuan dari pihak kristian. Nasib baik dia tak terpengaruh dengan agenda gereja tu. Tapi bro, tu baru berita pasal seorang ibu tunggal. Kita tak tahu berapa ramai yang dah tergugat dan terpesong dah. Betul tak??

Kalau jadi orang yang berharta??

"Oleh kerana saya dapat projek besar kat negeri ni jadi saya rasa nak wakafkan bangunan 4 tingkat kat atas tanah ini untuk kegunaan sekolah. Boleh??"

Ini kisah benar ye. Memang ada orang yang macam ni. Aku pun terkejut. Selamba dia je nak sumbang bangunan 4 tingkat. Bukan seringgit dua beb. Mana mainn...

Kesimpulannya: Berusahalah wahai ummat islam untuk memajukan diri. Dunia adalah ladang akhirat. Kalau kita papa di dunia apa kita mahu tanam di dunia ini untuk akhirat kita? Ini untuk perbincangan skop amal jariah sahaja.

Fahmi: Mimpi besar,rumah besar,amal besar,pahala besar, syurga besar. Namun..isteri ramping dan begitu juga bidadari-bidadari yang sedang menunggu di sana..Whaahaa!!

Read more...

Saturday, August 6, 2011

iPhone 4 from Octove.Com


Korang dah ada account Octove.com ni?? Belum ada lagi?? Kalau belum ada meh klik Join Octove untuk nak buka account baru.

Kenapa aku ajak korang? Sebab benda ni best dan ,menarik. Orang tanya aku apa kejadah benda alah ni. Aku jawab la macam FB tapi versi Malaysia. Betul atau tidak maklumat yang aku sampaikan ni pun aku tak tahu. Hoho

Tapi serius aku cakap benda ni menarik. Aku tau benda ni dari Blog Broframestone. Oleh kerana aku rasa bertanggung jawab maka aku pun ajak korang semua untuk join benda ni jugak. JOm sertai ramai-ramai...

Octove.com ni ada menganjurkan contest. Jadi untuk pertama kalinya aku pun join la contest ni. Sebab apa? Sebab hadiah dia iPhone 4 Bebbb... Korang nak? Kalau nak kena la join contest tu dulu. Ok aku bagi sifir dia ye..

1) Join Octove
2) Add aku dulu sebelum apa-apa.Haha
3) Join la contest tu

Senang kan? Kalau senang, meh support aku. Kalau aku dapat iPhone 4 leh la aku call korang setiap hari.Wahaa!!

Kepada Broframestone: Bagi aku lah iPhone ni. Aku tak ada htc desire.hahaha

Read more...

Melayu Yang Bodoh!!!


Pada suatu pagi..

Datang seorang budak lepasan SPM. Dia ni tengah tunggu result. Bosan punya pasal dia pun jalan-jalan pusing dekat kampung dia. Tiba-tiba dia sampai kat satu bengkel kereta ni. Oleh kerana tak ada kerja maka dia pun duduk kat bengkel tu. Macam best la pulak tengok orang ketuk-ketuk, cabut sana cabut sini alat-alat kereta. Punya la khusyuk dia memerhati tiba tiba...

Pomenman: Adik tengok apa? Berminat ke?

SPMman: Tengok abang tu tengah main-main sparepart kete. Macam bestt jeee...

Pomenman: Adik kalau berminat abang boleh bagi keje kat sini. Keje senang je dik, basuh alat-alat yang abang tu tengah dok main-main. Gaji abang bayar, jangan risau. Nak?

Maka bekerjalah mamat ni. Namun tidak lama. Pada suatu hari...

AYAHspm: Apa kau buat kat sini ha??

SPMman:Keje la bah. Man boring la dok kat rumah tu.

AYAHspm: dah2, kau balik rumah sekarang. Buat apa kerja kotor-kotor macam ni. Macamlah aku tak boleh nak bagi duit kat kau...

Di tempat yang sama pada waktu yang berlainan...

ApekMan: Tauke, bagi ini budak buat kija sini boleh dak? Dia talak ada keja mau buat di lumah. Saya hanta dia sini bagi tolong kamu buat kija-kija kat bengkel ni. Aja la dia apa yang patot.

Pomenman:Boleh-boleh. Tak ada masalah. Lagi pun kitaorang tak cukup pekerja ni...

Apekman: Ni ada duit sikit untuk lu. Telima kasih manyak sudi telima anak saya kija sini. Tolong lah ajar dia apa yang patut.

Tamat~

Ini bukan entry mahu bantai mana-mana bangsa atau agama beb. Untuk pengetahuan cerita kat atas ni KISAH BENAR. Aku dengar dari sumber yang memang boleh dipercayai lah. Buka kaki samun kaki rasuah atau kaki penipu yang sampaikan cerita ni kat aku tapi seorang yang sangat boleh dipercayai.

Tapi kisah apa cerita kat atas ni betul atau tidak kan? Yang penting pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita kat atas ni. Jangan lepas baca cerita ni nak bantai aku pulak. Jangan jadi BODOH ok? Haha..

Pengajaran dia apa? Tak kan la aku asyik nak tolong suapkan nasi kat mulut korang? Nak mandikan, nak tukar pampers semua kejadah? Cuba la berdikari sikit. Fikir-fikir dan renungkanlah. Aku yakin pembaca blog aku ni pakai processor yang laju2 belaka. i-7 semua kan? Ke ada yang lembab kat sini? Haha..

Majulah Melayu untuk negara.

Jom pergi SHOPPING?

Melayu sepakat Islam Berdaulat~

Read more...

Friday, August 5, 2011

[Segmen] Blogger Semarakkan Ramadhan (BSR)


Dari melayan blogging mengurangkan pahala di bulan Ramadhan Mubarak ini, saya dengan rendah dirinya mengajak kalian semua untuk join [segmen] Blogger Semarakkan Ramadhan (BSR).

Syarat-syaratnya :
1. Letak gambar diatas dan linkkan ke post ini. Tajuk segmen seperti tajuk post ini.
2. Lika Fan Page [muazfaris.com] > Klik SINI.
3. Post untuk menjawab persoalan > bila orang tanya "Ramadhan Karim", kita nak bagi jawapan apa..?
4. Siap, letak link di ruangan komen.
http://www.muazfaris.com/

Manfaat :
1. Masa inilah kita nak ucapkan "Ramadhan Karim".
2. Menambah 'semangat' di bulan Mulia ini.
3. Menambah follower dan kenalan di bulan ini.

Jawapan: Apa la senang sangat soalan tu? Tak mencabar langsung. Haha..Jawab la "ALLAHU AKRAM"
Betul kan? Meh la sini hadiah..haha..

Fahmi: Antara Trial dan Ibadah Ramadhan..Penattt..huhu

Read more...

Sunday, July 31, 2011

Celcom, Digi, Maxis, Tune: Defeated!!

meletak dahi pada bumi Ilahi.
20 hours ago · Privacy: · ·
  • 888 like this.
    • Teett words "sujud"kan lebih mudah :)
      17 hours ago ·
    • Muhammad Arieffahmi kalau orang tak tahu sujud tu apa mcm mana?haha
      17 hours ago ·
    • Teett mmg nak kene la kan lau tak tawu =.=
      17 hours ago ·
    • Muhammad Arieffahmi mana la tau ada yang tak tau,kita umumkan sikit biar luas coveragenya.hehehe
      17 hours ago ·
    • Teett betul gak. next tyme lau nak p makan, toksah ckp nak p "makan" but says this nak p " mengisi perut yang kosong" :)
      17 hours ago ·
    • Muhammad Arieffahmi nak cakap kat sapa tu? orang yang tak pernah makan?hehe
      17 hours ago ·
    • Teett hahaha, ckp kat org yang faham ayat hiperbola la :P
      17 hours ago ·
    • Muhammad Arieffahmi ingatkan cakap orang yang tak penah makan.hehe
      17 hours ago ·




Apa la yang aku merepek kat atas tu. Mungkin entry kali ini ramai yang akan kurang faham sebab secara ideanya pun aku kurang nak berapa faham tapi aku tetap nak kongsi kat sini. Aku kongsi, korang baca dan kalau otak korang berjalan lantas memberi respon kepada idea yang aku usulkan ni, boleh la nak kongsikan kat ruang komen. Kalau korang pembaca yang rajin la. Kalau malas... Apa aku boleh buat. Haha

Tak semua orang pernah buat apa yang orang lain pernah buat. Tak semua orang faham apa yang orang lain faham. Sebab apa? Sebab manusia ni macam-macam maka kita yang menyampaikan ni pun kena macam-macam.

Aku bawak contoh mudah la. Kita sebagai blogger mesti nak apa yang kita tulis ni orang baca dan orang memberi respon. Betul tak? Kalau jawab tak, memang penipu! Haha..Yang dok riuh sana sini "Traffic naik" "Terharu ramai orang komen entry aku" tu apa kejadah. Haha.. Tapi aku tau tak semua blogger macam ni cuma KEBANYAKAN. Oleh sebab itu kita kena hasilkan penulisan yang baik. Penulisan yang baik tu macam mana? Itu masing-masing boleh tafsir ikut kehendak masing-masing...

Bila kita bijak menyampaikan maka mesej itu akan sampai dengan penuh hikmah dan bijaksana. Macam mana nak sampaikan mesej sebegitu rupa? Itu kena belajar. Pengalaman juga membina skill itu.

"Jika mesej yang kita nak sampaikan itu luas coveragenya, kita perlu bijak"

Akhir sekali, jom kita perhati kembali perbualan aku kat FB tu...

Fahmi: Dah macam masuk kelas communication skills dah. Hoho..



Iklan Fahmi: Luaskan coverage anda dengan miliki iPad 2. Tekan SINI

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...