Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Saturday, August 28, 2010

AKU INSAF

Kipas lama itu ligat berpusing. Berusaha gigih untuk menghasilkan angin supaya kitaran udara di kamar itu kekal segar. Cahaya sang mentari mulai menembusi ruang-ruang tingkap kamar itu lalu mengenai wajahku. Bahang panasnya buatku terjaga.Terasa berat sungguh kepala ku pagi ini.Mungkin kerana terlalu letih agaknya.Mana tidak letih kalau semalam pun pukul 11.30 baru sampai ke sekolah. Ditambah lagi dengan kena marah dengan pakcik jaga semalam,katanya ingat ni sekolah bapak aku ke nak keluar masuk sekolah sesuka hati. Aku diam tidak berkata.Itu lebih baik. Dan sekarang aku demam…

Peristiwa dua hari lepas masih segar terngiang-ngiang di kotak fikiran..
‘ Nah,ambil balik barang anta ni dan abang mad kirim salam.’Satu tamparan hebat melayang. Bisa,bisa sungguh kata-kata itu. Abang Ammar datang tadi menghulurkan sekotak rokok jenama Malboro yang sudah tidak berisi kepadaku. Rupa-rupanya rokok aku yang hilang tempoh hari telah dijumpai oleh naqibku sendiri,abang Mad. Aku diam tidak terkata.

Suasana hening dan sunyi sepertiga malam tidak dapat disangkal lagi. Ketenangannya mampu membuat seorang hamba yang hina dina sujud meruntun kemaafan dari Tuhan esa. Tiada henti menitiskan air mata taubat. Aku dan abang mad baru sahaja selasai mendirikan solat tahajud dua rakaat bersama.’ Andai setiap pemuda Islam di muka bumi ini bersama mendirikan qiamullail sepertimana yang kita lakukan bersama tadi,nescaya kebangkitan ummah sudah tiba.’ Abang Mad tersenyum melihat aku sambil membuka bicara enak penuh bermaknanya. Aku amat merindui zaman itu..

Terasa amat sengal pada sendi-sendi di seluruh badanku.Nak beralih kedudukan perit rasanya.Fikiran pula makin berselirat macam jalan-jalan di bandaraya Kuala Lumpur.Kebelakangan ini aku lebih banyak berfikir.Bukan masalah ummah tapi masalah peribadi.Masalah diri pun tak lepas dah nak fikir masalah ummah haru la.

‘Ana tengok anta dah lain la Dan. Dah tak macam dulu.Dulu anta selalu qiamullail tapi sekarang dah jarang.Puasa Isnin Khamis anta tak pernah tinggal.Senang cerita anta amat jaga amal fardhi anta.Dalam soal dakwah anta merupakan orang paling terkehadapan. Tapi,sekarang semua itumacam dah jadi sejarah je. Anta ada masalah ke?’Alhamdulillah, masih ada ikhwah yang masih prihatin dengan keadaan aku.Sekurang-kurangnya ada yang mengambil berat perihal aku.

Apa sebenarnya masalah aku ni? Ya-Allah,engkaulah yang memegang hati hamba-hamba-Mu maka tetapkanlah hati hamba-Mu ini dalam agamamu,ketaatan padamu dan atas jalan dakwah-Mu. Sedalam-dalamnya aku cuba mencari punca masalah pada diriku ini. Inilah dugaan pada diriku.Diduga dengan kesenangan yang melimpah ruah.

Pintu bilik terbuka dan Ustaz Shah menapak masuk ke bilik. Aku pura-pura tidur kerana takut disoal oleh ustaz.Masakan aku tidak ke kelas untuk mengulang sedangkan sudah dibayar mahal oleh ibu bapaku. Aku sangka ustaz mahu mencari aku tetapi sangkaan aku meleset sama sekali kerana beliau terus menuju kearah almari ku dan terus menyelongkar. Aku terkedu. Ya-Allah, handphone dan kamera aku!!



‘ Danish,ana tak sangka anta sanggup lakukan semua benda ni.’ Kekecewaan jelas tergambar di wajah ustaz.Gaya seperti terkejut beruk pun ada.Sesungguhnya segala perkara-perkara buruk yang aku kerjakan dan yang orang tidak tahu terbongkar juga akhirnya pada hari ini. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Amat benarlah pepatah melayu itu.

‘ Ini dan ini anta yang punya?’ Ustaz shah menyoal sambil di tangannya terdapat dua kotak rokok.Sebelah kanan Malboro Light dan di tangan sebelah kirinya pula kotak Dunhill.’ Kaya jugak anta ni,beli rokok mahal-mahal.’ Sempat lagi tu nak main perli-perli aku.’Ya ustaz.’Itu sahaja perkataan yang mampu aku balas dengan soalan yang dikemukakan tadi.Kaki sudah seperti tiada lagi. Menggeletar ketakutan akan natijah perlakuanku selama ini.Kekeringan kata-kata.Yang tinggal hanya sebillion penyesalan yang mulai menjalar ke seluruh pelosok badan.Keinsafan mulai berbunga dan berbisik di setiap penjuru hati.Ada hikmah semua ini.

‘Yang paling ana tak sangka ialah anta sudah pandai keluar date dengan anak dara orang. Dosa besar semua tu!’ suara ustaz tiba-tiba tinggi. Aku sudah menjangka bahawa gambar date aku semalam akan ditemui oleh ustaz. Semua jangkaan itu benar belaka. Ustaz kini sedang menatap gambar yang sedang terpapar di skrin lcd kamera DSLR EOS350d aku. Aku,seorang bekas pelajar tahfiz sedang memeluk erat seorang gadis yang gayanya sebaya denganku.Dua-dua tersenyum bahagia.

‘Anta nak kahwin sangat dah ke? Nampak gaya macam dah tak tahan sangat,senang-senang kahwin ajelah. Biar ustaz bagi tahu mak ayah anta yang anta dah nak kahwin.nak?’Terkedu aku mendengar soalan ustaz tadi. Sarkastik sungguh ustaz aku seorang ni.

‘ Danish oh Danish..andai anta kira dengan 30 juzu’ al-Quran yang berjaya anta hafal itu mampu membawa anta masuk syurga maka sangkaan itu benar tetapi ianya bukanlah tiket yang membenarkan anta untuk membuat maksiat di bumi Allah ini. Salah pemahaman itu.Tercemarlah kesucian al-Quran itu dan pudarlah sinarnya.’Panjang lebar ustaz memberi nasihat padaku.Nada bicaranya tetap tenang dan sentiasa senyum tatkala berbicara.Nescaya siapa yang tidak tertawan dengan kata-katanya.Semakin subur kurasakan rasa keinsafan ini.

Dua tahun lalu aku merupakan anak murid kepada Ustaz Shah.Beliau amat terkenal dengan sifat garangnya di dalam kelas namun sebenarnya beliau mempunyai peribadi yang amat mulia dan disenangi semua orang. Setiap bait kata-katanya terkandung seribu satu nilai tarbawi yang bernilai. Buat pedoman dalam jalan kehidupan. Dialah seorang murabbi..

‘ Macam mana sekarang ni? Ana nak nombor telefon ayah anta boleh? Ana nak telefon ayah anta dan berbincang berkenaan masalah anta ni.’ Sekali lagi aku terkesima.Inilah yang paling aku mintak jauh ya Allah.’ Jangan ustaz, jangan telefon ayah ana dan ana mintak sangat-sangat supaya perkara ni mak dan ayah ana tak tahu. Kalau diorang tahu pasti ana akan dibelasah teruk dan gelaplah masa hadapan ana. Ana dah insaf dah ustaz.Ana nak taubat dan ana tak nak buat benda-benda mungkar ni lagi.’Bersungguh-sungguh aku atur kataku supaya dapat menagih simpati sekaligus meraih kepercayaan ustaz.Aku katakan itu semua dengan penuh perasaan.Percayailah aku ustaz.Berderai air mata mengalir halus di pipiku.

Aku merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik dalam keluarga ku.Kala ini aku merupakan anak harapan yang dibebani oleh harapan yang menggunung oleh keluargaku.Ini semua kerana aku anak terakhir dan akulah satu-satunya anak lelaki tunggal.Memandangkan kepada adik beradik ku yang semuanya tidak menjadi maka menjadi kewajipan aku untuk membawa sinar harapan pada keluargaku.Emak aku percaya bahawa di sekolah aku bermatian menuntut ilmu. Manakala, Ayahku percaya bahawa aku pelajar yang cemerlang bukan hanya pada akademik tetapi begitu juga pada sahsiah. Bahkan semua orang percaya bahawa sesungguhnya aku merupakan seorang pelajar yang baik dan cemerlang. Kerana itulah apa yang aku pinta pasti kan dipenuhi dan apa yang ku bicarakan pasti dihormati.

‘Ibu, tadi adik mengimamkan Jemaah solat Maghrib di masjid.’ kataku manja sambil membiarkan rambut ku dibelai-belai oleh ibuku yang tercinta.Beberapa helai rambut hadapan ku jatuh lalu menutupi sebahagian mata kanan ku.Lantas aku singkap kembali rambut itu.Rimas juga rambut panjang.

Suasana malam itu sungguh sunyi.Hanya ditemani oleh bunyi cengkerik menyanyi diluar. Bagaikan ada pesta para cengkerik sedang diadakan di luar sana. Berita tadi sungguh mengharukan ibuku.Masakan tidak terharu seorang ibu apabila mengetahui anak sendiri menjadi imam di masjid.Satu anugerah yang menyejukkan jiwa bagi setiap ibu yang memiliki anak sebegitu.

Kehangatan kasih sayang bersama ibu malam itu sungguh istimewa.Maklumlah aku yang sudah besar panjang tetapi masih tidur di riba ibuku.Mungkin kerana sudah lama aku tidak pulang ke kampung halaman.Tambahan pula berkongsi cerita dan pengalaman aku di sekolah kepada ibu.Aku masih ingat detik seketika selepas aku menjadi imam tempoh hari.

‘kamu ni anak sape ye?’ soal seorang makcik yang juga merupakan salah seorang jamaah muslimat di masjid itu. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Tidak tahu mengapa tetapi mungkin kerana ada sedikit perasaan malu.’ Saya anak Ustazah Nora,makcik.’ Aku jawab sambil tertunduk malu. Tetapi jauh di sudut hati ada merasasedikit bangga apabila mereka mengetahui bahawa aku anak Ustazah Nora. Aku juga yakin bahawa mesti ibuku akan berasa bangga juga apabila kelak dia mengetahui bahawa aku menjadi imam di masjid.

Salah seorang dari makcik tersenyum apabila dia mengetahui siapa aku.’Sedaplah kamu baca masa jadi imam tadi, sejuk hati makcik dengar.’Memang bertambah malu aku dibuatnya.Tanpa disedari pipiku sudah merah kerana malu. Aku memang jarang sekali dipuji sebegini,sekali kena puji malunya bukan kepalang.’ Kalau macam inilah,siapa yang tak nak jadikan menantu’ aku terdengar salah seorang dari pada mereka berbisik sesama mereka lalu ketawa. Aku sudah tidak keruan.’Makcik, saya pergi dulu ya.’Aku buka langkah lalu meninggalkan kumpulan makcik-makcik tersebut. Takuti bahana yang besar bakal menjelang tiba singgah di jiwa. Riya’ dan takabbur.

Ibu tersenyum bangga tempoh hari. Tampak jelas pada riak wajahnya yang aku telah membuatkan hatinya tenang dan sejuk. Anak bongsunya pada pandangannya telah menjadi insan yang diidam-idamkannya selama ini.Bukan sahaja dia yang idamkan tetapi sekalian alam juga mengimpikan.Seorang insan yang hebat pada pelajaran dan indah pada akhlak.Lagi-lagi tampan pada paras.Pakej lengkaplah bak kata makcik-makcik di surau tempoh hari.

Aku masih tertunduk.Masih mencari jalan supaya ustaz tidak membawa perkara ini kepada pengetahuan ibu bapaku.Bilik pejabat yang agak luas itu kini ku rasakan amat sempit sekali.Setitik demi setitik peluh menitik membasahi lantai pejabat.Aku tidak mahu menghancurkan harapan kedua ibu bapa ku.Yang ku pinta pada masa ini hanyalah peluang kedua.Fikiranku terus menerawang merentas perjalanan masa.

‘ Adik, akak nak adik belajar sungguh-sungguh dan berjaya. Akak tengok adik kuat main dan tak bersungguh-sungguh. Adik tahu kan perangai abah tu? Kalau adik mintak apa, semua dia bagi tapi kalau keputusan adik teruk, adik sendiri tahu akibatnya. Lagi satu, jangan buat perkara pelik-pelik yang boleh buat ibu dan abah sedih.Ingat pesanan akak ni tau.’Pesanan along berlegar-legar di ruang ingatanku.

Pelbagai memori silam, kebaikan dan pengorbanan ibu dan abahku kini bermain-main di fikiran.Terasa semakin hebat rasa kesal dan sedih menyelubungi diri.Aku tidak sanggup melihat harapan menggunung mereka berkecai sekelip mata apabila mendengar berita ini. Bagaikan berita yang membawa halilintar menggegar gunung lantas berkecai menjadi abu. Itu yang paling aku takuti.

Harapan abahku jelas apabila permintaanku untuk menuntut ilmu di syiria diperkenankan. Pada perancanganku, selesai sahaja peperiksaan SPM, aku akan ke syiria untuk mendalami bahasa arab. Sambil itu aku akan membuat talaqi bersama sheikh-sheikh disana. Niat aku ini amat disokong oleh kedua ibu bapaku.Lagi-lagi ibuku yang amat cintakan ilmu-ilmu ukhrawi.Lantas perancangan aku itu dipersetujui.
Memang benar kata-kata along yang selalu terngiang di telingaku. Memang apa sahaja yang dipinta akan cuba dipenuhi oleh abah tetapi dalam masa yang sama kita perlu juga memenuhi kehendaknya, menjadi anak yang soleh. Prinsip yang amat mudah iaitu ‘give and take’.

Sekarang aku tidak tahu macam mana nak terangkan pada ustaz apa yang aku maksudkan dengan gelap masa hadapan ku.Ustaz berlalu keluar dari pejabat.’Ustaz ada hal sebentar di bilik guru.Anta duduklah disini dan muhasabah banyak-banyak.Lepas ni kita sambung berbincang.’

Aku kaku tidak bergerak berseorangan.Igauan lama pula datang menyerang saat ini.
Diri ini terasa sedikit tercabar apabila melihat kawan-kawan aku masing-masing mempunyai pasangan sendiri. Nak kata aku ini tidak mampu memiliki pasangan sendiri mana mungkin kerana aku mempunyai paras yang baik. Harta, mampulah untuk aku membelanja kawan-kawan makan mc’d setiap kali keluar. Aku ada segalanya untuk mendapatkan teman saat ini cama ada satu perkara yang menghalang aku, iman.
Tapi satu hari,‘ Opi, aku tengok kau ada ramai kawan perempuan. Kenal-kenalkan lah kat aku seorang.’Rupanya sedikit sebanyak jiwa sudah tertarik untuk berjinak dalam kancah fana itu.’ Eh,mana boleh. Kau kan budak baik, lagi-lagi kau tu naqib. Kalau anak buah kau tau,ikhwah kau tau habislah jatuh thiqah kau.’ Opi serba salah untuk memperkenalkan padaku kawan-kawan perempuannya.’ Alah,aku bukan nak buat apa-apa pun. Sekadar nak berkenalan sambil meramaikan kawan.’Aku tersenyum sumbing.Mengharap Opi termakan dengan pujuk rayuku.

‘ Awek kau sehat,Dan?’Fiq menghampiri berjabat tangan.Sekarang soalan pertama tentang pasangan masing-masing.Aku sudah tidak berasa terasing dan ketinggalan.Kini aku sudah ada seorang teman dalam hidup pada umur 15 tahun.

Saat inilah baru aku nak mula menyelak kembali sejarah hidup lalu.Baru hendak muhasabah amal kehidupan. Mungkin selama ini sudah lupa dan alpa bahawa sudah sedikit sebanyak tergelincir dari landasan yang dituntut. Menggeletar seluruh badan bila mengenangkan kembali masa itu. Jikalau doraemon ada, akan ku pinjam mesin cahaya masanya dan undurkan masa lalumengubah segala-galanya. Tapi,semua itu mustahil. Kenangan lalu terus mengulit diri.

Cuaca malam itu sungguh indah.Walaupun indah namun diri tetap tersa kosong kerana duduk di rumah tidak berteman.Gelodak jiwa mengajak diri untuk keluar ke kedai makan berdekatan.Aku bertemu beberapa kawan aku yang juga sedang makan di kedai yang sama.tiba- tiba langit memanah halilintar lantas gerimis mulai menyapa bumi.Malam yang sejuk.

Fiq menghulur sebatang rokok pada ku. Di mulut Fiq, Fiz dan Bob sudah terhiasa dengan kepulan-kepulan asap. Mereka tidak mengetahui bahawa aku tidak menghisap rokok. Sekali lagi jiwa dan raga diuji dengan nafsu,kawan dan keadaan,sejuk. Tanpa berfikiran panjang,aku terus menyambut rokok tersebut. Kebenarannya aku sudah lama teringin untuk mencuba benda itu dan akhirnya aku tersungkur jua pada hari ini.
Apabila mengenangkan kembali titik permulaan semua ini dan membandingkan zaman sebelumnya, amat kesal.Hati terus menyumpah atas kebodohan diri sendiri lantaran mencampakkan diri ke lembah hitam ini.

Aku pernah juga terfikir, perkara-perkara seperti ini sudah menjadi adat di dalam masyarakat zaman ini.Kefasadan ini semua sudah tidak dipandang jelek oleh masyarakat sekeliling.Atas dasar itu jugalah aku ingin mencuba.Sedangkan budak yang jauh lebih muda dari ku sudah pandai mencuba.

Daun pintu ditolak.Tersentak aku lantas terjaga dari lamunan khayalan yang panjang.Ustaz shah berada di sisi.Dia mengusap bahu ku.Aku terkedu sebentar.
‘Macam mana?Apa yang anta dah fikirkan?’ soal ustaz shah sambil berjalan menuju ke kerusinya.

‘ Ana merayu kat ustaz tolonglah jangan bawa perkara ini kepada pengetahuan ibu dan ayah ana. Itu sahaja yang amat ana harapkan.Yang selebihnya ana serahkan kepada ustaz.’Sekali lagi aku merayu kepada ustaz dengan nada yang meruntun.Aku sudah memikirkan segalanya.Apa yang akan berlaku sekiranya ibu dan ayah tahu dan apa yang akan aku lakukan sekiranya ibu dan ayah tidak tahu.

‘kenapa anta buat semua benda ni Dan?’ nada ustaz sedikit turun dan digauli bersama nada kesal. sambil menunggu jawapan dariku dia mengemas beberapa helai kertas yang berselerak di atas mejanya.’ Semuanya sebab nafsu,ustaz. Itu sahaja yang mampu ana katakan.’Terdiam.

‘Dengan nafsu anta kalah? Mana anta letak al-Quran anta?mana anta letak tuhan anta?’bertubi-tubi soalan muhasabah ditujukan padaku.bukan untuk dijawab secara lisan tetapi sekadar untuk membawa kepada daerah muhasabah. ‘perjalanan dakwah dan tarbiyah anta langsung tak membatu dalam menangkis ujian-ujian sebegini ke? Ana kenal anta sebagai seorang yang sangat patuh dan teguh dalam tarbiyah.Sampaikan satu masa anta telah menjadi harapan sekolah untuk memegang tampuk kepimpinan sekolah suatu hari nanti.Ini semua kerana akhlak dan komitmen anta kepada Islam yang anta tonjolkan selama ini. Apa yang sudah terjadi sebenarnya Danish?’ setiap bait katanya bertenaga. Menyuntik ruh tajdid dalam setiap rongga diri aku.Itulah yang aku rasakan sekarang.

‘Ini semua nafsu ustaz. Ana nak cuba merasai kehidupan yang dihiasi kesenangan seperti remaja zaman sekarang. Mungkit sedikit kebosanan berbisik pada naluri tatkal menyusuri hidup sebagai seorang daie.Itu semua bisikan syaitan.’Aku tertunduk malu apabila membuat pengakuan sedemikian.Ustaz terus mendengar dengan tekun.Sesuatu bermain difikirannya.

‘Danish, nampaknya anta sedikit sebanyak sedang menuju menyembah gaya hidup hedonisnme.’Terkejut aku mendengar penyataan sedemikian lantas aku meningkah kata-kata ustaz.’ Itu semua dah lepas ustaz,ana dan insaf sepenuhnya dan ana berjanji tak akan mengulanginya lagi.’ Desak aku supaya ustaz tidak meneruskan kata-katanya yang kadang-kadang menyakitkan hati.

‘baiklah, walaupun anta sudah taubat dan insaf tapi perkara ini tetap perlu ana beritahu pada ibu dan ayah anta.’ Terkesima aku mendengar keputusan ustaz.Meremang bulu roma dan terus aku menggigil.Membayangkan natijah sekiranya perkara ini dibawa kepada pengetahuan ibu dan ayah.Aku terus menangis ketakutan.’Biar ana jelaskan dahulu mengapa ana takut yang amat apabila ustaz nak bagi tahu ibu dan ayah saya. Aku terus menceritakan secara terperinci apa yang aku lalui selama ini. Apa perancangan aku dan apa yang akan berlaku sekiranya mereka mengetahui perkara ini. Hampir dua jam masa berlalu.

‘Yang paling penting ialah mereka akan pindahkan ana dari sekolah ini. Dengan itu anadah tak dapat nak ikut tarbiyah sekolah ini.Ustaz kena mengambil kira kesan psikologi ke atas diri ana juga.Ana mungkin tidak dapat menerima kenyataan dan tidak mahu berubah bahkan mungkin menjadi lebih teruk.Semoga dengan masih ana besekolah di sini ana dapat bina semula diri ana yang sudah jatuh tersungkur sebegini.’Satu- satu perkataan aku susun dengan jelas supaya ustaz dapat menerima setiap kata-kataku dan menghadam dengan sebaiknya.

‘Baiklah, setelah ana berfikir maka ana memutuskan bahawa ana tidak akan memaklumkan perkara ini kepada ayah dan ibu anta.Namun ana tidak akan melepaskan anta begitu sahaja tetapi kita mesti ada perjanjian.’ Terpempan aku mendengar keputusan tersebut. Setiap bait kata-kata tadi bergema merdu di setiap pelosok ruang telinga. Satu suara yang indah dan satu keputusan yang penuh hikmah.

‘anta kena angkat sumpah dengan ana yang anta tidak akan mengulangi lagi apa yang telah anta lakukan ini. Angggap ketelanjuran ini sebagai satu pengajaran yang besar dalam hidup anta.’Tenang dia bertutur sambil tangan kanannya mencapai dan membuka salah sebuah laci di mejanya.Sebuah mikrofon kecil dibawa keluar dari laci tersebut lantas dipasang pada komputer riba yang sedang berada dihadapan ustaz.
‘anta ikut setiap kata-kata ana ini dan ana akan rakam untuk menjadi bukti yang anta sudah bertaubat dan insaf.’ Paparan ‘voice recorder’ sudah bersedia di skrin lcd computer. Butang rakam ditekan.

‘Dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengampun, saya Muhammad Aiman Danish bin Khairuddin dengan ini bersumpah tidak akan merokok, menjalinkan hubungan antara bukan mahram yang terlarang, dan bermacam-macam lagi kefasadan yang saya telah lakukan selama ini. Sekiranya saya melanggar sumpah ini, saya berhak untuk mendapat laknat dari Allah.wallahi, wabillahi, watallahi.’

Tersedar aku dari lena yang panjang. Telah juga aku sedar bahawa selama ini aku telah menghancurkan harapan kedua ibu bapa, keluarga, sahabat bahkan ummat islam sekalian. Aku faham bahawa aku telah memadamkan mimpi ummah kepada seorang mukmin yang benar-benar mukmin pada hidupnya. Setiap bait sumpah tadi menjadi saksi aku telah terjaga dari lena.

Saat melafazkan sumpah tadi kenangan lalu kembali terimbau lantas secara tiba- tiba hilang di celah ingatan. Segalanya hanya tinggal kenangan,kenangan hitam yang banyak mengajar erti kehidupan.

Sebelum habis lafaz sumpah kurasakan air mata ku sudah hangat bertakung.Hanya tunggu masa untuk jatuh membasahi pipi.Namun akhirnya gugur jua titisan jernih itu membasahi pipiku.Air mata yang luar biasa.Bukan jatuhnya kerana takut pada bencana tetapi jatuh mengalir atas nilai keinsafan dan ketaqwaan pada Yang Esa.Pertama kali ia mengalir atas dasar suci ini. Kubiarkan ini mengalir dan terus mengalir membasahi bumi kerana aku berharap semoga jatuhnya air ini mampu membasahi seterusnya menggilap kembali hati seorang permata ummah yang telah dinodai. TAMAT
Read more...

Monday, August 9, 2010

THE WINNER IS MR PUPPET

“Ya- Allah..”

“Whats this all about?”

Ada yang menggaru kepala.

Ada yang tertunduk berfikir.

Yang paling banyak ialah mereka yang bertepuk tangan bagai nak rak.

Pagi tadi baru lepas Majlis Peralihan Kepimpinan 2009/2010 kepada kepimpinan 2010/2011. Suasana memang luar dari kebiasaan majlis ini. Kalau tahun- tahun sebelum ni biasa-biasa je majlis ni. Tahun ni pihak sekolah kembali lagi dengan penaiktarafan kualiti majlis formal. Tahun ni ada macam-macam gaya. Ketua umum pakai jubah ala-ala konvokesyen la, penyerahan watikah pembubaran kepimpinan. Ada gak la macam bubar parlimen. Memang kali pertama sekolah buat macam ni.

Aku dari tadi dah termenung seorang. Mungkin orang tengok aku ni macam budak masuk air je tapi aku masih suka berfikir. Tengok sesuatu dan berfikir. Jangan la apa yang berlaku kita main ikut je. Tak fikir apa yang sedang berlaku. Memang majlis tadi best. Aku tak boleh nak nafikan tapi yang kat dalam majlis tu tak berapa best.
Dah lama dah aku fikir benda ni. Aku tak sangka mimpi ni sampai hingga ke batch aku. Kat sini aku bukan nak komen mana-mana pihak. Post kali ini hanya sebagai luahan dan pandangan. Apa aku fikir, aku nak kongsi kat sini.kalau ada salah harap betulkan la ye….




Semakin hari semakin aku tak faham dengan sekolah ni. Aku pun rasa macam semakin hari semakin mereka pun tak faham pasal diri mereka. Kemana arah perjuangan mereka. Nak bawa budak-budak kearah mane. Nak kepimpinan bawa budak-budak(pelajar) kearah mana. Kalau tengok cara mereka menyusun memang macam lembu mabuk lah. Yang tukang jual besi dia letak jadi tukang tenun sutera. Memang tak sesiapa pun cakap benda tu salah. Memang katanya nak bagi pelajar belajar. Tapi agak-agak la jugak kan. Yang kesian orang yang membeli sutera tu. Yang nak pakai sutera. Agak-agak la lembut tak sutera tu?haha..



Memang ada pelajar tu baik tahap gaban. Baik dan tak hoha-hoha macam aku ni. Memang layak menjadi seorang yang berjawatan. Tapi aku sendiri mempersoalkan bagaimana pula kepimpinan mereka. Nak memimpin anak bangsa ni. Kalau da pandai memimpin aku terus tabik spring. Tapi masih ada persoalan yang penting,memimpin kearah mana ya??


Orang baik memang boleh memimpin tapi kalau dia tak tahu nak memimpin kearah mana memang buang masa jugak. Akhirnya dengan orang-orang yang dipimpin sama-sama jadi robot. Dah tak tahu nak pimpin kearah mana last-last robot la. Susah sikit nak faham kot. Ini berkaitan dengan pemahaman dan fikrah.

Nasihat aku, masa depan anak bangsa yang ikhlas menimba di sekolah tercinta aku ni harapnya janganlah dipolitikkan. Memang sekarang banyak benda dipolitikkan. Sampaikan agama pun boleh dipolitikkan. Orang yang benar-benar berhak dan mampu membawa pelajar sekolah aku perlu dikedepankan.

Masalah politik jamaah ini sudah kian kritikal. Aku bukan nak mengata mana-mana jamaah islam kat Malaysia ni mahupun kat sekolah aku. Aku tak nak menjadi orang yang memburukkan mana-mana pihak. Tapi masalah ini dah cukup nyata. Dalam beberapa tahun ni aku perhati dan tengok masalah ni masih tidak mencapai status ‘hitam dan putih’. Kenapalah sampai je batch aku memegang kepimpinan sekolah terus hitam putih.

Budak-budak yang dilabelkan berhaluan kiri yang selama ini memberi sumbangan besar kepada sekolah diperanak tiri. Sedangkan selama ini apa yang ada kat sekolah ni diorang yang dok perah keringat dan macam nak terkeluar otak terus berfikir. Bukanlah dari aspek infrastruktur dan pelbagai benda fizikal tapi kita berbicara bi’ah,akhlak tarbiah dan fikrah. Apabila isu politik kian panas mereka semakin ditindas.

Masalah sekarang kepimpinan diberi kepada budak-budak berhaluan kanan. Memang la baik tahap malaikat pun ada tapi tak tau nak bawak apa kat sekolah ni. Nak bagi sekolah ni hilang roh ke? Nak bagi sekolah ni jadi macam sekolah-sekolah di luar yang tak ada tarbiyah?

Aku memang rasa macam nak menangis je dok kat depan masa pemilihan tampuk kepimpinan baru tadi. Fikir balik masa hadapan sekolah memang sedih. Tengok kawan-kawan yang bakal pimpin pelajar dengan anak-anak buah yang berhaluan kanan. Memang akan penat dan semput tercabut jantung. Aku doa mereka kuat.amin..

Nak kata aku ni berhaluan kiri kat sekolah boleh la. Aku pernah masuk pejabat untuk lawan sekolah punye pasal. Kes masa tu agak hangat jugak lah. Memang seronok berdebat dengan sekolah. So, mungkin lepas ni sesi pemulihan gerak kerja sekolah akan lebih ligat. Kami haluan kiri akan lebih berkeras demi masa depan sekolah kami. Seram jugak nak gelar diri berhaluan kiri.hahaha

Berbalik kepada masalah politik tadi, sekolah amatlah takut dengan puak kiri ni. Puak kiri ada fikrah yang mereka perjuangkan. Mereka jelas apa yang mereka nak bawa kat dalam sekolah ni. Memang cukup jelas iaitu islam. Cuma mungkin puak kiri ni ikut jamaah lain dari pihak sekolah so pihak sekolah tak berapa setuju. Maka pihak sekolah memberi kepimpinan kepada puak kanan iaitu puak baik. Tak ikut mana-mana jamaah atau program luar terus dapat cop baik. Seronok dan amatlah mudah.

Puak kiri ni bukanlah jahat atau apa-apa yang seangkatan dengan perkataan jahat ni. Mereka Cuma tidak disukai kerana masalah politik ini sendiri. Ikut program luar terus kena ban. Tah la..aku nak cakap panjang-panjang memang tak habis dan pembaca pun akan semakin pening. Mungkin masalah ini perlu dirujuk kepada orang yang lebih arif. Aku kan sini hanya sebagai luahan.

Rasa macam nak pindah sekolah..pening….

Rasa macam nak buat revolusi pon ada…hahaha

p/s: gambar di atas penuh dengan makna. mungkin segala yang berlaku di sekolah aku ada pihak yang menyusun. badan rahsia mahupun tidak rahsia...
Read more...

Friday, August 6, 2010

Menjadi Orang Kuat

(EDISI LUAHAN)

“Ya-allah….” Aku mengeluh buat kesekian kalinya..

Memang rasa nak hentak je kepala ni kat lantai.

Rasa nak sepak terajang semua budak yang buat muka mintak penampar.

Rasa nak tidur sampai tak bangun-bangun dah.

Dan rasa jugak nak gelak sampai terkeluar usus.heee

Hari ni dah genap hampir seminggu aku hilang benda paling berharga dalam hidup aku setakat ini. Bukan benda paling berharga kira-kira berjuta-juta ringgit tapi ni kes nilainya yang amatlah tinggi. Pemergianmu walaupun akan berganti namun tetap aku parah di sini. Macam tu jugalah bunyi keperitannya.

Dalam seminggu ni aku jalan pun dah tak macam orang. Zombie berjalan. Tapi zombie ok lagi aku rase kalau nak banding dengan aku ni. Zombie tak ada perasaan tapi aku ada jadi yang bab perasaan tu yang sakit tu. Ada jugak rasa macam mat bangla jalan kat bumi Malaysia ni.

Hari rabu lepas aku hilang encik Crocodile aku yang berisi segala macam. Dialah wallet kesayangan aku.huhu..

Waktu hilang tu memang nak cakap aku gaya optimis dan positif tahap gaban la.”insyaallah jumpa balik ni, budak tu nak duit je.” Pergi sana sini muka habis riang lagi. Memang tak ada gaya orang hilang wallet la. Bersorak sana sini, melompat, menari dan macam-macam lagi aktviti berjalan seperti biasa. Inilah aku..hahaha

Masa terus berlalu.

Khamis.

Jumaat.

Sabtu dan seterusnya……

Sampai suda hari kelapan dia pergi tak pulang-pulang. Segala macam ikhtiar aku usahakan. Hasil hampeh. Bayang wallet tu pun aku tak Nampak. Hati ni dah rasa lain macam. Berbulu semacam je rasa. Geng-geng setan dah start datang dok bisik-bisik tah apa kat aku. Mood aku dah start tak betul.

Dalam wallet aku ada segala khazanah hidup aku. Ada kawan datang dan cakap “rileks la bro, hilang dompet je. Kau kan kaya. IC buat je la lain kan dah selesai masalah.” Aku rasa macam nak ketuk je kepala budak tu.

“ Bapak kau pernah hilang wallet tak? Mesti serabut giler kan masa dia hilang tu kan? Silap-silap habis luruh segala rambut kat atas kepala dia sampai botak tengah.haaa..macam tu la kes aku ni. Dalam tu ada IC,Driving licence,Bank card,insurance Card, daan segala-gala benda la. Cuma aku maintain tak luruh rambut macam bapak kau je.” Ambik kau sedas bazooka dari aku. Terdiam terus dengar penjelasan dari aku.

Memang lepas orang dah tau ramai yang turut bersimpati. Aku cakap kalau korang nak tau macam mana aku hilang wallet ni cuba bayang serabutnya mak bapak korang hilang wallet. Simple kan?hahaha

Yang si malaun lahanat pencuri satu ni pun aku tak faham. Apa motif tak nak pulangkan balik wallet aku tu. Nak duit ambil la. Aku tak kesah walaupun kau nak ambil 200++ aku tu. Aku tak kesah langsung tapi yang isi kat dalam tu yang paling aku kisah..ya Allah…..

Hal ni bapak aku sendiri tak tau lagi. Memang seram sejuk jugak la kalau nak bagitau dia. Ni semua pasal peristiwa dua bulan lepas. Aku hilang 150++ pound sterling kat dalam bilik aku sendiri. Masa tu ada orang renovate rumah then aku bagitau kat bapak aku yang duit tu aku simpan kat dalam almari aku. Hilang kat dalam almari. Rileks je dia jawab..

“bagus la tu,asal tak letak depan pagar kat depan rumah je? Lagi senang orang nak curi. Tak payah susah-susah nak pecah masuk bilik.” Aaaaaaa……….

Sekarang aku dah tension tak ingat. Selama ni Nampak happy ceria kanak-kanak rebina sebenarnya plastic je. Memang tak ada siapa yang mampu untuk nak menafikan perasaan sendiri. Nak simpan lama mana perasaan tu. Lama-lama akan membusuk kat dalam hati sendiri. Aku dah tak tahan. Rasa nak nangis tapi nanti hilang la macho.huhu…

Nak kata fikiran dah tak betul. Hilang segala pertimbangan rasional. Malam tadi aku boleh je main lepas sound sorang budak ni. Pasal apa? Pasal dia azan tak sedap. Boleh kata azan lagu macam kat afrika la. Waka-waka sungguh. Yang aku tension sebab dia azan macam tu adalah kerana dia buat orang gelak. Bukan nak jawab azan. Awal-awal macam gile jugak la sound sebab azan tak sedap tapi fikir-fikir balik perlu jugak sound sebab dia menimbulkan fitnah time azan..huhu

Tengah-tengah tension yang amat bila fikir pasal encik crocodile. Aku rindu kau. Aku nak kau. Balik la sini. Asal kau tinggalkan aku?? Tak ada jodoh dah ke kita ni?? Memang bengang sungguh kat budak yang curi tu. Nasib baik aku tak tau siapakah anda wahai pencuri. Panjang lagi usia tulang rusukmu itu…

Tadi terkenang balik kat encik crocodile. Sayu je dok mengenang nasib. Memang ujian sungguh hidup ni. Tetiba ada sorang brader ni datang..

“Bro, mintak maaf. Aku terpijak spec ko kat kelas tadi…” lembut je suara tu menyapa telinga. Mata dah panas tiba-tiba. Aku dengar apa ni? Pesuruh angin datang membawa berita dongeng? Aku nak nangis. Macam-macam ujian datang segaligus. Tak bagi can nak bernafas langsung.

Memang ujian sungguh minggu ni. Datang serang bertubi-tubi. Semput aku nak lalu semua ni. Memang ada rasa nak lari je dari semua ni. Tapi benda ni hakikat. Nak lari pergi mana lagi. Ujian ni tanda sayang. Memang susah rupanya nak hadapi ujian-ujian macam ni.

Selama ni aku muhasabah diri, ujian-ujian yang datang uji aku semuanya pasal kesenangan. Tapi kali ni datang dalam kesusahan pulak dah..memang awal-awal terkejut. Nak hadapi pun tak tahu macam mana sebab tu haru. Bila fikir-fikirkan balik ringan sangat la ujian aku ni. Setakat hilang wallet pun nak patah semangat ape hal kan..positif ni.huhu..

Aku ambil contoh terdekat dalam kes-kes ujian ni. Kakak aku sendiri. Memang kalau aku nak cerita kat sini memang habis space blog ni. Berjela-jela karangan aku boleh buat pasal kisah hidup dia. Macam mana ujian dia. Macam mana ujian anak dia. Macam mana ujian suami dia. Kalau korang tau memang pedih. Ada la ala-ala kes ‘INDAHNYA UJIAN” gitu. Payahkan? Tapi dia rileks je lalui semua benda ni. Memang semangat padu habis. Aku tak kan tak boleh kan?

Nak ambil contoh lain pun boleh. Kita kembali kepada sirah nabi. Nabi yusuf. Macam mana ujian demi ujian datang dalam hidup dia. Tabah je lalui semua ujian tu. Bukan lalui ujian dengan tak ada perasaan main redah tak sedar je tapi ambil pengajaran dan ikhtibar. Perbaiki diri. Last-last jadi pembesar mesir. Nak tau lebih lanjut cari sendiri la. Penat aku nak bercerita nanti..

Jadi dengan ujian demi ujian yang aku hadapi hari ini aku merasakan ada baiknya untuk aku masa hadapan. Mana la tau tabah je last-last jadi Pm Malaysia macam nabi yusuf. Siapa tahu? Hahaha (always think positive)


p/s: hari ni memang rasa nak menulis macam ni. Hari ni tak ada cerpen. Idea memang banyak tapi tak ada mood nak tulis. Tengah-tengah tulis tiba-tiba teringat kat encik crocodile terus terbantut.huhu.. hidup ni memang kita tak boleh nak lari dari ujian. Lari la ke kutub selatan sekali pun tetap ada ujian. Ujian kesejukan disana.betul tak?haha.. jadi pastikan semakin banyak ujian datang kita menjadi semakin kuat bukan menjadi semakin lembik, patah semangat. Selamat meneruskan kehidupan dengan tabah ya semua..=)
Read more...

Saturday, July 24, 2010

Cerita Padang Pasir

Terkelip-kelip matanya. Cuaca pada hari ini panasnya luar biasa. Tambahan pula dengan rebut pasir yang sedang melanda. Penduduk Tanta sudah tidak keluar dari rumah. Tingkap dan pintu rumah masing-masing sudah ditutup rapat-rapat supaya bahang di luar tidak dapat menyerbu masuk. Siapa yang keluar pada cuaca sebegini semestinya gila atau sememangnya ada urusan yang amat penting dan tidak dapat ditangguhkan. Namun semua ini mesti aku lawan. Ada benda yang amat penting dan tidak dapat ditangguhkan.


Lantas aku menyarung baju yang ala kadar tetapi bersih dan kemas. Sesegera mungkin aku bersiap supaya aku dapat tiba pada watunya. Aku tidak mahu lewat. Aku mahu menunjukkan sikap aku yang sememangnya bersungguh-sungguh dalam mengejar ilmu. Botol air masak yang berada di atas meja ruang tamu itu aku capai dan masukkan kedalam beg galasku. Buka sahaja pintu apartmen aku terus aku menyarung cermit mata hitam. Rebut pasir sedang melanda dan siapa yang tidak memakai apa-apa pelindung mata maka itu hanya menempah pedihnya mata dimasuki pasir bumi subur ini.


Aku tiba pada masanya. Nasib baik, kalau tidak pasti aku akan dimarahi dan tidak disenangi oleh Sheikh Abdullah. Ruang solat masjid itu sudah sesak dipenuhi oleh anak-anak murid Sheikh Abdullah. Merak yang menuntut ilmu dengan sheikh Abdullah bukan calang-calang orang. Boleh kira kesemuanya ulama-ulama besar di bumi subur ini. Anak murid yang menuntut pada guru yang hebat maka hasilnya juga hebat. Aku rasakan akulah yang paling jahil di antara manusia-manusia yang sedang memenuhi Masjid Umar ini.


Hebatnya dan tingginya ilmu Sheikh Abdullah memang diakui oleh seluruh ulama seluruh dunia. Tiga generasi anak muridnya kesemuanya digelarkan Sheikh. Ini bermaksud anak murid kepada anak muridnya juga akan mendapat gelaran Sheikh oleh masyarakat sekeliling walaupun dia tidak bertalqi ilmu secara terus dari Sheikh Abdullah. Gelaran Sheikh bukanlah gelaran yang biasa tetapi ia merupakan sanjungan pada seseornag yang mempunyai banyak pengalaman dan luasnya ilmu dia. Inilah bukti kehebatan ilmunya yang turun kepada orang-orang yang menuntut darinya dengan ikhlas. Aku berasa amat beruntung kerana dapat tergolong antara anak muridnya. Alhamdulillah…


Tahun ini merupkan tahun terakhir aku di bumi subur ini. Pasti akanku rindu setiap detik di bumi ilmu ini. Sepanjang pengajian aku di bumi ini pelbagai-bagai ilmu aku dapat. Tidak kurang juga dengan warna warni pengalaman yang terus mencorak kehidupan aku. Suasana ilmu di sini tiada di Negara aku. Di sini orang berebut-rebut untuk menuntut ilmu dan membuat kebaikan. Di Negara aku remaja sebaya aku masih lagi seronok dibuai mimpi. Lalai,lalai dan terus lalai. Inilah tahun keenam yang juga merupakan tahun terakhir aku di sini. Sebak hati bila memikirkannya.


“ Adam, ana rasa sebelum ana nak pulang ke tanah air ana, ana nak pergi mengerjakan haji dan umrah dulu. Apa pendapat anta?” Aku menyatakan hajat aku kepada teman baik aku,Adam. Dia merupakan orang arab dari Madinah. Sepanjang aku berada di sini dialah teman paling rapat dengan aku. Sebenarnya sudah lama aku berhajat untuk pergi menunaikan haji dan umrah di Mekkah tapi idea aku pada kali ini agak istimewa.


"Kita buat rombongan haji kita sendiri. Kita pergi dengan Sheikh Abdullah sekali. Ana teringin nak belanja dia pergi haji memandangkan ni tahun terakhir ana. Ana rancang kita bulan depan. Lepas asar ni anta teman ana jumpa sheikh Abdullah untuk menyatakan hajat ana ni tau.” Suasana di dalam masjid sunyi. Ramai manusia di dalamnya tetapi semua sedang buat kerja masing-masing. Aku dan Adam sedang berada di penjuru belah kanan masjid. Adam setuju untuk menemani aku petang ini. Aku terus menyelak muka surat al-quran pada muka surat yang aku berhenti tadi. Ayat-ayat suci itu terus bergema di setiap pelosok Masjid Umar.


Aku amat terharu dan gembira apabila Sheikh Abdullah bersetuju dengan cadangan aku tetang rombongan haji itu. Memang rezeki kerana pada waktu itu sheikh tiada apa-apa agenda dan dia dapat menyertai kami.
Sepuluh buah kereta kelihatan konvoi bersama. Yang mengetuai konvoi ini ialah Umar iaitu senior kami. Sheikh Abdullah berada di dalam sebuah kereta Toyota model 60-an yang berada pada kedudukan yang keempat dari hadapan. Kami menganggar kami akan tiba ke tanah suci dalam masa 10 hari. Perjalanan kami ini amatlah bernilai kerana kami dapat bersama-sama musafir bersama sheikh Abdullah. Setiap kali berhenti untuk menghilangkan penat lelah dan mengisi perut pasti akan dituruti dengan pengisian rohani.


Pertama kali aku mengadap ka’abah membuatkan aku terus hilang dari alam nyata. Tiada kata yang mampu membawa erti rasa perasaan ini. Damai. Aman. Bahagia. Segala-galanya di situ.” Ya-Allah, janganlah Engkau palingkan aku dari-Mu setelah engkau memberi hidayah kepadaku. Bahagianya hidup aku berada dalam dakapan kasih sayang-Mu. Aku tidak mahu kehilangan nikmat ini buat selamanya. Berikan lah hidayah kepada orang di sekeliling aku dan mereka yang aku kasihi dan tetapkanlah iman itu dalam hati kami semua Ya-Allah.” Aku boleh katakan bahawa setiap saat aku di sana tiada henti aku menitiskan air mata. air mata taubat, air mata insaf, air mata gembira. Disinilah pelbagai jenis air mata yang pelbagai makna menitis membasahi bumi. Nikmat iman itu sungguh dirasai…


Kami menetap di tanah suci itu selama 40 hari. Pelbagai aktiviti dan amal kami telah lakukan di sana. Seperti biasa, dimana ada disitu membawa manfaat. Seperti hujan. Sheikh Abdullah tidak pernah lepas dari perhatian umat manusia di tanah suci. Walaupun hanya berkunjung sebentar namun telah mendapat jemputan untuk memenuhi majlis-majlis ilmu di sekitar tanah haram. Kami anak-anak murid dia tidak pernah melepaskan peluang untuk turut mengikuti memenuhi panggilan itu. Terus menyeluk ilmu dari gudang ilmu.


Selesai ibadah dan urusan kami di Mekkah. Kami masing-masing perlu pulang segera ke tanah subur mesir untuk urusan masing-masing. Seperti sebelumnya kami pulang bersama,konvoi. Aku terasa amat berat sebenarnya untuk menonggalkan tanah arab. Siapa yang rasa gembira meninggalkan tanah haram ini. Setiap insan yang pernah datang ke sini pasti akan merinduinya. Keyakinan pada Allah kian menebal dan terus bertekad untuk mengabdikan diri pada-Nya selamanya. Semua pulang dengan perasaan seorang hamba yang hebat. Hidup untuk Dia.


Dalam perjalan pulang itu kami telah melalui sebuah perkampungan arab kristian. Kampung itu sungguh cantik namun sayangnya hidayah Allah tidak turun di situ kerana hakikatnya cantik diluar namun isi kesemuanya kufur pada Dia.”Ya-Allah Engkau turunkanlah kasih sayang dan hidayahmu pada mereka yang tidak mengerti ini.” Hanya itu yang aku mampu lakukan. Mohon Dia perkenankan permintaanku.


Tiba-tiba kelihatan seorang tua keluar dari rumahnya dan pergi ke halaman belakang rumahnya. Di situ terdapat sebuah kandang babi. Orang tua tersebut meluru ke arah kandang itu lantas memberi makan babi-babi peliharaannya itu. Peristiwa itu telah dilihat oleh kami dan juga Sheikh Abdullah. Tiba-tiba Sheikh Abdullah bersuara,
“Ya-Allah, betapa hinanya orang tua itu. Sudahlah syirik dan kufur kepada-Mu bahkan dalam masa yang sama sedang memberi makan pada babi peliharaannya..” Sheikh Abdullah tiba-tiba bersuara. Mukanya tergambar sedikit kekesalan atas peristiwa yang sedang berlaku dihadapan kami semua itu. Lantas kami semua berdoa sendiri di dalam hati agar di jauhkan dari perkara tersebut berlaku ke atas kami.


Sesaat kami terus sambung perjalan kami tiba-tiba Sheikh Abdullah berhenti. Kelihatan seorang gadis yang amt jelita baru keluar dari rumahnya. Rupa gadis itu amat cantik dan anggun. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan tertawan dan jatuh cinta.”Demi Allah aku tidak pernah melihat ciptaan-Nya yang seindah ini.” Kata-kata itu terpacul secara spontan dari mulut sheikh Abdullah. Anak- anajk muridnya terdiam kehairanan. Kami mengajak Sheikh untuk terus menyambung perjalanan. Dia menolak.” Antum semua balklah dahulu. Saya ingin mnyelesaikan urusan saya terlebih dahulu. Kami hanya menuruti perintah Sheikh Abdullah.


Sheikh terus menuju kea rah gadis jelitawan tersebut. Tanpa berfikir panjang “ Demi Allah aku sudah terpikat dengan engkau. Sudikah engkau mengahwini aku?” Gadis itu agak terkejut.” Kalu benar niat kamu itu ayuh bertemu dengan bapaku dan kita berbincang dengannya. Sheikh Abdullah bersetuju dan terus mengikut langkah gadis di hadapannya itu. Rupa-rupanya orang tua yang sedang memberi makan kepada babi sebentar tadi merupakan bapa gadis tersebut.


“ Saya ingin mengahwini anak encik. Izinkan saya.” Orang tua itu tenang. Wajahnya sekarang sedang bertentangan dengan sheikh Abdullah.” Aku akan bersetuju dengan dua syarat. Jika engkau bersetuju dengan syarat ini maka aku pun akan bersetuu untuk mengahwinkan anak aku dengan engkau.” “ Katakanlah sahaja syaratmu itu.”


“ Yang pertama kamu harus mengetahui bahawa kami semua beragama kristian. Sekiranya engkau benar mahu mengahwini anak aku maka kamu perlu memasuki agama kami.” Tanpa berfikir Sheikh tersebut bersetuju. Maka murtadlah Sheikh Abdullah dari agama islam.


“ Yang kedua ialah selepas engkau mengahwini anakku maka engkau perlu menggantikan tempat aku untuk memberi makan kepada babi-babi peliharaan kami setiap hari.” Sedangkan keluar dari agama islam dia persetujui sudah pasti syarat kedua ini akan juga Sheikh Abdullah setuju. Maka berkahwinlah gadis tersebut dengan Sheikh Abdullah. Tersungkur seorang ulama besar di bawah kaki seorang wanita kristian.


Pemergian Sheikh Abdullah yang begitu lama amat membimbangkan anak-anak muridnya. Setela hsepurnama berlalu kami mengambil keputusan untuk pergi ke perkampungan kristian itu semula. Kami amat terkejut apabila mendapati pada pagi hari itu sheikh Abdullah keluar dan dia yang memberi babi-babi itu makan. Semua anak-murid terkesima apabila melihat peristiwa itu. Masing-masing tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku.


Kami terus berjalan menuju sheikh Abdullah. Kelihatan mukanya pada ketika itu tidak gembira dan tidak berseri seperti biasa. Hilang cahaya iman yang sebelum ini menjadi make-up hariannya. “Sheikh, apa yang sudah berlaku sebenarnya?” salah seorang dari kami bertanya kepada Sheikh Abdullah. Kami semua sudah tidak dapat menahan sebak di dada. Setiap orang sudah menitiskan air mata masing-masing. Takutkan azab Allah. Minta jauh dari malapetaka sebegini.


“ Ucapkan semula syahadat itu. Kembalilah kepada Islam. Bertaubatlah Sheikh.” Kami terus merayu dan mengajak sheikh Abdullah supaya kembali kepada pangkuan rahmat Allah. Pagi itu merupakan hari yang paling teruk dalam hidup aku. Guru aku yang juga merupakan ulama besar yang terkenal telah murtad dari islam dan memberi makan kepada babi. Peristiwa ini berlaku secara langsung di hadapan saya. Ya Allah…


“ Aku ingin kembali kepada islam tetap aku tidak boleh…” itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Sheikh Abdullah. Mukanya penuh dengan kekesalan. Para muridnya terus tertanya-tanya mengapa tidak boleh. Barangkali hidayah allah itu sudah jauh lari dari hati guru mereka. “ Ya-Allah, engkaulah yang maha penyayang. Berila hidayah kepada guru kami ini. Kami merayu pada-Mu. Ya-Fattah engkau bukakanlah kembali pintu hatinya.” Bersungguh-sungguh mereka berdoa setelah selesai mendirikan solat hajat bersama. Pedih mata memandang lagi perit hati merasa.


Setelah setahun berlalu, kami kembali kepada perkampungan itu untuk melihat keadaan sheikh Abdullah. Kami tidak dapat menangkap kelibat sheikh Abdullah pada pagi itu. Pada kebiasaannya beliau akan memberi makan kepada babi-babi di belakang rumah nya pada waktu sebegini. Dia tidak ada lagi di situ. Tiba-tiba, “ Assalamualaikum..” kedengaran salam dari arah belakang kami. Apabila kami berpaling, kelihatan sheikh Abdullah sedang berada di belakang kami. Dialah yang telah memberi salam seketika tadi. Kami berasa amat gembira kerana beritanya bahawa Sheikh Abdullah sudah kembali kepada Islam.


“Allahuakbar.. Allahuakbar..Allahuakbar…” Takbir bergema dengan kuat. Suara takbir itu tersebar ke seluruh kampung itu. Kami berpeluk-pelukan tanda syukur pada yang Esa. Lantas kami semua sujud meletakkan kepala pada tanah tanda syurur. Memang benar hidayah itu milik Dia. Tidak kira siapa Dia mampu untuk menarik nikmat terbesar itu.
“Ya-allah, engkaulah yang memegang hati-hati kami. Maka tetapkanlah hati kami padu-Mu, agama-Mu, ketaatan pada-Mu dan atas jalan dakwahmu.” Amin……

Moral of this story…
1) Jangan pandang hina kepada sesiapapun walaupun seorang kafir musyrik. Allah akan menghina dia kembali.
2) Sentiasa doakanhidayah kepada diri sendiri dan orang lain.
3) Hidayah itu memang milik Allah.
4) Allah itu maha penyayang.


p/s: cerita ini diambil dari kisah benar Cuma ditukarkan kepada versi cerpen dan watak di dalam cerpen ini tiada kaitan dengan sesiapa. Rekaa semata-mata. Pengajaran itu yang penting.=)
Read more...

Thursday, July 22, 2010

16 MEI

Matanya terus khusyuk tertumpu pada skrin komputer berjenama Dell bersaiz 24 inci itu. Hanya sesekali matanya berkelip apabila matanya terlalu kering dan pedih kerana terlalu tumpu pada skrin tersebut. Jari jemari kasar itu terus laju berlari di atas papan kekunci. Ruang itu hanya dihiasi bunyi yang keluar hasil dari jari yang menekan butang-butang yang tertera huruf di papan kekunci itu. Dia berhenti seketika. Mungkin kerana terlalu letih dan perlukan rehat kilat supaya konsentrasi itu dapat kembali bersama.

Gelas mug yang tertera tulisan ‘reunion batch 3’ cepat dicapai. Masih berasap isinya. Sebelum dia menghirup perlahan, dia menarik nafas dalam-dalam dan lepaskannya perlahan. “ahhh…” tiada yang mampu ramal isi di sebalik bunyi itu. Mengeluh? Barangkali ada sesuatu yang lebih besar sekiranya terus diamati teliti raut wajah itu. Ada perkara yang tidak kena. Danial terus menghadap skrin itu semula. Sesaat kemudian tertunduk dan terus tersandar pada kerusi yang empuk itu semula. Ada sesuatu yang mengganggu ruang fikirannya.

Empat tahun lalu….

“Bangun…” ketua kelas berdiri dan memberi arahan agar semua orang turut berdiri. Seorang lelaki berbadan agak besar dan tinggi sederhana melangkah masuk.”Assalamualaikum cikgu..” dari berpuluh-puluh kotak suara, suara berpadu dan hanya menjadi satu bunyi yang padu. Cikgu tadi terus melangkah dan berpusing-pusing seluruh kelas. Meneliti setiap susuk muridnya. Sampai sahaja di barisan belakang sekali dia terhenti seketika dan matanya terus melirik pada salah seorang muridnya yang berada di tengah-tengah antara tiga pelajar.

“ Kesian awak kan? Miskin sangat mak ayah awak sampai tak mampu beli kasut untuk awak. Pakai selipar je. Kesian-kesian.” Tanpa berlapik terus dia tegur Danial yang sedang memakai selipar. “ Cikgu, jangan salah faham. Kasut saya kena curi pagi tadi.” Terkial-kial Danial menjawab kembali teguran cikgu Fauzi tadi. Siapa yang mahu dipersalahkan sekiranya tindakan itu pada dasarnya bukan atas kesalahanya. Seisi kelas mula sedari yang muka Danial sudah mula merah kemerahan. Siapa yang tidak kenal Danial dengan sikap panas barannya. Namun balas pertahanannya sebentar tadi tidak diendahkan langsung oleh cikgunya itu.

“ Sumpah aku bengang giler dengan mamat gemuk pendek tu. Sesedap mulut dia je nak sound aku macam tu. Macam la dah berbilion kali aku tak pakai kasut pergi ke kelas. Ini adalah pertama kali aku pakai selipar pergi kelas. Aku tak puas hati dengan dia!!!” pelbagai sumpah seranah terus meluncur laju keluar dari mulut Danial. Isi hatinya itu terus diluahkan kepada kawan baiknya,Adam. Peristiwa pagi tadi memang suatu yang amat memalukan dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai. Sebelum ini hubungan antara Danial dan cikgu Fauzi tiada masalah. Kejadian 16 mei itu terus membara.

“Danial, aku rasa kau lupakan ajelah peristiwa tadi. Tak guna pon kau nak berdendam dengan cikgu sendiri. Ada jugak yang ilmu dia kat kau yang dia tak redha.” Adam kurang bersetuju dengan pendirian Danial. Dia terus menasihati kawan baiknya itu. Namun semua itu ibarat masuk telinga kanan dan keluar di telinga kiri. Syaitan terus menguasai diri Danial.

Danial masih ingat lagi peristiwa 16 mei itu. Hari dimana mengubah haluan hidupnya. Pertembungan yang mengorbankan satu ikatan yang tiada masalah pada awalnya. Mencetus bara permusuhan antara insan. Namun bukan antara dua insan yang saling benci membenci tetapi seorang insan membenci cikgunya tanpa pengetahuan cikgunya itu. Persengketaan itu terus melarat. Agaknya peristiwa 16 mei inilah yang seringkali mengganggu hidup Danial.

Hari ini hari jumaat. Ini membawa maksud bahawa subjek pertama kelas pada pagi ini ialah bahasa melayu dan ini juga membawa erti bahawa muka cikgu Fauzi ialah muka pertama yang akan melangkah masuk ke kelas 4 Anggun. “what a s**k day” getus hati Danial. Dalam diari hidupnya semenjak peristiwa 16 mei itu, hari jumaat merupakan hari yang paling malang dan membosankan. Ada pepatah arab yang mengatakan ‘ futur selepas berusaha adalah berpunca dari permulaan yang teruk” maka pada setiap hari jumaat Danial akan mengklasifikasikan subjek bahasa melayu atau lebih tepat muka cikgu Fauzi sebagi permulaan yang teruk. Hari jumaat akan terus di lalui dengan bayangan wajah cikgu Fauzi yang menjengkelkan.

“Danial, kamu sihat?” Ramah cikgu fauzi menyapa Danial pagi itu. Namun Danial terus melakukan kerja sendiri tanpa mengendahkan sapaan cikgu bahasa melayunya itu. Pada tafsiran pihak Danial, Danial menyangka yang cikgu Fauzi tidak menyukainya kerana teguran yang amat pedas yang di lemparkan oleh cikgu tempoh hari namun dalam masa yang sama cikgu Fauzi langsung tidak bermaksud sedemikian. Cikgu Fauzi juga tidak mengetahui bahawa Danial tidak menyukainya. Salah faham.

“Cikgu, saya bawakan air untuk cikgu. Saya nak minta maaf kalau cikgu ada terasa hati dengan kelakuan saya.” Danial menghulurkan segelas air kepada cikgu Fauzi. Kepalanya menghadap ke lantai kerana takut untuk bertentangan mata dengan cikgu Fauzi.

“Alahai, susah-susah kamu aje ambilkan air untuk cikgu. Cikgu tak pernah terasa hati dengan kamu pun. Kalau ada pun cikgu sudah memaafkan.” Tangan cikgu Fauzi terus menyambut gelas yang dihulurkan oleh Danial sebentar tadi.

Danial ketawa terbahak-bahak di tempat duduknya. Sedaya upaya dia menahan ketawanya agar tidak didengari seisi kelas. Merah padam mukanya kerana ketawa yang keterlaluan. Puas sungguh hatinya. Hari ini hari Danial.

Genap sepuluh minit masa berlalu untuk kelas bahasa melayu pada pagi itu, cikgu Fauzi tergopoh gapah meminta diri dan berlalu keluar dari kelas. Pada gayanya seperti ada kecemasan yang amat mencemaskan. Kecemasan itu turut dirasai oleh seisi kelas. Semua tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Tersenyum lebar hati Danial pada masa itu. Hanya dia yang mampu rasai senyuman itu. Memang mencemaskan.”HAHA….”

Tanpa pengetahuan sesiapa, sepaket julap yang telah dibeli oleh Danial di kedai berdekatan dengan rumahnya pada hari sebelumnya telah dia campurkan kedalam air yang telah dia hulurkan kepada cikgu Fauzi pagi tadi.

“Rasakan kau cikgu, hari itu aku sakit hati dan hari ini kau sakit perut. Selamba mak bapak kau je nak libatkan mak ayah aku dalam hal aku tempoh hari.” Puas hati Danial dapat kenakan cikgu Fauzi pagi itu. Dia terus bermonolog sendiri. Peristiwa 16 mei itu amat menyakitkan hatinya. Danial anak yatim. Ayahnya telah meninggal dunia semenjak dia kecil lagi dan selama itu dia dibesarkan oleh ibunya. Masakan dia tidak sakit hati apabila mak dan ayahnya dilibatkan bersama dalam dialog kata cikgu Fauzi tempoh hari. ‘Terlajak perahu dapat diundur kembali tetapi terlajak kata binasa’. Giginya digetap kemas. Geram.

Danial merupakan pelajar yang amat cemerlang di dalam batchnya. Setiap kali peperiksaan,beliau antara lima pelajar cemerlang dalam batch. Walaupun berasal dari keluarga yang agak susah namun semangat itulah yang mendorong dia untuk terus berjaya. Dia masih termenenung sendiri. Ada sesuatu yang dia rasakan tidak betul pada hari ini. Dia tidak sedap hati.

Sehingga ke hari ini cikgu Fauzi tidak mengetahui angkara siapa perbuatan aniaya tempoh hari. Justeru itu dia juga tidak mengetahui apakah yang terpendam di lubuk hati danial. Harinya berlalu seperti biasa. Pernah juga dia disuruh oleh rakan-rakan gurunya untuk menyiasat tentang perkara tersebut tetapi dia menolak dan hanya menganggap perkara tersebut bukan perkara khianat. Itu mungkin kerana dia tersalah makan pagi itu. Pelik juga cikgu Fauzi ni, dah sakit perut tak ingat masih menyangka salah makan.

Semalam sekolah gempar lagi dengan kes baru. Dah semacam ada konspirasi besar-besaran yang terlindung kat sekolah ni. Cikgu Fauzi sekali lagi dikenakan. Tetapi kali ini dengan cara yang lebih baik namun cara itu amat ganjil dan menimbulkan persoalan di kalangan pelajar dam guru-guru. Apakah motif sebenar semua perkara ini?

‘UNTUK DIJUAL.15K. SILA HUBUNGI 012-3456789’

Kertas manila yang dilipat kemas berbentuk tiga segi diletakkan di atas bumbung kereta cikgu Fauzi. Sebuah Kereta Mitsubishi Lancer berwarna merah terparkir kemas di bahu jalan. Kebetulan hari ini cikgu Fauzi meletakkan keretanya di luar kawasan sekolah kerana hari ini dia lewat tiba ke sekolah dan kawasan parkir di dalam kawasan sekolah sudah pun penuh. Peluang ini tidak disia-siakan oleh Danial.

“Maafkan saya, saya tidak berniat untuk menjual kereta saya pun.’

“Maaf, itu cuma salah faham. Ada masalah teknikal tadi. Saya tidak mahu jual kereta saya pun.”

Hari itu cikgu Fauzi menerima berpuluh-puluh panggilan telefon. Siapa yang tidak mahu membeli Mitsubishi lancer tahun 2005 pada harga 15 ribu ringgit. Berebut-rebut orang menghubungi cikgu Fauzi untuk berunding. Habis masa cikgu Fauzi. Hari itu hari dia menjadi operator telefon. Kerjanya hanya menjawab panggilan telefon. Danial puas.

Kejadian itu sedikit sebanyak menimbulkan curiga cikgu Fauzi kepada Danial. Dia masih tidak mahu bertindak kerana dia tidak mempunyai bukti yang danial yang lakukan perbuatan itu. Sebagai cikgu yang dedikasi dan berintegriti dia perlulah menyiasat terlebih dahulu. Lebih baik tersalah maaf dari tersalah hukum. Dia masih tidak dapat menghidu dendam kesumat yang sudah subur dibaja di hati danial.

Danial tersenyum seorang. Peristiwa itu sekiranya difikirkan semula sememangnya agak lucu. Apa punya cara aniaya dia guna masa itu. Tampal notis ‘untuk dijual’. Kesian juga cikgu Fauzi masa itu. Tidak cukup tangan menjawab panggilan. Itu satu hal, kesian juga kepada pembeli-pembeli yang berminat. Habis kredit mereka menelefon cikgu Fauzi. Cawan Mug itu di tarik rapat ke bibirnya. Sudah tidak berasap. Masa terus berlari.

Setelah bertungkus lumus belajar bermati-matian akhirnya danial berjaya mendapat straight A’s untuk trial SPM. Walaupun dia agak nakal dan sangat aktif dalam kolkurikulum namun dia tidak lupa untuk belajar bersungguh-sungguh. Keputusan itu amat membanggakan ibunya di kampung.

Cikgu Fauzi datang menghampiri. Danial tidak selesa dan tidak suka.

“Tahniah Danial, jadikan keputusan ini sebagai kamu punya bahan ransangan untuk terus berusaha. Jangan pula kamu rasa selesa dengan keputusan percubaan SPM kamu ni.” Tersenyum manis cikgu Fauzi kepada Danial. Danial masam.” Apahal mamat ni bajet baik dengan aku ni. Rimas giler…” Danial terus bermonolog sendiri.

Senyuman cikgu Fauzi tempoh hari terus terngiang-ngiang ruang minda Danial. Dia masih gagal menafsir maksud disebalik senyuman itu. Syaitan terus memainkan peranan. Hasutan demi hasut bertubi-tubi tiba.” Dia perli kau tu.” “Dia cabar kau tu.” “Dia senyum sebab nak buat kau sakit hati tu. Dia peril sebab kau anak miskin tapi boleh berjaya.”

“Arghhh…..” Danial sudah tidak keruan. Bertarung dengan prasangka sendiri. Ego terus menguasai diri. Syaitan mengambil peluang memecah belahkan anak-anak adam. Salah faham berterusan.

Setiap tingkah laku Cikgu Fauzi dirasakan salah. Ada sahaja yang tidak kena dan tidak serasi dengan dirinya. Memang syaitan dah kuasai diri. Ada sahaja yang dia tidak puas hati dengan cikgunya itu. Hari ini dia bertekad untuk membuat jahat yang lebih dahsyat bagi memuaskan dan mengubat hatinya yang sakit.

Hari ini sudah dua bulan cikgu Fauzi terlantar di hospital. Dia telah mengalami kecederaan yang parah pada kemalangan dua bulan lepas. Cermin hadapan Lancer kesayangan cikgu fauzi pecah secara tiba-tiba ketika dia memandu. Dia hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.BAAAMM…..

Danial meletakkan sebiji gula-gula Hacks yang sedikit basah pada bahagian hujung sebelah kanan cermin hadapan kereta cikgu Fauzi. Matahari pada tengah hari itu cukup terik. Keadaan ini secara langsung membantu operasi danial pada hari ini. Dalam masa beberapa jam lagi cermin kereta cikgu Fauzi akan pecah. Ilmu ini dia dapat dari senior dia pada tingkatan satu lagi. Hari ini dia cuba untuk mempraktikkan. Rasakan cikgu!!

Salah percaturan masa. Cermin pecah semasa cikgu dalam perjalanan pulang ke rumah. Kemalangan yang berlaku itu sebenarnya berpunca dari sebiji gula-gula Hacks itu. Hanya danial yang tahu punca sebenar. Pada awalnya dia agak kesal dan menyesal namun dendam tetap dendam. Akibatnya cikgu Fauzi terlantar di Hospital Serdang hampir dua bulan.

Keputusan SPM telah keluar. Danial melangkah dengan penuh yakin untuk mengambil keputusannya. Namun semuanya bertukar kelam. Suatu yang tidak di jangka.

” 12 A1 1E”

Hampir jatuh tersungkur danial pada ketika itu. Apa yang sudah terjadi dia tidak tahu dan yang pasti dia sudah gagal dalam mata pelajaran bahasa melayu. Segalanya sudah berlalu. Tiada apa yang mampu berputak kembali. Masa telah pergi jauh. Peperiksaan SPM sudaah lepas jauh dan yang dekat kini hanya keputusannya.”TIDAAAKKKK!!!” Danial meraung sekuat hati.

Danial tersentak. Pintu bilik di ketuk beberapa kali.”Masuk.” masuk melangkah seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an.” Encik Danial, ni ada sepucuk surat untuk encik.” Dia dating menghulurkan sepucuk surat yang berwarna putih.

Air matanya gugur berderai. Segala salah fahamnya selama ini kepada cikgu Fauzi hanya permainan syaitan sahaja. Dia tidak faham apa sebenarnya yang dia dendamkan selama ini. Apa yang cikgu Fauzi telah lakukan kepadanya selama ini sehingga dia menyimpan dendam seteruk itu. Apa maksud dendam itu pun dia tidak fahami. Yang dia tahu sakit hati dan balas dendam dengan sakiti cikgunya itu.

Kini dia sudah tahu segala-galanya. Cikgu Fauzi tidak pernah membencinya walau sedikit pun. Dia yang berprasangka buruk selama ini. Dia memang benar-benar menyesal. Kerana itulah dia gagal dalam subjek bahasa melayu. Tiada apa ilmu itu tanpa berkat guru. Semuanya sudah terlambat. Cikgu Fauzi sudah tiada.

Danial tidak tahu bahawa baru-baru ini cikgu Fauzi dikejarkan ke hospital. Dia mengalami implikasi yang teruk pada bahagian paru-parunya yang pernah tercedera pada satu kemalangan dulu yang sebenarnya direncana oleh anak muridnya sendiri. Rupa-rupanya kecederaan itu tidak sembuh sepenuhnya. Rasa menyesal it uterus menyelubungi seluruh tubuh Danial. Ini semua salah dia. Dia terus menangis teresak-esak.

Cikgu fauzi yang selama ini dia benci telah meninggal dunia kerana diri dia sendiri. Baru berumur 30-an cikgunya itu. Dendam buta menghancurkan masa depannya. Syaitan ketawa riang. Berpesta dan berparti atas kejayaan memecah belahkan cucu cicit Adam. Danial pula menyesal bukan kepalang. Itulah hakikat hidup ini. Beronak berduri. Yang baik boleh menjadi buruk di mata. Manakala yang buruk juga boleh dipandang baik. Tanpa panduan senang sangat manusia terus ditipu. Danial telah ditipu bisikan hatinya sendiri. Terjerumus dalam perangkap kebencian yang dicipta sendiri.

Sehingga ke petang pejabat itu terus dihiasi sesak nangis Danial. Penyesalan tiada guna. Hilang cikgu yang selama ini dibenci. Akibat itu gagal bahasa melayu dan tidak mendapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih jauh. Tiada guna dia terus menangis. Dia terus melakukan kerjanya sebagai kerani di syarikat DELLY holding. Petang itu dia terus ke rumah cikgu Fauzi namun semuanyahanya tinggal kenangan.


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...