Read more...
Apa Tujuan Dan cita-cita aku Sebagai Seorang blogger??



Gambar artis pegang anjing? Aku tidak hairan langsung sebab jangan
Ini bukan entry nak bergossip pasal artis. Aku tak pernah tulis entry macam ni. Aku bukan nak hentam mana-mana pihak secara khusus. Tapi aku nak ambil isu ni untuk aku nak hentam semua orang termasuk aku. Haha..
Tak percaya ni bukan entry gossip? Baca dulu sampai habis..
Kenapa aku cakap aku tak hairan? Memang aku tak hairan langsung bahkan tak ada la aku nak kecoh sana sini ” apa kejadah artis Malaysia hari ni..” dan segala bagai. Benda besar pun dorang tak lepas, apatah lagi benda kecil-kecil yang jarang berlaku seperti bela anjing ni.
Aku ada komen kat blog Pembawa Wacana..
Kalau dah tak pakai tudung,kompem jahil iman rosak. Hukum yang jelas, pakai tudung pun tak dapat dilaksanakan apatah lagi kes yang jarang-jarang macam ni. Tidak ramai yang tau hukum berkaitan anjing ini tetapi aku rasa semua tahu yang pakai tudung ni wajib. Betul tak? So tidak pelik kalau orang yang tidak pakai tudung membela anjing. Boleh kaitkan macam ni tak?haha
Bagi aku kalau benda besar dan jelas seperti pakai tudung pun dorang tak boleh nak patuh, memang mimpi la benda macam ni dorang nak berhati-hati. Hukum pakai tudung dah tau jelas. Aku yakin setiap orang islam kat Malaysia ni tau hukum pakai tudung wajib. Tapi aku yakin tak semua orang islam di Malaysia tau hukum berkenaan anjing. Betul kan??
Kalau dah jahil, macam mana nak beramal kan? Main redah je buat semua benda. Nampak anjing comel sikit terus angkut buat binatang peliharaan. Jangan terkejut kalau lepas ni keluar gambar artis pegang Babi pulak. Sebab aku rasa babi pun comel. Haha..
Tapi kalau iman tidak ada, tidak guna juga ilmu itu sebab dia tak akan beramal. Mesti ada persoalan macam ni timbul kan ? Bagi aku, tuntut dulu ilmu sebab dari ilmu itu iman akan bercambah. Kalau tak ada ilmu pasal tuhan, macam mana nak kenal tuhan. Betul tak?
Kesimpulannya,
Tuntutlah ilmu kerana orang yang beramal tanpa ilmu itu SESAT !! Jika ilmu agama tidak penuh di dada, macam- macam boleh berlaku. Kalau aku cakap seorang imam telah didapati membela kacukan Babi dan Anjing yang mana keharamannya dua kali ganda di Kampung pisang, korang percaya tak? Tak mustahil kan? Segalanya mustahil dikala akhir zaman ni..
Fahmi: Ini hanya pendapat aku sahaja. Maaf kalau aku terlalu syadid, berkeras dalam hal begini.
Ego,
Hampir sahaja dunia ini binasa kerana ego.
Ego,
Begitu ramai yang sesat kerana ia.
Ego,
Ramai juga yang membenci bermula dengannya.
Bagaimana aku juga tidak terlepas untuk punya sifat ini? Ohhh..Aku juga manusia. Manusia normal yang ada perasaan dan kesabaran. Mana mungkin aku bisa lari dari hakikat ini. Tiada siapa mungkin.
Aku tidak mahu segala yang indah menjadi tragedi berdarah. Jika bukan darah pada fizikal tapi tetap ada pada mental. Tidak terungkap pasti luka itu amat pedih pada emosional.
Aku kena tunduk. Aku kena melutut. Bukan aku melutut bukan pada tempatnya. Aku merendah pada tempatnya. Bukan siapa yang suruh tetapi Dia yang suruh. Aku bukan makhluk yang ego tidak mahu sujud meletakkan dahi ke bumi.
Rendah dan memberi. Itu aku patut semaikan. Perlukah kemenangan buat diri jika hanya meruntuhkan angan-angan orang lain? Aku tidak sanggup melihat orang merana kerana langkahku. Kadangnya puas itu tetap terasa, namun pada hari yang mendatang bagaimana? Sesal tidak terkata..
"The purpose of life is not to win. The purpose of life is to grow and to share.When you come to look back on all that you have done in life, you will get more satisfaction from pleasure you have brought into other people’s lives than you will from the times that you outdid and defeated them."
Rabbi Harold Kushner
Fahmi: Siapa yang nak dapat pahala sedeqah bulan pose ni? Meh kita tolong membe kita jap. Al kisah dia ni masuk contest. Keje dia ajak orang masuk Octove. Meh tolong Broframestone. Octove ni serius cantik menarik tertarik. Dah terpengaruh? Jom daftar ramai-ramai..Tekan SINI cepat!!! ahaha