Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Friday, September 16, 2011

Baitul Muslim: Suami Dayus Isteri Derhaka

Baitul Muslim? Siapa tahu apa yang bakal korang baca lepas ni? Mesti la boleh agak kan sebab dah sah-sah tulis kat atas tu Suami Dayus Isteri Derhaka. Itu aku bagi klu je. Nak tau lebih lanjut, mau baca sendiri la.Hehe..

Tersebut la al-kisah, Ahmad telah selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nor, seorang gadis cantik, bergetah, seksi dan perghhhhhhh, memang menjadi idaman setiap lelaki yang memandang. Ibu Ahmad, Mak Pah sangat lahhh seronok, sebab telah mendapat menantu sulung. Sudah lah menantu sulung, cantik pula. Siapa tak bangga?

Ahmad baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Ekonomi mungkin tidak stabil, tapi kalau disokong dan dibantu, insya-Allah akan membuahkan hasil.

Nor tidak pandai memasak, reti mengemas sikit-sikit, tetapi masih bijak dalam menguruskan rumah tangga. Pada awal usia perkahwinan, Nor kelihatan sempurna pada mata Mak Pah (maklum ler, menantu sulung. tak pandai masak pun, pejam mata je. dah nama pun cantik!). Ditambah dengan kehadiran seorang cucu comel, keluarga Mak Pah sangat bahagia dengan kehadiran menantu dan cucu kesayangannya. Masuk tahun kedua perkahwinan, rumah tangga mereka diserikan lagi dengan seorang anak perempuan, bermakna, Mak Pah sudah ada dua orang cucu.

Tapi, bila masuk tahun ketiga perkahwinan, Nor sudah mula tunjuk belang. Anak-anak tidak berapa dijaga, duduk di hadapan facebook berjam-jam, anak menangis dipukul.. Tidak menjaga hubungan dengan keluarga mentua dan ipar duai, malah lebih parah, Nor mencucuk Ahmad, mengatakan ipar duai tidak senang dengan kehadirannya.

Nor juga mula mempersoalkan tentang kerjaya Ahmad. kerja yang dibuat, langsung tidak nampak hasil 2-3 ribu. dalam hati Nor mula terbit perasaan menyesal. diluahkan, dan dicanang akan kisahnya..

Hari raya yang dah berlangsung, tiada sebarang khabar berita dari Nor dan Ahmad. Ahmad menuruti kehendak isteri tercinta yang mahu pulang beraya di kampung halaman, jauh dari keluarga mentua, walau pada hakikatnya, Ahmad tak cuti bekerja.
Mak Pah berharap pada pagi raya nanti, anak menantunya akan menelefon, meminta maaf, tapi hampa..tiada langsung khabar berita dari mereka. Mak Pah mengenang nasibnya yang malang ; apa salahnya pada anak menantu dan cucu? Tidak pernah dia masuk campur hal mereka sekeluarga, tidak pernah pula Mak Pah anak beranak bersangka buruk, malah jika ada masalah kewangan, Mak Pah lah orang pertama yang menghulurkan wangnya kepada Ahmad sekeluarga, buat sewa rumah, pampers dan susu anak, malah kereta yang mahu diservis pun, Mak Pah juga yang membantu.

tapi ini balasannya? Mak Pah terkulai layu.. kalau dilihat dari latar belakang menantunya, memang susah untuk dikatakan dia seorang yang alim agama. Solat pun di akhir waktu, mengaji pun tak betul panjang pendek, aurat pun sekadar lepas syarat untuk ditutup.

Mak Pah kesal.. Ahmad yang dahulu dihantar ke sekolah agama, sudah diingatkan beberapa kali untuk menegur Nor. tapi bila berhadapan dengan Nor, lebih-lebih lagi dengan kecantikannya, 'takpelahhhh tak payah tegur, nanti tegur jadi gaduh, habis lari bini lawa aku!'

'..Perempuan dinikahi kerana 4 perkara ; agamanya, kecantikannya, hartanya dan keturunannya. Maka pilihlah yang beragama..' [Hadith Sahih]

===


Salam warahmatullah

cerita di atas tadi, adaptasi dari kisah sebenar. dan rasanya, kisah macam tu memang dah banyak dalam masyarakat kita. kan?

entri ini khusus untuk mereka yang dah mendirikan rumah tangga, bercadang untuk mendirikan rumah tangga, bakal mendirikan rumah tangga, atau belum nampak bayang tangga pun lagi..
sama-sama kita kutip ilmu ni, bukan ilmu gatal, tapi ilmu yang sama pentingnya dengan ilmu lain, dalam nak kekalkan kecantikan agama Islam tu sendiri.

bila kita dah bercadang nak naik satu lagi anak tangga (baca : anda, bukan kita hoho), benda pertama yang dah sah-sah ada dalam kepala, adalah bakal suami atau isteri. bukan? aku yakin anda sebagai pembaca, sudah ada dalam fikiran, satu susuk tubuh bakal isteri atau suami..sudah terbayang fizikalnya.
tapi sebenarnya, benda pertama tersebut datang dengan pakej di belakangnya, bukan sekadar fizikal (cantik atau hensem). tapi siapa keluarganya, bagaimana latar belakang agamanya, kerjayanya, sifat tanggungjawabnya dan lain-lain yang dirasakan perlu masuk dalam check lists.

bila kita telah bulatkan tekad mahu simpulkan ikatan dengan seseorang, patut berada dalam kepala, ialah 'aku bukan berkahwin dengan dia sahaja, tapi aku berkahwin dengan keluarganya'. Maka bererti, ibunya, bapanya, adik beradiknya, perlu menjadi satu ramuan yang sebati dalam jiwa kita. baik atau buruk, itu belakang kira. yang penting, terima mereka seadanya. sebab kita akan hidup dengan mereka bukan sehari dua selepas janji telah diikat, tapi seumur hidup!

berbalik kepada Hadith Sahih (aku lupa siapa yang riwayatkan) yang dinyatakan di atas, kalau kita aplikasikan balik hadith tersebut dengan keadaan sekarang, memang boleh dapat jawapan tepat, kenapa kes perceraian banyaaaaaak sangat berlaku. kan?

tak percaya?

cuba tengok tv, artis A kahwin dengan Datuk S. bila wartawan tanya, 'kenapa memilih A sebagai isteri?'
jawapan yang akan Datuk S beri, 'A seorang yang memahami, penyayang, cantik, baik, sedap mata memandang, blablabla..'
atau bila wartawan tanya 'apa keistimewaan Datuk S?'
jawapan yang konfem-konfem artis A bagi, 'dia setia, pandai mengambil hati, hormat orang tua blabla..'

agama jadi nombor berapa eh?? tak cukup jari nak kira..

ini satu hakikat.. hakikat yang dah jadi benda biasa dalam dunia sekarang, malah dah boleh jadi barah. setuju?
untuk yang bakal atau sudah naik satu anak tangga, jangan jadi isteri derhaka. jangan juga jadi suami dayus.
dan ya, anda sebagai isteri, jangan jadi fitnah dan punca, suami terhumban dalam neraka. sudah lah dengan dosa anda buat, ditambah dengan menjadi punca suami derhaka pada ibu sendiri. anda memang hebat, datang dengan pakej nak masukkan suami ke neraka..

(oh ya, pesanan untuk diri sendiri juga)

rasanya cukup sampai sini, simple tapi moga-moga dapat ketuk hati orang lain..lebih-lebih lagi hati sendiri.

Baitul Muslim ; jadi mudah bila masing-masing faham agama, tahu peranan yang patut dimainkan.
bernikah, bukan sebab tuntutan nafsu semata-mata. Nikah datang dengan tanggungjawab.

Aku sekarang penggiat plagiat. Hahaha.. Jangan risau,aku mintak izin. Aku ambil dari Blog Cerita Hati.

Siapa aku lagi 2 tahun, 3 tahun atau 4 tahun akan datang? Suami mithali? Hoho (mood gler)

1 comment:

Qaseh Abadie said...

salam.sy suke cerita ni..sy nak amik ni..nak post kt blog sy..sy harapa awak izinkan..terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...