Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Thursday, September 15, 2011

Ilmu Tafsir Mimpi


Hari ini aku nak cerita pasal mimpi. Ilmu Tafsir mimpi? Namun ini bukan sekadar mimpi tetapi ia bermain dengan realiti. Ini mimpi ngeri, aku bagi amaran awal-awal. Ada beran? Hoho


Pada suatu pagi,

"Kenapa bawak HP pergi sekolah? Meh sini bagi ustaz!!"

"Errr...Baiklah..."

"Ni message dengan siapa ni? Isteri ke? "

"Opsss..Bukan isteri tapi tunang." Whoaa!!

Aku bangun dari tidur dengan penuh semangat pagi tu. Tapi dalam hati agar risau dan tidak tenteram. Apa petanda mimpi pagi tadi eh? Alahh..itu mimpi buruk mainan tidur je. Siapa suruh aku tidur lepas subuh. Huhu..

"Indahnya rasa bila dicintai~" Ada seorang mamat yang aku tak kenal (sebenarnya aku) tengah melalak sorang-sorang dalam kelas. Ohhh..dia tengah dengar lagu kat radio agaknya.

Tiba-tiba~

Dalam sekelip mata HP telah dirampas. Huuu..Aku tak tau ustaz tu pakai hikmat bayangan apa tah. Sedar-sedar HP dah bertukar tangan. Magik gila!! (hiperbola melampau!)

CERITA 2

Pagi tadi seperti biasa aku bangun dari tidur dengan penuh semangat. Aku bangga sebab ada sepasang mata yang lebam.(nak poyo cakap study sampai tak tido?) aku terus berjalan dengan penuh yakin menuju dewan peperiksaan. Tapi ada satu benda yang ganggu fikiran aku.

"Kenapa makin jahat ni???!!"

Suara tu terbayang-bayang dalam kepala aku. Macam petir pun ada la sikit. Tapi serius rasa macam patah hati gila! Sampai hati ayah aku cakap kat aku macam tu. Walaupun dalam mimpi namun, tetap makan hati.

Episode 2...

Aku dah ada kat rumah. Tiba-tiba aku dengar bunyi kereta sedang masuk kedalam garaj rumah aku. Aku pun dengan gaya penuh semangat dan muka yang bahagia habis terus ke pintu hadapan. Aku nak sambut ayah aku pulang. Sampai je saat dia keluar dari kereta dan menuju ke dalam rumah dan terpandang aku,

"Kenapa balik? Dah kena buang sekolah ke??!!"

Kebaboooommm!! Hancur. Punah. Berkecai. Aku terasa gila. Apa salah aku? Apa aku dah buat? Kes ini masih dalam siasatan aku. Macam mana dialog seganas itu boleh keluar dari mulut ayah aku. Mungkin aku main dengan perasaan je kot. Tensen study sampai hilang daya pertimbangan akal yang normal. Mungkin...

Nampak tak macam mana mimpi dan realiti bersatu? Haha (gaya gelak tak ikhlas).

Kalau bangun pagi tiba-tiba basah, Apa petanda mimpi basah itu? Whoaa!!

Fahmi: Kepada kakak-kakak aku yang membaca blog aku, Doakanlah kejayaan aku. Jangan bagitau abah benda ni. Main luah kat belakang je, nak berdepan kecut perut. Hoho..

3 comments:

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

tak paham citer ko nih..cer edit bagi betulbetul. ehehe

zikeryhassan said...

aku faham cerita yg kau nak sampaikan. tp xreti nk luahkan dlm bentuk penulisan.

Outbound di Malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...