Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Friday, September 2, 2011

Aku Anak Malaysia Merdeka


Aku anak Malaysia merdeka? Betul ke aku anak Malaysia? Dan betul ke aku anak Malaysia yang merdeka? Entah-entah aku ni anak pendatang PATI. Ataupun aku hakikatnya belum merdeka.

Namun begitu aku kena tanamkan dalam kepala "aku anak Malaysia merdeka" sebab aku nak join contest SEO. Kalau aku tulis Aku bukan anak Malaysia merdeka kompem-kompem aku kalah.Haha

Walaupun aku rasa kita pada hakikatnya masih belum merdeka yang hakiki tapi aku tetap bersyukur atas apa yang kita kecapi. Bangga sangat jadi anak malaysia. Serius aku cakap. Cuba korang tengok video matluthfi Made by Malaysian. Memang menitis air mata kebanggaan jadi anak malaysia merdeka. Hoho

Bersyukurlah Aku anak Malaysia merdeka. Bersyukurlah anda anak malaysia merdeka. Bersyukurlah kita anak malaysia merdeka...

Yang di tag:







Nota: Kalau nak join, tekan banner kat atas tu. Atau tekan Aku anak Malaysia Merdeka.Pasal erti kemerdekaan dari pandangan aku nanti aku buat entry khas. Kita BELUM merdeka!!

Read more...

Bila Hidup Bermotivasikan Tuhan


Perjalanan blog ini baru bermula. Aku agak tertanya-tanya kemana halatuju blog ini kerana dari nama sahaja sudah bisa kita membuat pelbagai andaian.

Nama blog mencerminkan matlamat blog itu. Aku yakin blog ini sebuah blog yang bermanfaat kepada kita semua. Membawa kita ke syurga yang kekal selamanya.

Bagaimana motivasi tuhan? Itu aku tidak tahu. Yang pasti aku akan terus cuba memahami apakah itu motivasi tuhan. Adakah wahyu? Ataupun surat motivasi dari tuhan?

Jom support blog ini.

Like fan page di SINI


Read more...

Tuesday, August 30, 2011

Ini Bukan Merry Krismas


Selamat hari raya aidil fitri kepada semua yang baca blog aku..

Aku nak ucap kepada semua orang yang aku kenal tapi tak semua orang yang aku kenal baca blog aku. Itu masalahnya. Jadi aku akan berusaha untuk bagi semua orang yang kenal aku baca blog aku. Ok tak macam tu? Haha..

Aku nak tulis SMS raya kat setiap orang, habis la kredit aku kan.(berkira) nak bagi kad raya lagi la harapan. So aku tulis kat blog bagi korang semua baca. Tak ada alasan nak terasa-terasa bila aku tak wish. Sapa suruh tak baca blog aku kan? Haha..

Kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada semua orang. Minta halal segalanya. Kepada pembaca blog aku, minta maaf kalau aku ada terkasar tersalah bahasa selama aku menceburi bidang penulisan ni. Kalau kita nak settle belakang tabir, boleh inform aku. Hoho..

Fahmi: Tahun ni raya pakai jubah putih. Beraya di hospital ditemani buku-buku pelajaran. Whoa!!

Read more...

Saturday, August 27, 2011

Tujuan Dan Cita-Cita Seorang Blogger

Apa Tujuan Dan cita-cita aku Sebagai Seorang blogger??

Baru-baru ni aku berkesempatan berjumpa dan berbuka puasa bersama beberapa orang blogger di majlis berbuka puasa bersama Octove.Com. Aku sempat berbincang beberapa isu bersama mereka dan sudah pasti isu sekitar dunia blogging menjadi topik hangat.

Blogger sekarang biadap dan tidak jaga isu sensatif ketika menulis. Menulis apa yang tidak sepatutnya ditulis dan menjadi bahan bacaan orang ramai. Kutuk orang sana sini. Menghina individu mencaci organisasi. Blogger sekarang ramai yang tidak MATANG!!

Jom kita menilai kembali tujuan kita berblogging. Kita renung kembali apa kita inginkan dari setiap penulisan kita. Adakah ia membawa kepada kesan dan hasil yang baik atau sebaliknya. Jangan buang masa pembaca dengan membaca entry kita yang tidak berfaedah.

Allah firman,

"Telah berjaya orang beriman..mereka yang menjauhi perkara yang sia-sia"

Jangan sia-siakan waktu kita dengan benda yang sia-sia dan jangan sia-siakan waktu pembaca kita dengan benda yang sia-sia. Macam mana yang dimaksudkan dengan Perkara yang tidak sia-sia, tunggu entry aku yang akan datang.

Fahmi: Baru sampai perlis.. Penat driving.

Read more...

Thursday, August 25, 2011

Buka Puasa Dengan Makanan Halal

Kalau nak buka puasa dengan makanan halal, sudah pasti pilih masakan ibu. Tak ibu, masakan isteri. Itu sudah pasti halal. Ada ibu nak bagi anak makan sayur goreng pakai minyak babi? Haha.. Tapi hari ini aku nak cerita pasal buka puasa dengan makanan halal di restoran-restoran.

Sebenarnya hari ini aku dapat dua invitation untuk berbuka puasa..

1) Berbuka Puasa session with DiGi

Nuffnang ajak aku berbuka kat restoran ni (The Bee, Jaya One, Petaling Jaya) Yang hadir adalah blogger-blogger yang bertuah. Aku bertuah ke? haha..tak bertuah sebab..Nanti aku cerita. Ni aku letak satu gambar. Aku letak gambar signboard kedai cukup la eh? Haha



2) Berbuka puasa bersama Octove.Com

Aku juga dijemput untuk berbuka puasa bersama Octove.com di Hotel Flamingo, Ampang. Macam mana aku boleh dijemput, itu rahsia.(poyo jap) Haha.. Siapa yang bakal duduk semeja dengan aku dan berbual mesra dengan aku, aku tidak tahu. Yang pasti mereka yang dijemput ini adalah mereka yang bertuah. Kenapa?



Ini gambar hotel tu. Aku tak tahu betul atau tidak sebab aku main sambar je gambar ni kat google. Bertuah kan dapat buka puasa kat sini? Tapi aku dimaklumkan hanya berbuka puasa di restoran yang terdapat di dalam hotel ni. Dapat bau karpet hotel pun cukup la..Haha..

Insyaallah hari ini aku akan berbuka puasa bersama Octove.com. Bukan dengan Nuffnang dan Digi. Sebab apa? Sebab aku dah janji dengan Broframestone maka aku kena tunaikan janji aku. Dah tau kenapa aku tak bertuah kan? Haha..

Pesanan,

"Dan makanlah apa yang ada di bumi ini yang halal dan thaiyiba(baik)"

Fahmi: Aku tak tahu macam mana nak pergi ke ampang. Nak guna train tapi lepas event tu terus nak ke Kuala Selangor. Kena bawa kereta ke Kuala Selangor. Nak parking kat station mana eh?Huu..

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...