Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Sunday, March 27, 2011

Orang Cakap Aku Femes??Cisss....


"Kau hensem la.."

"Kau hot la..."

"Kau pandai la..."

"Femes ames ko sekarang..."

Siapa yang pernah dipuji macam kat atas ni angkat tangan!! Korang rasa orang yang puji korang tu betul-betul ikhlas ke? Betul-betul dia bermaksud dengan pujian tu? Ataupun ada udang disembalik batu? Sebab ada sesetengah keadaan ni orang puji sebab nak kita belanja. Nak kipas...Boleh la dapat lunch free bos belanja...Betul ke??

Aku nak cakap aku pernah kena puji macam tu tapi aku segan nak mengaku kat sini sebab nanti orang cakap aku perasan. Haha..Namun aku nak luahkan kat sini yang bila orang puji aku, aku rasa macam dorang tengah kutuk aku.Sedih kan?

Apa motif orang puji kita sebenarnya????

Sebenarnya pujian ni tak berapa bagus untuk beberapa keadaan la. Kalau tak silap aku ada seorang sahabat nabi ni dia tak suka orang puji dia. Sebab apa?

Sebab bila orang puji kadang-kadang kita rasa kita bagus.Kita perasan baik. Contoh bila orang puji kita pandai maka kita pon dok perasan pandai la sampai tak payah nak study hard dah. Kalau yang suka puji kita hensem atau cantik, kita pun rasa diri kita ni hensem atau cantik. Padahal tak hensem pon.Haha..

Pernah tak korang puji kawan korang sampai dia perasan sorang-sorang. Korang cakap dia cantik tapi sebenarnya dia tak ada la cantik sangat. Maka dari saat itu sampailah bila-bila dia perasan cantik? Sebenarnya perbuatan macam ni amatlah kejam!!! Serius kejam..aku pun terasa kekejaman dia bila ada peristiwa gelap yang menimpa kawan aku...Segalanya angkara pujian...

Aku pun pernah puji orang untuk syok-syok je. Jujur ni..tapi bila aku fikir balik, memang kejam sebab apa yang aku puji tu tak betul. Kejam kan? Haha..Kalau nak puji,pastikan puji benda yang betul dan berpada-pada...

Orang yang selalu dipuji ni berada dalam zon bahaya. Ada kemungkinan dia akan lupa diri dan tenggelam dalam pujian itu. Namun sebenarnya pujian itu tidak membawa makna apa-apa..Tapi kalau dia sentiasa berwaspada terhadap pujian yang diterima, maka selamat...

Aku nak bagi satu tips la supaya kita tak lupa diri...Bila orang puji kita, maka kembalikan pujian itu kepada yang selayaknya iaitu yang menciptakan kita.ALLAH... Maka bila kita buat macam ni,kita akan sentiasa bersyukur dan tak lupa diri.. betul tak??

So, kepada blogger-blogger atau pun yang tak blogger pun yang baca benda ni, berpadalah dalam memuji sesuatu ataupun seseorang. Sebaliknya pujilah Allah banyak-banyak sebab ia tak membawa kepada kesan buruk. Kalau puji manusia,banyak kesan buruk. Kalau aku cakap kau, yang tengah baca ni blogger famous, kau perasan famous tak? Hahaha...

Sorry entry tak tersusun. Kepala otak tengah serabut fikir pasal pujian orang..Orang cakap aku hensem tapi aku rasa aku tak hensem..pening2(perasan jap) haahha...

Mood: Rasa nak tikam orang yang puji kawan aku dengan niat nak mempermainkan dia.




Read more...

Sunday, March 20, 2011

Aku dah tak ada....

Aku nak balik sekolah dah..Ohhh...selamat tinggal blog kesayangan ku..Aku akan update blog seminggu sekali. Iaitu pada hari ahad. Jadi aku harap korang jangan la lari terus dari blog aku ni eh..(ada orang ke kat blog aku ni?)..

Ingat fahmi, ingat ahad. Ingat ahad ingat fahmi..Maka bila dah ingat ahad dan fahmi, datang la blog cerita fahmi ya.Hahaha...

Buatlah apa yang patot kat blog aku ni,buat macam rumah sendiri. Tapi jangan berak merata. Jangan buat perkara tak senonoh kat sini. Walaupun korang rasa ni rumah korang. Haha..aku dah merepek ni. Inilah bahana sindrom akut bloggage..Hehe...

Mood:Bila la nak abes skola???

Salam~

Read more...

Saturday, March 19, 2011

Lagi Tips Dari Fahmi???


Aku terlalu taksub dengan dunia blog ni sebenarnya...Aku terlalu ghairah dalam blogging ni...Aku mengaku dan ramai kawan-kawan aku dah cakap macam tu..Sehingga sampai satu tahap aku berdoa..

"Ya Allah, kau kurniakanlah kepada aku akal yang bijak. Cerdas dan kreatif. Biar aku bisa berfikir laksana seorang cendikiawan yang bisa menggegar dunia dengan pemikirannya. Berilah aku otak yang hebat agar bisa gunakannya untuk menyampaikan mesej dakwah dengan penuh berkesan. Berikanlah aku idea-idea yang aku bisa kongsikan bersama dengan pembaca aku. Biar mereka merasa apa yang aku tuliskan itu. Biar mereka dapat manfaat dari penulisan aku itu. Janganlah dengan penulisan aku itu mereka semakin jauh dengan Engkau. Penuhilah permintaan aku ni ya Allah..."

Pelik kan aku? Sampai tahap macam tu...Sebenarnya aku bukan ghairah dalam dunia blog, tapi dalam dunia penulisan. Aku puas bila mesej yang aku nak sampaikan dibaca oleh orang. Aku puas bila aku boleh menulis sesuatu yang orang boleh mengambil manfaat dari penulisan aku. Tapi adakah tulisan aku selama ni memberi manfaat kat korang??

Aku juga takut dengan aku blogging ni aku semakin jauh dengan Dia..Aku tinggal solat sebab aku tak nak berinjak dari tempat duduk aku. Mengadap laptop 24 jam. Ohhhh...takutnya aku..Namun setakat ini ok lagi sebab banyak penulisan aku sebenarnya teguran buat aku sendiri. Jadi bila aku nak buat benda pelik-pelik maka..

"Ehh..aku dah penah tegur diri aku di khalayak ramai(dalam blog)..tak nak lah aku buat benda ni lagi..."

Semoga kita mendapat redha-Nya~

Mood: pukul 5 pagi ni nak pergi airport. Tapi aku tak tido lagi??Ahhhh..

Read more...

Macam mana aku dapat Idea???


"buat segmen lagi erk fahmi. pasal segmen ni xsempat nk join.. busy.. huhu. buat tak. yg hot story pnya erk. heee. :) thanz :)"


Ada orang mintak mintak aku buat segmen lagi? Ohhh..aku terharu..Insyaallah aku akan buat lagi segmen tapi bukan dalam masa terdekat ni la sebab aku nak balik sekolah dah esok. Bila aku balik sekolah, matilah blog aku ni kan? Korang dah tak baca dah. Aku sedih...Aku harap bila aku balik semula untuk aktif dalam blog ni,korang akan kembali baca blog aku. Ok?Hehe..

Ada orang tanya aku, mana aku dapat idea nak buat tajuk segmen. Aku tak tahu nak jawab apa. Sebab aku pun tak tahu mana aku dapat idea tu. Aku rasa dengan aku pandang sekeliling,aku dapat idea la kot. Pandang je apa yang ada kat sekeliling mesti dapat idea punya. Tapi jangan ambil semua la,ambil yang kreatif sahaja!!

Yang segmen pasal kecantikan tu aku rasa aku dapat idea bila aku jumpa seorang blogger ni. Dia tanya aku nak buat segmen apa pulak lepas ni. Aku jawab la tak tahu lagi. Masa tengah sembang-sembang tu tiba-tiba aku dapat idea. "eh, cantik pulak dia ni.." (jangan perasan ye!!). Maka dari perkataan "cantik" tu aku kembangkan sehingga menjadi satu segmen yang hampir 50 orang join. Sebab apa ramai join?(tak ramai pun)..Sebab bagi aku semua orang nak kelihatan cantik so idea tu boleh dipakai untuk segmen aku...

Senang kan nak dapat idea? Aku ada banyak lagi idea untuk nak buat segmen tapi aku terpaksa tangguhkan sebab aku ni budak sekolah lagi. Lepas SPM nanti aku insyaallah nak jadi fulltime blogger jap. Haha..

So,bila aku balik cuti nanti agak-agak apa segmen aku nak buat eh? Sekolah aku kat tengah-tengah ladang getah. Takkan la aku dapat idea pasal getah pulak kan? Macam mana ni?? Ohhh..harap-harap idea yang best datang menerpa minda aku ni...

Mood: Kalau aku nak ambil SPM minggu depan boleh tak? Boleh aku jadi full time blogger cepat sikit.Hehe..

Read more...

Tanda-tanda itu semakin jelas...


Tengah hari tadi aku pergi kenduri kahwin. Macam biasa gaya aku. Semestinya kelihatan segak dan bergaya. Tidak kelihatan seperti budak form5. Tapi macam budak besar. Haha...Maka ada satu dilog antara ayah aku dan kawan dia yang membuatkan aku tertanya-tanya...

"Macam mana rate dewan ni sekarang eh? Not bad dewan ni..Kalau nak buat kenduri kat sini ok jugak..."

"Erm...tak mahal pun dewan ni dalam area rm**** je.. Tu lah, aircond dia pon boleh tahan sejuk..Aku nak buat kenduri anak aku minggu depan kat sinilah.."

Aku pun dengar je lah apa yang dorang sembang tu. Tapi aku terfikir kenapa ayah aku tanya macam tu? Sapa yang nak kahwin dalam family aku? Kakak aku? Ohhhh..mereka semua sudah berkahwin. Tinggal aku sorang je yang belum kahwin!!!

Yeahhh..tanda itu buat aku tersenyum sendiri. Adakah detik itu semakin dekat?Dengan siapakah? Ohhh..penat aku berfikir(poyo jap)..hahaha..

Ayuh kita renungi sekeliling kita. Ada tanda-tanda itu. Tanda apa aku tak tahu tapi kalau tanda-tanda untuk aku, aku tahu. Namun yang paling penting ialah kita renungi sekeliling dan hayati ciptaan-Nya. Bukti kekuasaan Dia. Kita tengok cermin pun dah kira kita menghayati ciptaan tuhan dah..

"Ohhh..hensemnya aku..Thanks Allah!! sungguh indah ciptaan kau ni."

Mood:Aku nak balik sekolah dah..berangan nak kahwin dulu supaya semangat nak belajar. Kalau malas, nak bagi bini makan apa nanti?hahaha

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...