Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Saturday, March 19, 2011

Lagi Tips Dari Fahmi???


Aku terlalu taksub dengan dunia blog ni sebenarnya...Aku terlalu ghairah dalam blogging ni...Aku mengaku dan ramai kawan-kawan aku dah cakap macam tu..Sehingga sampai satu tahap aku berdoa..

"Ya Allah, kau kurniakanlah kepada aku akal yang bijak. Cerdas dan kreatif. Biar aku bisa berfikir laksana seorang cendikiawan yang bisa menggegar dunia dengan pemikirannya. Berilah aku otak yang hebat agar bisa gunakannya untuk menyampaikan mesej dakwah dengan penuh berkesan. Berikanlah aku idea-idea yang aku bisa kongsikan bersama dengan pembaca aku. Biar mereka merasa apa yang aku tuliskan itu. Biar mereka dapat manfaat dari penulisan aku itu. Janganlah dengan penulisan aku itu mereka semakin jauh dengan Engkau. Penuhilah permintaan aku ni ya Allah..."

Pelik kan aku? Sampai tahap macam tu...Sebenarnya aku bukan ghairah dalam dunia blog, tapi dalam dunia penulisan. Aku puas bila mesej yang aku nak sampaikan dibaca oleh orang. Aku puas bila aku boleh menulis sesuatu yang orang boleh mengambil manfaat dari penulisan aku. Tapi adakah tulisan aku selama ni memberi manfaat kat korang??

Aku juga takut dengan aku blogging ni aku semakin jauh dengan Dia..Aku tinggal solat sebab aku tak nak berinjak dari tempat duduk aku. Mengadap laptop 24 jam. Ohhhh...takutnya aku..Namun setakat ini ok lagi sebab banyak penulisan aku sebenarnya teguran buat aku sendiri. Jadi bila aku nak buat benda pelik-pelik maka..

"Ehh..aku dah penah tegur diri aku di khalayak ramai(dalam blog)..tak nak lah aku buat benda ni lagi..."

Semoga kita mendapat redha-Nya~

Mood: pukul 5 pagi ni nak pergi airport. Tapi aku tak tido lagi??Ahhhh..

5 comments:

♥♥Cikngah♥♥ said...

same with me.i love blogging.xkshla org nk bc ke x entry kt

Taufan Ribut said...

ape yang ade kat dunia ni cume sementara.akhirat jua kekal selamanye.tapi fami dah semakin maju kedepan..go...go..go...^_^

zikeryhassan said...

jangan sampai abaikan tanggungjawab kepada-Nya sudah lah. jadi dlm blogging share lah benda2 yg bermanfaat k

NuR 'aQiLaH said...

org cakap, doa kena senyap2.
x leh bgtaw org.
nt tak termakbul. huhu

*khabaranginmanantahla*

Nurulizzah Hidayah binti Musa said...

berblogginglah tapi kena ingat perkara yg wajib jangan ditinggalkan nanti apa kita buat tak menjadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...