Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Friday, March 18, 2011

Aku Tak Nak masuk Neraka Kerana Itu....


"Pakcik ni belajar dah sampai ke seluruh ceruk dunia. Cakap je negara apa, semua pakcik pernah pergi. Macam-macam buku dah pakcik baca. Bahasa inggeris yang tebal beribu-ribu muka surat pakcik dah khatam. Pakcik boleh tulis buku beribu-ribu muka surat jugak. Semua la senang cite. Pakcik berjaya dalam hidup pakcik. Tapi satu benda....."

"Apa dia pakcik? Kenapa muka pakcik sedih je? Tak kan dah berjaya macam ni pun nak sedih-sedih?"


"Pakcik tak reti baca Al-Quran. Semua kejayaan ni dah tak bermakna bagi pakcik. Benda paling basic dalam hidup sebagai seorang muslim pakcik tak lepas. Kalau dah baca pun tak reti macam mana pakcik nak amal kan??"


Ohhhhh!!! Aku sedih. Aku kesian tengok pakcik tu. Pangkat tinggi, duit banyak tapi tak reti baca Al-Quran. Macam mana ni?? Aku tak mampu nak buat apa-apa.Kalau dia kanak-kanak dah lama aku ajar dia mengaji Quran. Tapi dia sudah boleh digelar datuk....

Wahai blogger-blogger sekalian, ayuh kita muhasabah kembali tahap kemampuan kita baca Quran.. Kalau tak reti baca baik kita belajar cepat-cepat supaya tak menyesal di hari kemudian. Kalau dah boleh baca biar kita mantapkan lagi pembacaan kita sambil kita ajar orang lain.

Sebagai bakal ibu ataupun ayah mahupun mereka yang sudah pun bergelar ayah ataupun ibu, WAJIB kita beri pendidikan Quran kepada anak-anak kita. Kalau mereka tidak mendapat hak itu, PASTI mereka akan tuntut di akhirat.."KENAPA MAK AYAH AKU TIDAK AJAR AKU MENGAJI DI DUNIA DULU??"

Sambil-sambil berblogging ni eloklah kita muhasabah diri.....

P/s: Segmen aku masih lagi berjalan....Klik sini

Mood:Takut. Anak aku nanti boleh baca Quran tak? Cucu aku? Cicit aku??

5 comments:

zealot said...

betul2...muhasabah diri sgt penting...

Anonymous said...

macam mane pulak kalau pandai bace tapi tak paham makne ayat ?

FAHMI said...

Itu lebih baik dari tak tahu baca langsung.sekurang-kurangnya dia tahu baca. Alangkah indahnya lagi kalau dia faham maksud sekali..boleh menghayati dan beramal..=)

fatin said...

kite rajin2 knlah tolong org yg nk belaja mengaji ye tak??
insyallah fahmi boleh didik anak cucu cicit tu nnti..hehehe... =)

ieda maris said...

sape y x pndai tu, mase muda la kena belajo.. mase da tua, segan la... cian sngt kat pak cik tu... =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...