Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Thursday, March 17, 2011

Ahmad, Kau Bukan Tuhan!!


"Drive elok-elok, jangan sesat jalan pulak.." Muhammad pesan kepada aku.

"Alahh..Jangan risau, aku kan ada.." Ahmad menyampuk dari seat tempat duduk belakang.

Maka bila si Ahmad sudah cakap macam tu, aku pun hilang kerisauan. Harap-harap perjalanan aku selamat. Tak sesat kesana sini. Maka aku pun tekan pedal minyak..Meter menunjukkan 160 km/h..Cewahhh..Aku bawak kete slow je ok.Haha

15 minit kemudian...."Hahahaha" aku gelak sendiri. Amek kau!! Aku dah sesat..tah jalan mana aku dah redah. Kawan aku yang kononnya tahu jalan senyap. eh, tadi cakap dia ada. Ni masa dah sesat diam pulak??

Maka dari kesesatan aku tu aku sedar satu perkara..Ahmad bukan lah tuhan. Ahmad bukanlah tuhan highway. Dia bukan tuhan yang boleh menentukan sesat atau tidak. Kalau Allah cakap sesat maka sesatlah kau. Kau ada ke atau tidak, kau bukanlah tuhan yang boleh menentukan. Betul tak??

Sebab tu Allah pernah tegur Rasulullah bila nak buat apa-apa urusan atau nak bercakap tentang masa hadapan maka ucaplah INSYAALLAH..Sebab kita tak tahu masa hadapan. Jika kita nak berjanji ucaplah insyaallah. Sebab tidak pasti kita boleh penuhi kerana kita bukan tuhan nak tentukan sesuatu perkara tu nak berlaku atau tidak. Hanya Allah yang boleh menentukannya..sekali lagi aku tanya, Betul kan apa aku cakap ni??Hehe

Kadang-kadang dalam kehidupan seharian kita ni, kita meletakkan sesuatu ketentuan di tangan manusia. Tak boleh kan buat macam tu sebab manusia tu tak ada kuasa. Kita sudah syirik kecil bila mana meletakkan kepercayaan itu kepada manusia. Menduakan Allah. Hanya Allah yang berkuasa. Manusia tidak berkuasa!!

Maaf kalau aku tersalah tulis. Kalau salah sila betul kan ya. Aku ni jahil, tak ada ilmu agama yang banyak. Sama-sama kita betulkan..

Mood: Tak best bawak kereta nak jalan-jalan tapi tak tahu jalan..huhu.




2 comments:

Ainie Waede. said...

haha .hebad :DD

Unknown said...

btol3..allah je yg tau segalanya..xusah lah kita nk berlagak..sehebat mana pon kita kalau Allah dh kata kun fa ya kun..maka jadilah ia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...