Aku ingat lagi masa aku tadika bila masuk je pukul 12 mesti semua kena tidur. Dan aku tanpa berlengah memang terus landing tak ingat dunia. Al maklumlah dah penat bermain dari pagi sampai tengah hari...Tapi kenapa tidur tengah hari tu menjadi jadual harian? Semua budak WAJIB tidur!!
Dan hari ini aku menemui jawapan dia bila melihat tahap kebolehan aku. Lahirlah seorang remaja yang mempunyai minda yang sangat cerdas dan hebat kerana tidur tengah hari. Maka wujudlah Incredible Fahmi.Hahaha..(perasan jap)
Tidur sebentar pada tengah hari ataupun dalam bahasa arab ialah Qailulah amat dituntut. Dan ia diamalkan sejak zaman nabi. Hari ni baru para saintis sedar yang tidur sebentar ni bagus sangat. Macam-macam manfaat boleh kita dapat dan manfaatnya aku malas nak tulis kat sini sebab Malas.Haha..Korang cari la sendiri eh.Peace..
Maka hari ini aku nak menyeru yang tengah baca apa yang aku tulis ni, tinggalkan laptop jap dan pergi tidur sebentar. Kalau yang kat pejabat tu korang landing kepala kat atas meja pun dah cukup. 10 minit pun dah cukup.Waktu lunch ni bukan waktu nak bergosip, hisap rokok atau mengendap anak dara orang tapi waktu tidur sebentar eh. Haha..
Bila korang bangun dari tidur nanti korang akan dapati korang ni insan yang luar biasa. Kenapa ?Kerana anda mempunyai minda yang sangat cerdas dan kreatif. Bolehlah memulakan kembali kerja dengan penuh dedikasi dan produktiviti negara pun semakin meningkat. Bila dah negara maju maka mereka yang pakai berukband tidak akan lagi merungut atas kelembapan berukband mereka. Mereka dapat berblogging dengan pantas dan aman. Betul tak?(tak ada kaitan).Hahaha...
Tidur sekejap, satu malaysia berubah. Korang dapat naik pangkat. Otak cerdas macam aku.(perasan lagi) Berukband akan jadi laju dan berjayalah hidup korang. Banyak kan manfaat susulan kita tidur sekejap ditengah hari ni. Jangan la tidur samapai ke malam, itu namanya bengap. Bangun je tidur mesti terus jadi Bangang.Haha..
Kenapa masih tak ada yang nak join Segmen aku?? . Aku bersangka baik korang sibuk sampai tak sempat nak join. Ke aku ni tak femes sebab tu korang tak nak join? Haha...
Mood:Lepas belajar Addmath selama 4 jam. Nak tidur kejap. Petang ni nak pergi swiming pulak..Haha
6 comments:
ko nk gi swimming..?? jgn lupe pakai spender.opsss terlebey sudahhhh.hahaha
swiming tak pelu apa-apa. Kurang kan friction supaya lebih senang berenang.hahahaha
hohoo..menarik entry ni..
i like it..
five stars!
^_^
boleh ke tidur 10 minit????
cm x best jew...
dpt 2-3 jam bru pus tidur....
kalau smua orag tido , spew yg nak mjukan ngara nyh . hahaha ^^
Mierayizz:Kalau semua orang tido lama memang bankrup la negara kita.haha
NS:2-3 jam memang tak buat keje la.haha..Dah kata tiduk sekejap,10 minit cukop la.hehe
TA:tq bro..=)
Post a Comment