Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Sunday, March 13, 2011

Aku ni orang mana pun aku tak tau...


"Hang beli tang mana seluaq tu?"

"Aku biasa shoping kat TS ja."

Kat sekolah baru bila orang tanya aku orang mana, aku cakap aku orang selangor. Bila orang tanya aku duduk mana,aku cakap aku duduk bangi. Tapi masalah timbul bila hujung minggu aku keluar outing dan orang tanya aku pergi mana. Aku pun jawablah aku balik rumah mak ayah aku kejap. dorang tanya kat mana maka aku jawab kat kangar. Dorang pening. Haha...

Aku pun sebenarnya pening aku ni menetap kat mana. Nak explain kat orang,malas. Nak kena cakap pada asalnya aku duduk bangi. Mak ayah aku pindah perlis lepas pencen. Tapi aku still duduk kat bangi. Bila aku pindah sekolah ni je aku selalu duduk perlis. Family semua duduk bangi. Macam-macam lagilah yang aku nak kena explain. Leceh kan??Fuhh...

Tapi aku tetap cakap aku ni orang bangi. Orang tanya kenapa aku tak nak duduk perlis maka aku jawab perlis ni ada apa? Kepada blogger perlis jangan terasa la ye, ni pandangan aku je. Kat perlis ni paling hebat pun ada TS la. Aku tanya membe aku, seluar yang dia pakai tu beli kat mana. Dia rileks je jawap dia beli kat TS. Aku pun wahhhh...Rupa-rupanya orang perlis ada TS jugak. Bukan Time Square, tapi The Store. Hahaha..Hebat!!

Malam ni aku nak balik Bangi dah. Yang best bila duduk dengan parent aku salah satunya, bila nak balik Bangi je mesti naik flight. Seronok kan?Hahaha(gaya budak tak pernah naik kapal terbang)

So aku masih tak tau lagi status aku,aku orang bangi ke orang perlis? Malas nak fikir yang penting aku bakal ada di Bangi selama seminggu..Yeaahhh..Sapa nak kuar lepak putrajaya jom teman aku..haha...

Mood:Baru lepas makan kenduri sambil dengar seruling lagu siam..haha..


12 comments:

AesyaZealous said...

alamanda jom sabtu depan..weee~

Syakir Rahman said...

aku org ipoh
(jwb soklan dr shoutbox aku..he3...)

FAHMI said...

Aesyahzealous:Wahhh..namapaknya ada org nak belanaj aku ni.betul kan?haha..

Syakir:tq2 bersungguh2 jwb.ni terharu ni.hehe

syafiQakarim said...

lahir sarawak.
membesar selangor.
kampung dan berdarah melaka.
duduk belajar tinggal parents di selangor.
haha apa kah ;p

Hafizatul Asyrah said...

Nih orang PERLIS nak serang !
hehe actually Eyza nih yg stay kat Perlis sejak lahir pun , xfhm lagi pelat Perlis .. hehe !

:b

FAHMI said...

HA:peghleh la..orang perlis ckp pulut, puluit.betol kan?hehe

Hafizatul Asyrah said...

haha yer la kowt .. ekeke :P
mna la eyza tahu .. wekekek

NaNaoSaKi said...

saya orang perlis juga.. saya suka jer duk perlis.. aman jer saya rasa.. :) duduk kt KL serabut kpala..hehehe.. bila blk perlis saya rsa mcm da xnk blk KL..

KL kalau bab shopping n enjoy mmg best.. duit pun abis byk :p hhehehe.. bila duk perlis ni memandang kan xde tmpat best utk shopping, saya boleh simpan duit..

papehal pun saya mmg ska duduk perlis :) klu nk enjoy pegi la bjalan kt KL bercuti sminggu 2.. ehehe..

aZie said...

saya org kelantan.. ade the store, econjaya dan pantai timur :)

syu said...

syu orang kelantan mix terengganu :PP

durra abd razak @ kocikin... said...

saya pun nak jawab gak laa...
lahir UK( opss...bukan Ulu Klang ek) ahaks...UK.a.k.a GB..membesar kat Bangi bandaraya mega...lepas kawin dok BTHO..tapi hampir tiap2 ari..lepas Bangi gak...sekarang lepak kat UK...so..apakah status daku??

fynne said...

kat perlis ada MATRI yg x sama dkt mana2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...