Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Sunday, March 27, 2011

Orang Cakap Aku Femes??Cisss....


"Kau hensem la.."

"Kau hot la..."

"Kau pandai la..."

"Femes ames ko sekarang..."

Siapa yang pernah dipuji macam kat atas ni angkat tangan!! Korang rasa orang yang puji korang tu betul-betul ikhlas ke? Betul-betul dia bermaksud dengan pujian tu? Ataupun ada udang disembalik batu? Sebab ada sesetengah keadaan ni orang puji sebab nak kita belanja. Nak kipas...Boleh la dapat lunch free bos belanja...Betul ke??

Aku nak cakap aku pernah kena puji macam tu tapi aku segan nak mengaku kat sini sebab nanti orang cakap aku perasan. Haha..Namun aku nak luahkan kat sini yang bila orang puji aku, aku rasa macam dorang tengah kutuk aku.Sedih kan?

Apa motif orang puji kita sebenarnya????

Sebenarnya pujian ni tak berapa bagus untuk beberapa keadaan la. Kalau tak silap aku ada seorang sahabat nabi ni dia tak suka orang puji dia. Sebab apa?

Sebab bila orang puji kadang-kadang kita rasa kita bagus.Kita perasan baik. Contoh bila orang puji kita pandai maka kita pon dok perasan pandai la sampai tak payah nak study hard dah. Kalau yang suka puji kita hensem atau cantik, kita pun rasa diri kita ni hensem atau cantik. Padahal tak hensem pon.Haha..

Pernah tak korang puji kawan korang sampai dia perasan sorang-sorang. Korang cakap dia cantik tapi sebenarnya dia tak ada la cantik sangat. Maka dari saat itu sampailah bila-bila dia perasan cantik? Sebenarnya perbuatan macam ni amatlah kejam!!! Serius kejam..aku pun terasa kekejaman dia bila ada peristiwa gelap yang menimpa kawan aku...Segalanya angkara pujian...

Aku pun pernah puji orang untuk syok-syok je. Jujur ni..tapi bila aku fikir balik, memang kejam sebab apa yang aku puji tu tak betul. Kejam kan? Haha..Kalau nak puji,pastikan puji benda yang betul dan berpada-pada...

Orang yang selalu dipuji ni berada dalam zon bahaya. Ada kemungkinan dia akan lupa diri dan tenggelam dalam pujian itu. Namun sebenarnya pujian itu tidak membawa makna apa-apa..Tapi kalau dia sentiasa berwaspada terhadap pujian yang diterima, maka selamat...

Aku nak bagi satu tips la supaya kita tak lupa diri...Bila orang puji kita, maka kembalikan pujian itu kepada yang selayaknya iaitu yang menciptakan kita.ALLAH... Maka bila kita buat macam ni,kita akan sentiasa bersyukur dan tak lupa diri.. betul tak??

So, kepada blogger-blogger atau pun yang tak blogger pun yang baca benda ni, berpadalah dalam memuji sesuatu ataupun seseorang. Sebaliknya pujilah Allah banyak-banyak sebab ia tak membawa kepada kesan buruk. Kalau puji manusia,banyak kesan buruk. Kalau aku cakap kau, yang tengah baca ni blogger famous, kau perasan famous tak? Hahaha...

Sorry entry tak tersusun. Kepala otak tengah serabut fikir pasal pujian orang..Orang cakap aku hensem tapi aku rasa aku tak hensem..pening2(perasan jap) haahha...

Mood: Rasa nak tikam orang yang puji kawan aku dengan niat nak mempermainkan dia.



19 comments:

jackieKOH said...

alaa fahmi, ko marah aku ke ckp kau feymes?????
adohai.. ko feymes la sebab follower 800++ haha... bukan perli ok..

Scha Aryana said...

nice one ^^

AesyaZealous said...

perghh sape yg kate ko ensem tu fahmi??

fahmi femes..wakakka

PeNgEmiS dUniA said...

ko memang femes la wei .

finelah , puji aku td mmg ko kejam pon ! aku tau lama dh , xbetui pon pe ko ckp ! hahaha

Eyka said...

hehee..bersyukur la kne puji..eyka pon xdpt pon pujian..kena kutuk2 kaw2 ade la~ hahahaXD

nadiah daud said...

lain kali balas balik.
"ha'a aku pemes. pemes sgt.
ko hade. hehe.."

:))

FAHMI said...

ND: mesti dia terdiam kan kalau aku cakap macam tu?haha

eyka:huhu..alhamdulillah...=)

PD:aku puji ikhlas weyh..haha

FAHMI said...

Jack:aku sayang kau lah..haha

SA:thx.=)

AZ:aku tak hensem kan?aku macho je..hahahaha

rj Etika said...

ahahah...standard la tuh. kalau dalam blog pulak, ramai kot blogger blogwalking cakap;
"Wah...nice entry."
"Nice blog"

Padahal diorang tak bace pon. Cume singgah untuk orang follow die sebab die dah puji orang.

Err...ini pendapat seorang SAYA ye.
heeee~

Nesa Wazir said...

ok la tu ada org nak puji..hehe :D

NaNaSaHiR DaTaNg KoMeN.. said...

nana femes ape??? heheheh hbis sipa lagi nak ckp anna femes?? nana ckp la diri anna femes..heheh... puji niat tak iklas, tak baik tau....

kimchisu said...

sungguh kejam..lgi2 kalo die percaya hbs..parah2
uhukkk

*47!k@# said...

nyum2..sedapnye famous amos tu..terliur tgok..

Nor Suhaiza said...

xsuka org dtg blog aku ckp:
"wowww...cntiknyer blog kamu"
"nice entry..."
"blog kamu best.."

ni la blog yg buruk,entry syok sendri,xbest lansung...
erm...BTW, terima kasih ats pujian tu.kalo dh puji follow k...jgn nk tgu aku g follow blog korang bru nak follow blog aku.nmpk sgt korang puji x ikhlas....
:P

zikeryhassan said...

bersyukur je dengan apa yang ada. kalau orang da puji tu kita terima je dan ambik cabaran utk jd lebih baik dari tu

FariehanIbrahim [LBC] said...

takot sbnr nya ble dpt pujian nie,
sbb nti ble kita wat slh sket org boleh kuciwa,
tp bersyukur lh sbb kne puji knnn,
aggp jer 1 smgt! ^^

Caythrine Amanda said...

nice one!!!
puji biar la dgn ikhlas..
bukan kutuk mengutuk yea....
support bangsa sndiri lebih baik.xgitu?

AizA said...

aku benci pujian... sesungguhnya... pujian itu membunuh...

Nys Zairee said...

aku x penah mkn femes amos tuh.. sedap sgt ker?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...