Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Sunday, March 13, 2011

Tips nak berjaya dalam Blogging

Kenapa dia cakap tahi aku hitam?

Selamat petang semua...Ni entry santai. Sambil makan cok kodok cicah kopi panas boleh la baca entry ni.Hehe..

Bila aku buat blogwalking, aku akan tinggalkan jejak kat shoutbox.Itu semua orang buat kan. Biasa la tapi aku suka sapa dengan sapaan yang tak ada kaitan. Maksud aku macam aku nak ajak dia baca entry aku pasal "Minum kopi panas di petang hari..." maka aku akan tulis kat shoutbox dia,

"Kenapa najis anda berwarna hitam?"

Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab bila minum kopi yang bewarna hitam maka najis kita akan menjadi warna hitam.Ini contoh semata-mata ya!(ada ke tahi warna hitam?) sorry pengotor sikit.Haha..

Maka nak dijadikan cerita si tuan belog yang aku tanya kenapa najis dia bewarna hitam pun datang balik kat belog aku sambil berkata kat shoutbox..

"@#$%&*&^%$^*"

Ah sudahhh..sekali aku kena maki. Sebab apa dia maki sebab dia tak baca latest entry aku yang ada kaitan dengan sapaan aku tu. Kalau dia baca maka dia akan terfikir, "betul jugak kan,tak nak la aku minum kopi lepas ni.." Betul tak?haha..

Semua yang aku cakap kat atas ni contoh je. Sebab aku tak pernah buat sapaan tak senonoh pengotor macam tu. Haha..

aku pun terfikir, bila aku buat BW orang akan datang balik kat blog kita tapi dorang baca ke entry kita? Memang antara tips nak bagi dorang datang balik blog kita dengan buat sapaan yang menimbulkan persoalan dan perasaan ingin tahu sehingga dorang akan datang ke blog kita untuk nak temui jawapan. tapi hanya sesetengah yang baca entry kita. Tapi kalau dorang tak baca entry kita macam mana? Traffik memang naik. Adakah kita mencari traffik semata?

Traffik memang penting tapi bagi aku kepuasan yang nyata ketika menulis ialah dengan ada pembaca. Biar sehari 20 orang datang blog kita dan 20 orang tu membaca entry kita dengan penuh berminat. Betul tak?

So bila aku blog walking dan buat sapaan macam kat atas,mesti dorang jawab kat shoutbox aku dengan jawapan yang menunjukkan yang dorang tak baca pun entry aku. Kadang-kadang jawapan yang aku terima kelakar la pulak.Comel.Haha..

Maka konklusinya ialah ayuh kita tingkatkat mutu penulisan kita biar orang tertunggu-tunggu nak baca entry kita. Bukan traffik datang secara BW semata tetapi kita ada pembaca setia yang datang kat blog kita setiap hari membutuhkan entry baru. Banyak lagi aku kena belajar...

Mood:balik bangi nak date dengan Abg Beng kita. Menuntut tips dari dia.Adakah dia sudi??

P/s:adakah tajuk di atas menarik minat anda yang tengah baca ini?(baca sampai habis entry)

12 comments:

AesyaZealous said...

sy minat dgn entri ini!! haha yeke ko tak pernah tanye mcm tu?? tak percaya lahh!! hahaha

klu jumpe abg beng, kem salam oi! heheheh

sukehatiaku said...

hehe.. patut la tnye.. nape ta minum kopi.. haha
acc, mmg ta minum pun.. :)

sabella mohamad said...

kopi x bez..
>_<
kih3~

GiveAsh said...

setuju..

FariehanIbrahim [LBC] said...

yup, tjuk yg sgt menarik minat blogger yg ingin berjaya. chewahhh! ^^

teddyuna said...

saya sgt stuju dgn anda .. sbb sy ni lepas follow blog org tu mesti sy akan komen .. sbb bgi sy untuk ape follow kalau x komen .. kan kan ? ok slm prkenalan.. i'm ur new follower

Nor Suhaiza said...

bkn sbb minum kopi..
najis bwarna itam tndanya nak mati...
org tua2 kata la...
tapi mmg betol gak, spnjg aku paktikl time jd student nurse dulu, bila mnguruskan pt yg dh mninggal, dapt lihat najisnya bewarna hitam...
tapi sbnarnya yg disangka hitam 2 sbnrnya darah....
serius xtipu...
nak kata die mnum kopi xpulak...
hahahaha.....

Diba Chan said...

ceh , penat aku bacer rupenya takde kena mengena dengan tips blogging. hahahaha

FAHMI said...

NS:itu petanda orang nak mati.sebab tu fahmi cakap semua kat atas tu contoh je.haha

DC:Sorry menghampakan.haha

Teddyuna:time kasih follow,teruskan bersama fahmi ya.;)

FI:Asal nama tips blogging je mesti menarik kan?haha..

Thx semua..terus bagi sokongan kat fahmi ya.=)

farhanny said...

minat je aku tengok tajuk entri niy . sbb aku bkn blogger yg bjaye .

btw, aku tengok je sapaan kau kt shoutbox aku, aku pon macam 'pakar kesihatan ke ape mamat niy?' hee

tiktok said...

suka dengan entry ni... best!
ada info lain lagi tak? hehehe

:: Azizah Alwi:: said...

eh dah habis dah..haha
setuju sangat dengan pendapat fahmi ni.Kita bukan mengharapkan traffik dari blogwalking semata-mata yang penting pembaca kita.Berapa ramai yang baca entry kita dalam satu hari boleh dikira dengan jari kot.ngee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...