Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Saturday, April 30, 2011

Awas!! Rumahtangga Kita Berisiko


Ohhhh..mana hilang jantung aku? Hati aku ? Ehh..mana hilang aku ??? Aku pusing-pusing sekeliling rumah tapi aku tetap tak jumpa juga.Hampa...

Akhirnya aku terpaksa menggunakan jantung secondhand yang lembab ni untuk meneruskan jangka hayat aku. Apa aku merepek ni? Fikir sendiri,aku malas nak jawab.. Haha.. sebenarnya kat rumah aku dah tak ada internet. Ini semua salah jiran aku!! Kenapa dia pindah rumah? Kalau dia tak pindah, aku dengan bahagia dapat tumpang Wifi dia..Namun sekarang semuanya hanya tinggal kenangan..huuu..

4 jam lepas...


Makcik aku kuarantin laptop sepupu aku masuk dalam stor terus. Tak bagi peluang nak sentuh dah. Mandatori, hukuman dijatuhkan. Kenapa? Kerana dia amat sayangkan anak-anak dia. Dia sudah kehilangan anak-anak dia...Mereka sudah hanyut dalam dunia yang lain...


Lepas dia 'jail' laptop anak dia..Suasana kembali harmoni. Anak urut ayah. Abang main bola dengan adik kat depan rumah. Tengok William and Kate kahwin kat Tv sama-sama..Semuanya kembali kepada normal..Aku pun merasailah detik kebahagian itu..Haha..


Takut sungguh bila aku fikir balik. Apa perasaan mak ayah aku bila tengok aku mengadap laptop je keje. Apa perasaan isteri aku bila tengok aku mengadap blog sepanjang hari. Apa perasaan aku bila tengok anak-anak aku dah tak nak layan aku sebaliknya melayan encik Facebook yang Hot...


Ohhh...Zaman siber. Benda ini memang tak boleh nak lari. Jangan lari, tapi kita kawal. Kalau kita lari, memang tak selesai masalah tapi kalau kita kawal, semuanya pasti terkawal. Hehe..


Macam aku cakap mana aku hilang tadi, memang aku frust menonggeng bila tau jiran kesayangan aku ni pindah. Macam aku hilang sebahgian dari diri aku. Bukan aku sayang dorang tapi aku sayang wifi free dorang. Tengok!! Hilang sudah nilai kejiranan yang patut lahir dari keikhlasan. Bahaya sungguh....Bahaya kan??


Internet ni macam-macam boleh jadi....


Mood: Merana pakai broadband tahap kelajuan yang amat arghhhh..tak terluah melalui perkataan...

4 comments:

Puan Nurussalwa said...

betul2

Anonymous said...

hehehe..kesian..terpakselah gune berukband tu eh..hehehe..=) singgah and follow fahmi..

FAHMI said...

susah tol kalau pakai berujband ni.huhu..btw,thx sudi follow blog buruk ni..hehe

Nor Suhaiza said...

syukurla ada bb dr xda lgsung...
hahaha....

yup..internet menyebabkan saya asyik tperap dlm bilik.xkuar tgok tv..xkuar mrayap mhabiskan minyak kreta ayh.mama n ayah sangka aku dh insaf...pdhal anak die dok ngadap lappy dr pagi shga sblum subuh...
semua dihujung jari....
hu3...

happy blogging
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...