Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Saturday, September 3, 2011

Keindahan Berzina



Keindahan berzina? Gila tettt tajuk entry ni. hahaha.Jangan buat penilaian yang tah pape sebelum anda membaca entry ini
Aku tahu korang suka mendengar cerita. Maka terimalah cerita ini..

Ahmad ada seorang ibu yang amat dia sayangi. Namun begitu dia seringkali bercanggah pendapat dengan ibunya. Alkisahnya pada suatu hari mereka telah berbincang berkenaan kejadian pecah rumah yang kerap berlaku di kawasan perumahan mereka.

Jiran kiri kanan dah kena rompak dua kali. Jiran kat depan rumah dah hangus separuh rumah kena bakar entah siapa punya angkara. Memang keadaan di taman itu sangat tidak selamat. Bila-bila masa sahaja rumah Ahmad boleh dicerobohi.

Masalahnya masyarakat sekeliling tidak nampak perkara tu sebagai masalah besar. Rumah kena pecah tu macam kena gigit nyamuk sahaja. Mereka tidak mengambil apa-apa langkah penyelesaian mahupun langkah pencegahan.

Oleh kerana demikian, si Ahmad bercadang untuk memasang sistem keselamatan di rumahnya. Sebagai contoh jika ada orang ingin memecah masuk rumahnya maka orang itu akan dipecahkan dahulu. Jika ada orang ingin membakar rumah dia, orang tersebut akan terbakar dahulu. Jika Ahmad memasang sistem ini maka keadaan rumahnya akan menjadi lebih selamat dan terjamin berbanding rumah-rumah lain.

Masalahnya Ibu Ahmad tidak bersetuju dengan cadangan Ahmad itu. Ibunya berpendapat terlalu awal untuk pasang sistem-sistem itu. Ahmad berasa sangat hairan dan pelik. Adakah Ibunya ingin rumah itu terbakar dahulu baru ingin pasang segala sistem itu? Ataupun Ibunya lebih selesa rumah itu terdedah kepada persekitaran yang sangat bahaya itu.

Ibunya berpendapat, kita tak payah pasang sistem itu. Kita duduk dahulu dalam rumah ini diam-diam. Insyaallah benda-benda itu tidak akan melibatkan rumah kita. Kita kena berdoa selalu. Kita kena tutup tingkap dan pintu sentiasa. Namun, kalau kena pecah ada guna tingkap dan pintu ditutup??

"Aku yakin aku akan berkahwin namun aku tidak yakin aku tidak akan berzina"

-Tamat-

Pembaca blog aku mestilah mereka yang mempunyai processor yang laju. Jika anda masih memakai pentium maka anda tidak layak untuk membaca blog ini. Jika anda masih berdegil, anda akan ditinggalkan dalam kegelapan dan bingung dalam pertanyaan. Whoaaa!

UPDATED!!!

Tiba-tiba aku rasa nak uji para pembaca blog aku ni bagaimana orangnya. Bagaimana pemikiranya. Kalau aku nak uji boleh tak? Korang boleh bagi kerjasama tak?

Aku nak ajak pembaca aku buat entry berkaitan entry Keindahan Berzina ni. Apa korang perlu buat ialah bawa keluar isi dari analogi yang aku buat kat atas ni. Luahkan apa yang anda faham. Kita tengok cara pemikiran dan pemahaman kita dalam sesuatu perkara. Lain orang lain pemaham. Kan?

Apa salahnya kita kongsikan apa yang kita faham. Ini aku bagi satu modal untuk korang update blog. Aku rasa kalau korang update pasal benda ni bukanlah satu entry sampah yang bakal wujud dalam blog korang tetapi ia umpama anda menanam satu benih pokok yang bakal membuahkan buah emas.Whoaa! (apa aku merapu ni?)

Ada beran?? Jom sahut seruan aku. Lepas dah update, post link ke ruangan komen entry ini.

14 comments:

al_hakim said...

kena upgrade pakai i7.hehee

selamberK said...

mcm dah tau je mksud yang tersurat..hahaha..tapi aku still gune pentium..haha

Aini Azman said...

rasa mcm dpt tngkap,.=p

eyna lollipop said...

dalam mksdnye nie..
sampai kat metal bumi..
hehe,, tp blur lg cket2.. :D

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?1916c3c6ba5c9e2b78c3913412739314

:: hijau 34 :: said...

Dpt la tgkp jugak ..

Unknown said...

huh..analogi yg mantap! like2x

moga blh dijadikan ibrah

Yana Farinha said...

done folo. banyak info best blog ni.

selamberK said...

jawapan dri pentium 4

http://selamberk.blogspot.com/2011/09/keindahan-berzina.html

Alexa Karin said...

rse dpt tangkap..hehe

Terbelog said...

http://www.terbelog.com/2011/07/10-sebab-cuci-motor-lebih-baik-dari.html

N'Craft said...

nice! maksud yg mendalam tuhh.. :P

limejuice said...

mksdnye wat protection awl2 eh...
mslhnye kkdg mcm kite tak nak berdating org da pandang semacam da... nk jumpe bwk kawan katenye ala nak malu watpe... tak kasi gmbr katenye tak siyes... main2...
camno tu? adik sy yg lelaki gelakkan sy katenye muke sy blur2 patutla laki takut nak pandang dan tegur...
haisshh..

selamberK said...

@limejuice 2semua vkte serah kn kt tuhan niat baik tuhan akn tlg n pimpin kte kt jln yg baik^_^

Anonymous said...

salam kpd sahabat2 fb semua, sy cuma nk share info tntang satu link di mana kita hanya perlu promote link ntuk dpt duit, ikut step yg sgt mudah, mula2 klik link kt bwh tu, daftar untuk buka akaun, tp guna e-mail yg tetap ja ok, bila dh daftar, automatik akan masuk USD5, dan anda hanya perlu promote link tersebut, setiap visit akan dpt USD1.5, bila cukup USD50, anda blh transfer ke akaun PAYPAL anda, sgt mudah, dan yg penting, anda "TAK PERLU KUAR MODAL", so try ja, tk rugi pon, usaha sket ja... thanks kwn2 dan maaf andai mengganggu. salam.http://www.dollars-paradise.net/r/s/74G7K

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...