"Bulan ni bulan birthday family ana(saya). Mak ana, kakak ana, dengan abang ana lahir bulan ni." Dia cakap kat aku. Sambil tu dia hulur diari dia kat aku.
"Ouhhh.." Aku tengah baca buku.
"Arep, birthday anta(kau) bila eh?"
"Nak buat apa dengan birthday ana? Dah lama dah lepas." Aku pandang dia.
"Alaaa..bagi je la. Ana nak tulis dalam diari ana ni. Tahun depan bila birthday anta ana nak call anta." Dia bersungguh-sungguh.
"Birthday ana 21 mei. Dah lama dah lepas."
"Takpe, tahun depan ana call anta." Dia masih lagi bersungguh-sungguh.
21 MEI : Birthday Arieffahmi
Dengar sahaja berita terus aku selongkar laci meja dia. Aku cari diari dia. Ouhh..betul dia ada tulis tarikh hari lahir aku. Ouuhh..itu memori kita terakhir.
Sahabat aku, Ahmad Izzat Bin Ismail 17 tahun baru sahaja meninggal pagi tadi. Terkejut? Memang terkejut sebab memang tiba-tiba. Dia bersama-sama anak buah usrah/halaqoh dalam perjalanan ke Kilang Gula,Perlis. Dia berhajat untuk membuat program bersama. Namun, dalam perjalanan van mereka telah dihempap oleh sebatang pokok.
Kau memang sahabat yang baik. Sangat baik. Buktinya kau mati atas jalan dakwah. Kau sedang bawa anak-anak buah untuk mengikuti program tarbiah bersama. Sungguh indah pengakhiran kau. Aku belum pasti akan pergi berjumpa Allah atas jalan dakwah ini.
Mungkin berita kematian ini akan jadi tajuk utama akhbar malaysia esok hari. Aku tak dapat mengikuti berita esok hari kerana aku sedang menduduki percubaan SPM. Ahmad Izzat juga sepatutnya akan mengambil kertas Syariah Islamiah pada esok hari namun Allah lebih menyayangi dia.
Sama-sama kita sedeqahkan Alfatihah untuk Arwah. Doakan dia tergolong dalam Ahli syurga.
Fahmi: Tempat duduk sebelah aku di dalam kelas telah kosong...
5 comments:
semoga izzat dicucuri rahmat
al-fatihah~
Salam;
Orang yang baik semestinya pergi dengan baik,kerana memang itu janji Allah pada hambanya...AL-Fatihah.
Al-Fatihah. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.
al fatihah.
Post a Comment