Mengorat Abang Macho Di MUAZFARIS.COM

Friday, June 3, 2011

Aku Tak Sanggup Dia Dinodai....






Tadi buat kali pertamanya aku bukak Astro Tutor. Sapa tak tahu channel ni? Tak kan tak tau kot. Channel ni dia pasal pelajaran. Dia ada ajar pasal UPSR. Kiranya TV pendidikan la..Tau kan?? So aku pun belek-belek apa yang ada kat dalam channel ni…Aku terbaca…

“Kerana permintaan ramai, kami meneruskan channel ini bagi memenuhi permintaan pelanggan.”

Lebih kurang macam ni jugak la dia tulis. So aku pun terfikir satu benda. Kenapa orang suruh teruskan channel ni? Aku pun layan la sekejap channel ni walaupun agak bosan sebab…Sebab apa? C’mon la sheikh..aku yang dah berjambang ni layan channel budak-budak, tak ke bosan.Haha..Setelah 10 minit aku layan channel ni tiba-tiba…Tiba tiba ada satu lagi persoalan..

“Sebab ni ke budak-budak minat nak belajar daripada siaran ni?”

Apa yang aku dapati dari channel ini ialah ‘cikgu’ yang mengajar kat dalam tu cun. Bagi aku boleh tahan la. Menaikkan semangat jugak la untuk nak focus. Buktinya, aku telah berjaya menghabiskan masa aku selama 10 minit dengar cikgu tu mengajar. Haha.. Tapi ni pandangan aku la..Pandangan budak-budak yang layan channel ni aku tak tau la kan..

Tiba-tiba aku teringat satu entry yang kawan aku tulis pasal benda ni. Nak baca? Tekan

Adakah pengajar yang "hot" membantu dalam pelajaran?

Tapi aku fikir sekali lagi..Aku belajar ke aku dok usha cikgu kat dalam tu? Hahaha..Aku pun terus mendalami apa yang aku fikir…

“Budak-budak tengok cikgu tak pakai tudung, dorang tak rasa nak tiru ke?”

“Budak-budak tengok cikgu pakai seluar ketat..Erm…Macam style la pulak..”

“Budak-budak tengok cikgu itu,cikgu ini..bla..bla..bla..”


Aku pun buat konklusi aku sendiri. Aku tak nak bagi anak aku belajar cara macam ni. Memang la menarik. Sambil tengok TV sambil belajar tapi macam ada ada negative sikit la. So baik anak aku belajar dengan isteri aku. Sapa bilang isteri aku tak cantik? Tak menawan? Tidak memikat? Hahahaha…

Ini pendapat aku ye. Kalau tak puas hati dan tidak bersetuju, silakan. Aku tak menghalang sebab masing-masing ada cara pemikiran masing-masing. Tapi kalau ada yang sependapat dengan aku..Angkat tangan!!! Haha…




Ada sorang lagi peserta aku tertinggal..Ada sapa lagi nak join??


http://muazfaris.blogspot.com/2011/06/segmen-serius-tanya-fahmi-buli-buli-dan.html


Mood: Belajar jadi baikk...

Read more...

Wednesday, June 1, 2011

Matang dan Berisi...







Aku belek-belek balik apa yang ada kat dalam blog aku ni. Aku nak nilai balik tahap penulisan aku. Tapi yang paling aku nak nilai adalah tahap mentaliti dan level pemikiran aku. Aku ni tulis macam budak umur 8 Tahun? Atau aku tulis macam remaja umur 15 tahun? Tapi sebab utama kenapa tiba-tiba aku nak nilai balik level aku, jap…Korang rasa korang tahu tak sebab apa? Haha…

Ada sorang mamat ni cakap kat aku yang kalau dia tak kenal aku maka dia tak akan percaya yang umur aku ni TuuTT (terpaksa dirahsiakan) sebab dia tengok cara penulisan aku. What the…Kenapa dengan penulisan aku?? Dia cakap penulisan aku macam bukan budak bawah umur.Hahaha..opsss..dah terkantoi rupanya aku ni underage lagi. Haha..

Maka aku pun belek-belek balik hasil penulisan aku selama aku tubuhkan blog ni..Sebelum tu kalau aku cakap umur aku 15 tahun korang percaya tak? Dengan korang baca entry-entry yang aku dah bawak keluar(kalau korang baca la) agak-agak aku ni umur berapa? Aku bukan nak poyo cakap penulisan aku matang ye..Jangan salah faham dan salah mentafsir apa yang aku nak sampaikan. Kang ada yang cakap aku belagak ada jugak yang aku ketuk. Haha..


Jadi jom kita tengok balik penulisan kita. Budak yang berfikiran atau tidak? Maksud aku ada gaya-gaya orang yang berfikir sebelum tulis atau main tulis je apa yang nak tulis tanpa berfikir dahulu.Biarlah penulisan kita kelihatan matang dan beridentiti. Nak berblog? Boleh tapi jangan blog merapu-rapu. Tulis benda tah pape. "Aku pergi tandas, tapi err...asal aku nak cerita kat orang aku pergi tandas?" Haaaa..sedarpun, nak pergi tandas pun nak cerita ke?haha..



Sapa tak join segmen aku lagi?? Tekan SINI


Ni orang yang sudi join segmen aku...


http://zikeryhassan.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://kuncilocker.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html/

http://colourofcikfarah.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://www.broframestone.com/2011/05/broframestone-ditanya-buli-membuli-amalan-turun-menurun/


Jom join segmen aku nak buktikan kematangan korang menjawab soalan-soalan mencabar aku.Haha..

Mood:Hati gundah gulana..cinta dengan iman, cinta akan jatuh bila iman jatuh??
Read more...

Monday, May 30, 2011

Bapak Haram, Anak Makruh...

Kronologi Peristiwa...

-Dia conteng gambar lucah di pintu locker

-Senior panggil sebab kantoi gambar tersebut

-Senior denda untuk pengajaran

-Nak pukul takut patah jadi denda pumping dalam bilangan yang besar

-Dia balik rumah dan mengadu kepada mak dan ayah

-Ayah datang bawak geng 3 orang ke sekolah

-Cari si Senior nak bantai

Sampai sini je kot kronologi dia berhenti.

Aku telah tanya pendapat dari seorang professor yang merupakan timbalan majlis Prof di salah sebuah universiti tempatan.....Dan ini adalah komen dia. Aku petik satu je ayat yang dia bagi.


"Anak tak cerdik, bapak pun tak cerdik"



Aku menggunakan perkataan tak cerdik la kan. Sopan sikit. Kang aku main lepas takut nampak kasar sangat. Haha..So ini jela satu kisah yang aku nak kongsi. Ini kisah benar. Cuma tak masuk surat khabar je. Haha..




Kenapa tak ada orang nak join segmen aku? Ni rasa nak nanges ni..huu~


Ni nama-nama mereka yang sudi join segmen aku. Jom tengok paa pendapat mereka tentang BULI...


http://cikteddycorner.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://eyfaaliasstory.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://takutake.blogspot.com/2011/05/buli-buli-dan-buli.html


http://kheeyutohid.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://bellalunana.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmibulibuli-dan-buli.html


http://browniebeelicious.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://duniasoldier.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://menikochiego.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://epulsblog.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://sitinurafifahazizan.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html

http://aziluzdanhidupnya.blogspot.com/2011/05/tanya-fahmi-buli-buli-dan-buli.html


Aku masih membuka segmen ini..AKu harap ada yang nak join lagi. Kalau tak nak join cakap tak nak join. Senang.Haha..Nak join??? Boleh2...sila tekan SINI kalau nak join.hehe

Read more...

Sunday, May 29, 2011

Aku Ceraikan Kau Blogger!!!



Aku bukak satu group FB ni pukul 3 pagi...Mak aih..Riuh rendah macam kat pasar malam. Semua masih segar membincangkan isu2. Isu apa aku tak tahu lah. Tapi memang dahsyat sebab walaupun dah pukul 3 pagi masih hot. Haha


Aku bukak group yang sama pada pukul 10 pagi...Shhhuuuu~ angin je aku dengar. Mana semua orang. Rasa macam tengah lalu kat bandar yang baru kena bom. Tak ada penduduk. Mati atau dah lari pergi tempat lain. Aku menjerit.."mana semua orang???" tapi masih sama..Shuuuu~


Apa kesimpulan yang boleh kita buat?? Korang kaitkan dengan gambar kat atas la. Aku malas nak ulas la. Haha..Tapi satu je nak cakap. Blogging berpada-pada (pesanan khusus untuk aku) .Aku cakap ni sebab aku ada pengalaman. Orang tersayang dah pernah tersentuh sebab tak ada masa bersama. Asyik mengadap laptop je..Huuu~


Aku nak kongsi satu benda untuk korang. Kalau korang rasa korang ni blogger, baca INI


Yang terakhir..KENAPA TAK ADA ORANG NAK JOIN SEGMEN AKU?????


Aku mohon maaf kalau segmen aku kali ni terlalu banyak soalan. Aku tak nak buat banyak soalan tapi kalau aku tak tanya soalan-solan berkenaan, tak sampai la mesej yang aku nak kongsi kan. Betul tak? Tulis simple-simple suda..Aku tak suruh tulis karangan 500 patah perkataan pon. Haha..


Sape nak join boleh klik SINI


Mood: Baru sembang-sembang dengan Broframestone pasal nak beli domain. Tapi lepas bincang-bincang, dia suruh tangguhkan dulu atas beberapa alasan..

Read more...

Saturday, May 28, 2011

Lu Tak Langsi, Lu Tak Mati!!!

"Dr, ada seorang patient budak umur 9 tahun tercekik tulang. Dr tolong datang sekarang..."

"Kamu buat sendiri, saya ada hal ni.."

Si Dr senior ni beri arahan kepada Dr junior . Bla bla bla...Hal apa yang ada pun tak tahu lah apa. Tapi pada hakikatnya dia tidak ada apa-apa. Malas la rasanya. Atau ini adalah case biasa-biasa. Hanya Allah tahu isi hati Dr senior ni...

Seminggu kemudian...

"Dr, ada patient budak 8 tahun tercekik duit syiling. Dr tolong datang sekarang."

"Kejap, saya ada hal ni.."

Dr senior masih berlenggang...

Ring..ring..ring...

"Dr, tolong datang sekarang. Saya tak tahu nak buat apa dah ni..."

Maka Dr senior ni pun datang..Namun terlambat kerana budak umur 8 tahun tu sudah mati. Namun si Dr junior ni pelik sebab apa hal tiba-tiba Dr senior ni menangis. Rupa-rupanya budak umur 8 tahun tu ialah anak dia sendiri. Sikap ambil lewa atas tanggung jawabnya akhirnya meragut nyawa anak dia sendiri....


TAMAT

Nak kena aku bagi pengajaran ke? Korang malas nak fikir sendiri? Apa punya manja la pembaca-pembaca aku ni. Haha..Cuba korang hayati betul-betul cerita kat atas ni.Pengajarannya ialah...



Apa yang kita beri kepada masyarakat, kita akan terima kembali apa yang kita berikan.


Kau buatlah apa-apa pun kat dalam dunia ni, mesti kau akan terima balik apa yang kau pernah buat. Kau pernah berzina? Insyaallah suatu hari nanti anak kau akan berzina. Tak anak kau? Cucu kau. Tak cucu kau? Anak cucu kau..Begitulah seterusnya...



Dr senior buat nak tak nak je selamatkan patient dia. Pastu buat rileks je bila budak yang pertama tu mati. Bila anak dia mati baru nak tersedar. Namun segalanya sudah terlambat.huu~



Sebenarnya aku nak cakap satu benda je kat dalam entry ni...



TERIMA KASIH KEPADA AESYA ZEALOUS









Dia bagi hadiah birthday kat aku. Dia tolong design blog aku. Aku suka sebab simple. So aku kira ni hadiah birthday dari dia la. Boleh tak cik akak?Haha..Korang tak suka? Haaa..meh tolong design sampai korang puas hati. Ni kan blog korang.Haha..

Semoga dia buat baik hari ni, akan ada orang buat baik kat dia suatu hari nanti. Tak kat dia, mungkin kat anak dia. Satu hari nanti ada orang offer nak design blog ana dia. Sapa tahu kan? Betul tak??

sebelum melabuh tirai entry ini, aku nak tanya satu soalan...



Adakah ayah kita boroi sebab mak kita terer masak?


Mood: Perut sudah membesar.Adakah kerana Ayam Nando's sedap?Haha..







Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...